Hari Jumaat, hari terakhir setiap minggu berkerja bagi kawasan Sabah dan yang sewaktu dengannya. Hari ini aku pergi satu restoran, memeriksa tahap kebersihan premis tersebut. Tidak banyak pelanggan ketika itu, tapi ada group sumandak (awek) yang kiut-miut yang memerhatikan aku.
(Iklan Restoran, tidak kena mengena dengan restoran yang sebenar)
Ouch ~ Pantang sungguh jadi jejaka terhangat ni. Selesai tugas, aku dengan sopan santun keluar dari restoran tersebut. Aku melintasi group sumandak kiut tersebut. Teringat biniku yang menanti untuk dipinang, lantasku menundukkan pandangan, waaah~
Daannggg!! Lalu aku pun terlanggar tiang.
******************************
Aku memegang kepalaku kini. Bukan sebab sakit akibat terlanggar tiang, sebab aku rasa metafora penceritaan begitu melampau sekali. Tiadanya aku terlanggar tiang pun, keh keh keh.
Aku tahu, banyak sudah orang dengar cerita seorang jejaka menegur seorang artis wanita dalam penjagaan aurat. Namun, apakan daya, si ditegur itu tak menerima teguran, malah ramai juga yang menyokongnya.
Orang ditegur ni sebenarnya boleh diumpamakan dengan orang yang terlanggar tiang. Orang yang terlanggar tiang, memang nyata salah, sebab dia tak tengok depan waktu berjalan. Tiang itulah yang menyedarkannya untuk berjalan dengan sebetulnya. Secara matematiknya, tiang itu bersamaan dengan teguran.
Terpulanglah tiang tu jenis tiang besi, tiang kayu, tiang pvc, tiang bendera, orang yang tidak menerima teguran, pasti akan anggap tiang itu sebagai halangan beliau untuk meneruskan jalannya. Tetapi yang menerima teguran, pasti akan membetulkan jalannya, samada lambat atau cepat.
Orang yang terlanggar tiang ni banyak reaksi, ini antara reaksinya :
Kau nak cakap orang pun, sendiri pun tidak betul, baiki diri sendiri dululah wei!
Lebih kuranglah gaya bahasa ni, dan benda paling standard bagi orang yang panas bila kena tegur. Selalu berlambak dekat Facebook, status-status yang tak puas hati dengan manusia sedemikian. Satu cerita sebagai renungan bersama.
Pernah satu ketika Saidina Umar ditegur oleh seorang peminum arak. Dan beliau menerima teguran tersebut. Maka orang yang melihat keadaan tersebut terasa pelik dan janggal. Jadi mereka bertanya ” Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?” lalu Saidina Umar menjawab “Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar.
Demikianlah seorang khalifah yang digeruni, dia tetap menerima teguran seorang peminum arak. “Tapi teguran kepadaku adalah benar.” Ayat power dalam cerita ini, kawan aku cakap.
Hakikatnya, kita nak tunggu siapa yang memberi teguran? Imam Mahdi? Nabi Isa? Ketahuilah saat itu kiamat makin menghampiri.
Kenapa dalam banyak-banyak orang, aku juga yang kau pilih? Tiada orang lain lagikah nak tegur?
Ini aku malas nak cakap panjang, korang tengok sendiri quote dari Syahirul.com.
Keluarga sendiri pun tak senonoh, ada hati nak tegur orang
Pergh ~ Ini selalunya memang orang checkmate. Tak tahu nak balas apa. Tapi, sedarkah kamu, Nabi Muhammad berdakwah dan ketika itu Abu Talib sendiri tak mengikuti jalan yang diredhaiNya. Tapi Nabi tak berhenti dakwah, terus-terusan menyebarkan dakwahnya disamping cuba meyakinkan Abu Talib mengenai Islam.
Jika ada orang cakap macam ni, katakan sahaja “Nabi tak berhenti menyebarkan ajarannya biarpun Abu Talib sendiri, yakni pakciknya tidak menerima Islam. Begitu juga denganku, menegur dirimu disamping mengajar keluargaku.” Itu hanya contoh ayat, mungkin korang ada ayat lagi baik punya?
Kenapa kau kacau aku? Aku tak kacau kau pun!
Erk? Nabi bila nampak benda tak elok, dia tegur, maksudnya dia mengacaulah yek?
******************************
Itu hanya ayat tipikal orang yang terlanggar tiang. Mungkin ada pelbagai ayat common yang selalu disebut apabila menerima teguran. Memberi teguran pun ada hikmahnya, contoh macam cerita Snow White, hehe.
Bukan mudah nak menegur, sebab syaitan ni suka memberi yang manis dipandang, dan menunjukkan keburukan teguran tersebut. Sebab tu kita perlu kebijaksanaan dalam menegur. Dan paling penting, selepas teguran, kita berdoa yang terbaik buatnya. Sebab hidayah itu dariNya, bukan kita.
Perbaiki peribadi diri, biarpun mungkin susah nak jadi baik kan. Tak susah sebenarnya, tapi bukan mudah. Berusaha sebaik mungkin, yezza.
Yang penting, setakat ni aku belum pernah terlanggar tiang biarpun menundukkan pandangan, waaahhh!
SCemanoti : “Aku tundukkan pandangan pun, nampak yang seksi kat bawah” Pap ~ Tampar laju-laju, siapa suruh tundukkan pandangan, sepatutnya menjaga pandangan!
Comments
Powered by Facebook Comments


sbnrnya diorg malu dgn sbb kesalahan diorg, tp diorg ego nk terima teguran tu.. sbb tu mcm2 alasan keluar.. semoga mrk dan kita mendapat hidayah, ye xpak ustaz?? tehehehehee~ ^_^
* jgn marah ye~ *
keen~ recently posted..- laptopku diserang virus yang kejam grrrr -
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:12 pm
Memang begitulah selalunya..
dan, tak selalunya beta jd ustaz.. haha..
[Reply]
terlanggar tiang?? memori lama bertandang..hahaha
dh nama manusia, memang suka menunding jari utk menutup kesalahan sendiri. ego punya pasal. xpelah, anggap je 2 satu dugaan dlm berdakwah, nabi berdakwah pun lagi hebat dugaannya, kita kena terima dengan hati terbuka org nak kata apa pun.. doakan mereka dilimpahi rahmat dan terbuka hatinya utk menerima kebenaran..
*panjang pulak komen beta kali ni,haha*
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:17 pm
Weehuu ~ memang saat coretan, teringat cite Husna terlanggar tiang.. hehe..
Ego yang xdak bertempat.. dek kerana kesenangan dunia.. huhu.. yup, didoakan yg terbaik.. amin.. ^_^
[Reply]
tegur dengan tangan, mulut dan paling akhir dengan hati…
tukang karut recently posted..Tersadai Update
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:23 pm
Dan jgn mkan tgn, mulut apatah lg makan hati lpas kna tgur.. hehe..
[Reply]
Ego tinggi sgt smp ta reti nak telan teguran tu. Aigoo~ Shag pun tak pernah langgar tiang lagi even jalan sambil tutup mata. Hahahahahaha ;D
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:24 pm
semuanya kerana ego.. hehe..
pergh ~ ni apa kes tutup mata ni? ahakz..
[Reply]
sokong sgt2!! mmg kita xsmpurna dan melakukn kesilapan tp xsalah klw kita mnegur. dismping igtkn org, igtkn diri sndri juga..
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:27 pm
Yezza.. itulah hakikat sbnar.. kita mngur adalah utk diri sndri.. org lain tu cuma sbgai peringatan agar kita xdak trpengaruh dgn apa yg dia lakukan.. huhu..
[Reply]
susah kalau ada manusia yang tak boleh menerima teguran nih. menegur nih
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:30 pm
xdak susah juga.. sbab tguran tu lbih kpd pringatan dri sndri.. yg susah.. kalau kita pun trpengaruh nnti.. huhu.. ^_^
[Reply]
ikhlas aku ckp, aku kagum dgn entry ni…
kenala terima teguran org tnpa memberi sbrg alasan..
dan, aku akui aku juga dh buat 1 kesilapan besar berkaitan kes artis tu.. kesilapan yg tak diduga… skrg, aku rsa sgt bersalah..
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:32 pm
Hakikatnya bro.. aku rsa.. mcm aku yg ada silapnya.. huhu.. sabo jak k.. hehe..
[Reply]
aku menerima teguran orang asalkan orang tu tegur dengan cara yang paling baik bukan main sound orang tak tentu pasal. aku pon ade hati. huhu
cik azeya recently posted..Andai itu takdirNya 3
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:34 pm
itulah dianjurkan tguran berhikmah. hehe.. kalo xtentu psal.. itu cri salah dri mmbetulkan.. ahakz..
[Reply]
betol,setuju sangat
nice sharing bro
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:35 pm
Sharing is caring.. cewaah.. ahakz..
[Reply]
hmm, berkaitan isu tiz lah nie…
itulah, tak mudah seseorang itu untuk menerima teguran….dan kadang2, marah yg melangkaui teguran…doakan dia…
FS recently posted..Kenapa Perlu Ada Page Menghina MELAYU Begini Di Facebook
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:39 pm
Ada juga sikit2.. haha..
Yup.. doakan mereka2 yg ditegur demi kebaikan.. hehe..
[Reply]
betul tu..ubah diri lepas atau sebelum tegur orang.Kalau kena ubah dulu sebelum tegur agak susah tapi bagi peluang dia ubah walaupun menegur terlebih dahulu.haha!Oit!PPKP ke bro?Ingatkan Male Nurse..
menusukhati recently posted..Rahsia Artis Bersusuk Terbongkar
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:43 pm
yezza.. berulang kali ku membaca.. akhirnya difahami jua.. haha..
weehuu ~ muka male nurse kah pula? ahakz..
[Reply]
zaman sekarang ni gajah depan mata orang tak nampak.. itulah manusia sekrang
ainzulaikha recently posted..Tips sharing for doodle
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:47 pm
jgnkan gajah, letak king kong pun lum tentu.. hehe..
[Reply]
erm…tulah…kalau nak tunggu org yg perfect gile2 utk tegur kita alamatnya masa tu dah nak kiamat lah..
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:53 pm
memang susah nak tunggu org perfect habis bg tguran.. huhu..
[Reply]
best la atik…betul tu.ingt2 sikit ai yang bakal dipinang nih. jngn menggatal eh. :P
mish recently posted..Perempuan Pisau Cukur- Lelaki Jangan Jadi Bodoh
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:57 pm
uhuk2.. sal tringat tu lah trus trlnggar tiang.. haha..
[Reply]
x tau nak komen apa untuk entry ni. memang betul apa yang aretikz cakap tu. it’s perfect!
Yana recently posted..Saya SAYANG islam
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 3:59 pm
Erk? Xla perfect.. skadar berkongsi apa yg ditahu.. hehe..
[Reply]
Yana Reply:
May 27th, 2011 at 5:22 pm
lebih kurang perfect laah. hehe.
Yana recently posted..Apa Ni Main CURI-curi !!!
[Reply]
haha..terlanggar tiang. dah lama tak terlanggar rasanya..=p
pasal isu blogger tegur artis, aku tak paham btol dgn hal ni. patutnya masa ni la kita kena bersatu. akhirnya ada jugak orang yg berani kedepan dan tegur golongan artis ni. drpd kita yang asyik dok belakang, tak mampu nak tegur. malah, hanya mampu biarkan artis2 ni terus terjerumus dalam lembah dosa dan noda..sedih, masih ada orang yg nak menangkan artis tu. menjawablah mereka depan Allah kelak.
Jejaka Terhangat recently posted..Belajar Tinggi-Tinggi- Bebal Pun Bertingkat-Tingkat
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 4:01 pm
macam ada kes jak ni? haha..
Fanatik kan.. hakikatnya, artis memang xbtul pun.. huhu..
[Reply]
dlu mse skolah sye dlantik jadi exco kerohanian .. sye taknak sbnrnye sbb tkot nak pikul t/jwab . bila ari sabtu/ahad tugas sye mengejutkan kawan2 sebilik utk solat subuh . bukan awal sngat pun rasenye .. dalam pukul 6 lebih cmtu la ..
pernah skali sye kejut dia “jijah jijah bngon solat subuh” . pastu dia bngon dia terus tolak sye marah2 .. “apenie ??! org nak tidur pun tak boley la . sibuk jer kacau” . lebey kurang cmtu ayat dia ..
sye nk ckap klu tak solat subuh nti sama macam tdur berselimutkan babi .. tp sye diam jer sbb mse tu sye tacink2 sngat .
smpai skrang nie , terlalu susah utk sye tegur org wlupun org tu buat salah .. tegur slah , xtegur slah . pdahal menegur tu pun 1 tnggungjawab jugak kan ?? takot dose
deeya recently posted..Rindu Sama Kamu ! 。◕-◕。
[Reply]
aretikz Reply:
May 27th, 2011 at 4:05 pm
Wah wah wah.. hebat dowh.. hehe..
yg pntg, Deeya dah jalankan tanggungjawab.. kalau dia marah.. memg bhaya lah tu hatinya.. xpa.. carry on.. anggap jak sbgai pemangkin utk strusnya.. so.. jgn takut k.. ^_^
[Reply]