Wanita Yang Mencantikkan Diri

Terasa pula mahu makan murtabak jawa, terus aku singgah di satu gerai ni. Aku beli dua, sebab yang satu lagi untuk adik aku. Tinggal berdua jak di rumah, petang baru family aku yang lain balik dari Kota Kinabalu.


Sementara menanti murtabak tu dibungkus, pergh ~ tiba-tiba ada satu gadis cun membeli kuih di gerai yang sama aku beli murtabak. Ayu, putih, sopan jak, kira kalau dari segi luaran, sejuk jak hati tengok. Aku pun “ter”tengok juga, lantas aku alihkan pandangan, cewah, menjaga pandanganlah tu. Sempat mata aku melirik tangannya. Ha?

Tiada cincin, belum kahwin lah ni, keh keh keh. Tapi aku buat muka slumber jak, sambil tengok brader tu bungkus murtabak aku. Gadis tu pun siap beli kuih, lagi laju dari aku yang awal order cuma tinggal tunggu kena bungkus murtabak jak!

Gadis itu pun berlalu, aku masih fokus melihat murtabak aku yang dibungkus secara asing itu. Sekali, aku terpandang mata brader tu yang tidak lepas memandang gadis itu yang berlalu. Sampai kepalanya pun ikut sekali. Pup! Mata brader tu bertentang mata denganku, sebab gadis tu lalu dibelakangku.

Kantoi! Tersipu-sipu dia terus. Lantas dia pun berkata “Itulah namanya keindahan dunia, rugi kalau kau tidak tengok.” Kemudian dia sambung lagi “Betapa gelapnya dunia kalau tiada keindahan sebegitu rupa.”

Bro, aku ingat setiap bait katamu, yang hanya mampu buatku tersenyum, sampai kau cakap aku rugi tak tengok? Oh tidak!

******************************

Itu intro sudah mahu 2++ perkataan, sadis. Aku tahu, semua lelaki memang suka melihat kecantikan wanita. Tapi, kadang-kadang aku terfikir, kebanyakkan perempuan sekarang sangat desperate untuk menarik perhatian.

Tengok saja iklan Tv, mula-mula, lelaki tu langsung tidak pandang dia, padahal, cantik apa perempuan tu. Tapi, lepas dia pakai jenama X, bukan setakat lelaki tu tertawan, dengan lelaki-lelaki yang berada disana semua tertarik. Dasar lelaki! Eh? Aku pun lelaki, keh keh keh.


Serius aku cakap, kebanyakkan wanita suka berhias lebih-lebih, bila orang tegur, dorang pasti cakap, “biasa jak pun”. Mekap mengalahkan pengantin, contact lens berwarna, tudung letak macam2 aksesori, oh my, tahukah kamu, menampakkan perhiasan itu kepada lelaki selain dibolehkan syarak adalah dilarang?

Salahkah berfesyen? Islam tidak melarang berfesyen. Tapi, kebanyakkan fesyen sekarang melebih-lebih, dan itulah dipanggil tabaruj! Dan kalau kamu berfesyen itu menarik perhatian orang, maka dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.

Pergh ~ macam tazkirahlah pula. Sekarang ni siap buat tutorial pakai tudung, bermekap lagi. Kadang-kadang aku terfikir, apa tujuan wanita berhias? Untuk menampakkan cantik? Kepada lelaki yang bukan muhrimnya?

Sekarang kita masuk bab menjaga penampilan. Menjaga penampilan terutama semasa keluar berjalan ataupun semasa di pejabat, bukanlah bermaksud anda bermekap sampai merah2 pipi macam kena tampar, bergincu tebal, tudung berlilit macam siput sedut dan sebagainya.

Kalau anda memakai tudung biasa sekalipun, tetapi kemas, menutup dada, mekap sekadar tempek sahaja, mencalit gincu di bibir cuma, itu pun dipanggil menjaga penampilan, asalkan kemas, yakni tidak selekeh. Itulah namanya, bersederhana.

Kemudian gabungkan elemen luaran dengan senyuman yang manis, muka yang ceria,  peribadi menarik, InsyaAllah, si dia pasti tertawan. Kalah Safi Rania Gold, usia? Ramai yang tak menyangka, hehe.

Tidak payah belanja mahal-mahal membeli itu ini, kalau mahu beli pun tiada masalah, tapi cukuplah sekadar yang perlu sahaja. Bukankah lagi elok, simpan perhiasan itu untuk suami tercinta?

Sebab itulah, bila di rumah, si isteri nampak selekeh, sebab sudah puas berhias untuk keluar rumah. Hakikatnya, berhias biarlah dirumah untuk suami, dan kalau diluar, cukuplah bersederhana, untuk menjaga penampilan dan nama baik suami. Lelaki dayus namanya yang membiarkan isteri bercantik berlebih-lebihan untuk ditontonkan kepada orang ramai yang bukan ajnabinya.

Semua ni korang boleh tengok semasa di majlis perkahwinan, apabila pengantin perempuan dimekap habis-habisan oleh mak andam. Siapa jadi bini aku, siap, aku tak mahu dia mekap lebih-lebih, cukuplah sekadar yang perlu, yang sedap mata orang memandang. Dengan aku jak boleh, keh keh keh.

Bukan apa, walimatul urus tu untuk memperkenalkan pengantin kepada orang luar, bukan untuk memperagakannya!

Ingatlah wahai wanita, berfikirlah kalau nak berhias, adakah ingin berhias untuk dipandang lelaki dan dibanggakan di depan wanita lain, ataupun untuk sekadar keperluan dalam menjaga imej semasa?

Jangan salahkan lelaki kalau mengacau anda, buat gangguan seksual itu ini. Lagipun aku dah cakap sebelum ni dalam artikel Aurat Wanita : Kelebihan Kesihatan Dan Psikologi.

Tapi, aku cerita bukan sebab aurat, tapi mereka yang suka berfesyen berlebih-lebihan. Kalau nak berfesyen pun, bersederhanalah, ingat tujuannya untuk apa, untuk kerja kah, untuk kesesuaian majlis kenduri kah, bukannya ikut suka semata-mata gara-gara terdesak inginkan perhatian!

Tengok sahaja perempuan seksi, belum lagi mereka yang tidak menutup aurat tapi tak seksi, mereka tewas kepada wanita yang tahu menjaga diri, sebab, bila dapat suami, sweet jak suami dorang. Lelaki yang baik automatik datang sendiri tanpa dipaksa.

Yang penting, wanita tetap cantik, yang membezakan kecantikan itu hanyalah bagaimana mereka menggunakannya sahaja.

SCemanoti : Uuh, Pesta Kaamatan, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. Banyak sumandak-sumandak ikut unduk ngadau ni, i mean, gadis-gadis ikut ratu cantik, keh keh keh.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Tatkala Istikharah Mengharap Petanda
  • Contest Selamat Hari Guru, Cikgu!
  • Sorry Seems To Be The Hardest Word
  • Tangan Yang Membelai Wanita
  • 99 Hari Kisah Klasik Kita : Doa Malam Pertama

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , . Bookmark the permalink.

34 Responses to Wanita Yang Mencantikkan Diri

  1. Shag Yahaya says:

    Hehe. Okeh. Sebab nak jadi bini Atik nanti Shag kurang menonjolkan diri di public ye. Hehe :P

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Uhuk2.. okay.. duduk stay dalam rumah jak k? haha..

    [Reply]

  2. ZRn says:

    Baik… Aku akan jaga kecantikanku untukmu seja.. ups.. Untuk suamiku seja….

    Nice bro! :) ZRn recently posted..Wasabers Day

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Oh, my.. sweeeeett.. haha..

    [Reply]

  3. nieza says:

    nice entry ^^,
    insyaAllah akan dipraktikkan pelahan2..hehe
    nieza recently posted..LUCAH Open Minded KAH

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx lai..
    InsyaAllah.. boleh punya ^_^

    [Reply]

  4. ipa says:

    Like this entry..makaseh bnyk2,sb bt entry bgni..insyaAllah akn dmanfaatkn….

    tp,2 murtabak bkin sy skit jiwa..argh..sdapnya…
    ipa recently posted..Pencarian

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx 4 like.. Perkongsian kan.. hehe..

    Uuh.. sakit jiwa? pi beli.. haha..

    [Reply]

  5. boleh bermekap sekadar cukup anda nampak kemas, tak perlu berlebih-lebihan…takut jadi haram pulak…

    tak sabar nak berhias untuk suami~ weehuuuu~~
    sunah suka sakura recently posted..I Love You

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. begitulah sepatutnya.. hehe..

    Uuh.. gerangan siapakah itu? jeng3x~

    [Reply]

  6. siries aku tak suka tgok pompuan yg mekap berlebih-lebihan..
    sehinggakan kalau dia cuci mekap tu, trus nmpk mcm org lain.. mmg fake la..
    Solihin Zubir recently posted..Penghijrahan Ribuan Ikan Pari

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sama juga mcm aku.. itulah baiknya kalau skadar bersederhana.. sadis kan? huhu..

    [Reply]

  7. ainzulaikha says:

    saya kalau pergi kedai, or beli kuih ke apa ke, saya pakai seluar track dengan tshirt and tudung biasa je.. T__T make up tak de pun.. nanti mak mesti gelakkan.. hahahhaah

    btw cantik sangat ke perempuan tu? hahahaha indahnya dunia yaaaa
    ainzulaikha recently posted..Cuba fikir sesuatu apabila memandu- HA-HA-HA

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. ok apa.. tp.. kalau skadar untuk mnjaga ketrampilan.. memang digalakkan.. ^_^

    Uuh.. pergh ~ xdapat dibayangkan.. sdangkan diri ini pun pndai mncuri pndang.. nasib msih trjaga pndangan.. ahakz..

    [Reply]

  8. keen~ says:

    * ngah muhasabah diri camne.. huhu~ T_T *

    btw, keen ngan family keen dah setuju, klu keen kawen, tamau bersanding.. pelamin tu pon tatau lg, ada ke x.. ahahahhahaa~ diorg my-future-husband pon setuju gak ngan cdgn kitorg ye~~ ^_^
    keen~ recently posted..- aku ingin berubah -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Maksud Keen? Xkanlah Keen pun mekap sakan? ahakz..

    Jap2.. quote dulu “diorg my-future-husband pon setuju gak ngan cdgn kitorg ye~~ ^_^”

    dah ada future husband? jeng3x~

    [Reply]

  9. husna says:

    sedapnyer murtabak….lame xmakan…=.=”

    rite, berhias boleh, tp jgn melampau, bersederhana kerna itu yg terbaik dan disuruh agama.

    - jgn jadi mcm i sudah, sememeh…haha.. hate mekap forever. asli tu cantik kan *sila sokong,,hahaha
    husna recently posted..haru bila mula memasak!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Nyummy.. memang sdap.. ahakz..

    Yezza.. itulah sebaiknya.. bersederhana dalam islam.. ^_^

    *sokong! (kang ada kecik ati, keh keh keh)

    [Reply]

  10. itulah keindahan dunia..rugi tak tgk. ahaks..best gak ayat tu..ada satu gerai mkn kat sini. tukang ambil order dia semua pompuan..pastu ada sorang tu mmg cun giler. kalo dia ada, mata setiap lelaki kat situ semua tuju ke arah perempuan tu. ada yg usha tak reti cover. ada yg nak usik2 dia..adehh, tak agak2..
    Jejaka Terhangat recently posted..Kesan Baca Komik Terhadap Aku- Dia Dan Kamu

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ayat brother murtabak.. haha..

    Pergh ~ kat mana tu JT, nak gi lah mcm ni.. haha..

    [Reply]

  11. Yana says:

    hahahaha.. macam mana kalau perempuan tak reti langsung bermekap? hahahaha..

    btw, murtabak tu memang nampak sedap. malam ni nak buat murtabak sendiri laah dengan mak. huhu. lapor pulak.

    tapi apa yg aretikz cakap tu memang betul, dan disokong 110%.. hehehehe
    Yana recently posted..Penceraian! Di mana silapnya

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Itu lain kes.. mgkin bab dgn suami kot? haha..

    Sedap kan? masakkan utk disini, boleh? haha..

    thanx yana ^_^

    [Reply]

    Yana Reply:

    boleh je masakkan utk di sana,

    tapi di sana kena datang ke sini lah kalau nk merasa. amacam? hehe.
    Yana recently posted..Timed FULL that day

    [Reply]

  12. ruzzezanie says:

    suke entri ni aretikz!!! like! like! like!!
    ruzzezanie recently posted..surat buat yang tersayang

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx ^_^

    Sekadar perkongsian.. hehe..

    [Reply]

  13. cik azeya says:

    saye bermekap untuk nampak lebih yakin berhadapn dengan orang ramai, ekeke.
    cik azeya recently posted..Entri untuk wanita- heartbreaker

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. slagi xdak menyalahi syarak kan.. hehe.. ^_^

    [Reply]

  14. sOoooour says:

    dr cerita murtabak sehingga la cerita tentang wanita…semua setuju!
    sOoooour recently posted..Muzik Kegemaran Watak Kartun

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Hehe.. murtabak pun sodap terus.. hehe..

    [Reply]

  15. cik tom says:

    hehehee….ciktom plg xsuka kl iklan tv yg mengeksploitasikan(*betul ke ejaan ni?huhu) perempuan…gaya cam pmpn ni desperate sgt nk tarik perhatian lelaki…
    cik tom recently posted..Segmen Kereta Tempatan Pilihan Saya

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. yg pelik.. pempuan dia memg sdia cantik.. hehe..

    [Reply]

  16. tambah bulu mata lentik, cukur kening, cukur bulu betis… mmm..
    Liza @ Adzriel AB recently posted..Hentikanlah kehinaan ini!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    dan juga contact lens berwarna.. hehe..

    [Reply]

  17. deeya says:

    murtabak JAWA tuh nampak sedap !

    hurm ~ mujur sye dilahirkan sbagai anak kampung yang tidak pandai berfesyen .. tak pandai mekap . tak pandai berwangi-wangian .. tak pandai pakai bulu mata palsu . tak pandai pakai eyeshadow .. tak pandai pakai blusher . tak pandai pakai contact lens diameter 25mm . tak pandai pakai shawl lilit kat leher patplohpat kali .. tak pandai semua pasal fesyen gojes .

    sye cume bangga jadi anak kmpung yg pandai masak ….. bubur jer . hehehe ~ dan masih berusaha m’jadi gadis muslimah terakhir .. auww ! ^___^
    deeya recently posted..Sang Comel Punye Selipar Baru

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: