Teori Kebaikan Akhir Zaman

“Tak salah bercinta, yang penting jaga diri dari melakukan maksiat, bak kata lagu Kalau Berpacaran, boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang”

“Salahkah berfesyen? Islam tak halang orang berfesyen pun? Aku tetap pakai tudung, tetap tutup aurat!”

“Orang pakai tudung pun bukan baik sangat, ada juga teruk, Allah tengok hati, bukan luaran”

“Aku dah tiada kerja lain, hanya ini yang dapat menampung kehidupan aku, nanti bila dah stabil, aku berhentilah dari buat ni”

******************************

Kisah Bani Israel, tatkala mereka diharamkan bekerja pada hari sabtu untuk mengabdikan diri dengan ibadah. Tergoda dengan ikan-ikan yang memunculkan diri tatkala hari Sabtu, dan mengeluh kerana hasil tangkapan tidak ada pada hari selainnya.

Bisikan iblis menyuruh mereka membuat perangkap dan mengambil hasil tangkapan pada keesokan harinya. Kira mereka tak tangkap ikan tu, ikan tu yang sendiri masuk dalam perangkap, maka salahkan ikan, bukan mereka!

Bijakkan? Lantas Allah menjadikan mereka kera sebagai azab!

******************************

Kebijaksanaan untuk menampakkan kebaikan yang sebenarnya adalah salah! Mungkin dialog di atas mungkin semua atau sipi-sipi kebiasaan orang untuk melencongkan kemungkaran dalam menampakkan kebaikan hasil teori diri sendiri.

Sedapkan hati, supaya tampak baik di mata manusia, tapi tak mungkin mampu menipu yang Maha Bijaksana. Satu ayat yang simple-mimple = Yang dilarang tetap dilarang, Yang wajib tetap wajib!

Hanya perkahwinan yang menghalalkan sesuatu perhubungan bukan muhrim, bukan sekadar tudung yang menutup aurat, dan aurat wajib ditutup biarpun pelakunya berperangai buruk, kerja haram menghasilkan duit haram, biarpun keadaan mendesak!

Cebisan contoh cuma, mungkin anda ada “ayat standard” yang lain?

Guna kebijaksanaan keranaNya, bukan untuk cuba memutarkanNya. Tak tertipu yang di atas, tapi anda yang menampakkan kekurangan penggunaan akal. Nak tunjuk baik bukan dengan orang, tapi denganNya.

Sama-sama kita bermuhasabah diri dan saling berpesan-pesan ^_^

 

SCemanoti : Untuk Menusukahati, ayat standard kalah nasyid –> yang penting dah buat yang terbaik, haha.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Oh Kedai
  • Keluhan Cinta
  • Aku, Mereka & Myvi 2
  • Edisi Raya ~ Dugaan Dahulu, Enjoy Kemudian
  • Pada Hari Itu

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , . Bookmark the permalink.

28 Responses to Teori Kebaikan Akhir Zaman

  1. keen~ says:

    1st komen!! yeayyyy~ ^_^

    yup, ramai umat akhir zaman m’halalkn apa yg dilarang.. mcm2 idea keluar.. ngeee ~ =.=”
    keen~ recently posted..- goodbye the end of Friendster -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ahakz.. suka dia asyik2 1st komen.. haha..

    Itulah, melencongkan untuk mendapat kenikmatan dunia yg salah.. huhu..

    [Reply]

  2. fariza says:

    hukum tetap hukum.
    Islam tetap Islam. :)
    entry berguna.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. ^_^
    Thanx..

    [Reply]

  3. husna says:

    bercakap hanya bersandarkan nafsu…
    inilah jadinya =.=”
    larangan Allah dibuat main2 je…
    tsskk. manusia o0 manusia
    husna recently posted..putus cinta -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Kerana nafsu, hati binasa, huhu..

    [Reply]

  4. ZRn says:

    Terbaik!
    Manusia sekarang nda takut Tuhan. Semua ikut nafsu semata. Walaupun terang lagi jelas benda tu hitam, tp tetap mau cakap benda tu putih..Astaghfirullohal’azim….

    “Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai {dengan dunia}, berpaling {dari akhirat}. Setiap diturunkan kepada mereka ayat-ayat yang baru dari Tuhan, mereka mendengarkannya sambil bermain-main”
    [al-Anbiya' 21: 1 - 2]
    ZRn recently posted..Nombor Ramalan 4D Kena!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx lai ^_^
    Sekarang ni terleka dgn keindahan dunia, biasalah, dunia akhir zaman, danjeres one.. huhu..

    nice, siap dalil naqli lagi ^_^

    [Reply]

  5. tukang karut says:

    yup… betul tu… matlamat tak mengahalalkan cara…
    tukang karut recently posted..Mai La Ilham

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Itulah tu.. kan3x~

    [Reply]

  6. kax says:

    hyep2~ lama x singgah cnie~ suka ayat ko yg simple neh~
    “yang d larang tetap d larang, yang wajib tetap wajib~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Lama xsinggah tempat kax juga.. nmun.. blog ke mna? huhu..

    [Reply]

  7. Dunia akhir zaman ,cuak juga fikirkan solatku ini
    Azhar@Shed Plans recently posted..Metal Garden Sheds – The Good and Bad

    [Reply]

    aretikz Reply:

    begitu juga denganku.. huhu..

    [Reply]

  8. menusukhati says:

    tak akan lahirnya sesuatu yang baik kalau hati tu tak baik(tiru ayat ust ismail kamus).nanti kalau dijawab oleh org yg malas pakai tudung hati dia baik,ong bak je kepala dia..cakap,kita buat sebab hati baik.nak tolong selamatkan dia dari neraka..
    menusukhati recently posted..Sumpah Laknat

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. bisa juga tu bro.. hehe..

    [Reply]

  9. ipa says:

    ni barulah entry terbaik dr ldang..
    insaf sy..tq..tq..
    ipa recently posted..sudah ku kata

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? hehe.. Thanx ^_^
    Sama2 kita insaf.. hehe..

    [Reply]

  10. deeya says:

    aretikz …………….!! lame tak datang komen sinie .. majuk kejap taw sama belog . huhu ~

    ta tau dah nk ckap ape lg pasal dunia akhir zaman .. takot !

    p/s : oi budak poyo ..! present belom terbang ke sabah lagi . kne tnggu sye amek cuti baru free .. klau x , nda sempat bah . hahaha !

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Weehuu ~ I selalu datang tmptmu, haha..

    Takut? kena hadapinya k ^_^

    p/s : Hehe.. xpa.. its ok ^_^

    [Reply]

  11. Eel says:

    Guna kebijaksanaan keranaNya, bukan untuk cuba memutarkanNya~~ thanks for the reminder!
    Eel recently posted..Hometown

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sama2 kita beringat ^_^

    [Reply]

  12. Rajdev says:

    Sukar ku membayangkan keadaan disana barzakh kelak
    Rajdev recently posted..Wordpres Update Crash

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Berusaha kita memperbaiki diri ^_^

    [Reply]

  13. i am S!L4H.. says:

    aretikz…
    heee lame x nmpak…

    buat entri peringatan. sgt bagus~~~~
    i am S!L4H.. recently posted..Im coming Haha tapi x bape nak coming kot erkkk

    [Reply]

    aretikz Reply:

    S!L4H ~ err.. tak pernah nampak muka pun.. haha..

    Thanx ^_^ untuk diri sendiri juga ^_^

    [Reply]

  14. cik tom says:

    setuju yang dilarang tetap dilarang, yang wajib tetap wajib!tapi orang sekarang semua main campur sekali je…xtahu dah halal or haram..

    eh nasyid kalah ker?
    cik tom recently posted..Rahsia Nama Email Bongkar Peribadi

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Itulah tu.. sadis kan? huhu..

    Yup =.=” <– pendek sungguh.. haha..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: