Alkisah Si Tukang Urut

Waktu menunjukkan jam 12 lebih. Malam masih muda di sekitar bandar Kota Kinabalu. Lelah aku dengan kawanku berjalan ke sana ke mari tanpa arah tujuan. Nak tidur, mata masih belum menunjukkan tanda mengantuk, sebab melantak tidur dalam kereta sepanjang perjalanan ke Kota Kinabalu.

Alkisahnya bandar, malam memang banyak sisi gelapnya. Pelbagai gelagat mereka yang menggadai body mencari pasangan. Belum lagi couple-couple bertenggek melayan asmara cinta. Kami hanya berjalan mencari sisi pengalaman, dan saat itu tercium bauan tersangat wangi menusuk hidung.

“Hai abang, boleh teman? Nak kemana tu?”

Gulp, cepat-cepat kami beredar. Seksi bukan main, ingat tergoda? Cewah, seolah-olah lelaki kuat iman lah ni. Memang kuat iman, sebab yang tegur tu mak nyah, keh keh keh.

Berhenti di satu tempat, kelihatan tukang urut jalanan mencari rezeki. Jangan disalahtafsir tukang urut yang buat double work, yang ini memang khas untuk mengurut. Kalau double work, selalunya memang pusat-pusat tertentu,

“Nak urut kaki bang? Penat berjalan mesti nak minta urut kan?”

Sapaan itu, manis bicara. Berkerut dahi kami, seraya menggelengkan kepala. Abang? Ish, makcik tu dah nyanyuk kah?

Niat di hati memang mahu berurut. Kawan aku pula serender, tak tahan geli. Aku melilau melihat kebanyakkan tukang urut di sana. Aku lantas pergi ke tempat seorang lelakiĀ  30-an untuk dijadikan mangsa mengurut kaki. Kepada makcik tadi, maaflah, bukan muhrim, kalau dah kahwin nanti saya bawa bini berurut juga yek?

“Pergh, dik, kalau berurut di kaki lepas berjalan, memang sedap. Tapi saya cakap sahaja pun tiada guna, mahu rasa sendiri baru tahu,” ayat dari si tukang urut. Memancing minat aku, ya, aku memang 1st time berurut, hehe.

“Dah lama kerja urut ni bang?” aku ajak dia bersembang.

“7 tahun dik, sebelum ni kat kampung jak,” jawabnya sambil tersenyum.

Banyak topik kami bualkan, tapi lebih kepada peribadi masing-masing. Kerja kat mana, asal mana, itu ini, kira sesi taaruf lah, atau ice breaking bak kata orang hensem.

“Ada jumpa pelanggan yang pelik-pelik tak?’ pancingan soalan, mahu juga tahu apa pengalaman jumpa orang pelik-pelik.

“Tiada jugalah, selalunya pelanggan mabuk, tapi tiada juga buat hal. Kalau yang teruk, memang ada. Dia raba-raba, sambil pegang ehem-ehem,” jawabnya bersahaja.

“Ha? Perempuan yang pegang? Fuh, ganas juga ya,” seram aku dengar, tapi syaitan bisik “wah, best, best.”

“Bukan, lelaki yang pegang,” Erk? Yang ni, kalau syaitan cakap best pun, aku suruh syaitan jantan yang test, aku sudah awal-awal lari.

“Ish, abang tak tegur? Takkan sampai macam tu, punya teruk,” kataku pula.

“Sudah berulang kali ditegur, nasib pelanggan, bersabarlah untuk rezeki, setakat larikan tangannya jak lah, tapi masih degil,” jawabnya.

Kagum aku dengan abang ni. Kalau aku, peduli apa pelanggan, konfom darah jantan aku ni keluar. Siap boleh buat derma darah lagi.

“Biasalah tu bang, orang ditegur ni, ada yang dengar, ada yang tidak,” kataku sambil mengeluh. Memang masyarakat sekarang, pantang ditegur.

“Tidak apa, kita sudah melaksanakan kewajipan kita untuk menegur, kalau mereka tidak dengar, itu urusan mereka dengan-Nya,” katanya sambil tersenyum.

“Betul tu, kadang-kadang si penegur ni pun satu hal, bila teguran dia tidak diterima, mula melenting. Cakap orang ahli neraka, lepas tu buruk-burukkan orang yang ditegur. Beruntungnya si ditegur, pahala free kena bagi. Kalau habis sudah pahala orang mengumpat tu, dosa si ditegur pula yang diambil oleh pengumpat tersebut,” ulas aku panjang lebar.

“Mereka tak sedar, hidayah tu milik Allah, bukannya manusia yang bagi. Kira kita menegur pun sudah cukup elok, dapat pahala, tapi di sia-siakan diberi kepada orang yang ditegur hanya kerana kita mengumpat,” kata dia pula.

Aku mengangguk tanda setuju. Tipikal masyarakat kini. Satu pantang ditegur, satu lagi pantang teguran tak diterima.

“Itulah, dalam al-quran sendiri sebut, dalam surah al-asr’, berpesan-pesanlah kamu dalam kesabaran,” pergh ~ aku bagi dalil? oh my, kah kah kah.

“Ya, mereka tidak sedar, terang-terang telah dikatakan dalam firman Allah itu yang bermaksud : berpesan-pesanlah kamu dalam kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran,” Erk? Advance lagi dia dari aku.

“Hakikatnya bukan tak sedar, tapi tak tahu, baca al-Quran tak melihat makna, silap-silap, al-Quran dilupakan,” aku seram juga, sebab aku pun baru menginjak mahu membaca makna ni, hehe.

“Lagipun kita menegur ni bukan setakat untuk mereka, tetapi peringatan untuk kita juga. Supaya sentiasa ingat apa yang dikatakan,” sambungku.

“Saya pun bukanlah baik sangat bang, saya sedar banyak benda yang saya perlu perbaiki. Dengan izin-Nya, saya sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik,” entah kenapa aku emosi tiba-tiba. Macam lain rasa dalam hati.

“InsyaAllah boleh tu, yang penting, kita sentiasa berkata benda baik, kita sampaikan ilmu yang ada, kerana itu boleh menjadi peringatan buat kita,” dia cuba menenangkan perasaan aku. Terharu rasanya.

“Yang penting kita berkata sedemikian bukanĀ  berniat untuk menunjuk, sebab kita tak akan dapat apa-apa darinya kalau kita berbangga dengan ilmu yang ada. Ingatlah, berpesan benda baik ni merupakan saham yang tidak pernah merugikan, malah menguntungkan,” ulasnya dengan panjang lebar.

“Bayangkan kalau apa yang kita sampaikan, kemudian orang mendapatnya itu menyampaikan lagi kepada orang lain, dan begitu seterusnya. Betapa besar saham yang kita dapat,” sambungnya lagi.

Ya, aku setuju katanya. Menyampaikan benda baik ni lagi besar sahamnya dari ikut MLM tu. Aku bersyukur menulis dalam blog, apa yang disampaikan, harap-harap mendapat manfaat kepada orang lain.

Sebab tu aku tidak kisah bila mana artikel dalam blog ini di copy tanpa memberi kredit. Contohnya seperti kisah cinta Saidina Ali dan Fatimah, tersenyum aku membaca bila artikel tu ada di blog lain. Biarpun aku tulis tu pun berdasarkan sumber internet, tapi ada juga pengolahan ayat secara sendiri. Kadang-kadang aku tergelak juga bila ada yang terharu dengan quote dalam tu, bukan apa, macam jiwang sangat, aku baca pun rasa lain, hehe.

Mungkin ada juga bahana kalau tak bagi kredit kepada empunya blog, seperti yang aku terangkan dalam artikel Coffee or Tea. Tapi cuma kecil, tak menutupi ganjaran yang besar.

Janganlah pula risau jika artikel anda tiada siapa nak kongsikan, sebab ilmu bukan terhad dengan copy paste. Kalau ada yang mendapat idea berdasarkan artikel kita, dan menulisnya, kita pun dapat sebahagian saham di situ.

Namun, jangan keghairahan kita menulis, menyebarkan saham riba, itu faham-faham sendirilah. Sama konsep juga macam penyebaran ilmu ni.

“Ada benda yang difikirkan?” tegurannya mematikan lamunanku.

Aku cuma mampu tersenyum.

******************************

Memang tiada ruginya aku berbicara dengan si tukang urut itu. Betapa banyak ilmu yang aku dapat, dengan hanya aku perlu membuka mulut. Bukan apa, aku ni kan pendiam, hehe. Tapi banyak cakap kalau dah biasa dengan orang tu.

Huh, banyak yang perlu dibaiki diri ini, dan semoga kamu semua mendapat rahmat dariNya juga. Terngiang-ngiang sms yang diberi olehnya, cukup meninggalkan kesan kepadaku jua.

“Ucapkanlah “Lailahaillallah” seberapa banyak sebelum anda tidak dapat menyebutnya lagi”

 

SCemanoti : Apa rasa berurut? Trylah sendiri, kalau sekadar cakap mana boleh rasa, keh keh keh.

Ini juga ceriteranya

  • Coffee Or Tea? Orange Juice, Please..Coffee Or Tea? Orange Juice, Please.. "Tuan-tuan dan puan-puan, sila beri perhatian kepada taklimat keselamatan yang akan ditunjukkan sebentar lagi. Prosedur keselamatan di pesawat ini mungkin berbeza dari pesawat lain yang pernah an...
  • Mencari Cinta Di NagoyaMencari Cinta Di Nagoya "Selamat datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu", umum pramugari bertugas, menandakan kepulanganku di tanah air setelah sekian lama menimba ilmu di bumi Tokyo. Uwahh, lain sungguh ...
  • Wanita Yang Menjaga Keberkatan RezekiWanita Yang Menjaga Keberkatan Rezeki Selepas Asar, Imam Hanbali menasihati orang ramai di dalam masjid. Saat itu perbualannya terhenti seketika apabila seorang perempuan muda masuk ke dalam masjid menemui Imam Hanbali. "Wahai Imam Ha...
  • Tips Mengurat Gadis Cara Aku Episod 1Tips Mengurat Gadis Cara Aku Episod 1 Aku sebenarnya tak pernah dedahkan cerita ini, tapi memandangkan aku sudah cakap dalam entri sal jodoh dari langit tu, seharusnya dilangsaikan dengan segera. Macam lain juga ayat awek dari jauh, ha...
  • Kita Semakin MudaKita Semakin Muda Jam 7.30 malam hari Selasa ini, Juara Imam Muda sudah ada rancangan baru, Soal Asyraf. Pergh, episod 1st bicara dakwah dalam laman sosial. Tapi cerita Imam Muda ni tiada kaitan tajuk entri di ata...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. mengurut! geli!!!!

    betol2…tegurlah selagi mampu, takpe lah, kalo yg ditegur tu melenting nk buat camner, angap je tu ujian, tak pun wt reminder pd diri sendiri, mgkin khilaf kita tegur mgkin xbape nak berhemah…
    husna recently posted..buat suami terchenta

  2. huhuhu..penat2 kalau dapat urut memang best..^_^

    Entri terkini : MINI GATH GENG JOHOR BLOGGER

    Watch my video song!!
    topan recently posted..Mini gath Geng Johor Bloggerkompom berat entri ni

  3. Gulp. Shag tergolong gak dalam group yang kadang2 susah nak terima teguran :P

  4. hm rajin jugak aretikz bercakap-cakap dengan tukang urut tu ye? maaf laah yana lama x bukak blog sbb ada masalah sikit.

    urut best! tapi tak pernah lg la urut dgn orang lain. hari tu cakap sakit bahu pun ayah yg tolong urutkan. hehe.

    betul ke orang yang KIDAL pandai mengurut? boleh jawab persoalan ni tak?
    Yana recently posted..Timed FULL that day

    • tetiba rsa nak brcerita.. boleh msuk dlm idea pnulisan.. hehe..

      errr.. itu amat kurg dipastikan.. hehe.. mo wat research tu.. hehe..

      • hahaha.. yang pasti isi rumah ni memang suka sangat kalau nak suruh yana mengurut dorang bila balik cuti dari universiti. haduuui.

  5. hoho… ni mesti urut dekat plaza warisan ni… aku pun selalu gak urut kaki kat sana lepas penat buat kerja…
    Tukang Karut recently posted..Sejuk Mata

  6. mencari ilmu dimana-mana sahaja, tak kira tempat, masa dan juga siapa pemberinya… :)

  7. Aku tak tahan bab mengurut ,memang serender cam kawan bro tu,best juga kalu letih ad yang tolong urutkan
    Andy recently posted..Four Thing To Remember When Making Simple Resume

  8. SubhanAllah indah…

    Kadang Si Tukang urut yang masyarakat pandang rendah ni lebih tinggi imannya, takutnya kepada Sang Pencipta…. Aku kagum padanya… Simpan kenanganmu bersamanya, aku faham sangat perasaan tu… Indah….

    Seandainya ditakdirkan bertemu lagi dengannya, sampaikan salamku buatnya ya…
    ZRn recently posted..Teknologi Terbaru Bloggercom – Paparan Template Dinamik

    • Manusia, bukan pangkat mahupun harta membezakan sesama kita, tetapi iman dan takwa yg mngangkat darjat kita.. apatah lg ilmu.. ^_^

      InsyaAllah, jika tiada halangan.. ^_^

  9. naik bulu roma baca entry ni….
    ainzulaikha recently posted..Barang terpenting dekat hostel- saya tahu korang pun ada kan

  10. kalau ade keberanian utk menegur lagi , sye akan tegur .. sebab tak seuma orang boley terima teguran kita kan =)

    waaah ! berurut sangat2 lah besar nikmatnya .. syiooook maaa … hahaha !
    deeya recently posted..Jangan Kau Nak Menyesal

    • Berani tak cukup Deeya, kena fikir juga caranya.. bnyk cra utk mnegur sbnarnya.. trpulang pd kreativiti kita.. ^_^

      Syok? Xda feel pun? keh keh keh..

      • tapi biasenye kalau orang yang lebih muda dari saye atau sebaye , xde masalh untuk menegur .. tapi kalau orang yang lebih tua . hurm ~ (-.-”)

  11. bleh wat aduan sbb ganggunan seksual tu.. huhu~ =.=
    keen~ recently posted..- alien pon sambut birthday ke peliknya -

  12. kalau gua ada bini, kerja gua minta urut dan mengurut ja malam-malam. kehkehkeh.

    menyampaikan ilmu itu adalah sifat nabi. Ada pahala.

    Harap-harap sesiapa yang masuk blog gua pun dapat ilmu juga lah. Ilmu pendekar. hik hik hik.

    *KK tu kalau malam pehhh!! asia ct sampai kg.air tu bertebaran para setan. Setan pondan pun ada. Tapi gua takjub juga tengok pondan-pondan tu. Takjub tengok kulit diorang lebih halus dari pompuan.

    • Yezza.. gua pun sma.. kah kah kah..

      Yup, slagi boleh.. asal jgn tersalah ilmu.. hehe..

      Pergh ~ pendekar yg bagaimana itu? haha..

      *Bukan stakat halus, gua syak lg kiut dari awek2 jalanan tu.. cuma sora kalau dah berkata2.. errr..

  13. jambu ke abg tu smpai ada yg sggup nk pegang ehem2 dia? hehe.. sian dia kan.. punyalah nk cari rezeki…

    hhmm.. aku pun xkisah kalau org nk copy paste.. sbb aku pun ada copy paste.. dan aku byk rujuk dari plbagai blog.. yelah.. aku pun ilmu kurg.. sbb tu aku wat rujukan dan kongsi dlm blog.. utk manfaat org lain dan diri aku sindri.. x baik kedekut ilmu.. kan.. heheh..
    Solihin Zubir recently posted..10 Sebab Pekida Tak Perlu Saman Filem Kongsi dan KL Gangster!

    • Itu yg aku berfikir sgt.. aku rsa aku lg jambu.. kah kah kah..

      yup.. xbaik kedekut ilmu.. sbnarnya, apabila kita memberi, makin bnyak yg kita dpt.. tp bnyk yg orang xsedar hal ni.. ^_^

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: