Segala Ceritera
Now The Story Begins
Google+
RSS
Tentang SegalaCeritera
Artikel Blog
Contact
Tweet
Rujukan Kami : SC (A)/199/002/5 (Jld. 3) (1) Tarikh: 13 Mac 2011
Jejaka Terhangat P.O..Box http://www.jejakaterhangat.com, 89002 Blogspot.com
Tuan,
Penyertaan Tender Assignment Blog Review
Merujuk perkara di atas
02. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak kami ingin menyertai tender assignment blog review yang dianjurkan oleh pihak tuan.
03. Segala syarat mengenai tender ini telah saya laksanakan pada lampiran A yang disertakan bersama dalam surat ini.
04. Turut dijemput syarikat dari Quaint Of Keen untuk memeriahkan tender ini.
05. Diharap pihak tuan dapat menimbangkan permohonan pihak kami.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah
(Firdaus SCemanoti) CEO SegalaCeritera.Com
Ini adalah cetakan komputer, tandatangan mahupun tandakaki tidak diperlukan.
LAMPIRAN A
Projek blog review di tapak Tinta Penaku
Secara keseluruhan projek ini boleh memberi impak kepada masyarakat dan antara kelebihan tapak tersebut :
Pemilihan warna yang sesuai pada tapak projek.
Gaya penulisan tidak meleret panjang serta kemas di samping penggunaan perenggan menambahkan lagi kekemasan itu.
Perjalanan ke blog ini tidak terlalu lambat, atau secara saintifiknya, cepat sampai, tidak berat untuk ke sana. Mungkin faktor syarikat kami menggunakan Ferrari sebagai kenderaan syarikat.
Tapak ini mengikut majoriti ramai yang sukakan kedamaian dalam menghayati persekitaran. Jauh dari zon bunyi yang membingitkan.
Tapak projek ini boleh diperbaiki lagi, antara saranan untuk membuatkan tapak ini menarik lebih ramai pelabur untuk bertandang adalah :
Penggunaan perkataan yang ringkas atau nama saintifiknya short form harus dikurangkan atau dihilangkan terus kerana khuatir golongan keluarga yang pergi ke tapak ini tersesat jalan, disamping cikgu-cikgu sekolah yang mengajar subjek Bahasa Melayu akan mengadu ke Jabatan Pelajaran.
Sila kurangkan senarai VIP pada sidebar dengan menyembunyikan sebahagian VIP untuk memastikan keselamatan tapak itu terjamin. Standard 5 VIP ditonjolkan dan bertukar VIP berdasarkan update terkini.
Entri yang panjang tidak bermasalah bagi syarikat kami. Namun jika digarapkan sebaiknya, dengan meletakkan gambar-gambar sampingan, pasti pelabur yang datang tidak hilang fokus.
Tambahkan lagi pada post depan dengan minimum 2 post kerana tidak semua pejabat pos yang diletakkan menarik minat hati semua golongan pelabur. Namun sekurang-kurangnya post hit sebelum ini boleh membuatkan pelabur duduk diam seketika di tapak tersebut.
Demikianlah review dari pihak syarikat kami. Sebarang review adalah pandangan dari pihak kami, bukan suara majoriti seluruh rakyat Malaysia. Mana yang baik kita ambil, yang kurang kita perbaiki.
Pihak syarikat kami tidak lokek untuk mewar-warkan projek ini, oleh yang demikian, mana-mana pihak syarikat yang berminat untuk menyertai projek ini, hanya perlu menekan banner dibawah kerana pihak kami telah menyediakan perkhidmatan e-clicks demi memudahkan pihak tuan ke sana.
Akhirulkalam, sekian terima kasih.
SCemanoti : Kalau lampiran ada cap kaki ni, aku rasa dah kena reject kali tau, haha.
Blog Review Assignment 4 Oleh Jejaka Terhangat Sekali lagi aku join segmen JT, yakni blog review assignment. Kenapa aku rajin sangat join ni? Takkanlah setakat nak ada nama dalam bloglist tu jak? No no no, banyak faedahnya. Yakni take […]
Blog Review Assignment 3 Oleh Jejaka Terhangat Yezza ~ Sekali lagi aku join segmen blog review assignment dari bro JT. Kalau korang nak join, klik jak banner kat atas tu. Sedirectnya juga aku tag Shag dan Silah untuk join segmen ni. […]
Follower Blog Review Oleh Jejaka Terhangat Oh Yeah, Setelah Brother Sop dengan Nurulchomel review blog aku, kini tinggal menanti review dari Cik Tom. Namun, demi menambah lagi kereviewan yang sedia ada, maka, aku ingin meminta […]
Segmen Entry Terbaik Malam yang penuh keheningan, diriku ingin sapot satu segmen dari Belalang, yakni segmen entri terbaik. Maksudnya? Menerangkan entri mana yang terbaik yang ditulis oleh tuan blog. Kalau […]
Saya Nak Join Segmen Review dari Cik Tom Pergh ~ Rebiu dari Bro Sop lum lagi sampai, kali ni nak minta review dari blog teman beta, Cik Tom. Saja jak nak join, mahu juga tengok pendapat orang lain kan, hehe. Tapi terhad gila, […]
comments
Powered by Facebook Comments
Kembara Jepun : Persediaan Dan Tips Ke Jepun - 49,089 views
Istighfar – Kelebihan Yang Tidak Dipandang - 45,842 views
Alkisah Si Tukang Urut - 21,269 views
Kartun Jepun Sepanjang Zaman Di Malaysia - 20,782 views
Tatkala Istikharah Mengharap Petanda - 14,258 views
Kisah Suami Isteri Ini Boleh Mengalirkan Air Mata Anda - 12,477 views
Petua Menghilangkan Duka Dan Sedih - 11,513 views
Kisah Cinta Agung Bersenikan Diam - 9,436 views
Ceritera Gadis Tudung Labuh - 8,817 views
Beluran : Panduan Untuk Pendatang Baru - 8,654 views
Log in
Entries RSS
Comments RSS
WordPress.org
Kembali Ke Atas
Hakcipta Terpelihara © 2018 · Rekabentuk oleh Woot Media