Bila Marah Secara Berjemaah

Kerana marah, banyak kes pukul isteri berlaku.

Kerana marah, mudah terdorong untuk membunuh ~ kes polis lagi ~ yeay!

Kerana marah, kawan yang bertahun-tahun, menjadi PTI dipandangan antara satu sama lain.

Marah ni penyakit berjangkit yang tidak perlu dilaporkan ke hospital. Bila seseorang dah marah, aura marah tu akan terasa kepada orang lain, samada orang yang dimarah, ataupun kawan-kawan kepada orang yang marah, maka berlakulah marah secara berjemaah!

Semalam berlaku fenomena 13th blogger.com, yakni blogger tak dapat nak dibuka, malah post-post latest, follower apatah lagi pengomen, lenyap tanpa diduga. 13th blogger.com? Pandai-pandai aku buat istilah kan? Tapi best juga, yeay!

Mulalah post-post di fb, twitter, friendster (masih ada lagi ka?) memaki, melepaskan geram dan yang sewaktu dengannya. Lepas tu konfom ada yang support punya, keh keh keh. Terpengaruh dengan orang yang post dalam keadaan marah, jadi dia pun marah-marah juga.

Demikianlah marah secara berjemaah.

Arakian contoh lain, si timun kena pukul si tomato (Ciktom jangan marah, keh keh keh), maka kawan-kawan si timun, kaum kerabat si timun, konfom cari si tomato, dek marah yang telah menguasai. Maka dipukul si tomato itu, dan sebaliknya sama berlaku kepada kawan-kawan dan kaum kerabat si tomato.

Demikianlah marah secara berjemaah.

Luruskan saf dan rapat-rapatkan saf, sila matikan henset, yang kanak-kanak, jangan buat bising, kita nak marah secara berjemaah ni, yeay!

Demikian bahana marah, boleh berjangkit. Maka rantaian itu perlu dihentikan sebelum memusnahkan komuniti itu sendiri.

******************************

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W, “Berpesanlah kepadaku.” Maka Baginda bersabda “Jangan Marah.” Bertanya lagi lelaki itu berulang kali, tetapi jawapan yang diberikan oleh Rasulullah “Jangan Marah.”

Daripada Abu Hurairah r.a lagi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Baginda Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Bukanlah yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain, tetapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah.”

******************************

Bukan semua marah tu tak boleh, contoh macam peristiwa Nabi dihina, al-Quran dibakar, Islam dipersenda, marah saja secara berjemaah, tapi, biarlah disalurkan dengan cara yang betul.

Apa yang tak betul? Apabila marah kita memaki, apabila marah kita nak pukul orang tu, apabila marah kita kejicacimaki mereka-mereka yang kita nak marah.

Itulah yang menampakkan Islam tu agama yang tak elok, hakikatnya bukan agama yang tak elok, tapi pengikutnya.

Pernahkah sebelum marah anda menasihati orang itu dengan penuh berhikmah? Atau mendoakan kesejahteraanya agar memperoleh hidayat? Atau cuba menyelesaikannya secara elok? Dan pernahkah menyiasat punca marah?

Ketika zaman Rasulullah dan para sahabat, ketika mereka pergi berperang untuk meluaskan empayar, apakah yang mereka lakukan? Mereka terlebih dahulu menyeru pihak yang diperangi untuk bertaubat, kalau tidak membayar cukai, dan jika mereka enggan, baru serang!

Rasanya kalau kita, memang terus serang punya, sebab marah dah menguasai akal untuk berfikir secara rasional.

Maka, apa lawan bagi sifat marah ini supaya kita dapat menghalang penularan marah berjemaah ini?

Blogger semalam down, kita usaha dengan siasat dulu apa yang berlaku, paling tidak pun, kalau malas nak siasat, hendaklah diam dan berSABAR. Dan kalau kita marah kat orang, kita usaha nasihatkannya. Tahukah anda, orang yang berkata sabar itu ada batasnya, ingatlah yang batas itulah marah.

Bila dah tahu puncanya, oleh sebab kita dah usaha, dan bersabar, tapi tak tahu nak fix benda ni, maka berdoalah, kerana doalah senjata paling ampuh. Doa agar benda tu bagus nanti, dan dengan sesama manusia, kita doa agar dia memperoleh hidayat.

Tindakan terakhir, untuk mengelakkan kemarahan berlarutan dengan emosi, jadilah si pemaaf, kerana dengan memaafkan itu akan menghapuskan upgrade marah yang lagi hebat, yakni dendam! So, kalau server down lagi, tiadalah keluar ayat-ayat tak elok dan mengungkit sal dulu kan? hehe.

Sabar, Usaha, Doa, Maaf, semoga kita beroleh keberkatan dari-Nya. Insya-Allah, kita dapat halang dari berlakunya marah secara berjemaah.

Banyak cara lagi nak hilangkan marah ni, paling aku tertarik “Bagaimana Menghilangkan Marah” dari Kereta Mayat. Tapi pandai-pandai korang tafsir sebaik-baiknya penulisan dia tu, hehe.

Apapapun, kalau dah tensen dengan blogger, pindahlah hosting ~ Yeay!

 

SCemanoti : Cuba berjinak-jinak dengan twitter, kalau sudi, terjahlah @aretikz ~ yeay!


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Cerita Budak Berjudi
  • Benarkah Utusan Malaysia Menghina Islam?
  • Epl ~ Ceritera Sebelum Sepak Mula Part 1
  • Satu Gambar Seribu Penceritaan
  • SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , . Bookmark the permalink.

21 Responses to Bila Marah Secara Berjemaah

  1. nieza says:

    ~berfikir sejenak~
    terus berlari ke kereta mayat dgn pantas~~~~~~
    *dalam usaha mngurangkan tabiat suka marah*
    huhuhu
    wish me luck ^^,
    nieza recently posted..Persediaan Sebelum Exam

    [Reply]

    aretikz Reply:

    uuh.. hehe.. tabiat ka pula? xpa.. blajar utk bersabar ^_^

    [Reply]

  2. tindakan manusia bila nikmat ditarik seketika..:)
    sunah suka sakura recently posted..BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. hakikatnya hanya perlu bersabar ^_^

    [Reply]

  3. menusukhati says:

    marah itu musuh bagi aqal-saiyidina ali krwj

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Setuju!

    [Reply]

  4. deeya says:

    xsempat nak bace entry nie .. sempat kang sye bace n komen skali . cume nak g tau , awak ditag ! =)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ahakz.. ok2.. diatur.. hehe..

    [Reply]

    deeya Reply:

    huaaaaaaarrrgh ! patotla saye lemah .. knape sye tak gagah ? sebab sye slalu marah orang . nak2 marah lelaki .. memang feveret ! diowang cakap sye garang . lepas nie nak senyum aje lah .. diam , sabar . mesti sweet kan .. ahakz !
    deeya recently posted..Terima Kasih Cikgu !

    [Reply]

  5. husna says:

    nie sebab kes blog xleh buka semalam aje kan2? hahaharr..

    tp memang best la entry ni. sejuk hati bace sebab skank memang tengah bengang and marah… hehe.
    husna recently posted..apa ni!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    err.. xdak juga.. hehe..

    uuh.. sejuk.. hujan tak kat sana? haha..

    [Reply]

    husna Reply:

    guruh jak..hujan xde..haha…

    lapar boleh buat emosi turun naik..weee!~
    husna recently posted..apa ni!

    [Reply]

  6. Shag Yahaya says:

    Hehe. Marah secara berjemaah. Suka dengan term ni! ;D

    Hello Atik! Lama Shag tak mai sini. Banyak rindu sama ini belog lah. Keke

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Rindu juga dengan Shag ~ weehuu ~

    [Reply]

  7. Hahaha.. bila marah menguasai diri, camtula..
    tau nak marah smpai boleh berjangkit.. heheh..
    Solihin Zubir recently posted..Contest Selamat Hari Guru- Cikgu!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    itulah pasal.. bila starting, kena sapot.. hehe..

    [Reply]

  8. teratai says:

    apabila kita marah, secara sedar atau tidak, itu sudah menunjukkan kelemahan diri sebab tidak dpt mengawal sifat amarah!Bermakna kita bukan penyabar orangnya! Ada je masalah terus melenting!Jauhkan sifat ini, bykkan beristighfar…insyaAllah segala masalah dpt diselesaikan dgn baik:)
    teratai recently posted..Ma Belle Shoppe Giveaway

    [Reply]

    aretikz Reply:

    betul tu kak.. kalau marah dikuasai emosi, tu yg jd barah tu.. huhu..

    [Reply]

  9. keen~ says:

    ngah mrh ngan bintang2.. sbb tu cari bulan.. ahakz~ ^_^

    biasa la, emosi ni berjangkit..
    bila kita senyum, org pon senyum..
    bila kita sedih, org pon sedih..
    bila kita bengang, org pon bengang..
    dan bila kita marah, org pon marah~ ^_^
    keen~ recently posted..- antara bintang- bulan- dan matahari -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    pergh ~ sejak dua menjak ni, bintang, bulan, matahari disebut2.. siap berpuitis lg.. hoho..

    [Reply]

  10. nur diyana says:

    sy bila rasa marah kat someone tetiba terus mata berair – nak nangis~! klu gaduh dgn kawan, baru jer balas 2-3 ayat terus nangis. adeh~! mmg dasar cry-baby la..
    P/S: ada hikmahnya Tuhan jadikan aku ni gini – so aku tak lah bgaduh/btekak dgn org lama2.. :P

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: