Gempa, Tsunami : Jepun Bagaikan Matahari Terbit Dari Barat

Gempa bumi melanda, Tsunami menjelma. Itulah yang berlaku pada tarikh 11.3.11, bersamaan dengan hari Jumaat, hari yang penuh berkat.

Saatku menulis ini, dari semalam awan tak berhenti mencurahkan segala yang terkandung di dalamnya, dan hanya berehat seketika cuma. Mungkin kesan dari gempa, hingga air pasang pada sungai di sepanjang Pekan Beluran ini.

Di laman web sosial, apatah lagi blog, banyak yang membicarakan bencna terburuk ini. Negara matahari terbit yang terkenal dengan teknologi canggih itu sekelip mata mengalami kerosakan yang teruk, tanda bencana bukan lawannya manusia.

Teringat aku ketika menonton rancangan National Geographic, bagaimana Jepun bersedia menghadapi bencana sedemikian rupa. Tembok tinggi bagi menghalang tsunami, namun hanya sekadar mimpi. Jepun kini kembali ke alam realiti, hanya menangisi apa yang terjadi.

Kita berteleku untuk berdoa agar semua baik di sana. Namun, dalam doa kita yang menolak bencana, adakah pernah terlintas dalam jiwa kita yakni persediaan kita menghadapi perkara sedemikian rupa?

Hujan lebat yang tiada henti ini amat menakutkanku, ditambah episod gempa bumi dan tsunami, yang penuh ngeri, menjadikan negara matahari terbit, bersinar dari barat.

Kiamat sudah dekat? Wallahualam.

Muhasabah diri dan ingat-memperingati sesama kita, itulah sebaiknya.

 

SCemanoti : Adakah kamu – (sesudah diselamatkan ke darat) – merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu? Surah (Al Israa’ : 58)


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Ramadhan ~ Berbuka dengan Minuman Ringan? Awas!
  • Sedekah Itu Cukup Di Masjid
  • Facebook Official Page SegalaCeritera Dot Com
  • Ramadhan Separuh-Separuh?
  • Edisi Klasik : Nenek Kebayan Dan Snow White

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Semasa and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

13 Responses to Gempa, Tsunami : Jepun Bagaikan Matahari Terbit Dari Barat

  1. fahmie says:

    hrmmm.tak berani nk ckp ape.subhanallah harap2 dapat jadi pengajarn kepada kite utk bertaubat.sebelum terlambat.
    fahmie recently posted..Cara Kita Berkipas

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. pengajaran untuk bermuhasabah diri ^_^

    [Reply]

  2. LadyBird says:

    bgmnla klu kite yg laluinya..
    :( pernh tgk scr real d png dulu.. kbtln x g pntai.. huhu
    LadyBird recently posted..Masalah Mental GILA

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Samada hidup atau mati jak.. huhu..

    Uuh.. tapi nasib tsunami kat Malaysia tak teruk dulu.. ^_^

    [Reply]

  3. keen~ says:

    walau sebaik mana pon perancangan manusia, tp perancangan Allah mengatasi segala-galanya..
    bila ada ujian, baru manusia kembali kepada-Nya.. klu x, Dia dilupakan.. =.=”
    keen~ recently posted..- undilah saya opsss ini bukan manifesto – -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. Allah mengetaui apa yang kita tidak ketahui ^_^

    [Reply]

  4. tukang karut says:

    ermm…insaf sekejab…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Ala, lama lah bro.. ahakz..

    [Reply]

  5. Shag says:

    ;’( TAKOT!
    Shag recently posted..Aku nak tinggalkan dunia lalu pergi ke Pluto Selamat Tinggal semua!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sama lah.. huhu..

    [Reply]

  6. Violet Blue says:

    kita cuma merancang tapi Allah yg menentukan..
    bersangka baiklah dengan Allah..
    mungkin ada hikmah di sebaliknya…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Betul, setuju bangat ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: