Cubalah Filem Islamik Malaysia Macam Ini, Kalah Nur Kasih

Aku tertarik, cukup tertarik. Aura gara-gara membuka Tv Al-Hijrah sampai terus ke dalam hati aku. Kebetulan line internet masa tu hilang, seolah-olah aku kena suruh tengok filem tu pula, hehe.

Rupanya part numba 2, part numba 1 hari tu aku tak fokus, seolah-olah boring. Sekali aku tengok part 2, lantas aku cari link untuk download part 1. Jujur dan ikhlas aku katakan, aku tersilap menilai. Part numba 1 pun menarik hati jalan ceritanya. Filem islamik macam ni yang patut membuka mata pengarah Malaysia untuk menampilkan keislamikannya.

Jenuh jari aku menaip, tapi filem yang aku maksudkan ni pun tiada yang dapat tangkap, hehe. Mesti Yana cakap aku ketinggalan, bukan apa, baru tertengok. Filem Ketika Cinta Bertasbih, yang aku rasa patut ditayangkan di Malaysia.

Aku berani cakap Filem ni lagi baik dari Nur Kasih The Movie. Tidak keterlaluan aku katakan, filem islamik Malaysia yang lain pun boleh kalah.

Kenapa aku nampak lebih ke arah seberang? Kenapa aku lebihkan filem luar dari filem sendiri? Ini berdasarkan pemerhatian aku untuk filem tersebut.

Pergaulan ~ Susah nak tengok pergaulan bebas di dalam filem ni, macam kat clubbing. Malah, untuk melihat bersalam dengan perempuan bukan muhrim pun macam segan-segan. Maksud aku, pelakon sebenar sememangnya bukan muhrim, biarpun mereka berlakon adik-beradik, mungkin hanya sekali sahaja aku tengok dorang bersalam.

Memang tetap ada slack, namun tidak seberapa teruk berbanding filem yang lain. Sedangkan babak suami isteri pun, rasanya sekali sahaja Anna memaut lengan Furqan, dan kemudian tiada lagi adengan pegang-pegang. Logiknya, suami isteri perlu menunjukkan kemesraan, tapi tidak bagi mereka, kerana masih ada batas-batas yang perlu dijaga.

Aurat ~ Ini lagi aku saspek. Bayangkan mereka bertudung labuh, biarpun sesama muhrim dalam lakonan, tidak juga dibuka. Sekali lagi aku bagi contoh babak suami isteri, Anna masih tidak membuka tudungnya itu biarpun bersama dengan suami.

Ada juga aurat yang dinampakkan, tetap ada slack. Seperti watak Eliana, seorang pelakon. Tapi tak seksi! Tak ketat! Hanya rambut sahaja terbuka, namun semasa part 2, dia bertudung nanti.

Ilmu ~ Biarpun mesej dalam filem itu ada, yakni dalam jalan mencari cinta yang halal, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam apa jua urusan, namun diselitkan kata-kata hikmah, dan ilmu yang lain, dan nyata cukup mengindahkan lagi jalan ceritanya.

Memang setiap filem islamik ada buat begini, tapi, inputnya lagi menyerlah. Lebih mudah difahami.

Pelakon ~ Menakjubkan, pelakon utama adalah yang baru. Heroinnya sememangnya bertudung labuh biarpun di luar filem. Kesederhanaan heronya juga menakjubkan. Sedangkan pelakon sampingan pun boleh tahan biarpun masih baru.

******************************

Khairul Azam Abdullah, seorang pemuda yang bijak, berilmu, dan bertanggungjawab sedang melanjutkan perlajaran di Universiti Al-Azhar. Namun, setelah ayahnya meninggal, dia terpaksa berkerja di Mesir sambil belajar. Disana dia bertemu Eliana, seorang gadis cantik dan selalu berhubung kerana Eliana menggunakan khidmat Azam selaku tukang masak katering.

Eliana sememangnya tertarik dengan Azam, tapi Azam hanya menganggap mereka kawan baik. Disamping itu, Pak Ali menyarankan Azam untuk mengkhitbah atau melamar Anna Althafunnisa. Namun sayang, Anna telah dilamar terlebih dahulu teman Azam, yakni Furqan.

Biarpun hati Azam perit, tetapi dia redha. Hakikatnya, dia sebelum itu nekad melamar dalam keadaan tidak mengenali Anna ketika itu. Tetapi ditolak oleh wakil keluarga Anna, kerana Furqan terlebih dahulu melamarnya. Manakala Furqan ketika itu dalam keadaan serba salah, kerana ditimpa musibah yang berat.

Sekembalinya di Indonesia, disitulah detik bermula, bagaimana kehidupan Anna dalam berumah tangga, Azam yang sentiasa berusaha mencari jodoh dengan jalan yang halal. Disamping itu, Eliana berharap Azam suatu hari menerimanya.

Rumahtangga Anna goyah, Azam pula hampir berputus asa dalam pencarian jodoh. Eliana pula berubah dengan memakai tudung demi memikat hati Azam. Kesudahannya? Tonton sendiri. 4.8/5 aku bagi.

******************************

Filem ni tidak rugi kalau korang tengok. Aku pun rasa sejuk jak tengok kebanyakkan stail tudung lebih kepada tudung labuh. Simple, dan cantik. Tidak payah tudung yang stail tabarruj jahiliah tu, hehe.

Dan yang pasti, Nur Kasih The Movie kalah beb, nak serang aku pun, seranglah.

 

SCemanoti : “Kamu tahu kitab Allah, kamu tahu syariatnya, tapi kamu masih memilih jalan yang dibenci Allah” sentap aku dengar, petikan dari filem ini.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Berhenti Berharap
  • Oh Isteri ~ Thumb Down
  • Tolong Ingatkan Aku
  • Kebiasaan Wanita Pakai Tudung… Tapi…
  • Aurat Wanita : Kelebihan Kesihatan Dan Psikologi

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , . Bookmark the permalink.

21 Responses to Cubalah Filem Islamik Malaysia Macam Ini, Kalah Nur Kasih

  1. husna says:

    yups…saya berada dlm kumpulan same. sokong!~
    lepas ni tgk sambil makan roti…uih!~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Makan roti? Kenapa nggak makan bakso jak deh? haha..

    [Reply]

  2. pelakon2 ni kan buat audition sebelum jadi pelakon…so, mereka memang antara pilihan yang terbaik oleh kang abik sendiri… :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    yup.. btul tu.. plakon yg dipilih bukn smata2 krana bakat lakonannya, tetapi karekter yg ada pda mereka sndiri.. hehe..

    [Reply]

  3. albi izzati says:

    Salam alaik.

    Cerita yang digemari, yang cepat ditonton oleh students timur tgh ==’
    memg best. Byk pengajaran yg blh diambil (=

    oh ya, jgn lupa tengok cite Dalam Mihrab Cinta oleh Habiburahman juga. Mana tahu lepas ni kata KCB pun kalah dengan Dalam Mihrab Cinta ni. =D

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Wasalam

    Yup, saya stuju.. ^_^.. memang bnyk pengajaran yg tersirat..

    Oh, saya sudah menonton juga Dalam Mihrab Cinta tu.. Kesimpulannya, kedua-duanya sama hebatnya.. tetapi saya lebih meminati KCB.. hehe..

    [Reply]

    albi izzati Reply:

    oh dah tgk (=

    for me, dua2 cerita ada kekuatannya masing2.

    Like KCB, lebih pada cinta sesama makhluk. Dalam mihrab cinta, lebih pada pergantungan hamba terhadap pencipta.

    dua2 best yg pasti (=
    tgk byk kali dah ==’

    blh ambil pengajaran, itu yang bermakna. (=

    [Reply]

  4. keen~ says:

    * sambil mkn maggi *

    no komen!!
    ahahahaha~ mmg best pon.. tp keen xingt la sama asa keen tengok ke x cite KCB 2 tu.. rasanya cam dh tengok.. huhuu~ =.=

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Aikz.. Komen juga? haha..
    Erk? Macam mana boleh main rasa2 pula? =.=”

    [Reply]

  5. farayha says:

    yess..cite ni terbaek2…
    hehe..nk tgok lgi x?sile tgok ketika cinta bertasbih RAMADHAN series..sgt2.terbaek! ade 56 episod..slamat nonton :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. memang terbaik..
    Ni lah tengah download skrang.. hehe.. Thanx ^_^

    [Reply]

  6. ketika cinta bertasbih memang best. movie dia ada 2 part. pastu sinetron dia pon ada 2 siri. sume aku dah abis tgk. hehe..pasal tu aku memang tak minat Nur Kasih. sbb sangat jelas perbezaannya. satu lagi tgk filem Dalam Mihrab Cinta. itu pun bleh tahan gak. novelis yg sama tulis Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih..

    Dan kalau aku tak silap, filem Ketika Cinta Bertasbih ni diorang buat ujibakat, siapa yang betul2 berkualiti dan layak utk lakonkan watak islamik baru diambil berlakon.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Pergh ~ ni memang tegar.. ahakz.. Yup, memang banyak perbezaannya.. tampak jelas sekali apa yg disampaikan..

    Yezza.. mereka memilih berdasarkan karekter.. dan nyata berjaya..

    [Reply]

  7. eiela says:

    cerita nih memang best. sokong jugak, kalah filem nur kasih.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sokong2.. ahakz..

    [Reply]

  8. qaseh says:

    cite indon berbentuk islamik mmg best .. melayu cite antu je berlambak

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Seolah-olah hantu ni jd sinonim dengan masyarakat kita.. hehe..

    [Reply]

  9. SANGAT2 SETUJU DENGAN ENTRY NI..

    DAH TGK CETA NI…

    =)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Dan sangat setuju komen ni.. ^_^

    [Reply]

  10. filem kita, kalau islamik pun mesti nk jugak tampil adegan2 berahi.. kononnya nk memaparkan realitinya.. haha..

    [Reply]

  11. mas says:

    setuju sangat..
    memang sangat menarik Filem Ketika Cinta Bertasbih ni..
    mas berulang2 kali tengok kat internet…
    memang kalah cerita nur kasih…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: