Saksi, Bangkai, Rahmat Dan Pahala Kahwin

Sinar merah menerangi di ufuk barat. Tanda Maghrib akan menjelma. Ketika itu orang ramai sudah berkumpul di Masjid Jamek Kota Baghdad. Sementara menunggu waktu Maghrib, mereka mendengar Imam Hanbali membacakan Hadis Nabi. Ada yang berkesempatan menanyakan masalah agama.

Telah menjadi rutin buat Imam Hanbali berjumpa dengan orang ramai antara waktu Asar dan Maghrib. Jika tiada yang bertanyakan mengenai permasalahan agama, maka beliau akan membacakan Hadis Nabi. Sedang mereka tekun mendengar Imam Hanbali membacakan hadis, tiba-tiba.

“Wahai Imam Hanbali, khabarnya kamu seorang yang bijak. Nama kamu harum tersebar disebut ramai. Aku datang ingin menguji sejauh mana kebenarannya. Jika kamu dapat menyelesaikan masalah aku ini, ternyata kamu orang yang bijak. Tetapi jika gagal, akulah orang yang paling bijak daripada kamu,” Abu Nawas, seorang pelawak istana yang terkenal dengan kepintarannya di Kota Baghdad.

“Nyatakan masalah kamu wahai Abu Nawas,” kata Imam Hanbali dengan riak tenang.

Abu Nawas tersenyum. Dia sengaja hendak menduga Imam Hanbali yang menjadi saingannya itu.

“Aku ada tiga perangai aneh. Pertama, aku suka bersaksi dengan perkara yang tak pernah dilihat,” kata Abu Nawas dengan lantangnya supaya didengari oleh orang ramai.

“Itu saksi bohong namanya!” teriak Kumair, salah seorang anak murid Imam Hanbali.

“Tidakkah kamu tahu wahai Abu Nawas, sesiapa yang menjadi saksi mestilah melihat apa yang disaksikannya. Jika tidak, itulah namanya saksi palsu!” Kata Sufian pula.

“Apakah perangai aneh kamu yang seterusnya wahai Abu Nawas?’ Tanya Imam Hanbali dengan tenang menghadapi orang yang terkenal dengan kepintarannya itu.

“Aku paling suka makan bangkai,” jawab Abu Nawas sambil tersenyum melihat reaksi orang ramai.

Seperti yang dijangka, Abu Nawas dicemuh oleh orang ramai. Mereka merasakan Abu Nawas sengaja mempersendakan Imam Hanbali.

“Apa pula perangai aneh kamu yang ketiga?’ Tanya Imam Hanbali lagi. Masih tenang tanpa merasa terusik dengan pertanyaan pelik Abu Nawas itu.

“Aku selalu lari dari rahmat Allah,” jawab Abu Nawas.

Sekali lagi Abu Nawas dicemuh. Malah ada yang hendak menghalaunya keluar. Tetapi dihalang oleh yang lain kerana Abu Nawas merupakan orang kesayangan khalifah.

“Aku datang bagi menguji kebijaksanaan Imam Hanbali. Janganlah kamu hendak masuk campur. Tambahan pula aku sudah memaklumkan kepada khalifah, jika kamu sakiti aku, maka kamu juga pasti disakiti kembali,” kata Abu Nawas dengan angkuh.

“Sekiranya aku dapat menyelesaikan permasalahan kamu itu, berjanjikah kamu untuk tidak menganggu aku lagi?” tanya Imam Hanbali.

“Aku bersetuju,” jawab Abu Nawas. “Tetapi, jika kamu tidak berjaya menjawabnya, kamu tidak layak mengajar disini kerana aku lagi bijak dari kamu,” sambungnya lagi.

“Baiklah Abu Nawas, cuba sebutkan perangai aneh kamu yang pertama?” pinta Imam Hanbali.

“Aku suka bersaksi perkara yang aku tidak pernah melihatnya,” kata Abu Nawas dengan penuh keyakinan yang Imam Hanbali tidak dapat menjawabnya.

“Maksud kamu, kamu suka mengucapkan dua kalimah syahadah iaitu naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah sedangkan kamu tidak pernah melihatnya,” kata Imam Hanbali.

Terpegun Abu Nawas, namun dia tidak ingin mengalah. Lantas disebutnya perangai aneh yang kedua.

“Aku suka memakan bangkai,” katanya.

‘Maksud kamu, kamu suka memakan ikan kerana ikan tidak perlu disembelih, Itulah maksud kamu”

Sekali lagi Abu Nawas terpegun. Lalu dia menyatakan lagi persoalannya yang ketiga.

“Aku selalu lari dari rahmat Allah. Apakah maknanya?” tanya Abu Nawas.

“Hujan itu rahmat Allah. Kamu lari dari hujan untuk mencari tempat berteduh,” jawab Imam Hanbali.

Abu Nawas ternyata kecewa apabila Imam Hanbali dapat menjawab persoalannya. Namun dia tidak mahu mengalah, dia mencari helah terbarunya pula.

“Wahai Imam Hanbali, ternyata kamu orang yang bijak. Tapi, tahukah kamu, apabila solat, pahala aku lebih banyak darimu? Kamu tahu kenapa?” tanya Abu Nawas.

Imam Hanbali hanya berdiam diri. Melihat keadaan itu, Abu Nawas makin lantang bersuara.

“Wahai tuan-tuan semua, setujukah kamu jika aku mengatakan pahala solat aku lebih banyak berbanding Imam Hanbali?” tanya Abu Nawas kepada orang ramai.

“Imam Hanbali seorang ulama, kamu cuma tukang lawak istana. Mana mungkin pahala kamu lebih banyak dari Imam Hanbali!” Sufian membela gurunya.

“Bukankah Nabi Muhammad ada mengatakan maksudnya, solat orang yang sudah berkahwin itu lebih banyak pahalanya dari orang bujang? Aku sudah berkahwin, tetapi Imam Hanbali masih bujang, kerana itu solat aku lebih banyak pahalanya,” kata Abu Nawas lalu segera keluar dari masjid.

“Memang benar, solat mereka yang sudah berkahwin itu lebih tinggi pahalanya berbanding dengan orang bujang,” kata Syeikh Siddiq.

“Allah menjadikan makhluk dibumi itu berpasang-pasangan. Ada jantan, ada betina. Ada lelaki, ada perempuan. Antara mereka saling memerlukan, kerana itu haiwan dan manusia berkembang biak. Manusia dijadikan makhluk paling mulia, kerana itu Allah mensyariatkan perkembangan zuriat manusia melalui proses perkahwinan. Dengan perkahwinan, terpelihara nasab keturunan dan wujud kasih sayang keluarga,” sambung Syeikh Siddiq.

“Benar kata Syeikh Siddiq itu,” sampuk Imam Abdul Rahim. “Rasulullah s.a.w bersabda, ‘wahai para pemuda, sesiapa yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, kerana dapat menundukkan pandangan dan membersihkan kemaluan daripada yang haram. Dan sesiapa yang belum mampu berkahwin, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu pencegahnya,” sambung Imam Abdul Rahim.

“Rasulullah juga bersabda yang bermaksud ‘Berkahwin itu sunnahku. Sesiapa yang membenci sunnahku dia bukan dari golonganku,” kata Syeikh Siddiq.

Akhirnya, Imam Hanbali pun berkahwin dengan wanita soleh pilihan ibunya.

******************************

Jadi, apa korang dapat dari cerita ini? Apa? Perlu kahwin? Keh keh keh.

 

SCemanoti : Tak sangka artikel “Khas buat lelaki yang nak jadi suami” disiarkan dalam artikel I Luv Islam dengan tajuk “Suami idaman wanita“. Cuma, banyaknya kena edit, haha.

 

sumber – buku Imam-imam yang benar, Abdul Latip Talib.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Wanita Yang Menjaga Keberkatan Rezeki
  • Imam Muda Melalaikan? Sepah Memasamkan Kurma?

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Agama and tagged , , . Bookmark the permalink.

25 Responses to Saksi, Bangkai, Rahmat Dan Pahala Kahwin

  1. keen~ says:

    diri ini masih xdpt menandingi kepandaian imam hambali dan abu nawas tu.. huhuu~

    p/s : masih xberkemampuan.. T_T

    [Reply]

    aretikz Reply:

    seperti diriku jua ^_^

    p/s : apa yg xmampu? kawin? ahakz..

    [Reply]

  2. Shag Yahaya says:

    Sangat tersirat soalan Abu Nawas. Kagum Shag dengan Imam Hanbali ;)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Diri ini turut mengaguminya.. ^_^

    [Reply]

  3. ZRn says:

    Saya kagum! Saya baru tau ni cerita… Hmpss.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sekadar perkongsian.. hehe..

    [Reply]

  4. Fadzmie says:

    Maksud tersirat cerita ni : Kahwin lah segera jika sudah berkemampuan. Hoyeah.

    kisah gerhana dan jiranku

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ahakz.. itukah pula yang tersirat? hehe..

    [Reply]

  5. Tukang Karut says:

    hik hik hik… orang yang tulis pun kena kawen cepat2 jugak… termasuk la aku ni…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    uhuk2.. InsyaAllah, dirimu dahulu.. keh keh keh..

    [Reply]

  6. adah says:

    nak kawen…nak kawen….tp lum sampai jodoh lg…ngeee….

    [Reply]

    aretikz Reply:

    InsyaAllah xlma lg tu.. keh keh keh..

    [Reply]

  7. Yana says:

    subhanallah.. tak terfikir kot jawapan tu? HAHA.
    thanks for sharing. sangat mendalam maksudnya :D

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Its ok, sharing is caring kan? ^_^

    [Reply]

    Yana Reply:

    HAHA. absolutely right..

    [Reply]

  8. deeya says:

    Ya Allah ! Firdaus .. Firdaus .. tak pernah lagi masuk blog nie sampai ketawa tak kering gusi . baru nie la pestime .. selalu senyum2 jak .. Abu Nawas tu memang melucukan lah dan Imam Hanbali sangat hebat .. gerun dengan kebijaksanaannye .

    owh ! jadi pasal 3 masalah nie saye salah bagi jawapan lah nampaknyer ye .. tak bijak sungguh saye nie . hehe ~

    kawen tu sunnah nabi .. abes kalau kte tak sempat nak kawen cemane ?? kire dosa tak ?? ustad mintak beri pandangan ^__^

    [Reply]

    aretikz Reply:

    ohh.. slama ni xketawa la? haha..

    Itulah kejadiannya.. jgn marah.. hehe..

    aduhai.. sjak bila jd ustaz ni? huhu.. nak cakap dosa pahala, hanya Allah yang tahu.. tp kita kena ikut Sunnah nabi kan.. lgpun berkahwin ada syarat.. jd kalau xmampu, rsanya bukan bebanan.. lgpun dah nma xsmpat.. nak wat mcm mna.. hehe..

    [Reply]

  9. Salam Aretikz,
    Congrats! Aretikz salah seorang top 10 kontes 99 Hari Kisah Klasik Kita. :)
    http://kisahklasikita.blogspot.com/2011/06/keputusan-peraduan-cerpen-kisah-klasik.html

    Esok hadiah akan diberikan kepada pemenang di The Annexe Gallery, 5:30pm. Aretikz dapat hadirkan diri tak? :)
    Sila tinggalkan contact num Aretikz di veeviolet78@yahoo.com ye. :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx Vee.. namun.. apakan daya.. huhu..

    [Reply]

  10. menusukhati says:

    oi!~bila lagi nak gandakan pahala solat macam aku?hik!soalan bertubi2 setiap kali datang sini :8

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. soalan tu.. err.. haha..

    [Reply]

  11. Ali ridha says:

    amat bodoh jika manusia tak mahu kahwin.
    kerana suka sangat pada zinah.perkahwinan
    itu bukan sesuatu yang menyusahkan.tetapi
    sunnah Nabi.tunggu la di akhirat kelak.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    diri ini juga hairan, mengapa mereka meletakkan perkahwinan itu membebankan.. huhu..

    [Reply]

  12. apple says:

    hahaha..kalau macam tuh..ak mau kawin la…..oalallala :love:

    [Reply]

    aretikz Reply:

    jgn lupa jmput.. keh keh keh..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: