Suratan Takdir

Awal pagi bangun, mandi, pergi tamu (pasar mingguan), turun dari kereta, ada orang buat konsert pula dekat pasar. Artis mana buat konsert mini di pekan mini ni? Aku tak layan, sebab perut lebih diutamakan, baik cari makanan, kan?

(Cilok dari lifeisalong)

Tapi lagu tu menggetar jiwa rock yang pernah menyelit dalam hati aku. Lagu Suratan Takdir dari kumpulan Gersang. Itu yang bergema di telinga ketika itu.

Usahlah ku disalahkan
Terjadinya perpisahan ini
Itu suratan takdir

Tak terlintas di hati ini
Untuk aku jatuh cinta lagi
Tapi takdir yang menentukan

Pergh ~ Jiwang? Aku tiada awek nak cerita cinta orang yang jatuh cinta kat orang lain. Aku nak cerita suratan takdir tentang kematian, seram?

Aku pelik dengan keadaan sekarang, terutama media. Asal cerita tentang kematian, satu benda yang wajib di”highlight”kan, tanda-tanda pelik sebelum kematian.

“Sejak dua hari yang lalu, dia berubah menjadi pendiam, tak banyak cakap. Padahal, sebelum ni dia seorang periang. Tak sangka itu merupakan tanda dia akan pergi.”

“Sebelum ni dia banyak bercerita tentang kematian, dia selalu nasihatkan agar jangan tinggal solat, banyakkan membaca al-Quran. Selama ni tiada pula dia nak cakap macam tu. Rupanya tanda dia nak pergi.”

Tipikal masyarakat. Kenapa perlu ada dikaitkan mengenai perangai aneh mereka dengan kematian yang melanda? Sampai dikorek hingga sebulan dua. Oh ~ Secara amnya, cukup sadis.

Bagaimana mereka yang berubah yang masih sekarang masih lagi Alhamdulillah dipanjangkan umur?

Berikut ulasan Ustaz Zaharuddin mengenai perkara tersebut dalam halaman facebooknya :

Bila ada kematian, menjadi tabiat ramai mengingati perlakuan pelik si mati, kononnya sebagai tanda ajalnya, KETAHUILAH itu ada suatu khurafat & tiada kaitan perlakuan pelik itu dengan sampai ajalnya. Ditegah percayai kaitannya, jagalah iman & aqidah kalian.

Redhalah itu suratan takdir dari Allah. Itulah rahsia Allah menyembunyikan masa kematian. Tiada kaitan tanda-tanda pelik itu. Yang penting, adalah mendoakan kesejahteraan si mati, semoga beliau dikalangan orang-orang yang beriman, bukan mencari benda yang tak sepatutnya.

Yang penting, lagu Suratan Takdir tiada kaitan dengan aku. Kalau aku dah ada bini, tiadanya aku nak curang, cewah ~ statement naik saham ho? Keh keh keh.

 

SCemanoti : Raja segala kepastian : Mati


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Laman Web Untuk Mengetahui Tahap SEO Anda
  • Bintang Di Langit
  • Aku Blogger! So What???
  • Memilih Itu Perlu, Bukan Terlalu
  • Maaf, Blog Ini Terpaksa Ditutup

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Semasa and tagged , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to Suratan Takdir

  1. husna says:

    hehe…ilmu baru. baru tahu nih….

    perh,, GUA suka perenggan bawah sekali. hahaha. memang mengancam!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ilmu untuk dikongsikan.. hehe..

    pergh ~ gua mengancam? baru lu tahu? kah kah kah..

    [Reply]

  2. Cinoi says:

    Ohh maknanya perlakuan pelik yg kadang2 tu org ckp sebagai “buang tabiat” tu khurafat la tu kan kalau percaya itu tanda ajal?

    [Reply]

    aretikz Reply:

    khurafat jika dia mngaitkan tanda2 buang tebiat tu dengan ajal seseorang.. ^_^

    [Reply]

  3. ipa says:

    pergh! seram entry ko nih..apa2 pun ok jg..
    ilmu nih..

    kmpom pasnih saham ko naik..kalah imam muda..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Seram? Napa pula? ahakz..

    Yes! Naik!

    [Reply]

  4. Princess says:

    tu la pasal….xphm la…telinga berlipat ckp nk mati, adeh jenuh plak kita nk +ve kan dia…kang mati betul2 baru tau..hehe…

    apa yg penting sblum mati?

    AMALAN baik= sediakan byk2..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. kalau mngingati kan baik.. hehe..

    kalau wonderpets? Apa yang penting.. kerjasama.. ahakz..

    [Reply]

  5. keen~ says:

    owhhh~ camtu ea?? baru tau.. ingatkan dia berubah sbb dia rasa ajal dia dh dekat.. huhuuu~ T_T

    [Reply]

    aretikz Reply:

    erk? perubahan tu atas kehendak orang.. mungkin dia tahu juga ajalnya tiba.. tp.. apabila orang slalu mengaitkan kjadian pelik sbgai tnda2 kematian dia, xboleh sbnrnya.. sbab kita xtahu bila kita Innalillah.. hehe..

    [Reply]

  6. Shag Yahaya says:

    Lah yeke? Ingatkan betul. Hehe. Thank share ilmu baru ni ;)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Hehe.. harap dapat difahami.. ^_^

    [Reply]

  7. Yana says:

    orang sanggup mati kerana cinta. itu perkara paling stupido pernah dorang buat kot.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Kalau cinta yang baik xpa.. macam cinta kepada Allah.. kan? hehe..

    [Reply]

    Yana Reply:

    itu takpe.. hehe.

    [Reply]

  8. ZRn says:

    Good! Tapi ayat paling bawah tu.. Setia.. heh!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Oh well.. ahakz..

    [Reply]

  9. deeya says:

    tapi mungkin perubahan aneh pada si mati tu cuma satu kebetulan .. arinie dia berperangai pelik , tau2 esok dah mati . kebanyakan memang itu yang terjadi . sebab tu masyrakat percaya .. setakat nie sye tak jumpe pun lagi .

    p/s : di akhir kata itu .. betol ke kande setia ?? berbunga2 lah hati dinda ini ^__^

    [Reply]

    aretikz Reply:

    smua tu adalah kehendaknya untuk berubah, kita tak tahu kan.. mgkin sbnarnya itu prkara biasa, tapi sesetengah msyarakat anggap luar biasa.. hehe..

    p/s : Tak percaye? kah kah kah..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: