Ingat Dua Perkara, Lupakan Dua Perkara

Aiman tak kisah‘  Tagline Muzik Fm satu ketika dulu, tapi apa kaitan dengan tajuk pula? Aku pun tengah fikir, korang ada jawapannya? Tajuk tu sebenarnya perkongsian yang ku ambil dari Maharaja Lawak, eh? Bukan, majalah Solusi, hehe.

Apa yang diingat, awek? Bini? Laki? Atau Justin Bieber? Dan apa yang perlu dilupakan? Masa silam? Masa pahit? Atau kacang lupakan kulit?

 

Ingatlah 2 Perkara

Kebaikan Orang Kepada Kita

Kebaikan orang dengan menolong tidak kira apa bentuk sekalipun seperti nasihat, harta, tenaga dan sebagainya haruslah diingat. Dan sebaiknya jika mampu, dibalas dengan setimpal ataupun lebih. Ini akan menyebabkan kita menjadi lebih pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya.

Lebih-lebih lagi nikmat Allah kepada kita perlu disyukuri, dan semestinya perlu diingati tanda kesyukuran dengan lidah dan hati. Kerana kebaikan orang itu nyata datang dengan izin-Nya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Surah al-Dhuha Ayat 11)

 

Kesalahan Kita Kepada Orang

Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita meminta maaf. Inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah. Ini akan menjadikan kita sentiasa berhati-hati agar tidak mengulangi lagi kesilapan sedemikian rupa.

Kesalahan terhadap orang akan menjadi dosa, dan dengan mengingati dosa yang dilakukan seharusnya akan membuatkan kita insaf dan bertaubat kepada-Nya.

Ingatlah, bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

 

Lupakan 2 Perkara

Kebaikan Kita Kepada Orang Lain

Jangan sama sekali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Sikap mengenang dan mengungkit akan membatalkan amal. Jadi, apabila kita membuat kebaikan kepada orang lain, cuba rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepadanya.

Perbuatan mengingat ibadah yang telah dikerjakan hanya akan mencalarkan keikhlasan. Sedangkan segala-galanya dilakukan atas hidayah Allah jua. Oleh itu, setelah beramal kita hendaklah rasakan seolah-olah tidak beramal.

Dengan itu bak kata geng surau yang aku adjust, kita akan terhindar dari rasa bongkak, sombong, riak dan bangga diri.

 

Kejahatan Orang Terhadap Kita

Sebelum tidur, maafkan semua orang, itulah antara adab-adab tidur Baginda Rasulullah s.a.w. Amat sukar untuk melupakan kejahatan orang terhadap kita, namun dengan mencontohi sifat pemaaf dari Baginda Nabi, InsyaAllah, perasaan itu tenang dari segala perkara negatif yakni kebencian dan dendam.

Kejahatan orang terhadap kita merupakan ujian dari-Nya, sama seperti ujian berbentuk bencana alam, kemelesetan ekonomi, dan sebagainya. Sekurang-kurangnya, kita kembali kepada-Nya setelah leka dengan kebaikan dunia.

Apabla kita melupakan kejahatan orang, maka timbullah kasih sayang, dan dengan kasih sayang yang terpancar dari diri kita, akan menarik orang untuk sayang kepada kita, itulah yang dipanggil Law Of Attraction.

******************************

Tidak dinafikan, apa yang kita amalkan adalah perkara yang songsang. Yang ingat kita lupa, yang lupa kita ingat. Sebenarnya benda ini menurut para ulama tasawuf, jika ingin merasai kemanisan iman, ingatlah dua perkara dan lupakan dua perkara, yakni seperti yang diperkatakan di atas.

Apapapun, dengan menjaga hubungan sesama manusia secara langsung akan turut menjaga hubungan kita dengan Allah.

Sama-samalah kita bermuhasabah diri dalam setiap apa yang kita lakukan ^_^

 

SCemanoti : Selamat Hari Lahir buat adikku Mohd Fitri, minta belanja rumah Maroon? Oh my, kena check dompet macam ni, haha.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Dia Antara Tokoh Terulung
  • Doakanlah Aku Dapat Hidayah Ya?
  • Cerita Agama? Not My Taste Ok!
  • Damba Cintamu
  • Kebiasaan Wanita Pakai Tudung… Tapi…

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Agama and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

26 Responses to Ingat Dua Perkara, Lupakan Dua Perkara

  1. cik tom says:

    selamat hari lahir pd adik atik..yg ke berapa?
    mmg bagus majalah solusi..cik tom mmg suka baca..byk ilmu yang best dah disampaikan dengan gaya santai…
    cik tom recently posted..Rahsia Tandatangan Yang Perlu Diketahui

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Dah 13 tahun.. hehe,,
    Yup.. Thanx 4 Cik Tom memperkenalkan majalah itu kepada saya ^_^

    [Reply]

  2. Qist says:

    Trimas atas perkongsian bro.

    Dulu, masa duk asrama selalu dapat dengar perkongsian/ peringatan/ tazkirah camni….
    tapi sejak masuk u ni, diri sendiri yang kena cari sendiri benda2 camni.

    klu xcari, xjumpa, maka xdelah pengisian rohani.

    sama2 kita improve diri n renovate hati.
    aduyai, betapa lemahnya diri ini. =( Qist recently posted..edisi BUMPER!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    selagi boleh berkongsi kan ^_^

    Yang penting, berusaha selagi terdaya, selagi sempat mengucapkan kalimah lailahaillallah

    [Reply]

  3. Yana says:

    yana selalu buat.. lupakan kebaikan kita pd org, dan maafkan kesalahan org sebelum tidur. insyaAllah bangun pagi esok tu, kita ceria menghadapi hari mendatang :D Yana recently posted..HOOOOreyyyyyyyyyyyyy !!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Alhamdulillah.. Memang banyak lah jejaka2 tercari-cari Yana ni.. hehe.. Itulah yang sebaiknya ^_^

    [Reply]

  4. menusukhati says:

    hehe..bagus jg dapat kongsi ilmu.oit!gudluck nasyid
    menusukhati recently posted..Blogger Bertilawah Al Quran

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. selagi mana yg baikkan.. hehe.. thanx bro ^_^

    [Reply]

  5. keen~ says:

    * bc laju2 sblm smbung blek bc buku.. *

    yezza~ keen suka wat benda songsang.. camne tu?? uhuk2~ T_T
    keen~ recently posted..- apa reaksi korang kalau tertelan semut -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Pergh ~ lajunya.. haha..

    Err.. Nak jawab apa yek? Haha..

    [Reply]

  6. Cinoi says:

    Message yg bgs
    Cinoi recently posted..Nasi Kuning

    [Reply]

    aretikz Reply:

    thanx cinoi ^_^

    [Reply]

  7. Yana says:

    di tag di tag
    sila ke http://pitliymila.blogspot.com/2011/04/hafizzainals-contest-senyuman-mahal.html

    [Reply]

    aretikz Reply:

    mahal sungguh senyumanmu itu.. hehe..

    [Reply]

  8. Tauke Budu says:

    tapi sebaliknya yg beraku kat diri aku
    Tauke Budu recently posted..Tips Hilangkan Stress Musim Exam Dengan Oh Yeah !

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sama2 kita bermuhasabah diri.. huhu..

    [Reply]

  9. ipa says:

    honestly,sy sangat2 suka entry bgni..bgus2..selalu2 la buat entry mendidik jiwa camni yaa..
    ipa recently posted..pengembaraan bermula

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx Ipa.. InsyaAllah.. Akan dikongsikan lagi ^_^

    [Reply]

  10. i am S!L4H.. says:

    ingt 2 perkara, lupe 2 prkara. nmpk mcm sinonim tp sebenar nye antonim.*eh btol ke ni*
    errr. bagus la post aretikz. likeeeee laju2

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Begitulah hakikatnya.. ahakz..

    Thanx S!lah ^_^

    [Reply]

  11. tukang karut says:

    asyik ingat kat orang jea…. sampai diri sendiri pun terlupa…
    tukang karut recently posted..Impian

    [Reply]

    aretikz Reply:

    ada hikmah disebaliknya ^_^

    [Reply]

  12. achie says:

    benar2.tapi kdg2 bila nafsu menguasi diri,prinsip yg dipegang menjadi longgar..ermmmmm

    *thank tuk entry ni^^

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Itulah hikmah memuhasabahkan diri ^_^

    Ur welkem Achie ^_^

    [Reply]

  13. husna says:

    yups …ingat semua perkara boleh tak..
    nak ingat fakta dalam buku ni..haha…

    btw, nice entry…majalah solusi tuuu :) husna recently posted..putus cinta -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Boleh bah kalau kau.. hehe..
    Uuh, mesti rajin bangat ni kan? hehe..

    Thanx husna ^_^ Yup, solusi, memang best.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: