Jangan Memperkecilkan Pekan Yang Kecil

“Mohd Firdaus Bin Sahmain, Beluran.”

Mendengar nama disebut, satu kelegaan setelah menanti selama 6 bulan untuk penempatan kerja. Tapi, Beluran? Yarabi, tidak pernah terbayang akan dicampakkan ke sana, mendengarnya terasa janggal, kerana belum pernah sampai ke daerah asing itu.

Nasib ada lagi kawan, kalau seorang diri, konfom pening juga kepala untuk hidup di tempat baru.

Perjalanan ke sana mengambil masa 6 jam dari Kota Kinabalu, dan kalau dari Keningau, tanah kelahiranku, memang sama juga. Ambil bas pun yang bertolak jam 5 petang, kira-kiranya, lebih kurang 11 malam sampai di simpang Beluran, kerana hakikatnya tiada bas yang masuk ke Beluran lagi.

Syukur, sebab ada juga saudara di sana, itupun baru tahu. Keluarga makcik, ipar kepada emakku, dan yang mengambil dari simpang itu, kira taraf datuk jugalah. Dari simpang, selalunya orang ikut “pirate”, atau istilah lain, ulat teksi. Lagipun, memang tiada teksi masuk pekan dari simpang, hehe.

Dari simpang pun, kira 27 km pergi pekan. Tapi itu pergi pekan, kalau masuk kampung ikut “datuk” (tapi mak aku suruh panggil pakcik, aku panggil haji jak, hehe) tu, tambah lagi 10 km. Jam 1 pagi baru sampai, penat, letih, selain melayan cerita dari haji, terserlah pekat bahasa bruneinya, nasib aku faham juga.

Esok pagi, bersedia melapor diri. Pergi pejabat pun naik pirate juga. Selesai urusan lapor diri, satu perkara yang perlu disettlekan, rumah sewa. Susahnya mahu cari rumah sewa ni, memang nasiblah terjumpa. Syukur dipermudahkan urusannya, jumpa juga.

Kali pertama menjengah pekannya, memang kecil, kedai runcit boleh dikira, dan tiada kemudahan bank. Kalau mahu pergi bank, terpaksa turun bandar Sandakan, 86 km, dan konfom banyak duit yang dikeluarkan, sebab malas nak pergi balik-balik dalam keadaan tiada kereta.

Memang tidak hairanlah orang cakap, Beluran pekan mati. Hanya kerana pekan kecil, dan terletak di 30 km dari laluan jalan utama.

******************************

Itu cerita dulu, sekarang rasa tenang jak di sana. Biarpun orang cakap macam-macam tentang pekan terpencil ni, tapi ada yang bertahan sampai rasa tidak mahu balik lagi. Kerana pekan ini ada sesuatu yang di bandar tiada.

Pernah kawan aku bertanya “Tidak bosankah kamu di sana? Tiada apa-apa di pekan tu, tiada tempat jalan-jalan, melepaskan tension.”

Begitulah ironi pekan kecil, bila sebut sahaja tempat terpencil, berapa orang sahaja yang sanggup masuk dalam. Banyak yang mahu keluar dari tempat terpencil, hanya kerana terfikir betapa susah hidup di sana.

Semuanya bermula bagaimana kita hendak mengadaptasikan kehidupan di sana. Begitu juga orang luar bandar, bila tinggal di bandar, pasti merasa lagi baik tinggal di tempat sendiri.

Masing-masing ada pro dan kontra, kalau hendak berpindah sekalipun, biarlah setelah menuai pengalaman yang bermakna, sebab ada juga yang boleh diceritakan bila berpindah di tempat lain. Setiap tempat ada keistimewaannya, dan dari kita yang membuatnya istimewa.

Bila aku sudah biasa dengan tempat tu, banyak juga penduduk yang aku kenal, ada jak cerita dorang, pengalaman dorang. Yang bagusnya, aku nampak budaya rosak dari luar belum lagi seberapa berjangkit. Mungkin ada, tapi belum memecah tradisi lagi.

Gadis-gadis pun boleh tahan, uhuk2. Tapi kalau bertemu jodoh di sini pun, mungkin bukan orang sini, cuma titik pertemuannya di sini. Nanti tidak aku terkeluar dari Beluran, jadi penduduk tetap pula, keh keh keh.

Yang penting, aku enjoy hidup di Beluran, dan aku rasa, bukan setakat Beluran, pekan-pekan terpencil yang lain pun, punya cerita tersendiri. Jangan jak kita memperkecilkan pekan yang kecil itu. Kalau berkira hendak pindah, boleh sahaja, tapi pastikan banyak benda yang didapati dari sana.

Tuntutan kerja banyak mengajarku erti mengenal tempat, untuk kita berkenal-kenal dengan orang, dengan gadis, eh? Tidak kira dimana, terpencil atau di bandar, selagi kita berada di tempat baru, cubalah mengenal tempat tersebut, kerana lain tempat, lain rencahnya, lain pengalaman, meluaskan pengetahuan.

Renungkan ayat surah al-Hujurat, ayat 13 :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

 

SCemanoti : Jalan-jalan cari makan kira mengembaralah tu kan? Pergh ~ Pengembaraan yang meluaskan isi perut, ahakz.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Tips Mencari Idea Penulisan Melalui Kaedah Pemerhatian Part 2
  • Istighfar – Kelebihan Yang Tidak Dipandang
  • Saya Nak Kahwin 4
  • Tatkala Diri Ini Membaca Novel
  • Azam Yang Tak Tercapai Akalmu!

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Diriku and tagged , , . Bookmark the permalink.

20 Responses to Jangan Memperkecilkan Pekan Yang Kecil

  1. keen~ says:

    bertemu jodoh di beluran?? ehem, ehem~ =.=”
    keen~ recently posted..- just hold those wounds in your heart and live -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    erk? uhuk.. uhuk…

    [Reply]

  2. tukang karut says:

    yup… aku dah pernah sampai di sini dah… memang kecik jea pekan nya… tapi aman… ok la tu… cuma jauh sikit… mesti banyak simpan duit ni pasal tak tahu nak buat apa dengan duit gaji tu…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. bolehlah juga simpanan tu.. sal jarang2 kluar kan.. tp.. xlama lg ada bank.. memang sadis lah duit.. huhu..

    [Reply]

  3. ZRn says:

    Wah begitu jauhkah pulak Beluran dari Sandakan? Baru aku tau.. ihih.

    Nda salah bah bertemu jodoh di Beluran.. Bawalah dia tinggal di Tenom…. Kan senang cerita… keh²
    ZRn recently posted..Wasabers Day

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Jauhhhh.. kalau2 ada lori lagi lai.. lagilah melambatkan perjalanan.. ahakz..

    uhuk2.. kenapa tiba2 ada tenom? =.=”

    [Reply]

    ZRn Reply:

    Aik? aku ingat ko orang Tenom..kehkehkeh.
    ZRn recently posted..Wasabers Day

    [Reply]

    aretikz Reply:

    erk? mcm mna leh sasat ni? haha.. kan artikel tu ada ckp sal keningau? jeng3x~ hehe..

  4. deeya says:

    eeee takotnye kena tranfer ke tempat orang .. dulu pernah bos nak antar ke projek tanjung manis , sarawak tapi tak nak . takotlah !

    pasnie kot2 ade projek kat beluran , nak mintak transfer sana lah .. nti boley b’kenalan dngan jejaka2 . kah3 !!
    deeya recently posted..Gua Ade Barang Baru ! Lu Sayang Barang Lu Kan

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ish3x~ Seram yek? hehe..

    Haha.. okay, bila nak ada projek dekat sna? kontek2 jak yek? hehe..

    [Reply]

  5. menusukhati says:

    haha!selamat bertemu jodoh di beluran.agak2 boleh lawan kapit tak?
    menusukhati recently posted..Budak Tertelan Jarum

    [Reply]

    aretikz Reply:

    uhuk2.. haha..

    Erk.. lum pernah sampai kapit lagi bro.. huhu..

    [Reply]

  6. The Crow says:

    aik apsal semua komen tentang jodoh di beluran? wakaka..

    Tapi kalau tempat kecil, pekan kecil dan pendalaman punya gadis-gadis yang comel. Itu lebih baik dari pekan besar. koh3..

    pendek kata. tempat ape pun. Jika tiada gadis. kita tak boleh hidup!! ahahaha..
    The Crow recently posted..Takhta Kali Ke-4 Buat FC Barca!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    itulah.. aku pun bingung bro.. haha..

    Yezza.. stuju.. sal kalau di bndar besar.. tgk pun dah tahu gaya tu.. haha.. tp bukan smua la.. hehe..

    quote last, itu lg aku stuju.. har3x~

    [Reply]

  7. Shag Yahaya says:

    Kalau ada geng mana tempat kena campak pun boleh jadi best sebab boleh je cari aktiviti nak buat tiap hari. tempat baru, kena explore lebih kalau nak jadikan tempat tu best! hehe.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    itulah tu.. kalau xda geng, kena wat geng baru lah gayanya.. haha..

    yg pnting explore! bukan guna internet explorer.. keh keh keh..

    [Reply]

  8. Mus says:

    pekan yang famous dengan udang galah
    Mus recently posted..Mee Tuaran Makanan Tradisi

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. betul2.. Udang Galah trademark pekan ni.. hehe..

    [Reply]

  9. Nadz says:

    setuju.. kecik jgn disangka kosong kan? :)

    Nadh nak kongsi cerita 100 Letters of LOVE. baru ciap ja ni. rajin kalau komen ya. Nadh baru belajar buat cerita ni.. :) Mungkin dengan teguran sahabat semua dapat improve skill menulis Nadh. Maceh ya. :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. kecil itu padat.. hehe..

    InsyaAllah.. jangan riso.. pasti diterjah.. ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: