Jodoh Itu Urusan Allah

“Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan tuhan”

Ayat yang selalu diungkapkan, dan sememangnya ada kebenaran. Bayangkan 3 tahun sebelum itu kita menyukai seseorang, namun pada tahun ini kita kita bertemu dengan orang lain, yang pada 3 tahun yang lalu kita sama sekali tak pernah berjumpa.

Kuasa Allah, itulah yang berlaku apabila bertemu jodoh.

Persoalan yang selalu berlegar, bagaimana mendapatkan jodoh yang terbaik buat kita? Selalu yang ditekankan dalam blog ini, nak yang baik, jadilah yang terbaik.

Bukan mudah menjadi orang yang baik, lagi-lagi zaman yang penuh mencabar. Bagaimana pula kalau sudah jadi baik, tapi mendapat perangai yang kejam gila?

Selalunya akan berlaku kes penceraian, hanya kerana suami panas baran, atau si isteri yang nusyuz. Yang kekal akan terseksa jiwa raga.

Asiah, isteri Firaun, betapa sabar hingga ajal mendatang disamping suaminya yang kufur, sedangkan dirinya beriman. Nabi Lut, diuji hebat dalam dakwah, bukan sekadar melayan kerenah kaumnya itu, tetapi isterinya juga.

Semuanya ada hikmah, jadi tiada perlu ditakutkan dalam urusan jodoh.

Berserah kepada Allah, dan jika telah menemui pilihan hati, berusahalah segera ke arah pernikahan, kerana khuatir menimbulkan fitnah dunia.

Akhir zaman, amat sukar mencari lelaki yang menundukkan pandangan, dan wanita yang menjaga batas pergaulan. Rebutlah peluang jika terjumpa lelaki atau wanita sedemikian rupa.

Ataupun mungkin, anda boleh menjadi lelaki sedemikian, dan menjadi wanita sedemikian. Nak yang baik, jadilah yang terbaik. Dan ingat, jodoh itu urusan Allah, siapa yang kita dapat, redhailah.

Yang penting, ada sesuatu yang menyebabkan aku hairan. Sesuatu yang mengusik jiwa. Yakni, kenapa post aku ni dari awal sampai akhir serius bangat deh? Waaah~

 

SCemanoti : Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku di awal perkahwinan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya, malah sepanjang ke syurga! – Imam Global, Majalah Solusi.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Segerakanlah Cinta
  • Nak Yang Baik, Jadilah Yang Terbaik
  • Tips Mengurat Gadis Cara Aku Episod Dua
  • Tips Mengurat Gadis Cara Aku Episod 1

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Jodohku Jodohmu Jua and tagged , , . Bookmark the permalink.

34 Responses to Jodoh Itu Urusan Allah

  1. nui says:

    uiyoo bergayalah entry.. hehehe
    nui recently posted..Sambutan Nurses Day di UiTM Puncak Alam

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Tapi orangnya lagi bergaya la kan? haha..

    [Reply]

  2. Shag Yahaya says:

    Atik dah serious sgt ke nak cari jodoh ni? Hahahaha. ‘Waaah~’ di pengakhiran entri pun nampak macam masih lagi serious. Sangat serious entri ni nampaknya. Hahaha ;D

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. serius sesangat.. haha.. ni tulis pun muka serius ni.. ahakz..

    [Reply]

  3. FS says:

    benar tu Atik…

    p/s: dah jumpa jodoh ke?hehehe^^
    FS recently posted..Kenapa Perlu Ada Page Menghina MELAYU Begini Di Facebook

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx kerna membenarkan ^_^

    p/s : InsyaAllah.. eh? hehe..

    [Reply]

  4. keen~ says:

    cissss~ semua ckp sal kawen.. pastu mula la kawen2.. tinggal la diriku kesepian keseorangan.. huhuhuhuhu~ T_T
    keen~ recently posted..- laptopku diserang virus yang kejam grrrr -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Ish3x~ dia pun kahwin juga tu nanti.. haha..

    [Reply]

  5. husna says:

    ini macam dah nak kawen je…..haha..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Lum lah, belum masanya.. ahakz..

    [Reply]

  6. mutiara says:

    salam alaik aretikz.

    hu, segalanya sudah tercetak dalam pentadbiran takdir-NYA.
    apa yang penting, kita usaha menyolehkan diri dan usaha juga mencari..sampai waktunya, bertemu juga :) mutiara recently posted..Hati dan Diri

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup, berusaha itu perlu.. Pasti ketemu.. mutiara dah ketemu? ahakz..

    [Reply]

  7. ipa says:

    semuanya,suda tertulis d luhulmahfuz..ye dak??..hehe
    banyak2 berdoa,insyaAllah tuhan akan bgi yg terbaik..kn..=D
    ipa recently posted..yes! i do!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. hehe..
    Amin.. ^_^

    [Reply]

  8. deeya says:

    perjalanan hidup , jodoh pertemuan , ajal maut semua dah diaturkan oleh Allah .. manusia hnya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan . bukan senang nak menilai orang tu baek ke tak baek ke .. insyaALLAH , janji Allah tu betol . lelaki yang baek untuk perempuan yang baek ..

    tapi jahat mane perempuan sekalipun , wanita perlu lelaki yg boley membimbing dia .. sob3 !! sedih .. tacink tak habes lagi =(

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Memang tak senang nak menilai, tapi bila kita jadi baik, InsyaAllah, kita boleh amek feel rasa baik tu.. ceah.. hehe..

    Erk? lo, tacing lg? nak tisu? hehe..

    [Reply]

  9. Yana says:

    waaah aretikz. macam dah dekat je?

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Uhuk2.. macam jak kan? har3x~

    [Reply]

    Yana Reply:

    hahaha.. wah wah wah. pandai berselindung di sebalik batuk uhuk3 ni..
    Yana recently posted..HADUhaaaaaiiii

    [Reply]

  10. belalang says:

    lame x dtg lawat aretikz. sihat ke bro?
    sape pun x mahu mengakhiri mahligai yg d binanya dgn penceraian…namun apakan daya, kita ni merancang jer…

    apa2 pun selagi ada masa utk buat pilihan,pilihlah yg benar2 terbaik utk kita…
    belalang recently posted..Keputusan Terkini Liga super 19 Mei 2011

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Alhamdulillah, sihat ^_^

    Yup, betul tu.. tp insyaAllah, asal berusaha, pasti takkan goyah rumahtangga itu..

    Setuju!

    [Reply]

  11. jodoh tu urusan Allah.. kalau kita bercinta bgai nk rak pon, kalau xdak jodoh, xdak jugak kan..
    sehebat mana pun manusia merancang, Allah lg Maha Hebat..
    so, bercintalah lepas kawen.. haha..
    Solihin Zubir recently posted..Contest Selamat Hari Guru- Cikgu!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. betul tu bro.. jadi, tiz tu pas kahwin lah kan? haha..

    [Reply]

  12. Tauke Budu says:

    ustazah aku dulu ada cakap…kalau kita nak jodoh kita baik kita sendiri kena jadi baik, kena ubah perangai dan dekatkan diri pada Allah..
    macam tu lah spt yg kau kata bukan senang nak jadi baik
    Tauke Budu recently posted..Sape Boleh design themes wordpress untuk aku

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. selagi ada usaha kan.. hehe.. bukan mudah.. tapi tak susah.. ^_^

    [Reply]

  13. nurul lalala says:

    betul2..semoga kita jadi yg terbaik dan mendapat yg terbaik..amin..
    nurul lalala recently posted..Pemilik Blog Telordibasuh Abdul Hakim meninggalal-Fatihah

    [Reply]

    aretikz Reply:

    amin ^_^ InsyaAllah, boleh punya ^_^

    [Reply]

  14. teratai says:

    Salam Aretikz,
    Terfikir sejenak membaca entri kali ini. Bagaimana dgn perempuan yg telah agak lanjut usia (andartu) tertipu dgn janji2 manis seorg lelaki menunggu selama 5 – 6 thn tp akhirnya ditinggalkan!Jodoh yg ada ditolak krn percaya janji utk diambil sebagai isteri oleh silelaki,tp sia2!Mcmana tu ya…adakah kerana siperempuan ni x baik sbb tu x ada jodoh malah dipermainkan pula oleh lelaki?Kdg2 rasa x adillah pulak kan?
    teratai recently posted..Ma Belle Shoppe Giveaway

    [Reply]

    aretikz Reply:

    wasalam kak..

    yup, memang banyak kes sebegini biarpun bukan lanjut usia..
    itu semua perancanganNya, mungkin Allah mahu lebihkan usaha.. Allah kalau nak bagi yang baik, selalunya diberikan ujian.. mungkin kita nampak xadil.. tp, dengan bersangka baik denganNya, InsyaAllah, kita akan nampak apa yg maksud adil dariNya..

    Yang penting usaha, kerana jodoh adalah urusan Allah, benda yang berlaku kita kena carry on, sebab jika dikenangkan benda tersebut, itupun salah satu menghalang kita untuk mempercayai adanya jodoh yang tertulis di luh mahfuz.. sentiasa bermuhasabah diri.. pasti ada sesuatu yang kita terlepas pandang.. ^_^

    [Reply]

  15. ZRn says:

    “Perempuan² yang keji untuk laki² yang keji, dan laki² yang keji untuk perempuan² yang keji {pula}., sedangkan perempuan² yang baik untuk laki² yang baik, dan laki² yang baik untuk perempuan² yang baik {pula}. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezki yang mulia”

    [An-Nur: 26]
    ZRn recently posted..Senyum Kambing

    [Reply]

    aretikz Reply:

    sadakallahula’zim

    [Reply]

  16. teratai says:

    Terima kasih Aretikz, sekarang kak lega mendengar penerangan Aretikz. Dalam mendapat sesuatu yg ‘baik’, sudah tentu byk ‘ranjau’nya…sebab jika Allah hilangkan mentari, pasti Allah menghadiahkan pelangi utk makhlukNYA yg tabah menerima dugaan dariNYA.Terima kasih banyak2:)
    teratai recently posted..Ma Belle Shoppe Giveaway

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Its ok kak, yang penting akak lega, syukur ^_^

    [Reply]

  17. otai says:

    alhamdulillah.. mendapat sedikit pencerahan dari tulisan ni.. jazakallah wahai penulis

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: