Aku kagum dengan Saidina Ali r.a, anaknya Hassan dan Hussein, Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, serta para pejuang muslimin yang lain. Apa yang ku kagumi itu?
Kerana zaman kecil mereka merupakan zaman penting, dan mereka telah dididik dengan agama dengan sebaiknya, menjadi pejuang terulung dalam sejarah Islam.
Tapi kini? Kebanggaan ibu bapa adalah jika anak mereka popular, bakat mereka pada bidang menyanyi, bakat mereka pada bidang menari, bakat mereka pada bidang lakonan.
******************************
Di zaman Nabi Musa a.s ada seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda pun duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.
Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s dan hairanlah Nabi Musa akan tingkah laku pemuda itu, dia terus masuk ke dalam bilik kemudian membawa seekor babi betina keluar dari bilik itu, dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik sendiri di dalam hati baginda ”Apakah ertinya semua ini?”
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar semula dengan seekor babi jantan pula dan lebih besar sedikit dari yang tadi. dan diperlakukan seperti babi yang sebelumnya juga.
Selepas semua kerja selesai barulah ia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi ” Apakah agama tuan hamba?”. “Islam agamaku” jawab pemuda itu ringkas. ” Habis kenapa kamu membela babi?” tanya Nabi Musa a.s lagi.
Wahai tuan hamba kedua-dua babi yang aku dukung, dan aku mandikan itu tadi ialah ibu bapa kandungku, Oleh sebab mereka banyak melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka kepada rupa babi yang hodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tua ku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi”.
“Setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya, tambahnya lagi.”
Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dan hodoh dengan rupa babi pun dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami”.
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud ” Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami tukarkan ke dalam syurga”.
******************************
Berkat anak soleh, menyelamatkan kita di sana kelak. Berimpikanlah menginginkan untuk memperoleh anak yang soleh atau solehah. Biarpun belum berkahwin lagi. Semua bermula dari ibu bapa, hendak anak yang tom tom bak, atau pintar berbicara agama?
Oh, yang kita, jadilah anak soleh atau solehah, kalau benar kamu sayang dan cinta ibu bapa kamu.
SCemanoti : Advance pemikiran aku pula dalam post ni, anak? keh keh keh.
Comments
Powered by Facebook Comments

Lama nda dengar cerita ni.. Kalau dulu time budak² siuk ni dengar sirah Nabi…. Rinduuuuu…..
Ehehe, tv 1 RTM? Aku mau kasi masuk adik perempuanku lah.. Biar petah menyampaikan ilmu agama…
[Reply]
aretikz Reply:
June 13th, 2011 at 6:11 pm
Bestkan sirah? Tapi banyak yang tak suka blajar sirah.. ahakz..
Na, bukan ada ujibakat sudah ka tu? kc msuk la.. hehe..
[Reply]
kisah ni sgt la menyentuh hati…sgt2 tersentap, kadang2 ibu bapa yg baik rupa parasnya pun tertinggi suara inikan pula ibu bapa berwajah babi…
p/s: xjemu membaca sirah2 walaupun kadang2 dah tahu ceritanya kerana di dalamnya ada pengajaran
syukran.
Princess recently posted..AllahKau di mana
[Reply]
aretikz Reply:
June 13th, 2011 at 6:12 pm
yang penting, kita tahu tanggungjawab kita sbagai anak kan.. ^_^
p/s : sma sperti diri ini.. sal memang subjek favret tu.. hehe..
[Reply]
pernah dengar dan terbaca kisah ni. waktu baca tu rasa nak mengalir air mata sebab terlalu hebat kuasa Allah dan Dia berhak melakukan apa sahaja yang Dia mahu dengan hanya mengucapkan kun fa ya kun. maka jadilah ia.
sungguh berkuasa, agung.
benar-benar advanced pemikiranmu ini. haha. tak salah kalau berfikir utk kebaikan. lgipun merancang masa depan itu perlu. haha
Yana recently posted..Timed FULL that day
[Reply]
aretikz Reply:
June 13th, 2011 at 6:15 pm
Semua kehendak Allah kan? hehe..
Erk? Masa depan? Jeng3x~
[Reply]
Yana Reply:
June 13th, 2011 at 11:54 pm
main jeng3x~ pulakkk..
[Reply]
hehe..memang advance…bila lagi?hehe
menusukhati recently posted..Serupa Dengan Babi
[Reply]
aretikz Reply:
June 13th, 2011 at 6:18 pm
Uhuk2.. nikah pun belum, macam mana tu? haha..
[Reply]
dulu anak sggup jge mak ayah even berupakan babi,
sekarang rupa manusia pun ank2 xnak jage,
sanggup hantar rumah org tua ats alasan sibuk.
mak ayah boleh jaga anak2 10 org, tapi 1org pun xleh luangkan jge mak ayah bila mreka tua. Allahurabbi, jauhilah aku dari golongan seperti mereka yg lupa daratan.
what we did, we will get back. nak anak soleh, didik diri jadi soleh terlebih dahulu.
husna recently posted..alhamdulilah- ganu nelang lagi!
[Reply]
aretikz Reply:
June 13th, 2011 at 6:51 pm
Smoga kita tidak tergolongan dalam anak2 derhaka.. amin.. ^_^
[Reply]
Anak solehkah aku? …sering bermain diminda!Semoga menjadi anak soleh yg sering mendoakan kesejahteraan ibu-bapaku dunia n akhirat. Kini ibu kak tinggal dengan kak setelah bak (ayah) meninggal dunia baru-baru ni. Semoga diberi ketabahan menghadapi karenah ibu!
teratai recently posted..Tenggiri Goreng Berempah
[Reply]
aretikz Reply:
June 13th, 2011 at 6:54 pm
InsyaAllah kak.. kita berusaha mnjadi yg terbaik.. ^_^ sya doakan akak mndapat ketabahan yg dipinta.. amin.. ^_^
[Reply]
kannnnnnnnnnnnnnnnnnn..
dah triple wajibbbbbbbbbbbbbbb kawennnnnnnnnnnnnnn niiiiiiiiiiiii..
hek hek hek~ ^_^
[Reply]
aretikz Reply:
June 13th, 2011 at 6:55 pm
aaaaaaaaaaahhhhhhhhh…
lambat komen! ahakz..
[Reply]
keen~ Reply:
June 13th, 2011 at 10:28 pm
busy laaaa pak ustaz oiiiiiiiiii~ hek hek hek~ ^_^
[Reply]
seronok bace kisah2 nabi walaupun dah pernah dengar .. dulu time sekolah suke masuk pertandingan bercerita kisah2 nabi dari al-Qur’an . rinduu ! paling suke bile part kisah nabi luqman dngan nabi yusuf . waaah ! nanti mula lah berangan nak dapat anak yg ade sifat2 luqman & yusof . huhu ~
hurm ~ adik2 ku ! tak pernah tertinggal nak tngok sejak dari musim pertama lagi .. besh ! nanti ade anak , nak suh petah bercakap tentang agama lah . pastu baru jer blajar cakap , nak ajor dia ngaji .. hihikz ! best gak berfikiran advanced nie kan . hahaha ~
[Reply]