Ku Bertanya Dan Tertanya: Dari Lelaki Buat Wanita

Sejujurnya, tatkala mendengar perkataan Shawl, Bawal, Syria, Wardina, Ekin dan segala macam jenis nama tudung, sememangnya aku langsung tak tahu macam mana rupa bentuk tudung tu sebenarnya. Andai kata ada subjek tudung dalam Spm, memang konfom dapat 9G

.

Oleh itu ku bertanya, macam mana rupa tudung macam tu ya? Setahu aku, aku hanya kenal tudung labuh dengan tudung yang orang pakai biasa-biasa sahaja. Selalu juga aku nampak gambar-gambar orang menggayakan tudung, tapi, tak tahu nama tudungnya.

Kini ku tertanya pula, apakah pemakaian tudung sebegitu rupa, menepati syariat islamiah?

Kebanyakkan fesyen tudung sekarang yang membiarkan leher keluar, telinga keluar, dada terdedah, jenis kain lembut yang rapat membalut tubuh dengan bentuk yang menonjol, terlalu ketat di kepala hingga menampakkan bentuk rambut. Belum campur bab menyerupai sister kristian apatah lagi istilah bonggol unta.

Ciri-ciri tu ada pada tudung yang mana satu ya? Tiada? Syukur.

Ku bertanya lagi, kebanyakkan yang pakai bentuk tudung macam tu kan, semua seksi gitu, betul ka? Bukan apa, kebanyakkan nampak sangat, dekat body tu ketat sangat. Sebab tudung pun ikut ketatkan.

Tak tahu tudung jenis mana satu. Ada yang tahu?

*******************************

“Saya nampak gaya tudung tu cantik, daripada tak pakai tudung, Alhamdulillah, kini saya dah bertudung, kira bagus kan?”

“Daripada tayang rambut, kan dosa tu, ni lagipun Islam tak larang berfesyen kan?”

Aku setuju, tak salah berfesyen, aku setuju kerana fesyen, yang tak bertudung kini bertudung.

Cuma aku takut, memakainya hanya kerana tarikan “cantik”. Yang ini buat ku tertanya, kita nak tunjuk cantik dengan orang, atau tunjuk cantik dengan Allah?

Fitnah dalam penyampaian, itu yang berbahaya. Maksudnya? Menampakkan sesuatu yang baik, hakikatnya itulah keburukan dinampakkan kebaikan.

Yang penting, apa jenis fesyen pun, selagi menepati syariat, itulah yang dikehendaki. Tak kira labuci dan renda diletakkan, apa jenis kerongsang sekalipun, tudung itu tetap tudung yang disukai olehNya, selagi menepati kehendakNya.

Sekali lagi ku bertanya, fesyen tudung sekarang menepati kehendak syariat? Atau hanya menepati kehendak sendirian berhad?

(“Ayah, emak, saya sudah memakai hijab seperti yang kalian suruh. Bye-bye!”)

******************************

Boleh tak tolong jawab soalan ini? Sebabnya, aku memang lemah bab tudung, hehe. Aku yakin, kebanyakkan yang baca ini, tudung mereka semua ok saja, InsyaAllah. Bersangka baik kan, hehe.

Apapapun, semoga kita bermuhasabah diri dan saling memperingati sesama kita. Entri ini bertujuan agar kita berfikir, tudung kita tu, benar-benar menutup aurat, atau hanya sekadar menutup rambut cuma?

Lihat tudung anda cepat-cepat, dan lihat cara anda gayakannya, jika sempurna pemakainan tudung itu, pasti aurat yang selainnya InsyaAllah terjaga.

Kenapa saya berkata sedemikian rupa?

Sebabnya, bila kita dah jaga pemakaian tudung, konfom kita tak terfikir untuk pakai baju ketat-ketat, serta legging-megging, kan?

Ini kaca mata seorang lelaki, anda wanita yang lebih mengertinya. Jawapan itu ada pada anda, si pemakainya.

Lain lelaki, lain pandangannya. Kalau aku, cukuplah bertudung biasa, menutup dada, InsyaAllah yang lain tak terdedah. Sedap mata memandang, oh… kiutnya.. eh?

 

SCemanoti : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (Al-Ahzab : 59)


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Wanita : Video Tutorial Tudung Hanya Buat Dosa

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

46 Responses to Ku Bertanya Dan Tertanya: Dari Lelaki Buat Wanita

  1. panadol says:

    sdgkn aku pun x tau jenis2 tudung nie..
    mcm2 gaya n pesen sda skang nie…ohohoh
    panadol recently posted..Segmen Ben Ashaari – Blogger Ikut Negeri

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? ahakz.. Rupanya.. ingatkan tahu.. huhu..

    [Reply]

  2. ueyamegami says:

    as a girls kitorg selalulah dengar semua duk bincang psl pemakaian tudung ni.tp bagus lah same2 ade rase bertanggungjawab nak tegur sape2 yg ade kekurangan kan.ye,sy pon perempuan dan saya tahu semua perampuan ada keinginan untuk nmpk cantik jugak.patot lah mcm2 jenis tudung dah wujud skng.bole je nak pakai tudung mana2 pon tapi asalkan ikot syarat la kan.saya pon pakai je syawl syiria tu sume but dgn cara yg betul la cover bende yg kne cover.tulah nyampah + malu tgok yg pkai tudung tp pakaian ketat mcm nak napas pon takbole.n i know all guys pon mesti tak suke or rase tak sedap mate mamandang kan tgok kalau girls bertudung tp baju adik haha.opsss bnyk pulak komen.sy pon bukan sempurna sgt cara pemakaian.tp insyaAllah cb jd mkin baik dr mase ke semasa heheh

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. xpa.. kira ok bg pandangan tu.. ^_^
    Yezza, mengikut syariat.. itulah yang diperlukan.. bukan apa.. kebanyakkan wanita yang berada di neraka adalah kerna mereka tidak menjaga aurat mereka.. sama2 kita bermuhasabah diri dan saling ingat-mengingati.. biarpun kita nyata berlainan jantina.. hehe..

    [Reply]

    ueyamegami Reply:

    haha xpe.sy rase cara awak tulis entry ni dah cukup berhemah dah.sy takde terasa pon.tp tak tahulah kalau ade yg kat luar sne yg terasa kan.mcm saye kate kat entry saye tu siapa yang makan cili dia yang telan biji cilinya ye tak?good job awk.best bace blog awk.bnyk ilmu bole dpt huhu =) :) ueyamegami recently posted..Tak Habis-Habis Pasal TudungKe Free Hair Lagi Senang

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Mcam mana tu.. tengahari kelmarin memang ada cili dalam nasi goreng.. haha..
    Thanx.. saya cuma menyampaikan mana yang sepatutnya ^_^

  3. keen~ says:

    dan ku jua sentiasa tertanya-tanya.. =.=
    keen~ recently posted..- undilah saya opsss ini bukan manifesto – -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. Iya, sal tu entri pertanyaan ni timbul.. gegara yang ditanya pun tertanya.. ahakz..

    [Reply]

    keen~ Reply:

    abes tu.. klu semua duk tertanya-tanya, sape yg nk jawab?? adesss.. =.=”
    keen~ recently posted..- undilah saya opsss ini bukan manifesto – -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. yg ada jwapan hnya pda dri sndiri.. ^_^

  4. bun says:

    aq pon tak taw jenis2 tudung
    macam same je sume

    dari dulu sampai skunk aku pakai tudung yase
    nak tukar berbagai-bagai tuh,tak minat
    tengok pon macam nak tercekik je
    aku nie dah le cepat rimas ketat-ketat
    bun recently posted..kucing vs manusia

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Uuh.. mcm begitu..
    Tudung biasa pun.. nampak cantik juga kan.. ^_^

    [Reply]

  5. husna says:

    tepuk dada tanya iman. apakah tudung & pakaian yg dipakai sudah menepati perintah Allah dalam surah al-Ahzab itu, :) husna recently posted..-

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Semoga yang membaca mengambil ibrah di sebalik ayat tersebut.. :)

    [Reply]

  6. nice sharing la aretikz..bagi idea untuk Eh Ustazah! jumaat ni…hehehe…

    p/s: akak ke? hahaha~
    sunah suka sakura recently posted..Dengki Mendengki Amalan Tak Mulia

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Selagi boleh bagi idea.. Ahakz..

    p/s : eh? iya ka akak? haha..

    [Reply]

  7. Violet Blue says:

    sedangkan saya sbg seorang wanita juga tidak mengerti dan tidak pernah memahami fesyen sekarang..
    pening3…~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? hehe.. xpa.. jgn pening2.. ahakz..

    [Reply]

  8. mutiara says:

    *tersenyum*

    terus mnulis ye En Atik :)

    thanx atas pencerahan.. :) mutiara recently posted..BEN ASHAARI – BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

    [Reply]

    aretikz Reply:

    InsyaAllah.. selagi boleh.. ^_^

    [Reply]

  9. noa says:

    ……………….
    aku tak layak nak comment
    noa recently posted..Lucah Day -p

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Err.. tp bukn drop komen dah ni? ahakz..

    Cool Noa.. Stay cute ok? ^_^

    [Reply]

  10. i am S!L4H.. says:

    eh atik, psl tudung dpt 9g?
    adehhh klaka la.
    seb bek x de subjek tu. hee

    sy pon x tau gak semue jenis2 tudung.
    haishhhh
    ntah la mcm2 skg org pkai plik2. kdg2 jdik jelik.
    erkkkk~
    i am S!L4H.. recently posted..suke kan kalo makan2 heheh

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Seram dowh kalo ada.. konfom subjek skor A buat pempuan.. hehe..

    Berpada-pada dalam semua perkara agar sedap pandangan mata.. hehe..

    [Reply]

  11. vlogdaus says:

    hoho, confirm bnyk orang terasa klu baca entri ni~

    btw, ada ym/email ka? sy ada sedikit kemusykilan yg sy mau tnya~~
    vlogdaus recently posted..Tiba-tiba Dapat Buffered Earning

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ahakz.. bukan niat nak wat org trasa.. skadar brkogsi rasa.. hehe..

    Uuh.. apakah itu yg dimusykilkan? hehe.. boleh tulis kat contact page kat atas sebenarnya.. hehe.. namun.. demi memudahkan.. hunter_admirez@yahoo.com.my

    [Reply]

    vlogdaus Reply:

    hoho~ nanti sy hantarkan kemusyklikan sy tersebut~~ =D mau susun ayat dulu ni supaya si pembacanya nda bingung2. haha
    vlogdaus recently posted..Tiba-tiba Dapat Buffered Earning

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Or8, dinanti.. ahakz..

  12. afuan shah says:

    salam..huhuhu..berat jugak soalan ni..btw..baguslah..
    memang kebanyakan perempuan sekarang sudah mula “membalut” aurat mereka..bukan menutup aurat…wallah hu alam..
    afuan shah recently posted..Cherita

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Kebanyakkan? Kesikitan lah.. haha..
    Itulah yang harus dicegah.. sebelum menjadi barah.. huhu..

    [Reply]

    afuan shah Reply:

    eh..sikit k??saya ingat ramai pempuan yg pakai gitu..huhu
    sorryyy
    afuan shah recently posted..Result Mereka yang lebih gembira

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? hehe.. orang gurau jak lah tu.. ^_^

  13. Shag says:

    Bukan erti nak menghentam kaum Hawa sendiri. Tapi, Shag nak ngaku. Ada segelintir kawan Shag pakai hanya untuk kelihatan lawa dan cantik sahaja. Dan ada yang mengaku pakai tudung kerana background. Cth, dulu belajar kat UIA. Kan wajib. Jadi, bila masuk U lain still kena pakai tudung lah sebab bawak nama UIA.

    Shag pun ada pengalaman jugak. Dulu pakai tudung sebab peraturan sekolah dan kolej. Tapi, Alhamdulillah skrg Shag pakai tudung sebab Allah. Dan masih perbaiki diri ;)

    Thanks sebab saling mengingati.
    Shag recently posted..Red Handy Boutique Blogshop baru weh !

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Itu yang menakutkan juga.. trend yg makin membhayakan… apapapun.. syukur Alhamdulillah.. paling kurang.. Allah telah memberi hidayah kepada kita semua.. ^_^

    Sentiasa bermuhasabah diri, dan saling ingat-memperingati.. ^_^

    [Reply]

  14. tukang karut says:

    aku pun tak tau…

    yang aku tau perempuan yang pakai tudung dengan lengkap, sangat cantik…
    tukang karut recently posted..Cermin

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Samalah kita…

    Itu aku setuju bangat deh.. ahakz..

    [Reply]

  15. mizzapple says:

    kdng2 org bertudung nie hanya mngikut fesyen semata2.

    berfesyen tu xsalah tapi biarlah menutup aurat.
    mizzapple recently posted..Follower ke 2000!!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. itulah hakikat kebanyakkan wanita sekarang.. sebab tu masih tak tutup aurat sempurna.. nak cantik semata-matakan.. hehe..

    [Reply]

  16. Miss Ran says:

    angguk2 sambil tersenyummmmm

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Angguk2 trima kasih.. hehe..

    [Reply]

  17. salam .
    boleh bertanya . anda ada yg berpunya .? haha . cuma bergurau .!

    saya suka lelaki seperti anda .!
    intan suhaila recently posted..maaf math luthfi ! maaf anwar hadi ! aku benci mat luthfi !

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Err.. Kalau belum? haha..

    Terima kasih ^_^

    [Reply]

  18. Yana says:

    hahahaa.. sedangkan sy yang perempuan pon tak tau semua jenis tudung yang ada. yang penting yang saya pakai tudung biasa. that’s all. hahaha! shawl hari tu penah pakai sekali, itu pon mak ngah yang pakaikan sbb time tu nk kuar jejalan.. kah3~
    Yana recently posted..Make a BABY Step !

    [Reply]

    aretikz Reply:

    its ok, yang penting menepati syariat kan? hehe..

    [Reply]

    Yana Reply:

    absolutely.. insyaAllah.
    Yana recently posted..Wake Me Up When The March Come Again

    [Reply]

  19. nur diyana says:

    sy tak tau apa pendapat org lain tp bagi sy setiap org ni bhati baik.
    cuma dia ada dgr tak ‘jeritan hati kecilnya’ itu.
    hati kecil selalunya lebih jujur dan sejati (pure).
    tapi hati besar byk dipengaruhi unsur2 luaran spt pengaruh rakan, image sekeliling, etc.
    sbg contoh:
    apabila sorg pompuan mengenakan tudung tapi tudung yg dipilihnya itu sangatla nipis (sampai tertayang semuanya – macam tak btudung jer ni..), hati kecil akan bkata:

    ‘Eh nipis la pulak tudung ni. nampak anak tudung, leher aku semua..’(sambil menilik2 kat cermin)

    tapi hati besar akan cakap:

    ‘la..biasa la tu..semua org pakai tudung gini. nak cari kat mana tudung tebal2 kat negara panas macm kita ni. kita nak pakai tudung – ok dah tu drpd tak pakai lagsg kan?’

    at the end, kita akan terima ckp2 hati besar kita.
    by the times go on, jeritan hati kecil makin tidak kedengaran dan akhirnya terus bisu..

    yg bisa akan kdgrn jeritan suaranya hanyalah si hati besar itu..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: