Masa kecil-kecil, cerita-cerita hindustan ni tak seberapa orang tengok selepas zaman Amitabh Belacan berlalu. Puff ~ Tiba-tiba.
Aaaa aaa aaa aaaa…
Tum paas aaye yun muskuraaye
Tum paas aaye yun muskuraaye
Tumne na jaane kya sapne dikhaaye
Abto mera dil jaage na sota hai
Kya karoon haye kuch kuch hota hai
Kya karoon haye kuch kuch hota hai
Sampai lelaki-lelaki macho pun mengalirkan air mata. Aku masih kecil lagi, selalu nangis pun kena marah mak, budak nakal kan. Jadi jangan harap korang dengar pernyataan aku bahawa aku menangis tengok kuch kuch hota hai.. sob sob..
Cerita Hindustan ni, konfom Happy Ending. Satu dalam seribu kalau cerita dia bad ending. Pernah cikgu aku cakap, kalau satu filem tu cerita dia bad ending, orang di sana akan bakar panggung wayang tu. Sebabnya, kebanyakkan sana banyak miskin tegar, jadi untuk melihat wayang tu, mungkin sekali setahun.
Sebab tu kebanyakkan produser sana tidak berani buat cerita yang ending buruk. Nanti buruk juga filem dorang. Tapi aku rasa patut pengarah panggil Avril buat lagu lah, lagu happy ending, hehe.
So, apa faedah aku cerita benda ni?
******************************
“Maiṁ tumasē pyāra karatā hūm̐ sayang.” Ucap jejaka kepada kekasihnya.
“Yaha vāka’ī saca hai? i love you too darling.” balas kekasihnya.
“Sayang, abang janji abang akan kahwini sayang, abang akan jaga sayang. Mari ke rumah abang, kita boleh berborak lama.” Manis mulut si jejaka.
Maka si gadis pun menuruti. Maka berlakulah adengan yang tidak sepatutnya. Maka si kekasih pun menangis tak keruan. Si jejaka kemudian menenangkannya.
“Bukankah abang telah nyatakan, abang akan jaga sayang. Nanti kita kahwin yek?” Maka si kekasih pun memeluk sambil memuncungkan mulutnya.
Dan, selepas itu, gadis ditinggalkan bersendiri, no more happy ending, wowowowo.
Begitulah tamatnya cerita hindustan si gadis tersebut, maka panggung pun dibakar, dia pun merasa terbakar juga, kah kah kah.
Kenapa terjadi sebegini rupa? Sebabnya tak ikut syariat islam. Kalau nak ikut syariat, maka nikahlah jalannya.
Maka berhutang pun ada syariatnya juga. Supaya boleh juga merasa happy ending tu dalam berhutang, biarpun sakit pada mulanya. Malah dalil tentang hutang ni, dicatatkan dalam surah paling panjang, malah ayatnya pun panjang. Korang bacalah sendiri, jangan tak baca.
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Okay, siap bold lagi kan. Mungkin benda ini nampak leceh, mana nak cari saksi lagi, mana nak tulis surat lagi. Tapi inilah yang dituntut. Baru ada happy ending, kan?
******************************
Betapa beruntungnya kita dapat menolong orang biarpun kita mungkin teraniaya dalam pertolongan tersebut. Niat kita untuk menolong dan melakukan perbuatan dengan setulus hati, pasti Allah memberi ganjaran yang tidak ternilai baginya.
Namun, yang wajib tetap wajib, maknanya, hutang itu kategori wajib dibayar. Si pemberi hutang berhak untuk menuntut hutangnya.
Dari Abu Hurairah r.a berkata : “Seseorang menagih hutang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, sampai dia mengucapkan kata-kata pedas. Maka para sahabat hendak memukulnya, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam berkata,“Biarkan dia. Sesungguhnya si empunya hak berhak berucap. Belikan untuknya unta, kemudian serahkan kepadanya”. Mereka (para sahabat)berkata : “Kami tidak mendapatkan, kecuali yang lebih bagus dari untanya”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Belikan untuknya, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang paling baik dalam pembayaran”
Dalam riwayat lain, Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Menunda pembayaran bagi yang mampu membayar, (ia) halal untuk dihukum dan (juga) kehormatannya”.
Sufyan Ats-Tsauri berkata, “Halal kehormatannya ialah dengan mengatakan ‘engkau telah menunda pebayaran’ dan menghukum dengan memenjarakannya”
Namun, betapa mulianya mereka yang pemberi hutang ini apabila mereka mengurangkan beban si penghutang dengan mengurangkan jumlah pembayarannya ataupun memberi masa kepada si penghutang jika benar-benar si penghutang itu berada dalam keadaan yang cukup sulit.
Dari Hudzaifah Radhiallahu ‘anhu, ia berkata, aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Suatu hari ada seseorang meninggal. Dikatakan kepadanya (simati di akhirat nanti). Apa yang engkau perbuat? Dia menjawab. :
كُنْتُ أُبَايِعُ النَّاسَ فَأَتَجَوَّزُ عَنْ الْمُوسِرِ وَأُخَفِّفُ عَنْ الْمُعْسِرِ فَغُفِرَ لَهُ
“Aku melakukan urusan-urusan, lalu aku menerima ala kadarnya bagi yang mampu membayar (hutang) dan meringankan bagi orang yang dalam kesulitan. Maka dia diampuni (oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala)”.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.”
(Riwayat Muslim dan Imam Ahmad)
Dan yang terbaik sekali, orang yang membebaskan si penghutang dari hutangnya.
******************************
Secara keseluruhannya, syariat ini adalah untuk memudahkan kita dalam menghadapi kesulitan. Betapa Islam mengharapkan kebahagian dalam kedua-dua belah pihak.
Semoga kita semua dibebaskan dari belenggu hutang. Kerana hutang itu terlalu membebankan akal fikiran, kerana selagi belum settle, hidup pun tidak tenang, kan? Nanti tak terbayar, tak happy ending macam cerita hindustan, hehe.
SCemanoti : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia
sumber : Kereta Mayat dan Rawatan Islam
Comments
Powered by Facebook Comments



Hindustan x wajib ditonton, tapi hutang wajib dibayar. Errr bleh ka komen cmni, he3…
Entry terbaru -> Pertandingan Fesyen Tikus Di New York… (“,)
[Reply]
aretikz Reply:
June 2nd, 2011 at 10:45 pm
Boleh2.. malah dipersetujui.. ahakz..
[Reply]
tak payah laaah nak berhutang. sangat membebankan.
[Reply]
aretikz Reply:
June 2nd, 2011 at 10:52 pm
Yup.. berhutang memang membebankan.. tp zman skrg.. pasti ada yg berhutang.. huhu..
[Reply]
Yana Reply:
June 5th, 2011 at 4:16 am
saya juga berhutang. PTPTN
Yana recently posted..Timed FULL that day
[Reply]
erkkk..lain macam ja entry atik ni..apa pun keep cool bro..heheee
ellen recently posted..Hobi gila mengantung anjing diampaian sehingga mati
[Reply]
aretikz Reply:
June 2nd, 2011 at 10:54 pm
Erk? Lain ka pula? hehe.. apa yg lain? biasa jak rasanya.. hehe..
[Reply]
ok…..senggama minda lg…apa kaitan hindustan dgn berhutang??????=,=??
sOoooour recently posted..Muzik Kegemaran Watak Kartun
[Reply]
aretikz Reply:
June 2nd, 2011 at 11:01 pm
Kalau nak happy ending macam hindustan, kena ikut sperti yg ditetapkan.. hehe..
leh trima ker tu? ahakz..
[Reply]
bila ingat hutang sendiri pun rasa gerun juga… berkali2 mengingatkan pemiutang, supaya gitau berapa jumlah yang perlu dibayar, tapi pemiutang pulak yang sambil lewa… ha, tu macam mana pulak? huhuhu…
sunah suka sakura recently posted..Pasangan Blogger Ini Buat Saya Terharu
[Reply]
aretikz Reply:
June 2nd, 2011 at 11:03 am
Erk? hehe.. pemiutang pula wat hal no? hehe.. tp.. mcm mna sunah xtahu brapa jumlah hutg lak? ini berkaitan jual beli yek? kalau bab hutang, tiadanya dimasukkan dalam istilah jual beli.. itu lain bab sudah tu.. hehe..
[Reply]
sunah suka sakura Reply:
June 2nd, 2011 at 11:26 am
aha, jual beli… oh, tak termasuk keee… err…hehehe… okeh okeh…
sunah suka sakura recently posted..Pasangan Blogger Ini Buat Saya Terharu
[Reply]
doa itu harus dibaca setiap pagi.. ada dlm Ma’thurat.. hik3~ ^_^
keen~ recently posted..- aku ingin berubah -
[Reply]
aretikz Reply:
June 2nd, 2011 at 11:06 pm
Pagi jak? Petang xda? hehe..
[Reply]
Alahai~ Comel je haa SRK! keke. Shag tak nangis tengok hindustan pun! Jiwa kental neh :P
Ahaa~ Ni baru cara menegur yang terbaik! Tiada mention benda yg boleh mengundang kontroversi. I like! Miaow~
[Reply]
aretikz Reply:
June 2nd, 2011 at 11:07 pm
Cewah.. tgk hindustan yek?
Erk? Menegur? mungkin.. tp lebih kpada info.. ^_^
[Reply]
Gayah pon hutang dgn bank.. Bulan2 br kat bank duet kereta Rm300.. cam ampes.. rase nk jual keta tuh.. runsing da asyik rosak je..huhu
eh comel la kau nyanyi lagu hindustan.. ce nyanyi lagi..hahaha
Gayahspears recently posted..Aku nak ‘terberak’
[Reply]
aretikz Reply:
June 2nd, 2011 at 11:24 pm
Erk? Banyak kali rosak dah keta tu? pergh ~ kalo suruh tukr baru.. err.. hehe..
[Reply]
hu,,
risau mmikirkan hal hutang ni.
hm..kena buat surat pengakuan dan janji kedua2 belah pihak la kan?same2 kena ingatkan..
mutiara recently posted..Laras Pandang
[Reply]
aretikz Reply:
June 2nd, 2011 at 11:26 pm
hutang itu memg membebankan.. huhu..
yup.. lebih kurang mcm tu lah ^_^
[Reply]
shah rukh khan pun kena bayar hutang juga.. he..he..
Liza @ Adzriel AB recently posted..Pelayan restoran yang berangan
[Reply]
aretikz Reply:
June 2nd, 2011 at 11:30 pm
Hutang apa tu kak? Qada sembahyang? hehe..
[Reply]
hehehehe… pandai kaitkan hindustan dengan hutang ye
[Reply]
aretikz Reply:
June 2nd, 2011 at 11:32 pm
sal minum enfagrow kan.. ahakz..
[Reply]
hutang wajib bayor…
husna recently posted..haru bila mula memasak!
[Reply]
aretikz Reply:
June 2nd, 2011 at 11:34 pm
itu benar.. ahakz..
[Reply]
ye btul.. nk berhutang pun kna ikut garis panduan yg diajar dlm Islam..
bg mengelakkan perkara tak diingini..
tp kalau hutang singgit pun nk kecoh, tu dh parah.. heheh..
[Reply]
aretikz Reply:
June 4th, 2011 at 9:40 am
kalau hutang singgit, bek halalkan jak.. haha..
[Reply]
ramai blogger yg buat entry isu hutang sejak akhir2 ni ek?hehee….wah siap ada cerita babak hindustan lg…mmg kreatif la atik ni…huhuuh
cik tom recently posted..Happy Birthday Kak Diana Senyum-Senyum -
[Reply]
aretikz Reply:
June 4th, 2011 at 12:43 pm
ahakz.. besalah cik tom.. tipikal blogger.. keh keh keh..
erk? rsanya biasa jak tu.. huhu..
[Reply]
layan kuch kuch hota hai time darjah 5 .. xde feel ape2 pun . huhuhu ~
erm ~ soal utang paling takot klu nk dfikirkan .. cemana kalau kite lupe yg kite nie berhutang ?? org yg kte hutangi itu pun lupe kalau kite berhutang .. haha ~ ade sorang kawan dah lame utang kat saye tp tak bayar2 lagi . da mintak tapi tak bagi ..
skarang cube utk halalkan jer . tapi budak tu da taknak kawan ngn sye lagi . sob3 !
deeya recently posted..Sang Comel Punye Selipar Baru
[Reply]