Gelisah hati Khalifah Yazid ketika itu, semua ulama di Baghdad ditewaskan dalam perdebatan dengan utusan maharaja Rom. Buntu memikirkan maruah Islam yang bakal tercalar di mata dunia. Harapannya bersandar kepada Imam Hammad bin Abi Sulaiman Asyaari, semoga mengajar Dahri, utusan Maharaja Rom itu.
Kesanggupan Imam Hammad yang pada mulanya menolak untuk berdebat dengan Dahri merupakan berita gembira kepada Khalifah Yazid. Baginda juga menetapkan majlis debat itu diadakan di Masjid Baghdad supaya orang ramai dapat mengikutinya.
Imam Hammad pula berasa susah hati. Mulutnya tidak lekang daripada mengucapkan zikir sambil berdoa memohon petunjuk bagi menghadapi masalah yang melanda umat Islam ketika itu.
Keesokan harinya selepas solat Subuh, Imam Hammad bermuzakarah dengan anak-anak muridnya. Beliau melahirkan rasa dukacita kerana masih belum mendapat ilham menghadapi lelaki bernama Dahri itu.
“Malam tadi saya bermimpi berada di sebuah dusun buah-buahan yang begitu indah. Di sana saya melihat ada sepohon kayu rendang dan lebat buahnya. Tiba-tiba muncul seekor khinzir lalu memakan buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Bukan setakat buah,keseluruhan pokok itu musnah kecuali batangnya. Kemudian muncul seekor harimau lalu menerkam khinzir itu,” kata Imam Hammad sambil menyatakan rasa peliknya mengenai mimpi itu.
“Tuan, izinkan saya menafsirkan mimpi itu,” tiba-tiba seorang pemuda mencelah.
“Dipersilakan,” kata Imam Hammad.
“Menurut tafsiran saya, dusun yang luas dan indah itu adalah agama Islam itu sendiri. Pokok yang berbuah lebat itu adalah sekelian ulama pada hari ini. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal adalah diri tuan sendiri. Khinzir yang merosakkan pula adalah si Dahri. Harimau yang keluar membunuh khinzir itu adalah saya, maka izinkan saya untuk memadam kesombongan Dahri. InsyaAllah, saya dapat mengalahkannya,” sahut pemuda itu.
Imam Hammad gembira mendengar kata-kata anak muda yang paling disayanginya itu. Dia yakin dengan kemampuan anak muda tersebut. Maka dikhabarkanlah kepada Khalifah Yazid akan hal berkenaan.
Pada mulanya Khalifah Yazid ragu-ragu memandangkan umurnya yang masih muda. Tetapi Imam Hammad meyakinkan baginda bahawa beliau mempunyai ilmu yang tinggi. Akhirnya Khalifah Yazid bersetuju.
******************************
Hari yang ditetapkan telah tiba. Ramai orang berkumpul di masjid Baghdad demi menyaksikan perdebatan itu. Khalifah Yazid juga telah berada di sana dengan harapan Dahri tewas di tangan Imam muda dari Kufah.
Seperti majlis debat sebelumnya, Dahri bangun dan naik ke mimbar masjid kemudian dengan berucap dengan suara tinggi “Mereka menuduh aku tiada pegangan agama kerana tidak percaya wujudnya tuhan. Memang benar pernyataan itu. Kerana itu aku mencabar para ulama untuk berdebat dengan aku, Dahri yang bijaksana.
Maka pemuda itu bangun lalu berkata “Wahai lelaki yang sombong, orang yang tahu jawapannya pasti dapat menjawab persoalan kamu.”
Suara itu mengejutkan Dahri dan orang ramai yang berada di sana. Matanya memandang tajam ke arah anak muda tersebut.
“Anak muda yang masih hingusan, jangan masuk campur urusan orang-orang tua. Telah 40 orang ulama aku tewaskan, dan aku akan cabar semua ulama agar tunduk denganku,” tempelak Dahri sambil bercekak pinggang.
“Wahai Dahri yang sombong dan tidak percaya tuhan, dengan izin Allah, saya akan menjawab segala persoalan kamu!” kata pemuda tersebut.
“Siapa kamu? Sedangkan ulama-ulama berserban besar, berjubah labuh sudah aku kalahkan, inikan pula pemuda hingusan!” lantang Dahri membidas anak muda tersebut.
“Wahai Dahri anak didik Maharaja Rom, bukankah Maharaja Rom sendiri mempercayai tuhan? Untuk apa dia menghantar kamu ke mari?” soal pemuda tersebut pula.
Aku diperintahkan bagi mencabar ulama-ulama Islam supaya berdebat dengan aku. Selepas semua ulama aku tewaskan, baru aku pulang. Maharaja Rom akan meraikan kejayaan itu dengan memakaikan mahkota di atas kepalaku,” jawab Dahri.
“Sekiranya kamu kalah, apa hukumannya?” tanya pemuda itu lagi.
“Aku tidak akan kalah kerana tiada satu pun manusia di muka bumi ini akan dapat menjawab soalanku itu,” balas Dahri dengan angkuh.
“Pada hari ini, kamu akan saya kalahkan. Kamu akan menjadi hina dina sekembalinya kamu nanti,” kata pemuda tersebut.
“Siapa nama kamu wahai anak muda?” Soal Dahri.
“Nama sebenar saya Nukman, dan saya akan berdebat dengan kamu hari ini sambil orang ramai termasuk Khalifah akan menyaksikannya,” jawab pemuda tersebut.
“Huh, janganlah kamu bermimpi mengalahkanku. Sedangkan mereka yang berserban malah berjubah pun telah ku kalahkan,” kata Dahri dengan bongkaknya.
“Ketahuilah Dahri, Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban dan jubah labuh, tetapi Dia mengurniakan kemuliaan kepada orang yang bertakwa,” kata pemuda itu sambil membacakan ayat ke 11 surah al-Mujaadalah yang bermaksud “Allah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu dengan beberapa darjat.”
Dahri segera menutup telinga kerana tidak suka mendengar ayat-ayat suci al-Quran dibacakan.
“Anak muda yang petah bercakap, kamu membuat aku marah dan memaksa aku menyahut cabaran kamu. Sekiranya kamu kalah, mahukah kamu menjadi khadam aku?” tanya Dahri dengan marah.
“Saya tidak mahu bertaruh kerana agama saya tidak membenarkannya. Tetapi sekiranya kamu kalah, mahukah kamu berjanji pulang ke negeri Rom dan jangan menjejakkan kaki kamu ke sini lagi?” jawab pemuda itu.
“Aku setuju dengan permintaan kamu itu. Aku juga akan meminta persetujuan khalifah, sekiranya kamu kalah, kamu akan menjadi khadam aku,” balas Dahri, dan debat pun bermula antara mereka.
“Soalanku yang pertama, benarkah Allah itu wujud?” soal Dahri memulakan majlis dialog itu.
“Sesungguhnya, Allah itu wujud,” tegas pemuda itu.
“Sekiranya benar, bila dia dilahirkan?” soal Dahri sambil tersenyum, soalan itu yang membuatkan ramai ulama terkelu lidah.
“Allah tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan. Dia yang pertama, dan Dia juga yang terakhir, tidak ada sesuatu sebelumnya mahupun selepasnya,” jawab pemuda itu.
Mustahil tiada yang mendahului, dan kemudian darinya. Buktikan dengan contoh kepadaku,” balas Dahri.
Imam muda itu menunjukkan lima jari tapak tangannya lalu berkata “Cuba kamu lihat ibu jari ini, adakah jari sebelumnya? Cuba lihat pula jari kelingking ini, adakah jari selepasnya? Sekiranya jari tuhan boleh buat begitu, apatah lagi diriNya.”
Sekiranya begitu, pada tahun berapakah tuhan lahir?” soal Dahri lagi.
“Sama seperti yang ku rungkaikan tadi. Sebelum masa dan tarikh dicipta, Allah terlebih dahulu wujud. Kewujudannya tidak terikat oleh masa dan tarikh,” jawab pemuda tersebut.
“Berikan buktinya,” pinta Dahri.
“Adakah kamu tahu ilmu mengira?” tanya Imam muda tersebut.
“Sejak kecil aku sudah mengenal angkan,” jawab Dahri/
“Apakah angka sebelum satu?”
“Kosong atau tiada..”
“Sekiranya angka satu itu tiada sebelumnya, mengapa kamu hairan Allah yang Maha Satu itu tidak ada yang mendahuluinya?”
Dahri terkesima kerana anak muda yang dianggap hingusan itu mudah mematahkan hujahnya. Namun, dia tidak mahu mengaku kalah lalu terus bertanya, “Sekiranya Allah itu wujud kata kamu, dimanakah tuhan itu berada kerana setiap yang wujud pasti ada tempatnya?”
“Maha suci Allah yang tetap wujud tetapi tidak mempunyai tempat!” Jelas pemuda itu.
“Bukankah setiap yang wujud pasti ada tempatnya? Lihat pohon kayu itu tempatnya di atas tanah. Manusia wujud di muka bumi. Ikan itu wujud tempatnya di dalam air. Setiap yang wujud pasti ada tempatnya,” bantah Dahri sambil tersenyum sinis.
*******************************
Kalau anda yang disoalkan, apa jawapan anda? Mesti banyak jawapan kan? Siapakah pemuda tersebut? Kita tengok nanti part 2. Panjang sangat, terpaksa buat part. Tapi kita main teka-teki dulu, manatahu kamu semua ada pendapat tersendiri, hehe.
SCemanoti : Sekarang isu artis mencarut blogger. Sudah namanya artis, tak perlu disanjung, tak perlu diangkat.
Update : Part 2
Comments
Powered by Facebook Comments


tatau la jawapannya.. alaaaa.. bila nk smbung ni?? best la cite ni.. huhu~ menyesal plak suruh wat part2.. T_T
keen~ recently posted..- adinda Evans tu lebih baik dari kita la -
[Reply]
aretikz Reply:
June 4th, 2011 at 11:16 pm
Ahakz.. tu la.. tau teruja.. haha..
[Reply]
Allah Maha Esa..
pasal artis tu, hahahhaha diorang bukan sapa2 pun, artis tu just pekerjaan je.. untung2 masuk TV.. cuba kasi engineer kerja sambil masuk TV gerenti terFAMOUS
ainzulaikha recently posted..Sergeant Keroro tanya apa hobi anda
[Reply]
aretikz Reply:
June 4th, 2011 at 11:16 pm
Yup ^_^
asal masuk tv kan.. hehe..
[Reply]
salam
jom join
http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2011/05/pra-bpm-2011.html
[Reply]
aretikz Reply:
June 4th, 2011 at 11:18 pm
InsyaAllah ^_^
[Reply]
cerita ni best! kongsi.. kongsi..
tggu part 2. hehe
ASaDa RyutaRo recently posted..Tips Berjimat Cermat Untuk Si Boros
[Reply]
aretikz Reply:
June 4th, 2011 at 11:19 pm
Boleh saja dikongsi ^_^
[Reply]
best cerita ni..tp bgs jgk buat part 2 bg unsur suspen…1lg pnjg sgt kl nk abiskan dlm 1 entry je…agak2 pe jwpnnya ek?
psst psl yg atik tnye kt ym tue nanti ciktom reply ek..sori bz..huk3…
cik tom recently posted..Happy Birthday Kak Diana Senyum-Senyum -
[Reply]
aretikz Reply:
June 4th, 2011 at 11:21 pm
memg.. kalau direct trus.. berpinar biji mata nak baca.. hehe.. tgk jwapan kat part 2.. hehe..
[Reply]
bagus kisah ini. gua membayangkan sekiranya umat islam tika ini berfikiran dan bersemangat seperti zaman yg lampau. tapi syg ia cuma bayangan. bayangan yg masih samar tika ini. harap satu masa kelak kita kembalikan zaman yg lampau itu. insyaalah.
gua syak,imam abu hanifah. sebab form 5 dulu gua duduk kelas bijak yg guna nama 5 hanafi. kehkehkeh!
PecahKata recently posted..Yakuza yang tersingkir
[Reply]
aretikz Reply:
June 4th, 2011 at 11:22 pm
InsyaAllah, masa tu pasti ada zaman kegemilangan Islam.. tp memg dah nak dkt kiamat la.. hehe..
memg gua syak, lu dpt jwab.. haha..
[Reply]
best best. cepat sambung! huhu
cik azeya recently posted..Penagihan aku dan 700 penduduk bulan
[Reply]
aretikz Reply:
June 4th, 2011 at 11:25 pm
hehe.. sabar2..
[Reply]
jawapan yang bagus! bleh belajar utk terangkan kat orang nanti…
sambung3!
RedVixen recently posted..Fauziah Ahmad Daud dan Mak aku
[Reply]
aretikz Reply:
June 4th, 2011 at 11:26 pm
yup.. ambil sbgai ilmu ^_^
[Reply]
adeh….bergurau pulak….baru nak feeling..sambung part 2 pulak….haisssssh!
[Reply]
aretikz Reply:
June 4th, 2011 at 11:27 pm
ahakz.. sngja potong stim.. hehe..
[Reply]
dpt menambahkan ilmu buat hamba yg daif ini…
[Reply]
aretikz Reply:
June 4th, 2011 at 11:28 pm
Alhamdulillah kalau ilmu yang didapati ^_^
[Reply]
alaa..khusyu sda mmbaca..rupanya b’part..
ipa recently posted..Rejab! Puasa!
[Reply]
aretikz Reply:
June 4th, 2011 at 11:29 pm
nanti memanjang.. matamu yg menjuling.. ahakz..
[Reply]
alhamdulilah..best
husna recently posted..cikgu husna -
[Reply]
aretikz Reply:
June 5th, 2011 at 12:38 pm
Olahan dari sebuah buku sebnarnya.. ^_^
[Reply]
soalan2 pelik dijawab dgn bijak.. nice2..
[Reply]
klau soalan tu yg ditujukan ke saye , pasti tidak dapat menjawab .. Allah itu Maha Agung (T__T)
deeya recently posted..Sang Comel Punye Selipar Baru
[Reply]
Ar Rayah World News
http://www.arrayah.info/
Berita Terkini Kebangkitan Negara Islam Global – Khilafah Islamiyah
[Reply]
Pingback: Kerana Epal Mendapat Jodoh | SeGaLa CeRiTeRa