Baik Si Penjaga Gol?

“Hidup umpama penjaga gol, berapa banyak bola diselamatkan pun, sekali buat kesilapan sampai kena gol, yang orang pandang adalah yang silap itu.”

Betulkah statement tu?

Tapi bila tengok realiti masyarakat, macam mana baik pun orang tu, kalau dia tiba-tiba ketahuan buat buruk, pasti akan diumpat, dicela dan sewaktu dengannya. Begitu mudah manusia menghukum.

Seribu kebaikan dibuat, bila dah salah satu, yang satu itu dilihat.

Masa itu kita terfikir, kenapa yang dipandang yang buruk itu, sedangkan kebaikan yang seribu tak dipandang?

Sebabnya, itulah manusia. Jika kita tunjuk baik depan manusia, impaknya terhadap manusia adalah kecil sekali. Percayalah, kebaikan itu tak akan memberi erti kepada manusia.

Jadi, takkan nak jadi jahat?

Bukan begitu, cuba kita terbalikkan situasi di atas. Berapa banyak kejahatan pun, bila dah buat baik sekali, pasti akan dipandang yang satu itu.

Gila, mana mungkin ada orang memandang kebaikan di saat kejahatan merajai diri. Bila sudah gengster buat onar, tiba-tiba buat sedekah dengan orang miskin sekali seumur hidupnya, paling-paling, orang akan cakap “Mengarut”.

Jadi, apa rasionalnya ayat di atas?

Seribu kejahatan, terbitnya satu kebaikan penuh ikhlas di sisiNya, sudah cukup mengangkat martabat kita kepadaNya. Satu kebaikan itu sudah telah menenggelamkan seribu kejahatan yang dilakukan.

Itulah ganjaran buat mereka yang tunjuk baik dengan Allah, bukan dengan manusia.

Ingat tak peristiwa seorang pelacur yang memberi minuman kepada seekor anjing yang kehausan. Bukankah wanita itu menjadi ahli syurga?

Atau mungkin cerita seorang pemabuk, yang bertaubat apabila mendengarkan dia akan dimasukkan ke syurga, hanya kerana mewangikan ayat al-quran?

Kunci utama di sini adalah ikhlas. Ikhlasnya itu akan memadamkan seribu kejahatan. Ikhlasnya itu akan memartabatkan yang satu. Apatah lagi ikhlas pada seribu kebaikan dilakukan, pasti yang satu kesilapan hanya satu ujian kecil semata-mata.

Jadi, “Seribu kebaikan dibuat, bila dah salah satu, yang satu itu dilihat”, hanya untuk pandangan manusia, bukan pandanganNya.

Hanya orang yang tak ikhlas terhadap kebaikan yang dilakukan sahaja akan berkira dengan orang, tapi bagi mereka yang memang ikhlas bagi setiap kebaikan dilakukan, bila dah salah, dia akan perbaiki diri, tak kisah apa yang orang cakap.

Sama-sama kita bermuhasabah diri dan saling ingat-mengingati.

Yang penting, jangan pandai-pandai cakap “Saya ikhlas untuk buat jahat ni”. Memang nak kena ketuk kepala tu, haha.

 

SCemanoti : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).
Al-Baqarah : 150


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Antara Sabar Dan Mengeluh
  • Oh ~ Tag Pula
  • Maulud Nabi Bukan Maulud Sepanduk
  • Aku Cinta Dia Sampai Mati
  • Bukan Diriku

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

26 Responses to Baik Si Penjaga Gol?

  1. husna says:

    saya ikhlas buat jahat ni..hahaha
    betol2 xleh bla la…
    husna recently posted..asyik-asyik gaduh- bosan!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. ikhlas ni nak wat jahat kat Husna, jeng3x~
    haha..

    [Reply]

  2. sham says:

    gangster yang beriman…heee..tp serius,nice entry…
    sham recently posted..Nak Marah Siapa

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. thanx bro ^_^

    [Reply]

  3. imanshah says:

    salam, lama tak menjengah..saya bercuti di kampung..saya suka keeper liverpool..huhu
    imanshah recently posted..NURSERI

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Wasalam
    Weehuu ~ Top keeper kan.. hehe..

    [Reply]

  4. afuan shah says:

    hehehehe..maka adalah lebih baek org memberitahu kesalahan kita agar kita dapat memperbaharui diri seraya mengislahkan diri..kalau org puji kebaekan selalu pon..x elok kan…datang pula riak di hati…wallluhalam..
    afuan shah recently posted..Award 99th Follower

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup, betul2.. cuma terpulang pada kita mengenai penerimaan smada pujian mahupun teguran.. untuk menghindarkan perkara mazmumah kan.. hehe..

    [Reply]

  5. Shag says:

    Betul betul betul <– ni akibat dah tak tahu nak komen apa tapi ikhlas neh tinggal komen ;) Shag recently posted..Red Handy Boutique Blogshop baru weh !

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. memang ikhlas.. trasa aura.. haha..

    [Reply]

  6. keen~ says:

    keikhlasan itu umpama ” semut hitam di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat “.. sukar nak dikesan~ ^_^
    keen~ recently posted..- undilah saya opsss ini bukan manifesto – -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    yezza.. setju! hehe..

    [Reply]

  7. Violet Blue says:

    bak kate pepatah ‘ kerana nila setitik, habis susu sebelanga’

    [Reply]

    aretikz Reply:

    kalo klorox? haha..

    [Reply]

    Violet Blue Reply:

    ilang kaler la susu tuh..~
    haha~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    lo.. kan susu memang putih?

  8. afif says:

    follow taw..ajak kawan yee
    afif recently posted..MOVIE – BATTLE LOS ANGELES 2011

    [Reply]

    aretikz Reply:

    InsyaAllah ^_^

    [Reply]

  9. i am S!L4H.. says:

    btol. kerana tumpah nila setitik rosak susu sebelanga.
    T__T
    =( i am S!L4H.. recently posted..kembar 6 sextuplets

    [Reply]

    aretikz Reply:

    erk? copy paste comment? haha..

    [Reply]

    i am S!L4H.. Reply:

    lohhh. haha. x bce pon komen violet tu. same la plak.
    hahaha

    ok2, tuka lain. lembu punya susu, sapi dpt name. hahaha
    bole?
    i am S!L4H.. recently posted..kembar 6 sextuplets

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ok, diterima.. tp.. apa ketan? haha..

  10. i am S!L4H.. says:

    ok la. lepas ni kena blaja peribahasa lg.
    masuk darjah 3.
    T__T
    i am S!L4H.. recently posted..kembar 6 sextuplets

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Ololo.. kool.. haha..

    [Reply]

  11. Violet Blue says:

    tak3…
    kire jdi mcm air biase la kkalo susu tu ilang kaler..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Weehuu ~ tak2.. clorox memutihkan.. bukan menjernihkan.. lalalalala…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: