Selepas Asar, Imam Hanbali menasihati orang ramai di dalam masjid. Saat itu perbualannya terhenti seketika apabila seorang perempuan muda masuk ke dalam masjid menemui Imam Hanbali.
“Wahai Imam Hanbali, dengarkanlah kisah ku ini semoga diriku dan dirimu mendapat keampunan dari Allah. Sesungguhnya saya ini perempuan yang miskin. Saya tidak punya apa-apa kecuali tiga orang anak yang masih kecil.
Hidup saya sungguh melarat, hinggakan kami tidak punya lampu untuk menerangi rumah. Bagi menyara kehidupan kami empat beranak, saya berkerja memintal benang pada waktu malam dan menjualnya di pasar pada siang hari.”
“Dimanakah suami kamu?’ soal Imam Hanbali.
“Dia antara mereka yang menentang Khalifah al-Muktasim yang zalim itu. Dia gugur syahid dalam satu pertempuran dengan pasukan tentera yang hendak menangkap mereka. Sejak itu kami hidup melarat.” jawab wanita itu.
“Teruskan cerita kamu.” pinta Imam Hanbali.
“Disebabkan rumah saya tidak ada lampu, maka saya terpaksa menunggu sehingga bulan mengambang barulah saya dapat memintal benang.” kata wanita itu.
“Pada suatu malam, ada kafilah dagang dari Syam datang lalu singgah bermalam berhampiran dengan rumahku. Mereka membawa lampu yang banyak sehingga menerangi rumahku. Kesempatan ini digunakan untuk aku memintal benang dengan bantuan cahaya lampu mereka.”
“Persoalannya, apakah hasil jualan benang yang dipintal itu daripada lampu mereka itu halal untuk digunakan?” soal wanita itu setelah menceritakan dengan panjang lebar permasalahannya.
“Siapakah kamu wahai wanita muda yang begitu mengambil berat tentang hukum agama di saat manusia begitu kikir dengan hartanya?’ soal Imam Hanbali dengan penuh kekaguman.
“Saya adalah adik kepada Basyar Al Hafis yang telah meninggal dunia.” jawab wanita itu.
Mendengar jawapan itu, Imam Hanbali berasa sebak dan tersedu-sedu menahan esak. Ini kerana dia teringat dengan Basyar, seorang gabenor yang beriman dan beramal soleh.
“Sesungguhnya, saya takut dengan azab Allah. Maka berikanlah masa kepada saya untuk menjawab persoalan itu. Baliklah ke rumah dahulu, kemudian datang keesokan harinya.” kata Imam Hanbali.
Keesokan harinya, datang wanita muda itu untuk mendengar jawapan dari Imam Hanbali.
“Wahai wanita solehah, sesungguhnya kain penutup muka yang kamu pakai itu adalah lebih baik dari serban yang aku pakai. Sesungguhnya kamu seorang wanita yang mulia, bertakwa dan penuh takut kepada Allah.”
“Wahai tuan, bagaimana dengan pertanyaan saya semalam?” tanya wanita muda itu.
“Berkenaan dengan itu, sekiranya kamu belum mendapat keizinan daripada rombongan tersebut, maka tidak halal kamu menggunakan wang dari hasil jualan benang yang dibuat menggunakan lampu mereka.” jawab Imam Hanbali.
Wanita itu berasa susah hati mendengarnya. Dia susah hati kerana belum mendapat keizinan dari rombongan tersebut. Beliau sanggup menemui seorang demi seorang rombongan tersebut untuk meminta izin.
Berita tentang wanita solehah itu sampai ke pengetahuan Khalifah al-Mutawakkil. Beliau begitu kagum dengan wanita tersebut dan menghadiahkan wang sebanyak 10 ribu dinar.
Perempuan itu bertanya kepada Imam Hanbali, adakah wang itu halal digunakan atau tidak.
“Khalifah juga pernah memberikan saya wang sebanyak itu, tapi saya sedekahkan kepada fakir miskin yang saya temui di tengah jalan.” jawab Imam Hanbali.
Maka, wanita solehah itu telah memberi sedekah kepada fakir miskin. Dia hanya mengambil sedikit sahaja wang itu untuk dibelinya lampu bagi menerangi rumahnya.
******************************
Aku paling suka part Imam Hanbali berkata : “Siapakah kamu wahai wanita muda yang begitu mengambil berat tentang hukum agama di saat manusia begitu kikir dengan hartanya?’
Ya, betapa wang ringgit telah mengabui mata manusia sekarang. Sebab itu begitu mudah ditipu dengan skim cepat kaya, kerana tanpa berfikir panjang untuk mendalami perniagaan tersebut. Terutama, MLM segala.
Sebelum menceburi sesuatu bidang perniagaan, selidikilah halal haramnya, kerana apa yang kita dapat, bakal dipertanyakan oleh Allah kelak. Moga kita dijauhkan dari perkara sedemikan rupa.
SCemanoti : Nak tahu macam mana nak jadi kaya? Next post aku bagitahu.
Comments
Powered by Facebook Comments



Subhanallah…….
betapa tingginya iman wanita ini…..
[Reply]
aretikz Reply:
June 30th, 2011 at 9:27 pm
Yup.. wanita solehah.. ^_^
[Reply]
yup2~ sedih jap.. klu kita, pantang ada peluang nk baut duit, main terjah je.. xfikir dah halal haram.. huhuu~ T_T
[Reply]
aretikz Reply:
June 30th, 2011 at 9:33 pm
Sebabnya keadaan semasa, itulah kita leka seketika.. huhu..
[Reply]
betapa mulia wanita ini,sukar utk dijumpai pd zaman ini. TQVM kerana memberi kesedaran kpd kak yg kdg2 alpa dgn kemewahan dunia!
[Reply]
aretikz Reply:
June 30th, 2011 at 9:34 pm
Sekadar perkongsian untuk manfaat bersama kak ^_^
[Reply]
Rasanya manusia seperti ni hampir tiada sudah di zaman dunia mengejar kekayaan sekarang ni. MasyaAllah.
- macam mana nak handle a self-centered person -
[Reply]
aretikz Reply:
June 30th, 2011 at 9:36 pm
Mungkin ada, tapi sukar.. huhu..
[Reply]
ya Allah… kalau di bandingkan dengan zaman skrg ni, mmg x tlawan dengan wanita ni.. huhu
[Reply]
aretikz Reply:
June 30th, 2011 at 9:37 pm
InsyaAllah, jadikan sebagai pembelajaran.. ^_^
[Reply]
salam..singgah sini..
da boleh komen da kt blog sy
[Reply]
aretikz Reply:
June 30th, 2011 at 9:39 pm
Wasalam
InsyaAllah ^_^
[Reply]
sampai mcm tu skali dia jaga eh..
nk dibandingkan dgn kita2 ni, nk byr utang pon liat..
jumpa syiling seposen pon kutip buat modal public phone.. haishh..
[Reply]
aretikz Reply:
June 30th, 2011 at 9:41 pm
keberkatan rezeki kan.. betapa pentingnya kita makan rezeki yg halal.. huhu..
[Reply]
betapa hinanya kita dimataNYA .. huhu tq cerita ni
[Reply]
aretikz Reply:
June 30th, 2011 at 9:43 pm
tidaklah.. kita hambaNya yang hina, tapi, dimataNya, kita hambanya dikasihi.. ^_^
Ur welkem.. ^_^
[Reply]
subhanallah ! mulianya hati wanita tuh .. teringat dulu time kecik2 balik dari skolah jalan kaki , jumpe duit tepi jalan amek buat beli jajan T__T
pastu , sebelah site sye ade rumah yg tanam pokok pelam .. bila masak , pelam tu jatuh ke pagar site sye . sye amek dan makan .. yang tu boley kan ?? pelam tu jadi hak sye kan sebab pagar tu memisahkan ? alah ! advice please ! advice .. takot ! :’(
[Reply]
aretikz Reply:
July 1st, 2011 at 11:32 pm
ce jenguk ce jenguk
http://segalaceritera.com/atik/2011/07/01/kerana-epal-mendapat-jodoh/
[Reply]
kat pejabat sy selalu charge bateri telefon. i mean elektrik yg sy gunakan u charging fone tu akan masuk bil elektrik kerajaan. kerajaan dpt kat mana duit nak byr bil? dari tax rakyat msia. tp sy dah gunakan duit itu (secara indirect) untuk kepentingan peribadi (charge tepon sendiri).
tak sedar ttg ni sehinggalah 1 hari tbaca kisah Saidina Umar semasa beliau menjadi khalifah di mana beliau memadamkan pelita di waktu malam ketika berurusan dengan ahli keluarganya, hanya kerana tidak mahu menggunakan harta kerajaan untuk urusan keluarga..
[Reply]