Sambungan kisah sebelum ini, dan jika belum membaca bahagian pertama, sila klik sini.
******************************
“Sekiranya Allah itu wujud kata kamu, dimanakah tuhan itu berada kerana setiap yang wujud pasti ada tempatnya?”Soal Dahri lagi.
“Maha suci Allah yang tetap wujud tetapi tidak mempunyai tempat!” Jelas pemuda itu.
“Bukankah setiap yang wujud pasti ada tempatnya? Lihat pohon kayu itu tempatnya di atas tanah. Manusia wujud di muka bumi. Ikan itu wujud tempatnya di dalam air. Setiap yang wujud pasti ada tempatnya,” bantah Dahri sambil tersenyum sinis.
“Jawapannya mudah sahaja. Lihat sahaja pada diri kamu, bukankah kamu ada nyawa?” kata pemuda itu.
“Dalama tubuhku ini memang ada nyawa, malah setiap makhluk ada nyawa!” sahut Dahri.
“Adakah kamu tahu dimana letaknya nyawa? Di kepala kamukah? di perut kah ataupun di hujung tapak kakimu?” balas beliau.
Dahri tersentak mendengarnya. Dahri tidak menyangka imam muda itu begitu pintar hinggakan soalan yang tidak terjawab oleh ulama sebelum ini mudah sahaja baginya untuk dibalas. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama mereka.
“Dahri, jika kamu masih belum jelas, sila berikan saya segelas susu,” pinta pemuda itu.
Selepas diberi segelas susu, lalu pemuda itu menunjukkannya kepada Dahri dan bertanya “Adakah kamu percaya dalam susu ini mengandungi lemak?”
“Aku percaya..” jawab Dahri.
“Tunjukkan kepada aku dimana lemak itu berada? Di bahagian ataskah, tengah atau bawah sekali?” tanya pemuda itu lagi.
Sekali lagi Dahri tersentak dan terdiam. Melihat keadaan itu, maka berkatalah pemuda itu “Sedangkan mencari lemak susu pun kita tidak tahu mahupun mengetahui dimana terletaknya roh dalam diri kita pun tidak diketahui, apatah lagi dimana letaknya Zat Allah!”
Dahri terpaku, mukanya merah menahan malu. Namun dia berusaha mengawal dirinya. Setelah keadaan kembali reda, beliau menyoal kembali.
“Hai anak muda, beritahu aku apa yang wujud sebelum Allah dan apa yang muncul selepasnya?” tanya Dahri.
Orang ramai menumpukan kepada pemuda tersebut.
“Jawapannya sama seperti mula-mula tadi. Tidak ada satu pun yang wujud sebelum Allah mahupun selepasnya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang awal dan Dialah yang akhir,” tegas pemuda itu, ringkas dan padat.
“Mustahil tuhan wujud tanpa ada permulaan dan mustahil tidak ada lagi selepasnya. Apa hujahnya?” dalih Dahri.
Dengan tersenyum, pemuda itu menjelaskan “Seperti yang ku katakan tadi, cuba lihat pada jari kamu. Lihat pada ibu jari itu. Jari apakah yang sebelumnya?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.
Beberapa hadirin turut melakukan sedemikian rupa.
“Pada jari kelingking pula, apa jari selepasnya?” sambung pemuda itu.
Dahri terdiam. Maka pemuda itu terus berhujah “Sedangkan pada jari kita yang kecil ini pun tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah yang Maha Agung itu, yang tiada mendahului mahupun selepasnya.
“Firman Allah surah al-Hadid ayat 3 yang bermaksud, “Dialah yang awal, dialah yang akhir, dan yang zahir, dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
“Anak muda, banyak lagi soalan yang ingin kutanyakan, tetapi sebelum itu, aku ingin bertanya, dengan siapa kamu berguru?” Tanya dahri kerana kagum dengan lawannya.
“Guruku Imam Hammad. Dia turut berada di majlis ini sedang mengikuti perdebatan kita. Sekiranya saya anak muridnya pun tidak kamu terlawan, apatah lagi guru saya Imam Hammad,” jawab pemuda tersebut.
Dahri mula berasa gentar dengan lawannya itu. Baru muridnya, belum lagi gurunya. Namun dahri enggan mengalah.
“Beritahu aku keadaan Zat tuhanmu, apakah keras dan padat seperti besi, ataupun cair seperti air?” tanya Dahri lagi.
“Pernahkah kamu melihat orang sakit yang akan meninggal?” tanya pemuda itu pula.
“Selalu aku melihatnya,” jawab Dahri.
“Sebelum meninggal, pesakit masih boleh bercakap-cakap dan menggerakkan tubuhnya. Tetapi apabila meninggal dunia, dia diam dan kaku. Mengapa jadi begitu?” Soal pemuda itu.
“Kerana roh telah meninggalkan tubuhnya,” jawab Dahri.
“Pernahkah kamu melihat roh keluar dan nyawanya dicabut?” tanya pemuda itu lagi.
“Tidak,” jawab Dahri.
“Kamu tidak dapat melihat roh itu kerana ianya bukan benda padat seperti besi ataupun cair seperti air? Betul?” soal pemuda itu.
“Entahlah, aku tidak pasti,” kata Dahri.
“Sekiranya kita tidak mengetahui bagaimana bentuk roh, bagaimana kita hendak mengetahui Zat Allah.” kata pemuda itu sambil tersenyum.
“Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai wajah dan arah tempat menghadap?” Dahri beralih ke soalan lain.
“Sekiranya kamu menyalakan lampu dalam gelap, ke arah manakah sinar cahayanya menghadap?”
“Sinar cahaya itu pasti akan mengahadap ke seluruh arah dan penjuru.”
“Sekiranya demikian halnya dengan lampu buatan manusia, bagaimana Allah pencipta langit dan bumi? Dia nur cahaya langit dan bumi”
“Kamu percaya pada syurga?” Tanya Dahri lagi.
“Saya percaya,” jawab pemuda itu.
“Benarkah dalam syurga itu disediakan pelbagai jenis makanan dan minuman? Tetapi penghuninya tidak buang air besar dan kecil. Bukankah itu cuma khayalan?”
“Bukankah kamu pernah berada dalam perut ibu kamu selama 9 bulan? Selama dalam kandungan ibu itu kamu juga makan dan minum. Tetapi kamu tidak pula buang air besar apatah lagi kecil. Itu baru kandungan ibu, bagaimana di syurga kelak?”
Namun Dahri masih tidak mahu berputus asa lagi. Dia memandang ke arah Khalifah Yazid yang tersenyum. Sebelum ini khalifah bermuram durja apabila ulamanya tidak dapat berhujah dengan Dahri.
Dahri berfikir seketika, mencari jalan mengalahkan lawannya.
“Ini soalanku yang terakhir. Aku yakin kamu tidak tahu apa jawapannya,” kata Dahri sambil mengeraskan suaranya. Dia berbuat demikian bagi menghilangkan rasa malunya itu.
“Dengan izin tuhan saya pasti menjawabnya,” balas pemuda tersebut.
“Anak muda yang masih hingusan, beritahu daku apa yang dilakukan tuhanmu ketika ini,” soalan itu membuatkan pemuda itu tersenyum riang. Dia seperti menduga soalan itu akan dikeluarkan.
“Soalan yang terakhir itu sungguh menarik. Ia menentukan siapa yang kalah dan siapa yang menang. Kerana soalan itu penting, maka saya perlu menjawabnya dari tempat tinggi supaya dapat didengari semua orang. Kerana itu, marilah kita bertukar tempat. Kamu turun dari mimbar itu, dan saya naik ke atas supaya suara saya jelas kedengaran,” kata pemuda tersebut.
“Baiklah, dengan senang hatinya aku turuti permintaanmu,” kata Dahri yang berasa yakin memperoleh kemenangan tersebut.
Pemuda itu naik ke atas mimbar tersebut, sambil Dahri turun ke bawah. Dia menghadap ke arah orang ramai, lalu berkata dengan suara yang lantang.
“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah, bahawa kerja Allah sekarang ini menjatuhkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Allah juga menaikkan yang hak sebagaimana saya, yang berada di bawah tadi, telah dinaikkan ke atas mimbar masjid ini!”
“Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!” maka bergemalah takbir daripada orang ramai. Menandakan kemenangan pemuda itu ke atas Dahri. Mereka memuji kewibawaan pemuda tersebut yang menyelamatkan maruah Islam daripada lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Dahri pula terpaksa mengaku kalah dan pulang dalam kehinaan.
Begitulah kehebatan pemuda yang bernama an-Nukman bin Thabit, atau dikenali sebagai Imam Abu Hanifah yang terkenal dengan Mazhab Hanafi.
******************************
Hanya tuan rumah Pecah Kata merungkaikan siapa pemuda itu. Gua syak dia terpilih imam muda tapi dia tolak, haha.
SCemanoti : Takkan hilang Islam di dunia.
Comments
Powered by Facebook Comments


nice..nice..
diam2 ubi berisi rupanya c Sahidzan tu..hehe
ipa recently posted..Rejab! Puasa!
[Reply]
aretikz Reply:
June 7th, 2011 at 10:02 pm
jangankan ubi.. timun pun mengkali.. ahakz..
[Reply]
nice stori
Princess recently posted..Pergilah Kamu
[Reply]
aretikz Reply:
June 7th, 2011 at 10:03 pm
Thanx ^_^, tapi olahan dari buku.. cuma rasa nak berkongsi kan.. hehe..
[Reply]
alhamdulillah,sangat best
husna recently posted..cikgu husna -
[Reply]
aretikz Reply:
June 7th, 2011 at 10:20 pm
Thanx Husna.. ^_^
[Reply]
membaca itu amalan yg mulia..hafiah tara ka???
kehkehkeh!
[Reply]
aretikz Reply:
June 7th, 2011 at 10:27 pm
Haha.. Iqra! Meh gua peluk lu..
kehkehkeh!
[Reply]
Seronok cerita nie, kita boleh ambik pengajaran…
Budak Botak recently posted..Cara Mudah Dapat Pekerjaan Cara Feilim Mac An Iomaire – 9999 Berjaya -
[Reply]
aretikz Reply:
June 7th, 2011 at 10:28 pm
Yup.. ambil sebanyak-banyaknya ^_^
[Reply]
kalau hilang islam di dunia, dunia akan kiamat. percayakah anda pada kiamat?
[Reply]
aretikz Reply:
June 7th, 2011 at 10:29 pm
Erk? Kiamat kah pula? hehe.. Mendalam sungguh ayat itu.. ahakz..
[Reply]
Yana Reply:
June 10th, 2011 at 5:36 am
haha.. mendalam kah? fikir-fikir kan.. hehe
Yana recently posted..Timed FULL that day
[Reply]
nak cite lagi, nak cite lg..~~ ^_^
keen~ recently posted..- adinda Evans tu lebih baik dari kita la -
[Reply]
aretikz Reply:
June 7th, 2011 at 10:39 pm
Err.. tunggu beta habiskan buku sejarah tu.. ahakz..
[Reply]
subhanallah… mmg hebat hujah2 imam hanafi…
[Reply]
aretikz Reply:
June 7th, 2011 at 10:40 pm
Yup.. hujah seorang ulama ^_^
[Reply]
Islam kan agama yang indah
ainzulaikha recently posted..Seganas-ganas lelaki dalam hati ada taman laaaahhhhhh
nak komen banyak tak reti.. hehe..
nice sharing this story
[Reply]
aretikz Reply:
June 7th, 2011 at 10:41 pm
Erk? hehe.. Yup.. Islam agama indah ^_^
[Reply]
best ceritanya!kalau kita yang ditanya soalan yang serupa mau goyah iman kita..hu..
menusukhati recently posted..Tertipu
[Reply]
aretikz Reply:
June 7th, 2011 at 10:43 pm
Uuh.. kalau aku pun.. rasanya.. lum cukup ilmu di dada.. huhu..
[Reply]
subhanallah .. indahNya islam ! Allah memang Maha Adil . jawapan bagi soalan terakhir tu sangat2 menakjubkan .. terharu pulak bila membacanya . sob3 !! Allah sayang kita :’(
deeya recently posted..Sang Comel Punye Selipar Baru
[Reply]
aretikz Reply:
June 7th, 2011 at 10:44 pm
Ni pun rsa terharu ayat last Deeya.. Allah memang sayang kita.. ^_^
[Reply]
Salam,crite ni agak menarik tp 1 jer yg sy nk komen,tentang jwapan pemuda td.katanya Allah tiada bertempat..pada pandangan sy yg sederhana ni,jwpn tu salah krn Allah itu berada di Arasy..krn menurut sebuah hadis yg sy baca..Nabi saw tlh bertnya pd seorg budak perempuan,dgn soalan dimanakah Allah berada.lantas jwb budak itu Allah ada diatas Arasy..lantas nabi saw menjawab.benar..dan mengatakan bhw agar budak itu dimerdekakan..maaf hadis tersebut sy x bg dgn detail krn agak panjang..tp pd sy jwpn tersebut adalah jwpn yg hak bila seseorg brtnya kpd kt dimanakah Allah,sekian..
[Reply]
aretikz Reply:
August 5th, 2011 at 5:31 am
Wasalam saudara.. trimas atas pandangan tersebut.. saya mnjwb mna yg sya mampu dan terdaya..
tidak dinafikan tentang arasy tersebut, malah al-quran sendiri menyebut mengenai arasy itu..
namun dalam riwayat lain, Imam Abu Hanifah mengatakan Allah berada di arasy dan arasy itu berada di atas langit..
Imam Abu Hanifah, pemangkin Mazhab Hanafi boleh sahja menjawab sedemikian rupa.. tp untuk melawan orang yang jahil, perlukan kemahiran debat yang tinggi.. konfom jika di tanya lalu dijawab sedemikian rupa, pasti Dahri meminta ditunjukkan tempat tersebut.. dan sma juga jawapan yg pasti dibrikn slepas itu sperti di atas.. yakni mengenai nyawa dan susu..
Jika Sam menelusuri penjelasan mengenai susu dan nyawa itu, pasti boleh difahami bahawa Imam Hanafi ingin menerangkan bahawa kita tidak tahu keberadaan Allah, hanya Allah mengetahui dimana Dia berada.. biarpun kita berkata mengenai Arasy, tetapi kita tidak thu di mna terletaknya Arasy..
“ Berkata Imam Abu Hanifah: Dan kami ( ulama Islam ) mengakui bahawa Allah ta’ala ber istawa atas Arasy tanpa Dia memerlukan kepada Arasy dan Dia tidak bertetap di atas Arasy, Dialah menjaga Arasy dan selain Arasy tanpa memerlukan Arasy, sekiranya dikatakan Allah memerlukan kepada yang lain sudah pasti Dia tidak mampu mencipta Allah ini dan tidak mampu mentadbirnya sepeti jua makhluk-makhluk, kalaulah Allah memerlukan sifat duduk dan bertempat maka sebelum dicipta Arasy dimanakah Dia? Maha suci Allah dari yang demikian”. (terjemahan kitab wasiat Imam Abu Hanifah)
Betulkan saya jika saya salah.. wallahualam.. ^_^
[Reply]
Terima kasih diatas jawapan saudara @ saudari..
Sy sedikitpun tak menyalahkan saudara diatas kisah yg saudara kemukakan diatas krn sy yakin bhw saudara bukanlah orang yg terus merakamkan kisah ini daripada imam Abu Hanifah malah sy rasa saudara telah mengambil kisah ini dari buku atau sebagainya..cumanya org yg telah menuliskan kisah ini atau orang yg sebelumnya berkemungkinan ada sedikit kesilapan penyampaian hingga timbulnya sedikit kekeliruan..
Begini ya,sebelum ini sy ada membaca sebuah hadis Nabi
s.a.w yg maksudnya Berkata Benarlah Sekalipun Kebenaran Itu Sesuatu Yang Amat Berat Untuk Diungkapkan..
(maaf jika sy ringkaskan hadis tersebut)
jadi daripada pemahaman hadis diatas kita semua wajib berkata benar diatas semua perkara sekalipun ia berat buat kita apatahlagi jika ianya melibatkan Allah dan Rasulnya..jadi kisah diatas seharusnya lebih menekankan kepada pemahaman yg mendalam agar tidak timbulnya sebarang kekeliruan dari pihak lain,macam yg sy katakan td mungkin penyampaian dari kisah tersebut ada sedikit kesilapan..Wallahhualam Bissawab..
Sesungguhnya Allah Azza Wajallah bersemayam diatas Arasy nya yg besar namun ilmu dan pengetahuannya sampai kemana2..ilmu Allah adalah umpama cahaya matahari yg telus,menyinari sesuatu tanpa ada terlindung oleh apapun..Wallahhualam..
[Reply]
aretikz Reply:
August 9th, 2011 at 5:00 am
Oh, saya sedikit pun tidak merasakan diri anda menyalahkan saya.. kerana sekurang-kurangnya kita dapat berdiskusi akan hal ini..
Tidak dinafikan bahawa cerita ini diambil dari buku, dan hanya diolah sedikit sahaja dari saya.. apa yg sya pasti, penulis buku tersebut juga mempunyai bnyk buku rujukan berbanding sya yg hnya merujuk buku beliau..
saya tidak tahu ianya boleh mengelirukan, tetapi terima kasih kerana saudara cuba memahami apa yang disampaikan.. cuma mengenai zat-zat Allah, nabi sendiri menegah kita dari membicarakannya.. sebab itu Imam Abu Hanifah mengatakan Allah tidak bertempat, Dia boleh berada dimana2 yang Dia inginkan.. Zat-zat Allah mengenai bersemayam di Arasy, kita tidak boleh samakan cara manusia bersemanyam.. semoga kita mendapat keberkatan dari apa yang kita bincangkan..
Wallahualam.. Syukran..
[Reply]
Salam..saudara bangun sahur yer? Hmm..terlebih dahulu sy ucapkan selamat bersahur..ok,berbalik pada cerita tadi,saudara ada mengatakan bhw imam Abu Hanifah berkata bhw Allah boleh berada dimana2..maaf yer sy sekeras2nya menyangkal pendapat tersebut..kerana Maha Suci Allah takkan berada ditempat2 kotor dan tempat yg seumpama dengannya..melainkan ilmunya yg sampai kesetiap pelusuk semesta alam..jika saudara mengatakan ilmu,kuasa @ pengetahuannya sampai kemana2 itu sy boleh terima..wassalam..capkan selamat bersahur..ok,berbalik pada cerita tadi,saudara ada mengatakan bhw imam Abu Hanifah berkata bhw Allah boleh berada dimana2 dan tiada bertempat..maaf yer sy sekeras2nya menyangkal pendapat tersebut..kerana umum yg kita ketahui bhw Allah yakni Tuhan semesta alam itu berada diatas Arasynya tak munkin pada pendapat saya Allah itu berada setara dengan makhluknya melainkan dia akan sentiasa diatas dan Maha Suci Allah takkan berada ditempat2 kotor dan tempat yg seumpama dengannya..melainkan ilmunya yg sampai kesetiap pelusuk semesta alam..jika saudara mengatakan ilmu,kuasa @ pengetahuannya sampai kemana2 itu sy boleh terima..wassalam..
[Reply]
Maaf yer komen duplicate,ada masalah teknikal tadi..apapun selamat menunaikan solat fardhu subuh.. teknikal tadi..apapun selamat menunaikan solat fardhu subuh..
[Reply]
Sekali lg mohon maaf krn komen still duplicate..
Maha Suci Allah dari sifat yg boleh disamakan @ dibandingkan antara mahluk2nya..bukanlah niat sy membicarakan akan Zat Allah namun sy tiada jalan lain untuk menggambarkan kuasanya..maafkan jika sy tersalah..Astagfirrullah Hal-Azim..semoga sy diampuni Amin..Sekali lg mohon maaf krn komen still duplicate..
Maha Suci Allah dari sifat yg boleh disamakan @ dibandingkan antara mahluk2nya..bukanlah niat sy membicarakan akan Zat Allah namun sy tiada jalan lain untuk menggambarkan kuasanya..maafkan jika sy tersalah..Astagfirrullah Hal-Azim..semoga sy diampuni Amin..
[Reply]
Sekali lagi sy nukilkan disini agar saudara lebih memahami maksud sy,yg sy maksudkan mengelirukan itu adalah perkataan Allah berada dimana2 dan Allah tiada bertempat..ok sy solat subuh dulu..
[Reply]
aretikz Reply:
August 9th, 2011 at 7:08 am
Ketika membalas komen saudara, saya telah menunaikan solat subuh, sebab subuh sabah awal.. hehe..
Saudara, Imam Abu Hanifah, seperti yang penulis katakan, dia tidak berkata Allah berada di mana2.. Yang dikatakan Allah itu wujud tetapi tidak mempunyai tempat.. tidak bermaksud Allah itu berada di mana2..
sekali lagi saya utarakan terjemahan kitab wasiat Imam Abu Hanifah : “ Berkata Imam Abu Hanifah: Dan kami ( ulama Islam ) mengakui bahawa Allah ta’ala ber istawa atas Arasy tanpa Dia memerlukan kepada Arasy dan Dia tidak bertetap di atas Arasy, Dialah menjaga Arasy dan selain Arasy tanpa memerlukan Arasy, sekiranya dikatakan Allah memerlukan kepada yang lain sudah pasti Dia tidak mampu mencipta Allah ini dan tidak mampu mentadbirnya sepeti jua makhluk-makhluk, kalaulah Allah memerlukan sifat duduk dan bertempat maka sebelum dicipta Arasy dimanakah Dia? Maha suci Allah dari yang demikian”. (terjemahan kitab wasiat Imam Abu Hanifah)..
Sebab itulah, saya cuba berhati-hati apa yg saya cuba bicarakan ini.. Dan Ijma ulama Ahli Sunnah wal jammaah telah berkata, Dan Ahlus Sunnah wal Jama`ah telah ijma` bahawasanya Allah s.w.t. tidak bertempat dan tidak lalu atasNya masa, bersalahan dengan pegangan golongan al-Hisyaamiyyah dan al-Karaamiyyah yang mendakwa Allah bertempat di arasyNya. Dan telah berkata Amirul Mu’minin ‘Ali r.a.: “Sesungguhnya Allah ta`ala telah menciptakan arasy untuk menzahirkan qudratNya dan bukan untuk dijadikan tempat bagi zatNya”. Baginda juga berkata: “Dan adalah Allah ta`ala wujud tanpa tempat dan Dia sekarang atas sebagaimana sediakalanya”.
Dan jangan keliru apabila sya berkata Allah berada dimana2.. tapi yg sya maksudkan adalah Allah berkehendak dimana yang Dia inginkan.. untuk menelusuri lagi jauh.. sya tidak boleh berkata apa2 kerana khuatir menjerumus penyamaan kpd tempat seperti pemikiran manusia yg terbatas..
Wallahualam..
[Reply]
Rasanya x perlu lg kita lebih perpanjangkan isu ini krn sy bimbangi akan terjadi perpecahan kelak..
Dimanapun kita berada ketahuilah bhw sang pencipta yakni ALLAH itu pastinya sentiasa diatas kita..
Apapun perkataan bhw ALLAH tiada bertempat dan boleh berada dimana2 masih sy sangkal sekeras2nya,kerana berdasarkan dalil sahih yg sy pelajari sebelum ini amat bertentangan dengan pendapat tersebut..
Usahlah kita dengan sewenang2 mengatakan sesuatu tentang Tuhan yg bisa menjatukan haqnya sebagai pencipta,kerna Wujudnya dia diatas langit yg tidak terjangkau fikiran manusia dan tak tergambar dengan perkataan untuk membayangkannya..
Akhir kata sekiranya sy tersilap kata sy mohon dimaafkan,andainya sy terlanjur bicara sy pohon keampunan..
[Reply]
aretikz Reply:
August 9th, 2011 at 6:09 pm
Saya setuju.. lgpun nabi sendiri menegah sahabatnya berbincang mengenai sesuatu yg diluar kemampuan akal fikirannya.. yakni zat2 Allah..
Lagipun ini perbezaan pendapat, kerana benda ni diluar kemampuan kita.. ilmu sya masih di tahap rendah, maka sya tidak dapat mengutarakan lebih lanjut kerana ilmu itu belum lg smpai ke tahap tertinggi..
Tidak terlintas untuk sya menjtuhkan haq Allah, kerana haqnya adalah berkehendak sesuatu, yakni sifat iradat yang ada pada-Nya..
Saya juga memohon maaf jika ada terkasar bahasa, malah saya berbesar hati kerana saudara sanggup menjengah ke blog ini..
Terima kasih sekali lagi..
[Reply]
Sama2..sy ucapkan selamat berpuasa..semoga kita semua diberi petunjuk diatas segala sesuatu dan semoga kita sama2 mendapat hidayah darinya tiap kali kita tersilap..sy suka bila org lain ikhlas memberi pandangan dan nasihat buat sy kiranya sy tersalah..kerana pada sy sebaik2 teman itu adalah yg sudi menegur kala saudaranya tersilap dan sebaik2 sahabat itu adalah mereka yg sudi menerima teguran jika dia tersalah..kesimpulannya adalah kita ni insan biasa yg tak lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan,asal seseorang tu ikhlas mencari petunjuk dari yg Esa insya’Allah masa demi masa kita akan dapat memperbaiki kekurangan diri..yg penting kita tak sombong dan berlagak dengan teguran insan lain sekalipun kedudukannya lebih rendah berbanding kita coz setiap manusia tu ada keistimewaannya yg tersendiri yg tidak dipunyai insan lain..
[Reply]
fulamak…time takbir tu rase bulu roma naik
[Reply]