Hikmah Menutup Aurat

Sungguh jujur tajuk ni. Macam dalam buku teks Pendidikan Islam jak, haha. Artikel ini ditulis berdasarkan pembacaanku mengenai satu buku hasil tangan Dr. Danial Zainal Abidin.

Sebelum tu, korang pernah tengok drama Cinta Sempurna? Drama yang diilhamkan dari Ustaz Hasrizal, penulis buku Aku Terima Nikahnya. Apa kaitan dengan tajuk diatas?

Ada satu babak, tatkala mana Sheila, seorang gadis yang telah tercemar pemikirannya setelah pulang dari UK, mempersendakan seorang Ustaz. Dalam banyak soalan yang ditanya kepada ustaz tersebut, ada satu soalan yang memang orang cakap killer kalau tak dijawab dengan baik.

“Kenapa perlu kita pakai tudung? Kenapa Allah tak botakkan sahaja kepala kalau nak suruh orang pakai tudung?”, cukup sinis. Mesti macam-macam jawapan korang. Aku tak nak ulas, sebab jawapannya ada pada kita juga.

Cuba kita telusuri ayat 31 surah an-Nur yang bermaksud :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Semasa ayat ini diturunkan, kaum wanita membudayakan sejenis pakaian tudung yang menutupi bahagian kepala tetapi masih mendedahkan leher telinga dan bahagian atas dada mereka.

Demikian ayat ini diturunkan supaya kaum wanita memakai tudung kepala yang menutupi bahagian-bahagian itu. Biarpun begitu. islam tidak menghalang wanita-wanita berpakaian mengikut fesyen dan suasana asalkan ia menutup aurat, yakni berasaskan syariat.

Dari sudut psikologi, menutup aurat bagi wanita Islam adalah lambang ketinggian maruah dan harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita-wanita jahiliah.

Bila Lelaki Barat Bercerita

R.Stevenson menulis mengenai etika pemakaian wanita Islam dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari 2002 dengan menyatakan:

“Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba datang dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka.

Kami dapt mendengar ketiga-tiga wanita itu berbisik sesama mereka berhubung kedua-dua wanita Islam itu,”Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya bersimpati dengan mereka!”

Ketiga-tiga wanita itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara mengghairahkan.

Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam itu tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan mereka yang indah.

Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk?

Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan bahawa wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen yang terlalu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki ataupun wanita.

Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi.

Inilah sedikit garapan dari artikel tersebut. Untuk selanjutnya, klik

The Elegance of the Modest Woman

 

Apa yang aku mampu cakap, secara amnya, wanita yang menutup aurat, jika difikir secara logiknya, mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Tak terdesak dengan fesyen melampau untuk menarik perhatian ramai.

Fikirlah ini sebelum mengatakan mereka itu kolot, kerana, yang kolot itulah yang moden. Percaya atau tidak?

 

SCemanoti : Rasanya artikel ini cukup menjelaskan pertanyaan dari Sheila tu kan? Ahakz.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Salah Faham Umat Islam Malaysia Terhadap Islam
  • Aurat Wanita : Kelebihan Kesihatan Dan Psikologi

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Agama and tagged , , . Bookmark the permalink.

32 Responses to Hikmah Menutup Aurat

  1. keciq says:

    perkongsian yang menarik :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Selagi boleh ^_^

    [Reply]

  2. keen~ says:

    at least duit sy xmembazir nk beli baju berfesyen2 yg mahal tu.. kachinggg~ $.$
    keen~ recently posted..- the new me and i hate it -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    kaching.. ok, leh blanja seafood kan? haha..

    [Reply]

  3. ZRn says:

    SubhanAllah…betapa indahnya Islam itu bukan…
    semoga sy & wanita² Islam yg lain terus²an istiqomah menjaga kewajipan ini…

    walaupun sbnrnya ada segelinitir wanita yg tidak munutup aurat m’ikut firman Allah dalam surah An-Nur: 31 spt yg tuan sebut d atas…Astaghfirullohal’azim…mgkin sy pun pernah…tQ atas peringatan bro… :) ZRn recently posted..Pintu Dua Engsel

    [Reply]

    aretikz Reply:

    yup, Islam itu memang indah.. ^_^
    Sama2 kita bermuhasabah diri dan ingat memperingati sesama kita.. ^_^

    [Reply]

  4. sham says:

    kesian kat sheila dan mana2 pompuan yg berfikiran gitu kan…sadis dan tragik…
    sham recently posted..Alalalala Long!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. hanya drinya dibantu hidayah Allah yang mampu merubahnya.. huhu..

    [Reply]

  5. Yana says:

    absolutely..
    tidak terdesak dgn fesyen yg melampau utk menarik perhatian ramai.. tapi jadi isu jugak kalau berpakaian seperti purdah .. ramai jugak org yg pandang?

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Isu? Sebabnya? Tiada isu pun.. melainkan, orang yang memandang serong kepada mereka.. hehe.. kan bagus berpurdah tu.. hehe..

    [Reply]

    miss yaty Reply:

    btol tu..nape nk pandang serong pada org yg pakai purdah..
    miss yaty recently posted..Dahsyatnya Aura Artis Korea

    [Reply]

  6. nash says:

    nice entri…
    kalau aku.. mmg bagusla org yang pakai tudung n xde kaler (cth kaler putih atau hitam yg kusam).. mmg xde tarik perhatian org len pun… hu3..

    p/s- suke tgok org yg bertudung labuh
    nash recently posted..Aurat Lelaki Pun Ramai Yang Masih Tak Dijaga!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx bro.. ^_^
    Kaler jengking? haha.. selagi menepati syariat kan.. ^_^

    p/s : As same as me.. hehe..

    [Reply]

    keen~ Reply:

    p/s: sy suka tengok org pakai tudung saji time nk gi ke sawah~ hik3~ ^_^
    keen~ recently posted..- the new me and i hate it -

    [Reply]

    Violet Blue Reply:

    haha..~
    Mak Cik Keen dah mengarut..
    kwang3..~

    keen~ Reply:

    werkkkk~~ jeles la tu.. =.=”
    keen~ recently posted..- the new me and i hate it -

    aretikz Reply:

    Ish3x ~ Dua2 ni ada aura minta belanja lah tu.. ahakz..

    [Reply]

    keen~ Reply:

    mmg pon.. well, lagipun.. ada org tu baru dpt gaji, kn?? kachingggg~ $.$
    keen~ recently posted..- the new me and i hate it -

    aretikz Reply:

    uhuk2.. mcmmna nak kumpul duit tuk masa depan? haha..

    keen~ Reply:

    dlm kumpul duit tu, kena blnja gk.. baru xjd cam haji bakhil.. hihihihihi~ ^_^
    keen~ recently posted..- the new me and i hate it -

    aretikz Reply:

    Lum haji.. jadi xleh belanja.. har3x~

  7. husna says:

    yang tertutup itu indah ^^,

    [Reply]

    dunia aku Reply:

    yang indah itu tertutup…

    [Reply]

  8. Violet Blue says:

    yg tertutup itu lebih indah dan lebih terpelihara..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup, betul3x~

    [Reply]

  9. menusukhati says:

    assalamualaikum bro..

    kalau aku pula nak jwb soalan killer tu aku akan cakap,boleh je kalau Allah nak botakkan..tapi kalau botak,orang lelaki nak ke kat dia nanti?Allah tahu,kalau botak,tak sorang lelaki normal pun ingin kat perempuan tu..alangkah cantiknya wanita bertudung berbanding yang botak..lgpun,bertudung tu untk sementara ja,selagi berada d kalangan yg ajnabi..depan suami,dandanlah secantik mana yg dia suka.bogel pun takpa..ooppsss!
    menusukhati recently posted..Kisah Sotong Yang Romantik

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. uppss.. ini barulah statement.. tp kita tak tahu apa kebaikan kalau betul2 Allah botakkan semua kepala wanita.. tetap kita pandang cantik juga tu agaknya.. hehe.. apapapun.. jawapan tu ada pada diri kita.. nice answer too.. ^_^

    [Reply]

  10. sakura dalam taman larangan…lebih dijaga rapi dari sakura di tepi-tepi jalan…
    sunah suka sakura recently posted..Mereka Silent Readers

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sakura oh sakura… sakura mekar kat sarawak.. hehe..

    [Reply]

  11. Yana says:

    mmg bagus. tapi org pandang macam nk telan. pelik semacam je dorang pandang. macam kita ni x pakai pape.. sng ckp cmtu la. x pakai pon susah.. dah pakai pon susah. mungkin sbb malaysia x rama isgt rog yg berpurdah.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. its ok Yana.. yang penting kita kena ingat.. kita pakai untuk orang atau untuk Allah.. biar orang cakap macam mana pun.. selagi kita buat baik, InsyaAllah, yang baik kita dapat.. stigma masyrakat kan.. yang moden sebenarnya itulah yang kolot.. ^_^

    [Reply]

  12. miss yaty says:

    thanks for sharing atik..

    memang pelik kalo org yg fri hair tu xnk pakai tdg.pdhl pakai tdg ni wajib dan byk hikmahnya…
    miss yaty recently posted..Dahsyatnya Aura Artis Korea

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: