Tipikal Blogger – Hot And Spicy

Panas, panas, panas, dunia blog makin panas sejak dua menjak ni. Belum lagi tiga menjak mahupun empat menjak. Nasib bukan istinjak. Banyak isu hot yang timbul. Tipikal blogger, memang suka benda yang hot.

Kalau isu tu tidak hot, susah orang nak tertarik dengan post kita. Contoh, google cerita Gambit, berlambak orang jadikan bahan cerita. Cuba pula google tentang muamalat, kebanyakkan golongan ustaz-ustazah sahaja yang tulis benda ni.

Hot bagi aku ada dua jenis :

Hot Isu : Apa-apa sahaja isu semasa, macam cerita tentang bola, artis, kejadian gempar dan lain-lain. Yang ni kebanyakkan blogger gaya penyampaian lebih kurang, melainkan mereka-mereka yang kreatif.

Hot Blogger : Blogger hot? Adakah seperti Jejaka Terhangat? Oh tidak! Ini mengenai dunia blogger, samada blogger tu timbulkan kontrolbesi diri sendiri, mahupun sesama blogger. Dan selalunya mereka yang timbulkan kontrolbesi, ada kaitan dengan Hot Isu.

Aku tak kisah cerita-cerita isu semasa ni. Tapi yang ada ku kesah, cerita hot blogger. Aku ambil satu cerita, cerita tentang “Dinda, dimanakah kau berada, bimbang aku ingin jumpaaaa,” ok, ternyanyi seketika.

Bila isu ni meletup, banyak yang buat benda hot ni jadi spicy. Salah satu lagi tipikal blogger, kuat mencarut. Segala macam perkataan keluar tanpa bertapis. Bak kata Gambit, Middle Zingerlah! Eh? Zinger?

Ada yang berlagak hero zero dengan mengeluarkan dalil macam-macam. Betapa indahnya ayat-ayat al-Quran, betapa manisnya kata-kata nabi tuturkan, tapi dicampur dengan ayat Middle Zinger. Sedarkah kita dengan hal sedemikian rupa?

Aku ambil impak lain tentang hot blogger. Bila cerita si X-Men ni keluar, maka coretan Middle Zinger pun keluar. Mereka-mereka yang suka berbicara tentang tuhan, pun terpengaruh dengan budaya Middle Zinger ni. Kemudian berpuak-puaklah blogger sebegini rupa.

Satu yang tak suka X-Men mula buat post Middle Zinger habis, Yang satu buat Middle Zinger sambil selit dalil-dalil, satu yang bagi teguran baik punya, satu yang sokong X-Men ni, dan korang kategori mana?

Belum kes blogger bergaduh sesama blogger, kaw team lagi banyak Middle Zinger. Teruknya, keh keh keh.

Tapi, memang hot betul blogger sesama blogger buat kontrolbesi. Semua pakat sokong blogger yang mereka suka. Maka tersebarlah semua pergaduhan itu, dan syaitan pun bersorak riang, sebab ada lagi Middle Zinger.

Maka mereka yang neutral ini akan buat post neutral, bagi meredakan keadaan. Tapi yang neutral biarpun mereka yang baik (selagi tiada Middle Zinger), merekalah juga yang tenggelam dalam kemelut melanda.

Point yang simple

Ini bukan nak cerita tentang hot topik, atau mengspicykan lagi keadaan. Yang ditekankan cukup mudah, janganlah buat post-post Middle Zinger ni. Kalau aku, aku nampak begitu, lagi-lagi lantang berkata bab agama, aku dah tak respek orang yang sedemikian rupa.

Ayat al-Quran indah, pertuturan baginda Nabi manis, tapi kita menambah benda tak elok, biarpun hanya satu post, cukup membuat satu blog dipandang buruk. Kata-kata mencerminkan peribadi, nak buat post, biarlah berbudi.

Banyak lagi yang boleh dikatakan tentang Hot and Spicy ni, macam menyebarkan aib, tapi semua berbalik kepada kata-kata, biarpun ada mengumpat diharuskan, tetapi kalau kata-kata tak indah, maka itu hanyalah mengikut nafsu semata-mata.

Ahh ~ aku buat post ni, aku rasa lapar terkenangkan Zinger, waaaahhh~

 

SCemanoti : Neraka itu sejuk, Syurga itu panas, bagi mereka-mereka yang mencintai dunia.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Saksi, Bangkai, Rahmat Dan Pahala Kahwin
  • Anna Birthday GA
  • Yang Terbaik Vs Yang Terburuk – Piala Dunia 2010
  • Segmen Entry Terbaik
  • Blog Review – 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Blogging and tagged , , . Bookmark the permalink.

27 Responses to Tipikal Blogger – Hot And Spicy

  1. nieza says:

    lapar..lapar..lapar
    heh..nasib aku skadar baca & smpan. Kalau mau luah pn sma org2 skitar seja. tp klau dirumah ni tiada siapa la yg kenal gambit atau dunia bloging ni. Dan adalah lebih baik aku diamkan saja. Mau menulis pn macam buang masa. Sebab sudah bnyk penulis bebas diluar sana. hohoho
    nieza recently posted..Tolong Jawab Soalan Sukar Ini Terima Kasih -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. baca dan simpan yek? Ngam.. keh keh keh..

    [Reply]

  2. keen~ says:

    keen ke tu?? huhu~ *muhasabah* T_T
    keen~ recently posted..- mengumpat pon ada yang harus gak ye bukan HARAMMMMMM je -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    =.=” Apasal pula Keen?

    [Reply]

  3. husna says:

    heheh..terasa jugak..
    kdg2 agak sakarstik dlm meyampaikan isi.
    nthlah.tq, entry ini mendidik jiwa
    husna recently posted..kenapa aku kenapa harus aku alami semua ini -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Lebih fokus kepada mencarut ^_^ hehe..

    [Reply]

  4. tukang karut says:

    nasib baik aku tak hot…
    tukang karut recently posted..Berkerut Memerut

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? hehe.. kita just cool bro.. ahakz..

    [Reply]

  5. Princess says:

    muhasabah di tengah2 malam…thanks sebab mengingatkan…sgt terkesan dgn kata2 “Neraka itu sejuk, Syurga itu panas, bagi mereka-mereka yang mencintai dunia”

    marilah kita berpesan2 kepada kebaikan..;)
    Princess recently posted..Kelebihan Surah Al-Baqarah

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Smoga mendapat manfaatnya.. ^_^

    Yup.. berpesan2 kepada kebaikan.. ^_^

    [Reply]

  6. achik ezam says:

    tulis belog dari hati.

    bukan sebab ada niat tersembunyi.

    inshaallah tak terlibat dengan itu ini.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. ikhlas itu penting.. ^_^

    [Reply]

  7. haha..middle zinger ek? sume salah faham dgn apa yg si gambit kata. tak baek btol. ngehh..

    btol gak aretikz kata. sbb satu post yg rosak. abis jadi busuk seluruh blog. sbb tu dlm setiap post kita, kena hati2 dlm pemilihan ayat dah perkataan kan. nice thought..=)
    Jejaka Terhangat recently posted..Tips Blogging- Apa Yang Orang Nak Baca Kat Blog Kita Sebenarnya

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Bersangka baik ho? haha..

    Yup.. pemilihan kata dan ayat amat penting.. kalau tak.. org 1st time dtg, dah xberkenan.. hehe..

    [Reply]

  8. ZRn says:

    subhanAllah indah… Saya terasa… Terima kasih atas tegurannya… Semoga tergolong dalam golongan orang-orang beruntung…

    “Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang² yang beriman & mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran & saling menasihati untuk kesabaran” [Al-'Asr: 1-3]
    ZRn recently posted..Sama tapi Beda

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Bersama2 dlm berpesan2 kan.. slagi termampu utk dikongsikan.. ^_^

    [Reply]

  9. tqa says:

    me likey! :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx tqa ^_^

    [Reply]

  10. glup… trasa jugak ni.. heheh..
    wlaupun aku x mencarut, tp kdg2 aku agak kasar n bg ayat mkn dalam.. heheh.. adesss..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Hehe.. its ok bro.. apapapun.. lebih kpd mncarut sbnarnya yg ditekankan.. hehe..

    [Reply]

  11. sedapnye zinger burger….. (komen pun nak neutral ni… :D)
    sunah suka sakura recently posted..Wordless Wednesday 2

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Memang sedap :D (ini pun reply yg neutral.. ahakz..)

    [Reply]

  12. Fadzmie says:

    Entri yang menarik untuk muhasabahkan diri. Thanks Bro! :)

    wordless wednesday #2

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Slagi boleh berkongsi ^_^

    [Reply]

  13. qasehraihan says:

    mmang benar tu..kena ati2 dalam setiap apa yg kita taip utk elakkan rosak sume entry yg lain..huk

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. kalau dah orang tak suka.. nanti tak dtg lagi.. huhu..

    [Reply]

  14. nurheart says:

    gud one :)

    baca entri ni buat saye tersenyum mengenangkan blog2 yg penah saye singgah, maybe they think being outspoken (errr.. outwritten???) is cool hehee.. laga sana, sini, sinun haihhhh~

    peaceeee~ 8) nurheart recently posted..so far yet so close..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: