Hadiah berupa wang tunai 100, 70 dan 50 sesiapa yang menyertai pertandingan ini. Namun apakan daya, malam ini adalah malam terakhir untuk menyertai pertandingan. Nak tahu lebih lanjut, klik saja gambar tu. Yang diminta adalah ucapan untuk guru, tapi aku saja buat garapan lain, harap-harap penyertaan tu diterima, hehe.
******************************
Cikgu, Ustaz, Principal, Lecturer, Guru semua menggarap dalam satu maksud yang sama, bezanya tempat mengajar dan apa yang diajar. Aku pun pernah merasa menjadi cikgu ni, sebab tu aku coretkan pengalaman dalam cerita Great Teacher Aretikz.
Bukan maksudnya aku ni cikgu yang hebat, sekadar cikgu ganti jak, tapi pengalaman mengajar murid-murid sekolah rendah sekurang-kurangnya aku dapat rasa feel cikgu tu. Hakikatnya, kita semua adalah guru, cuma sama ada secara langsung atau tidak langsung sahaja.
Dalam banyak-banyak guru, aku ingat satu guru ni, GURUKUL. Erk? Apakah? Aku muka suci ni dulu pandai juga tengok hindustan ma. Definisi cikgu bagi “aku” boleh nampak pada babak sebelum lagu pertama dalam cerita Mohabbatein ni. Bagaimana Shah Rukh Khan dia mengajar murid dia tentang perasaan cinta.
Teruja dengan cerita cikgu dorang, maka berlari-lari anaklah 3 pemuda yang mencari perasaan cinta untuk membebaskan perasaan mereka dengan hanya membuka pagar sahaja, kononnya awek tu boleh terbuka hatilah tu nanti. Lepas tu, kawan-kawan dorang pun bersorak, mereka bertiga berpegang tangan.
Maka, keluarlah nyanyian “Chalte Chalte yunhi ruk jaata hoon main Baithe baithe kahin kho jaata hoon main”, aku pun feel terus, waaah!
Cikgu adalah pengajar, serta pemberi inspirasi dan tindakan seterusnya adalah dari anak muridnya bagaimana mereka mendapat sesuatu pelajaran itu. Tanpa guide dari cikgu, rasanya 3 orang pemuda akan kebingungan bagaimana menyalurkan perasaan mereka dengan sebaiknya.
Sebab itu jasa cikgu besar, biarpun buku boleh mengajar secara teori, tanpa inspirasi dari hubungan manusia, susah untuk anak muridnya mendorong diri mereka sendiri untuk memahami satu pembelajaran tersebut.
******************************
Cikgu, inilah ucapanku buatmu, yang terinspirasi olehmu, dalam menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
Cikgu garang ~ garang-garang cikgu ini, kalau bukan sebab golongan cikgu sebegini, mungkin sifat degil sukar dilenturkan, membuatkan diri ini membentuk disiplin yang lebih dalam pembelajaran. Terima kasih cikgu yang garang, menjadikan anak muridnya sebagai pemenang.
Cikgu lembut ~ lawan kepada cikgu garang, bukan bermaksud aww ~ tapi kelembutan mereka dalam memberikan yang terbaik meredakan ketegangan semasa menjalani proses pembelajaran. Terima kasih cikgu lembut, menjadikan anak muridnya sebagai lembut, aww, eh? bukan, membentuk ketenangan dalam berjuang.
Cikgu lawak ~ ini konfom antara faveret punya, sentiasa ada sahaja dalam menceriakan kehidupan anak muridnya. Tidak bosan dalam mempelajari sesuatu. Terima kasih cikgu lawak, menghilangkan segala kekalutan dalam mengenal ilmu.
Cikgu mesra ~ kemesraan menjadikan dirinya disenangi. Tidak kisah melayan kerenah anak muridnya, apatah lagi selalu menjawab pertanyaan agar diri ini lebih memahami. Terima kasih cikgu mesra, kerana memberi yang terbaik bagi menjadikan anak muridnya lebih memahami sesuatu.
Cikgu tersayang ~ cikgu ini bukan sebarang cikgu, sebab mereka merupakan ibu bapa kita. Pendidik yang sentiasa bersama kita, mengajar berdasarkan asam garam hidup mereka. Sebab itu wajib kita memuliakan ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka. Merekalah pendidik yang sentiasa di sisi kita. Terima kasih cikgu tersayang,
Cikgu teragung ~ ini cikgu segala cikgu. Apa yang diajar adalah sesuatu yang tinggi nilainya dimataNya. Apa yang disuruh kita buat, apa yang dilarang jangan lakukan, mana perlakuannya kita ikuti, dialah baginda Rasulullah s.a.w. Sunnahnya kita jadikan panduan, kitabnya yang diwariskan adalah Al-Quran, selawat merupakan terima kasih kepada baginda.
Selesai ucapan dari aku, tidak kira apa jenis cikgu sekalipun, Selamat Hari Guru buatmu, semakin banyak yang diberi, semakin banyak ganjaran diperolehi, semakin banyak benda salah diberi, semakin banyak juga dosa yang dapat.
Sebenarnya ada lagi satu cikgu, tapi aku belum dapat cikgu tu, korang nak tahu juga?
Cikgu penyeri ~ cikgu ni mendidik dengan emosinya, banyak memberi didikan dengan kasih sayang, supaya si pembimbing ni tak teralih haluan. Banyak mengajar ilmu perasaan dan ERT kepada pelajarnya. Oh well ~ cikgu ni yakni isteri, sebab tu aku tak nak cakap banyak. Kalau dah dapat, waaahhh~
SCemanoti : Guru dan murid kedua-duanya berkongsi kebaikan, dan tidak ada lagi kebaikan pada sekalian manusia selain mereka. (HR Ibnu Majah)
Comments
Powered by Facebook Comments



sila ucap selamat hari guru buat saya esok…haha
husna recently posted..apa ni!
[Reply]
keen~ Reply:
May 15th, 2011 at 1:23 pm
tamau ucap.. werkkk~
keen~ recently posted..- antara bintang- bulan- dan matahari -
[Reply]
husna Reply:
May 15th, 2011 at 6:47 pm
o0…nak jugak!~ hadiah sekali
husna recently posted..apa ni!
[Reply]
aretikz Reply:
May 16th, 2011 at 10:20 pm
Hok olo, dak dua ni.. ish3x~
oh…jangan lupa jemput kalau dah jumpa cikgu penyeri ye..hik!
menusukhati recently posted..Tazkirah Blogger
[Reply]
aretikz Reply:
May 16th, 2011 at 10:21 pm
Keh keh keh, boleh punya.. tapi mesti datang yek? haha..
[Reply]
happy teacher’s day to u aretikz!! hahaha
Yana recently posted..Maaf
[Reply]
aretikz Reply:
May 16th, 2011 at 10:23 pm
Uhuk2, sejak bila diri ini jadi cikgu? ahakz..
[Reply]
Yana Reply:
May 17th, 2011 at 10:42 am
hahaha.. eh eh. hari tu kan kena mengorat dengan budak darjah 6 tu haper? hahahahaha!!
alahai.
semua orang pun cikgu lah. aretikz pun banyak jugak ajar yana jadi org yg berguna. so, thanks~~
Yana recently posted..Buat Kau
[Reply]
pergh! mantap!
kalau camni la gayanya, kompom hang akan menang..
aku berani kerat kuku beb! siyes! heheh..
Solihin ZUbir recently posted..Contest Selamat Hari Guru- Cikgu!
[Reply]
aretikz Reply:
May 16th, 2011 at 10:23 pm
Haha.. besa2 jak bro.. ni baru jak kerat kuku juga td.. ahakz..
[Reply]
semoga berjaya dan selamat hari guru kepada semua cikgu2 yagn ada kat dunia ni
ainzulaikha recently posted..Just for my mom
[Reply]
aretikz Reply:
May 16th, 2011 at 10:25 pm
Thanx ain ^_^
[Reply]
haaaaa ??! xde cikgu penyeri awak kate ? abes saye nie sape ?? hahaha ! tum tum piar ka horta karo ha .. ahakz !
aretikz ! entry nie best sesangat la .. suke taw !! SELAMAT HARI GURU CIKGU DAUS ! =)
deeya recently posted..Terima Kasih Cikgu !
[Reply]
aretikz Reply:
May 16th, 2011 at 10:26 pm
Eh? lo, terlupa.. haha..
Thanx Deeya, tp, sya bukan cikgu.. huhu..
[Reply]
Selamat hari guru untak semua cikgu di dunia ini..tanpa mereka sapalah kita untuk menjadi berilmu seperti sekarang
intan recently posted..After server downHASILNYA ADALAH!!!
[Reply]
aretikz Reply:
May 16th, 2011 at 10:27 pm
Yup, betul tu, mereka pendidik yang memberi ilmu.. besar sumbangan mereka ^_^
[Reply]
Selamat haru guru semalaysia ,bagi saya guru seperti ibubapa yang menyuluh perjalanan anak murid2 nya
Andy@Chronological Resume recently posted..Chronological Resume
[Reply]
aretikz Reply:
May 16th, 2011 at 10:28 pm
Betul tu, doranglah guide kita dengan ilmu ^_^
[Reply]