Kenapa Perlu Pilih Cikgu Sebagai Pasangan Hidup

16 Mei Hari Guru, banyak yang cerita tentang cikgu-cikgu. Tahun depan pun cerita sama juga, mengucapkan selamat hari guru dalam blog. Aku ucap hari guru pun sebab ikut contest tu, pergh ~ kejam dowh, tak nampak sungguh keikhlasan tu, haha.

Kali ini aku nak cerita pasal cikgu lagi, tapi, bab memilih calon. Kenapa perlu pilih cikgu sebagai pasangan hidup, waaahh ~ kenapa cikgu? kenapa bukan doktor? Lawyer? Ahli muzik? Kenapa!

 

MASA : Ini point paling utama, betapa untungnya siapa-siapa yang dah terkahwin dengan cikgu ni. Masa untuk dia layan anda memang banyak. Lagi-lagi cuti sekolah, senang nak honeymoon tiap tahun, asal honey tu tak jadi madu, siap sedia kena ajar cikgu nanti ~ wahh!

Lagipun kalau cikgu perempuan, senang nak urus rumahtangga, siap sebelum pergi sekolah boleh masak tengahari, kalau sidang pagi pula, balik baru masak. Berbanding profesion lain yang ikut office hour mahupun shift, kalau cikgu, uwah ~ banyaknya masa!

 

PENDAPATAN : Pendapatan? Guru bab gaji, stabil. Tahap professionalkan, mesti boleh tahan pendapatan. Sekarang zaman cari pasangan berkerja. Bukan menafikan hak seperti suri rumah, tapi, kalau ibu bapa sekarang, dalam fikiran mereka nak pasangan anak mereka yang berkerja, kan?

Ini bukan nak ajar korang jadi mata duitan, lagipun yang lelaki, hantaran untuk mereka yang berstatus cikgu ni, selalunya mahal, keh keh keh.

 

PENDIDIK : Sudah namanya cikgu, mestilah automatik seorang pendidik. Ini untuk masa depan, kiranya, bila ada anak, ada juga cikgu yang boleh mengajar. Bila dah anak masuk sekolah, ada juga yang tolong tengokkan. Kelebihan menghantar anak ke sekolah sendiri.

 

PENAMPILAN : Kalau cikgu-cikgu pergi kerja, semua kemas, segak, tak pakai seksa-seksa, sebab profesion guru ni mencerminkan contoh kepada masyarakat. Penampilan mereka semestinya sejuk mata memandang. Paling untung, siapa dapat ustazah, terlebih sejuk sampai beku, brrrr ~

 

******************************

Sebenarnya, kalau diikutkan, tak kira doktor, nurse, jurutera dan apa jenis pekerjaan sekalipun, masing-masing ada pro dan kontranya. Yang penting, bagaimana seorang lelaki bergelar suami memimpin kerukunan rumahtangganya. Pilihan pasangan hidup itu, yang dituntut adalah agama, bukannya kerja.

Aku cakap ni pun, saja jak, hehe. Kalau dah suka tu, cikgu ka, anak murid ka, polis ka, jururawat ka, semua disapu. Yang penting, ayat standard, nak yang terbaik, jadilah terbaik.

 

SCemanoti : Sejuk tengok cikgu-cikgu dalam cerita Juvana, eh?


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Contest Selamat Hari Guru, Cikgu!

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , . Bookmark the permalink.

35 Responses to Kenapa Perlu Pilih Cikgu Sebagai Pasangan Hidup

  1. keen~ says:

    objection!! xsemestinya cg je camtu.. =.=”

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Objection! sya tak ckp semestinya cigu jak mcm tu.. hoho.. ni kes baca laju2 ho? haha..

    [Reply]

  2. achie says:

    tak nak jadi psngan cikgu,nak heliza pun dah cukup..heheee

    [Reply]

    aretikz Reply:

    ha? nampaknya, terpaksalah kita bersaing wahai achie.. haha..

    [Reply]

  3. Shag Yahaya says:

    Shag nak jadi cikgu! Hahahaha ;D

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Jap2.. apa motif? nak amek kelebihan tu yek? haha..

    [Reply]

  4. Yana says:

    hahaha.. macam tu pulak aretikz? tak adil!! macam mana dgn perempuan yg kerjanya lain dari cikgu? haha.

    takde lah. biasa je.. rasanya semua memerlukan kasih dan sayang tu. tak penting apa sekalipun kerjanya, yang penting hati.
    Yana recently posted..Buat Kau

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. kan beta dah bilangin dong, masing2 ada pro dgn kontranya.. semua kerja ada kelebihan sih.. ahakz..

    [Reply]

    Yana Reply:

    haha.. okey aretikz dah geram.
    sebab dah keluar loghat indon jowo dah.. kih3~
    Yana recently posted..HADUhaaaaaiiii

    [Reply]

  5. Cinoi says:

    Untungnya ajdi guru. Kenapa xda Selamat Hari Jurutera??? huhauahauahua
    Cinoi recently posted..Task Accomplished Task- Menjadi Aunt Hahahaharapan

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Jurutera pun untung apa, boleh construct rumah sndri.. ahakz..

    [Reply]

  6. PecahKata says:

    “hantaran untuk mereka yang berstatus cikgu ni, selalunya mahal, keh keh keh.”

    mmg mahal beb. tapi siapa kisah kan? mahal pun mahal lah. keh keh keh!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    keh keh keh, betul3x~ mahal pun mahal lah, har3x~

    [Reply]

  7. nieza says:

    ehemm..ehemm..saya bakal cikgu
    single lagi
    kahkahkah..oppsss..(cover2)
    hehehe >.<
    nieza recently posted..Gaduh- Gaduh- Gaduh!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    ok2.. sya faham. haha..

    [Reply]

  8. haha.. mmg betul..

    dlu mak aku nk jadi doktor.. tp ayah aku suruh jd cikgu..

    mmg byk kelebihan kalau isteri jg cikgu..

    aku pun kalau bleh nk bini jd cikgu.. heheh..
    Solihin Zubir recently posted..Contest Selamat Hari Guru- Cikgu!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    jadi.. skrg? cikgu lah ni? hehe..

    InsyaAllah.. hehe..

    [Reply]

  9. Violet Blue says:

    tetibe semangat balik nak jadi cikgu..
    keh3..~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Aikz? ish3x~ nak relax lebih lah tu kan? haha..

    [Reply]

  10. FS says:

    yup, betul tu semuanya ada pro dan kontra nya…tp memg bertuah bagi sesiapa yg dapat pasangan cikgu, mereka punya masa untuk bersama anak2…
    FS recently posted..Kenapa Perlu Ada Page Menghina MELAYU Begini Di Facebook

    [Reply]

    aretikz Reply:

    memang bertuah.. ahakz.. actually, itulah point my mum bagi sma saya klebihan beristerikan cigu.. hehe..

    [Reply]

  11. Tauke Budu says:

    amboi mentang2 hari guru semua ocntest pasal guru kau join ye tik..haha

    aku nak cari ustazah la…
    padan muka keen..haha

    [Reply]

    aretikz Reply:

    satu contest jak lah, haha..

    Yezza, bagus2.. jgn lupa jemput yek? asal jangan kau hidangkan tetamu semua budu la.. haha..

    [Reply]

  12. haudy says:

    tp dlm banyak hal, cikgu ler paling cerewet terutamanya bila berurusan di hospital. dan paling penting 90% cikgu TIDAK DAPAT MENERIMA PENDAPAT ORANG kerana menganggap dia adalah cikgu, tidak perlu diajar kerana tahu serba serbi.ini pengalaman aku sendiri. kalau kerek semacam jer, kitaorg dah boleh agak mesti cikgu….

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. memandangkan hari cikgu, sal tu sya xbgtau kontranya.. sal nnti men kontra lg.. hehe.. uuh.. nice point.. ^_^ nsib 90% jak ikut penglman Haudy.. hehe..

    [Reply]

    nur diyana Reply:

    yup, im also a hospital staff. it’s so hard when dealing with cikgu. ada yg beri pengalaman manis kpd sy tp kbykannya beri bad experience kpd sy ketika kami berurusan. im not a prejudice; im a pro pharmacist that have been working almost 5 years and my BEST BEST friend juga seorg guru (so i respect this profession) but smtimes they give me hard times :(

    [Reply]

    nur diyana Reply:

    tapi klu jumpa cikgu yg bperwatakan macam GTO (great teacher onizuka) atau Gokusen – ill approach HIM first! :

    ‘would u marry me?…’ :)

    [Reply]

  13. deeya says:

    yela saye kerja site .. maen dngan tanah , pasir , konkrit . comot ! pakai kasut bapak tebal b’inci2 utk safety .. ta ade mekap2 , ta ade pakai cecantik . selalu kena panas .. toilet pun kongsi laki pempuan . kena pndai2 jaga diri .. ofis dalam kabin yg sempit & bersepah .

    tacink la cengginih !! T__T

    tp sye pernah jadi guru al-Qur’an taw kejap tolong ibu sye ajar budak ngaji .. amacam ?? suke x ?? ahakz !
    deeya recently posted..Terima Kasih Cikgu !

    [Reply]

    aretikz Reply:

    erk? tapi awak kiut <– taching lagi tak? hehe…

    waaahhh ~ thumbs up.. ahakz.. <– apa punya responden tul.. ahakz..

    [Reply]

    deeya Reply:

    kiut itu sangat setuju !! tapi tacink tak hilang lagi .. kih3 !!
    deeya recently posted..Terima Kasih Cikgu !

    [Reply]

  14. cik tom says:

    semua nak heliza ni…hehe :) cik tom recently posted..Adakah Ini Cinta atau Sekadar Suka- Minat- Sayang

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Nak tukar jd tiz zaqyah, kang solihin marah.. hehe..

    [Reply]

  15. esempoi says:

    heliza pun heliza la.. eh takde kaitan lak..haha

    [Reply]

  16. SUZIFAH says:

    salam semua…saya ni cikgu..dah 5 tahun jd pendidik..apa2 pun pekerjaan semuanya terletak pada seketul darah beku dalam diri kita..jika baik darah itu, maka baiklah semuanya. Cikgu sekarang tak macam cikgu dulu2…cikgu pun manusia jugak..ada yang banyak sifat mazmumah dan ada yang banyak sifat mahmudah. Cuma lebihnya cikgu adalah dari segi masa yang banyak sangat untuk menjaga keluarga, terutama kalau cikgu perempuan. Kami ni sama2 cikgu suami isteri, so kami banyak kelebihan dari segi masa untuk keluarga. Lagi pun cikgu gaji mahal jugak sekarang. Macam kami dok kat kampung ni memang loaded lah jadi cikgu. Kalau kat bandar gaji cikgu apalah sangat tapi tidak di kampung ni..memang betullah banyak kelebihan jadi cikgu ni….

    [Reply]

  17. perghh.. entry tahun lepas ni.. komen aku pun ada lg kt atas nun.. hak3.. ;-p

    selamat hari guru aretikz!
    Solihin Zubir recently posted..Simbolik Avatar "Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike"

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: