Ingat dulu masa kecil, kalau sudah addict main bola, kutip mana-mana tin kosong, terus kemekkan tin tu. Pergh ~ bukan senang main bola pakai tin, lagi-lagi yang jadi penjaga gol, kalau terbang kena muka? Terpaksa pakai Safi Rania Gold. Usia? Ramai yang tak percaya, waaahhh!
Langsung tiada kaitan Safi dengan muka kena tin kemek, keh keh keh. Kali ni aku nak cerita tentang nasyid. Ya, nasyid, bukan aku nak cerita tentang pertandingan nasyid kami hari tu, tapi aku rasa, nasyid sekarang umpama tin kosong. Yang boleh korang pijak-pijak, yang korang boleh tendang-tendang.
Yakni tiada isi mahupun jiwa.
Kalau diikutkan, aku nak tulis tajuk “Bila nasyid jadi Nah-S**t”, tapi manners kena jaga, sebab aku bukan jenis yang suka mencarut. Tapi kuat mengarut aku mengaku, hehe. Yang penting, Nasyid di Malaysia tidak seperti dulu, atas beberapa faktor.
Genre Lagu
Genre lagu bukan maksudnya jenis balada, rock kapak, rap hip hop, dangdut dan sewaktu dengannya, tetapi apa isi di dalamnya. Nasyid ini dikaitkan dalam unsur dakwah, namun sayang, banyak lagu yang menangkap hati pendengar berunsur cinta sesama manusia.
Orang sebut ni nasyid jiwang. Lepas tu banyak kapel islamik, tuju-tuju lagu nasyid jiwang, sambil nyanyi bawah pokok dalam gelap, kemudian.. Mereka menjadi pasangan suami isteri yang bahagia, terima kasih Pawarut!
Dakwah adalah menyeru kita melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran. Supaya kita mengingati Allah, mengingati Rasul. Namun genre nasyid jiwang ini banyak berpeleseran di hati remaja terutamanya dan menjadi barah dalam diri.
Kita ambil contoh lagu Puji-pujian dari Raihan, yang menyeru kita agar sentiasa memuji Allah. Lagunya simple, tapi isinya mendalam. Impaknya hingga kawan aku yang non muslim pun terikut-ikut menyanyi lagu tu.
Masa tu kecil lagi, sekali kawan aku tu tanya “Kalau saya sebut Asyhaduanlailahaillallah, Wa Asyahaduanna muhammadarrasulullah, tidak masuk Islam kah?” sambil dia buat muka risau.
Dengan penuh konfidennya aku menjawab ketika ilmu masih cetek “Selalunya, kalau dalam Tv, dorang mahu masuk Islam, itulah dorang sebut.”
Semenjak itu, kawan aku dah tak nyanyi lagu itu lagi. Sebab dia cerita kat mama dia, kaw kaw kena marah, hehe.
Penasyid
Ini lebih kepada penyanyi nasyid, tapi, jangan dipandang kepada artis-artis nasyid, namun kita lihat kepada mereka-mereka yang menyertai pertandingan nasyid. Ketahuilah, satu kebanggaan woo ikut pertandingan nasyid!
Sebab apa? Semuanya atas tiket hiburan! Cuba lihat, apabila pertandingan nasyid digabungkan dengan tilawah al-Quran, adakah sama jumlah penonton yang hadir? Semestinya tidak, pertandingan nasyid pasti lebih meriah berbanding tilawah al-Quran.
Apa kaitan penasyid dengan statistik tersebut? Semuanya berkaitan dengan hiburan. Penasyid adalah orang yang menyampaikan dakwah, tidak kira samada persembahan, ataupun pertandingan, imej sebagai penasyid adalah orang yang menyampaikan dakwah.
Kalau pendakwah itu menyampaikan sesuatu sedangkan dia tidak mengikuti apa yang dia sampaikan, faham-faham jak lah. Apa yang disampaikan tidak buat kita meremang bulu roma, yang buat kita insaf.
Bayangkan sahaja, Justin Bieber nyanyi lagu sepohon kayu. “Kalau tak sembahyang, apa gunanya, wowowo.”Konfom ada yang buang kasut kali, haha.
Pendengar
Maher Zain tak buat lagu untuk korang jerit-jerit, Raihan tak buat lagu untuk sekadar dinyanyikan pertandingan nasyid, Rabbani tak buat lagu sekadar dinyanyikan di Kbox, tapi untuk kita dengar, dan hayati apa yang disampaikan.
Berapa banyak yang insaf dengar lagu berunsur ketuhanan berbanding yang kesukaan main tuju lagu kepada kekasih hatinya? Berapa orang yang menafsirkan lagu “For the rest of my life” sebagai lagu untuk isteri bukan untuk lagu kekasih yang belum menjadi miliknya?
Tafsiran pendengar, jika benar anda suka lagu tersebut, dengar lagu itu, dan ambil apa yang disampaikan. Nasyid bukan dicipta untuk hiburan semata-mata, tetapi terdapat sesuatu yang indah disebalik liriknya.
Secara tidak langsung, pendengar juga boleh menjadikan nasyid itu tin kosong.
******************************
Bukan semua nasyid tu tin kosong, ada juga yang menaikkan bulu roma. Yang penting adalah part pendengar. Apapapun, sebaik-baik hiburan, bacalah al-Quran. Belajarlah taranum, lagu bayati, hijjaz, ras, nahwan segalanya. Pergh ~ lagi meremang bulu roma, hehe.
SCemanoti : Pernah satu flight dengan Nazrey Raihan. Sebaris lagi seat, sebelah menyebelah. Tapi apakan daya, lepas kapal terbang berlepas, dia pergi tandas, kemudian dia dah tak duduk tempat dia, dia duduk sebelah kawan dia, melepas nak bercerita, huhu. Tapi aku memang kagum dengan dia.
Comments
Powered by Facebook Comments



betul 2..bukan dengar hanya sekadar dengar..ambil lah apa disebalik lirik yg disampaikan….
FS recently posted..Kenapa Perlu Ada Page Menghina MELAYU Begini Di Facebook
[Reply]
aretikz Reply:
May 18th, 2011 at 10:15 pm
yup.. semuanya ada makna ^_^
[Reply]
semua betul..tak tahu nak komen ape lagi dah..haha.
lucu la entry nie.. ^^,
minat hijjaz dari dulu sampai sekarang, wehuuu!~
husna recently posted..im trying to do my best -
[Reply]
aretikz Reply:
May 18th, 2011 at 10:16 pm
Erk? hehe.. lucu ka pula? punya serius muka membuat en3 ni.. ahakz..
Hijjaz memang best ^_^
[Reply]
SubhanAllah…subhanAllah…
isinya mantap..manusia sekarang…mungkin termasuk saya…
astaghfirullohal’azim…
ZRn recently posted..Hasrat ku Adalah Dendam
[Reply]
aretikz Reply:
May 18th, 2011 at 10:20 pm
Erk? Isi sekadar peringatan kita bersama.. ^_^
[Reply]
yup2~ benci nasyid2 yg ckp sal perasaan cinta yg xpasti tu.. huhhh~ =.=”
btw, raihan is the besttttt~ ^_^
keen~ recently posted..- laptopku diserang virus yang kejam grrrr -
[Reply]
aretikz Reply:
May 18th, 2011 at 10:21 pm
Yezza, raihan.. i like it too ^_^
[Reply]
Nasyid yg true gua rasa masa zaman raihan termasuk brothers dan seangkatan waktu mula mula muncul dulu. gua ingat sekitar tahun 97/98. Itu pasal raihan buat rekod jualan album paling tinggi dalam sejarah industri muzik malaysia.
Sekarang ni nasyid ada pula gua dengar yang jiwang-jiwang punya nasyid. kalau mahu dengar lagu jiwang ni, baikalh gua dengar lagu ST12.
[Reply]
aretikz Reply:
May 18th, 2011 at 10:24 pm
yup, memang itulah detiknya.. aku memang rasa excited dengan nasyid sebegitu rupa.. hehe..
ST12? Sekarang lagu Aishiteru woo.. haha..
[Reply]
sangat setuju pasal for the rest of my life tu.. memang lagi banyak org tujukan pada kekasih yg belum menjadi hak milik sepenuhnya berbanding bagi pada isteri.
jadikan lagu itu sebagai lagu tema percintaan. mana boleh mcm tu.
Yana recently posted..Tak jadi NAK senyum
[Reply]
aretikz Reply:
May 18th, 2011 at 10:25 pm
Yup, kerana liriknya nyata ada sebut wife.. ni lum nikah dah bagi wife.. huhu..
[Reply]
Yana Reply:
May 20th, 2011 at 8:57 am
err.. atau orang yg tujukan pada kekasih tu memang tak reti bahasa inggeris? failed barang kali? kah3~
nasihat ana, sila google lyrics nya di pakcik google.. kan3~ setuju x?
Yana recently posted..HADUhaaaaaiiii
[Reply]
saye suke nasyid yg ta ade unsur cinta sesama manusia .. klau ade pun , yg boleh bagi impak yg baek .
lagu Hijjaz – Dia Kekasih Allah tu besh !
sye pernah nangis bila dengar lagu Opick – Cahaya Hati .. kalau dihayati betol2 , sedih sesangat . lagu Putra Putri Raudah pun sedih .. ta rugi nangis bila ingat Allah . rase tenang jer ..
nak belajar taranum tu susah taw .. dngan Qasidahnye , tajwidnyer . berzanji pun reti lagu sikah jer .. kalau ras , mak aih ! dah le suara sye lembut .. huhu ~
akhir kata , sila nyanyikan lagu nasyid yg berjudul Halimatussa’diah untuk saye .. suke lagu tu ! =)
deeya recently posted..Terima Kasih Cikgu !
[Reply]
aretikz Reply:
May 18th, 2011 at 10:29 pm
Nampak komen ni, terus download lagu opick tu.. hehe.. minat opick juga, lagi2 lagu Astaghfirullah.. seram sejuk insaf amek wuduk.. hehe..
Erk? sora lembut? aww? haha..
Sora sumbang ni juga yg disuru nyanyi.. huhu..
[Reply]
deeya Reply:
May 19th, 2011 at 1:12 pm
lagu Opick best kan ?? suara lembut bukan nyah la .. hahaha !
ceh ! tah tah tak tau mane lagu Halimatussa’diah – Inteam
deeya recently posted..Terima Kasih Cikgu !
[Reply]
AKU PALING TAK SUKA DENGAR NASYID YG ALA2 ROMANTIK MEREMANG BULU DADA..
HAHA….
[Reply]
aretikz Reply:
May 18th, 2011 at 10:30 pm
Pergh ~ baru aku tahu, kau ada bulu dada rupanya.. haha..
[Reply]
ciktom paling suka lagu nasyid dari kumpulan raihan…penuh keinsafan..
cik tom recently posted..Adakah Ini Cinta atau Sekadar Suka- Minat- Sayang
[Reply]
aretikz Reply:
May 18th, 2011 at 10:33 pm
Sebegitu juga dengan diri ini ^_^
[Reply]
betul tu.. aku setuju dgn hujah2 hg..
nasyid2 skrg byk yg jiwang..
penyanyi nasyid tu sindri dh x mcm pnyanyi nasyid dah..
kalau dlu pkai kopiah..
skang ni kopiah ntah ke mana..
[Reply]
aretikz Reply:
May 18th, 2011 at 10:38 pm
Untuk menunjukkan mereka mendekati remaja lah tu.. tp rasanya, kopiah tu skadar adat jak kot, bagi sya xda prob kalau tak pakai ^_^
[Reply]
nasyid. kdg2 ade yg pasal cinta. tak suke sbb cam lari dari konsep islam yang sebenar. -_-
cik azeya recently posted..Fast and Furious
[Reply]
aretikz Reply:
May 18th, 2011 at 10:39 pm
Kalau cinta sesama yg bukan muhrim, itu tak patutlah.. hehe..
[Reply]
ayah selalu kata, nasyid sekarang asik pasal cinta je, bukan nasyid namanya ”
maklumlah , ayah saya orang lama, nasyid dulu2 mmg berunsurkan nasihat dan dakwah 100%.. huhuhu
ainzulaikha recently posted..Khas untuk hiburkan hati cikgu sedunia
[Reply]
aretikz Reply:
May 18th, 2011 at 10:42 pm
Betul seperti apa yang dikatakan oleh ayah kita.. eh? ayah ain.. hehe..
[Reply]
thumbs up aretikz buat entri macam ni..
hmm, nasyid pon skrg ni hanya satu genre, hiburan..susah nak datangkan keinsafan drpd lagu tersebut..
tp ok la dendangkan anak nak tdo dgn lagu nasyid kan dprd lagu2 lain..
Jejaka Terhangat recently posted..Nostalgik- Mengimbau Kembali Kenangan Dolu-Dolu
[Reply]
aretikz Reply:
May 19th, 2011 at 7:09 am
itulah tu, semua atas tiket hiburan, sudah lari sebenarnya.. huhu..
hehe.. mcm xlma lg nak ada anak ho? ahakz..
[Reply]
salam~
cuba bagitau dulu apa nama lagu nasyid yg bawah pokok gelap2 tu? mau dengar juga tau~
vlogdaus recently posted..Satu Lagi Group K-pop Tempatan
[Reply]
aretikz Reply:
May 30th, 2011 at 6:03 pm
hehe.. lagu tu.. err.. emmm.. haha.. apa2 jnis lgu cinta sesama manusia kali ho?
[Reply]
Pingback: Membuat Tema Wordpress Dengan Mudah | SeGaLa CeRiTeRa