Khas Buat Lelaki Yang Nak Jadi Suami

Asyik-asyik dera isteri, isteri buat itu salah, isteri buat begini tak betul. Marah bukan sebarang marah, suara nyata memekak telinga. Dah jemu lantas cari perempuan lain, kemudian perempuan lain itu pula menjadi mangsa lagi. Hati isteri remuk, jiwa isteri hancur, hanya kerana suami yang zalim!

Oh suami, bila banyak dipaparkan sebegini rupa, mula anak dara takut menerima teruna, kerana khuatir, hubungan itu berdasar nafsu semata. Maka, kebanyakkan wanita menyalahkan lelaki.

Persoalannya, salahkah lelaki? Atau wanita yang tak tahu menilai baik budi?

Bagaimanakah lelaki yang punya ciri-ciri yang diidamkan wanita bukan ajnabi?

 

Kerana Al-Amin, Khadijah terpikat

Sirah Rasulullah, bagaimana baginda digelar al-Amin. Kerana beliau diberi amanah oleh para pemuka Quraisy dalam isu meletakkan Hajar Aswad. Kenapa dia diberi amanah tersebut? Kerana Baginda nabi adalah seorang yang dipercayai akibat kejujurannya dalam menjalankan amanahnya.

Abu Lahab pernah cuba meminang Siti Khadijah melalui Abu Thalib. Namun, ditolaknya. Kerana apa? Abu Thalib berkata :

“Dalam pertemuanku itu, Khadijah mengatakan dia memerlukan seorang lelaki yang dapat dipercayai bagi menjalankan perniagaannya. Dia berpesan supaya mencarikannya seorang lelaki yang jujur dan dapat dipercayai. Ayah tidak nampak orang lain selain kamu, wahai Muhammad.”

Ciri-ciri orang yang dipercayai? Pastinya tutur kata yang baik, amanah, jujur serta tidak berbohong. Sukar? Wanita baik seperti Khadijah menyukai lelaki seperti ini.

 

Usaha dan Berani, akhirnya Fatimah dimiliki

Dua sahabat terkemuka telah cuba meminang Fatimah, namun pinangan mereka ditolak dengan baik oleh Rasulullah. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, siapa tidak kenal dengan tokoh Islam yang terkenal ini?

Yang akhirnya dapat? Tak lain tak bukan, Saidina Ali.

Apa yang dilakukan oleh Saidina Ali untuk mendapatkan Fatimah? Adakah beliau berdiam diri sahaja? Tidak, beliau berusaha untuk menikahi gadis yang dicintainya, bukan berpeluk tubuh dan berdoa semata-mata.

Gadis yang baik tak akan timbul dari langit, usaha perlu ada. Lelaki yang bersungguh-sungguh, InsyaAllah akan menjadi suami yang menjaga isterinya sebaiknya. Kerana usahanya berbaloi jua.

Apa dimaksudkan dengan berani? Saidina Ali sentiasa berdamping dengan bapa mertuanya (ketika itu belum lagi), dan akhirnya, beliau sendiri datang berjumpa baginda nabi. Sehingga ke alam perkahwinan, beliau masih lagi berhubung baik dengan bapa mertuanya.

Secara jujurnya, wanita selalu sahaja mudah mendampingi keluarga mentuanya. Berbanding lelaki, hanya berani ketika ingin mendapatkan wanita idamannya, tapi selepas menikah, lebih banyak ditumpukan keluarganya berbanding keluarga isterinya.

Sebab itu tidak hairan jika si isteri lebih rapat kepada keluarga mentua berbanding suaminya. Kerana suaminya sendiri mencipta jurang segan terhadap keluarga mentuanya. Bila bersama dengan keluarga isteri, mereka banyak berdiam diri, sebab tak beranilah tu.

 

Keikhlasan cinta Abu Salamah

Abu Salamah? Siapakah dia? Beliau merupakan saudara susuan kepada baginda Nabi. Telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan sepupu “Pedang Allah” Khalid al-Walid, yakni Hindun binti Abu Umayyah atau dikenali sebagai Ummu Salamah.

Ummu Salamah merupakan seorang wanita yang cantik, mulia, terhormat dan bijaksana. Cintanya kepada Abu Salamah terlalu besar, hinggakan cemburunya pun besar juga. Abu Salamah merupakan seorang pahlawan Islam yang terbilang, dan sentiasa dilanda kecederaan ketika berjuang. Dan Ummu Salamah menumpukan sepenuh perhatian merawat suaminya yang tercinta itu.

Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan. Abu Salamah pergi meninggalkan Ummu Salamah ketika luka lamanya semasa perperangan berdarah kembali. Saat-saat sebelum pemergian Abu Salamah, Ummu Salamah berkata :

“Kandaku sayang! Dinda mendengar bahawa jika seorang isteri ditinggal mati oleh suaminya, sementara suaminya itu menjadi penghuni syurga dan isterinya tidak menikah lagi, maka Allah mengumpul mereka kembali ke alam syurga. Maka berjanjilah wahai kekasihku, kanda tidak akan menikah lagi, seandainya dinda pergi dulu. Dinda juga akan berjanji akan tidak menikah lagi andai kanda pergi dulu.

Abu Salamah memang mencintai isterinya, tapi dia sedar, wanita solehah, secantik dan sebijak isterinya wajar dimiliki oleh seorang yang lebih baik darinya. Dalam tenat berbicara, Abu Salamah membuat keputusan yang terbaik buat isterinya.

“Mahukah dinda taat kepada kanda?’ kata Abu Salamah.

“Sudah tentu wahai kekasihku,” jawab Ummu Salamah.

“Berjanjilah, jika kanda pergi terlebih dahulu, maka menikahlah lagi,” pinta Abu Salamah. Ummu Salamah terkedu, air matanya bercucuran hiba.

“Ya Allah, jika aku mati terlebih dahulu, maka berikanlah Ummu Salamah seorang suami yang lebih baik daripadaku yang tidak akan membuatnya sedih dan menyakitinya,” doa Abu Salamah dalam kepayahan.

Ikhlasnya Abu Salamah bukanlah untuk dirinya, tetapi untuk isterinya, agar isterinya memperoleh kebaikan yang tak terhingga tatkala dia menutup mata.

Demikian keikhlasan cinta seorang suami kepada isterinya, memikirkan yang terbaik untuk isterinya, dan akhirnya, Ummu Salamah bernikah dengan Rasulullah!

Mencintai dengan ikhlas, bukanlah melepaskan diri dari tanggungjawab, tetapi memberi yang terbaik buat isterinya.

 

Romantis ala Rasulullah

Apa fikiran kamu tentang romantis? Geli berjiwang-jiwang? Romantik itulah penghubung erat rumahtangga. Nabi ketika keluar tatkala menyambut salam dari sahabatnya, maka sahabatnya melihat tangan baginda terdapat tepung. Nyata ketika itu baginda membantu isterinya menguli tepung.

Bab menegur isteri pun cukup romantik, tatkala Aisyah memasak sesuatu, baginda nabi merasainya. Lalu dirasakan masakan itu kurang enak, dan Aisyah bertanya tentang masakannya. Lantas, nabi sendiri menyuapkan makanan itu ke dalam mulut Aisyah. Tahulah Aisyah mengenai masakannya itu.

Ada lagi, daripada Aisyah, beliau berkata : “Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya.

“Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya.” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur).

Kira nak bagi banyak lagi, tapi, cukuplah dulu yang ada, keh keh keh.

******************************

Jadi para lelaki, kalau nak jadi suami, bukan terhad kepada perkara di atas. Bangkitlah menjadi lelaki yang berkualiti, barulah melahirkan masyarakat madani.

Ya, pesanan itu juga untuk diriku sendiri, keh keh keh.

 

SCemanoti : Syukur, cerpen “Doa Malam Pertama” dapat juga top 10 dalam pertandingan menulis cerpen di Kisah Klasik Kita. Trimas kepada yang mengundi.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Nak Yang Baik, Jadilah Yang Terbaik

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Jodohku Jodohmu Jua and tagged , , , . Bookmark the permalink.

16 Responses to Khas Buat Lelaki Yang Nak Jadi Suami

  1. husna says:

    ya Allah, berilah suami yg dapat membimbingku mencintaiMu ya Rabbi, mendidik diriku menjadi seorang wanita yg solehah dn merasa cukup dgn apa yg ada.

    heheh.. tetiba rasa nak kawen.=.-”

    [Reply]

    keen~ Reply:

    husna gatal!! ahahahahahaa~

    nampaknya ada yg lgkh bendul drp aretikz ni.. cepat2 la kawen husna ea..?? jgn lupa jemput keen~~ heeeeee~ ^_^

    aminnnnnnn~ *semoga Allah memakbulkan doa kita..*

    p/s: jom kawen serentak nak, husna?? hihihiii~ ^_^

    [Reply]

    husna Reply:

    aretikz dulu, pahtu keen, pahtu baru husna…hehehe.

    bukan gatal, tp pendam niat, kena kawen awal2…elak maksiat.muehehehe,

    amin.

    kawen serentak ok. tp i tak mo bermadu. ambiguous meaning..keh3

    [Reply]

    deeya Reply:

    alooor husna …! kawen tak ajak dya pun .. jom la kite kawen sesame nak . bhahaha !

    keen~ Reply:

    ehhhh..?? asal keen nombor 2?? keen mana ada calon lg.. bukan cam husna.. ahahahahaa~ ^_^

    ehhhh..?? baru i nk madu u.. lg happening idop.. gado2, gurau2.. aci x?? heeeeee~ ^_^

    husna Reply:

    xpe. husna baik hati. so husna kasi peluang untuk korang2 kawen dulu ye.

    yuuu… berbulu telinga dengar crite2 kawen. i muda lagi. xpuas lagi hidup single- mingle.

    buat keen… amin. alhamdulillah. bukan senang tau nk cari wanita yg nak bermadu dgn ikhlas. kalo husna, surendder awl2.haha

    aretikz Reply:

    Jadi forum perdana yek? bagus2.. haha..

  2. Yana says:

    kisah yg sgt comel utk dihayati tgh2 mlm gini.. sweet gitu. hehe

    tahniah cerpen top list 10 :D

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Comel? Kiut leh? hehe..

    [Reply]

    Yana Reply:

    sama je kan comel ngn kiut tu? hahaha. :D

    [Reply]

  3. Fadzmie says:

    Sama-sama kita berdoa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi hari-hari bergelar suami nanti. Lepas kahwin nanti la. Hehe.

    Entri Terbaru: laman kerajaan akan diserang penggodam anonymous?

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup, setuju! haha~

    [Reply]

  4. pesanan utk diriku juga…
    x sabar nk beromantik ala Rasulullah.. =)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Jangankan dirimu, dalam kepala ini bermacam cara dah nak beromantik.. hehe.. aargghh ~ mak… aku nak kahwin.. haha..

    [Reply]

  5. deeya says:

    Ya Allah ! kau pertemukan la jodohku dengan seorang yang mampu membimbing dan membahagiakanku. Aminn ~

    Nabi dulu kongsi2 cawan dengan isterinya .. tapi sekarang sye suke minum air dari bekas ayah punyeer . alamak ! kesian ibu . huhu ~

    hurm ~ susah untuk mentafsirkan sikap lelaki dari luaran .. hati seroang lelaki . kadang-kadang perlu sekeras waja .. ada kalanya perlu selembut sutera . ah lelaki !! jika jiwamu tulus kerana illahi , pasti lurus perananmu sebagai LELAKI !

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Amin…

    Erk? ni terlebih advance fikir ibu.. haha..

    Ayat standard, nak yg baik, jadilah terbaik.. ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: