Salah Faham Umat Islam Malaysia Terhadap Islam

Kita tahu bahawa Islamophobia makin meluas dikalangan orang yang bukan Islam terutama di eropah. Banyak salah faham mereka mengenai islam menjadikan pemikiran mereka tentang Islam semakin sempit. Itu yang bukan muslim, tetapi, di negara kita, lain pula kejadiannya.

Mengapa aku highlight perkataan Malaysia? Sebabnya lain negara, lain permasalahannya. Pemikiran umat Islam terhadap beberapa perkara menjelaskan betapa lemahnya kefahaman mereka terhadap Islam. Ini akan menyebabkan bahaya terhadap pemikiran sedemikian rupa.

Apakah salah faham umat Islam Malaysia terhadap Islam? Ini adalah sebahagian contohnya :

Perundangan Islam

Isu Utusan Malaysia mengulas (atau menghina) isu perundangan Islam tidak seperti goreng pisang panas. Lebih kepada Maggi ayam sahaja. Berbanding isu Ultraman Berita Harian, hanya membuka mata orang ramai apabila disiarkan di berita antarabangsa!

Kita selalu disogok dengan cerita potong tangan, sebat 100 kali, rejam yang menyebabkan orang Islam sendiri menjadi takut jika dilaksanakan. Mereka menganggap perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan pada zaman sekarang, dan salah satu alasan yang biasa kedengaran, perundangan Islam ini kejam!

Kemon (baca common), perundangan Islam pun ada prosedurnya sendiri, bukan sembarang orang mencuri kena potong tangan, bukan suka-suka orang minum arak kena sebat, semua ada kaedah perlaksanaannya. Kalau yang tiada dalam hukum hudud, maka kita boleh laksanakan hukum Ta’zir.

Lagipun, kalau dilaksanakan benda ni, rasanya semua seram nak cerita terang-terang maksiat yang dilakukan. Sedangkan belum dilaksanakan pun orang dah seram dengar, apatah lagi kalau kena buat.

Poligami

Pergh ~ Kalau dengar poligami, kebanyakkan lelaki tersenyum, yang wanita muka masyam. Madu bagi lelaki manis, madu bagi wanita bau hamis, dan pasti dalam fikiran korang kata, wanita salah faham bahawa poligami itu menzalimi mereka, kan?

Siapa kata lelaki pun tak salah faham tentang ni? Nak berpoligami, pun ada syarat. Ingat suka-suka? Lelaki selalu anggap poligami ni cukup sekadar mampu. Tidak dikatakan tentang mampu, tetapi yang dikatakan adalah adil.

Sebab itulah, wanita yang salah faham akan berkata “poligami itu menzalimi kami”, biarpun hakikatnya, poligami dibenarkan untuk menyelesaikan masalah, bukan menambah masalah.

Fahami konsep poligami wahai lelaki sebelum rasa nak tambah cawangan, dan wahai wanita, jangan emosi menentang poligami, kerana menentang ketetapan Allah itu dilarang sama sekali.

Kalau nak senang, ikut macam aku, niat nak bahagiakan isteri yang satu jak nanti, cewah, keh keh keh.

Islam Separuh-Separuh

Ini yang membunuh kebanyakkan pemikiran umat Islam. Apakah yang dimaksudkan dengan separuh-separuh?

“Tudung macam tu pun korang nak kritik, sekurang-kurangnya dia pakai tudung, daripada tidak langsung!”

“Siapa kata aku tak ingat solat? Aku solat juga tadi Maghrib, kira solat lah tu”

Itu pemahaman paling kritikal, Islam itu menyeluruh, bukannya nak ambil separuh. Solat biar full, lima waktu, tutup aurat biar full, bukan diatas tutup dibawah tidak. Ingat dosa yang kamu dapat bukan separuh-separuh, tapi full of charge yek.

Aurat

Isu aurat yang lebih diberatkan kepada kaum wanita. Bila sebut tentang aurat, maka selalu orang cakap tentang tudung. Persepsi yang harus diperbetulkan. Memakai tudung tidak semestinya menutup aurat, tetapi menutup aurat itu salah satu caranya adalah memakai tudung.

Labuhkan tudung menutupi dada, jangan memakai pakaian yang menampakkan tubuh badan, ketat dan sebagainya. Itulah yang terbaik dalam menjaga aurat kita.

Simple jak cara pemakaian gadis tu kan? So, siapa kata yang simple menutup aurat tanpa melilit tudung, letak accessorry tudung, tak menampakkan kemanisan wanita?

Kebiasaan Yang Membinasakan

Apabila maksiat sudah biasa dilakukan, maka orang pun telah mengangap perkara tersebut seolah-olah satu perkara yang dibenarkan. Sebab itulah bila tidak ditegur, maka mereka salah faham bahawa perkara tersebut dibenarkan.

Contohnya, seorang wanita merasa panas, maka dia pun menyinsing bajunya hingga menampakkan lengan. Hakikatnya dia seharusnya menutup lengan tersebut, kerana aurat. Kerana kebiasaannya itu, maka orang pun tak ambil kisah, dan dia pun tak tahu benda itu salah!

Satu lagi, tentang adat. Oleh kerana sudah menjadi adat, kebiasaan orang, maka mereka menganggap benda itu dibenarkan dalam agama. Lihat sahaja adat memakai inai bagi pengantin lelaki, walhal ianya tidak dibolehkan kerana benda itu perhiasan wanita.

******************************

Salah faham inilah yang menyebabkan orang Islam sendiri dipandang hina. Secara amnya, kita bukanlah masyarakat Islam, tetapi lebih kepada masyarakat umat Islam. Yakni, Islam hanya pada Ic, oleh itu, sentiasalah kita bermuhasabah diri, supaya kita tegolong dalam orang yang sentiasa diberi hidayah dan dilimpahi rahmat oleh-Nya.

 

SCemanoti : Salah faham orang terhadap aku, aku bukan Ustaz, ngerti? Ahakz.

Ini juga ceriteranya

  • Benarkah Utusan Malaysia Menghina Islam?Benarkah Utusan Malaysia Menghina Islam? Kecoh Malaysia tentang isu hacking. Teringat cerita Bloody Monday, terasa nak jadi Falcon, apakan daya, ilmu coding pun tak reti, inikan hacking, keh keh keh. Aku tak ambil pusing sangat […]
  • Aku Jururawat Yang Bertaubat Untuk Menutup AuratAku Jururawat Yang Bertaubat Untuk Menutup Aurat Nurse Malawi (Gambar Hiasan) "Ianya cerita lama, lebih kurang 30 tahun yang lalu. Ketika itu saya bertugas di hospital besar di sebuah bandar. Pada waktu itu, memakai tudung untuk wanita […]
  • Hikmah Menutup AuratHikmah Menutup Aurat Sungguh jujur tajuk ni. Macam dalam buku teks Pendidikan Islam jak, haha. Artikel ini ditulis berdasarkan pembacaanku mengenai satu buku hasil tangan Dr. Danial Zainal Abidin. Sebelum tu, […]
  • Saya Tak Pernah Burukkan Awak, Kenapa Nak Burukkan Saya?Saya Tak Pernah Burukkan Awak, Kenapa Nak Burukkan Saya? Selalunya mesti ada sahaja yang tak puas hati dengan kita, ada yang cakap belakang tentang kita, tapi kita tak pernah kacau dia. Apa salah kita sehingga ada orang nak burukkan kita? Ya, […]
  • Coffee Or Tea? Orange Juice, Please..Coffee Or Tea? Orange Juice, Please.. "Tuan-tuan dan puan-puan, sila beri perhatian kepada taklimat keselamatan yang akan ditunjukkan sebentar lagi. Prosedur keselamatan di pesawat ini mungkin berbeza dari pesawat lain yang […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Rahsia Emas Terbongkar

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. setuju! skrg ni umat islam sendiri yg menyebabkan islam itu dipandang serong….=.-“

  2. keen baca entry sambil mebayangkan aretikz tengah membebel cam mak nenek.. hihii~ ^_^

    yup2~ tu la.. time org suruh bljr agama dulu, lari drp kelas.. bljr sikit, ngantuk.. jgn bljr separuh, bljr semua, termasuk hikmah2 disyariatkan sesuatu benda tu.. =.=

  3. klu kita ikut cara hidup islam org ckp kita extrem..pape je la yg penting Allah th niat kita.

  4. Assalamualaikum…

    baru2 ni saya pernah baca di satu ruangan dlm majalah Solusi yg meyentuh permasalahan umat islam di m’sia ni lebih2 lg berkaitan perundangan dan hukuman. antara yg menjadikan salah faham terhadap islam itu semakin buruk ialah pemikiran masyarakat kita sndiri yg suka/mahukan penyelesaian secara ringkas dan cepat. pemikiran ini menyebabkan wujudkan sikap ambik mudah. sepatutnya dlm permasalahan undang2 dan hukuman dlm islam sbgmana dinyatakan dlm majalah tu, ada syarat2 tertentu yg perlu dipenuhi terlebih dahulu sblm sesuatu hukuman itu dijatuhkan. contohnya makan binatang yg haram dmakan spt katak. mmg pd dasarnya hukumnya HARAM tetapi ada sedikit kelonggaran sekiranya berlaku darurat. maknanya tak boleh terus ‘pukul rata’ kata HARAM tanpa tahu sebab2 serta syarat2 berkaitan dgnnya. kene ambik sikap ‘ambik tahu segala selok-belok hukum-hakam’.

    mcm tu jugak dgn poligami, ada syarat2 yg perlu dipenuhi. jika tiada sbb2 yg kukuh, lebih baik berisiteri seorg shj.

    happy blogging :-)

    regards,
    BLADE EDGE

    • Wasalam

      betul tu bro.. ^_^
      Kerana mengambil jalan yang mudah, mereka tersasar dari pemahaman mereka.. dan kebanyakkan mereka menetapkan sesuatu berdasarkan kehendak mereka, bukan berdasarkan kehendak syariat..

      Itulah sikap kebanyakkan orang Islam sekarang, mengambil sikap tidak pedulisme bak kata Ustaz Hasrizal.. ^_^

      Thanx atas perkongsian tersebut.. ^_^

  5. Betul tu! Shag sokong~ Tapi kan sentap gak lah bab lilit tudung. Alaa Shag selesa lagi pakai shawl yg lilit lilit terbelit tu dari pakai tudung bawal. keke :P

  6. alhamdulillah, banyak input dalam ni aretikz.. suka part amek Islam secara menyeluruh, bukan separuh2.. dengan part bila maksiat da jadi biasa…

    sekarang ni maksiat makin berleluasa, kadang2 tengok perempuan seksi pun lelaki tak rasa apa dah… sedihnya… betapa hitamnya hati… :(

    • Alhamdulillah jika sunah mendapat inputnya.. ^_^

      Yup, semoga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka, dan dapat menarik mereka ke arah kebaikan.. ^_^

  7. pada sye , Islam tu sbenarnye agama yg cukup mudah .. tak payah lagi nak putarbelitkan fahaman Islam smpai jadi susah , smpai kekadang teragak2 dngan ssuatu fakta Islam tuh . takot jadinya (-.-“)

    soal maksiat tu , da bnyak kali sngat dngar org ckap “alah ! setakat kapel tu biaselah pegang2 tngan” . fuhhh ! dia punye biase tu sngat ta boley tahan .. dah ler sye ade msalah dlam menasihati orang . hahakz !

    eh ! cemane nak pakai shawl lilit 14 kali kat leher ?? ta reti lah . ustad ade tutorial tak ? HAHA ! (lantak orang ah nak panggel ape pun) wek ! :p

    • memang mudah, cuma perlu ikut suruhan-Nya, dan tinggalkan larangan-Nya.. hehe..

      hati2 dengan kebiasaan.. ^_^

      kalau lilit 18 kali, tahulah.. ahakz..

  8. wahh..zilfy Dalam Mihrab Cinta. mmg manis je dia. kalo kita prasan, fesyen hijab orang indon tak sampai tahap mcm kat malaysia yg over the top. fesyen diorg simple je, takde pon shawl2 pelik2. namum kemanisan masih terserlah..

    • hehe.. lum lagi tengok Dalam Mihrab Cinta tu.. pergh ~ memang manis.. hehe.. yup.. sesimple mana, kemanisan teserlah.. sejuk mata memandang.. ^_^

Trackbacks

  1. […] beb, Islam bukan separuh-separuh, jangan salah faham terhadap pemahaman islam tu sendiri. Kita tahu tentang Al-Quran, kita tahu tentang Sunnahnya, […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: