Saya nak ajar pakai shawl ala-ala Jennifer Lopez, ha? Tak nak? Ok, cara pakai shawl ala-ala Dafi, amacam ok tak? Boleh lah yeeekk? Mula-mula, kita pakai inner, bukan inner shine, itu untuk muka, tapi ini inner untuk kepala. Baik punyeerr. Cantik tak, cantik tak?
OMG, eh? Sejak bila aku pakai short form ni? Anyway, berlambak video-video yang memberi tunjuk ajar tentang pemakaian tudung. Namun, sayang, mereka hanya membuat dosa sahaja dengan membuat video sedemikian rupa. Sorry to say, itulah realitinya!
Hampir kebanyakkan video tutorial di Youtube, tak sampai 10 saat aku tengok, terus pindah ke video lain. Apa sebenarnya motif aku tengok video tutorial ni? Untuk satu kepastian, macam mana mereka buat tutorial di samping menjaga aurat mereka?
Ya, kalau aku sudah cakap 10 saat pun tidak sampai, maka anda faham maksud yang aku cuba sampaikan. Aku cuba mencari video-video yang menjaga aurat mereka ketika buat tutorial, namun, memang stop tak sampai 10 saat!
Apa yang aku dapat?
- Leher terdedah – ini yang paling banyak sekali.
- Menampakkan dada – seram…
- Paling teruk, start tutorial dah nampak rambut!
- Yang ni lagi sadis, cantik, elok tutorialnya, tapi baju lengan pendek?
- Ya, semua tertutup, tapi style membalut.
- Owh ~ Tak boleh lepas, Tabarruj Jahiliah.
- Yang ni aku nak gelak ~ buat suara ala-ala comey, nak menarik perhatian, dah jadi aurat terus dik.
Susah kan buat tutorial ni? Kadang-kadang aku terfikir, berbaloikah buat tutorial tu kalau macam point-point di atas? Satu dosa yang percuma yang dia dapat.
Tudung ni untuk apa? Menutup aurat, atau hanya sekadar menarik perhatian lelaki yang ala-ala soleh? Sesuatu yang merisaukan, apabila bertudung sudah cukup menutup aurat.
Fikirlah kewajipan menutup aurat terlebih dahulu, baru berfikir untuk berfesyen. Aku tahu, ada yang berkata, biarlah mereka bertudung untuk nampak cantik, bertudung juga, menutup aurat juga.
“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya” (HR Bukhari & Muslim)
Maknanya, apa yang kita niatkan, itulah yang kita dapat. Apabila kita niat sekadar untuk cantik, dengan izin-Nya, kecantikanlah yang kita dapat, maka kita melupakan etika-etika menutup aurat. Sebab itu jangan hairan jika banyak yang bertudung tetapi ada spoil, tidak kira apa yang kurangnya.
Namun jika niat kerana keredhaan Allah, segala perkara yang dilakukan pasti dilakukan dengan berhati-hati, demi menjaga etika diri yang tertutup itu.
Yang buat tutorial tu, bukan tidak boleh, tapi, berfikirlah, tutorial yang dilakukan tu menutup apa yang patut, atau sekadar menarik perhatian orang. Fikir-fikirkanlah.
SCemanoti : Berpuluh-puluh video aku godek, kenapa tiada tutorial tudung labuh? Takkan aku nak buat pula? Keh keh keh, bertudung nampak janggut, ahakz.
Comments
Powered by Facebook Comments


setujuuuuuu… saya as gurl pon tak suka dengan cara dierang buat tutor… nampak terang2 kesalahan kat situ. tapi kebiasaannya.. yang buat tutor ni bukan yang pakai tudung sebenar2nya.. just yang on off…
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:11 pm
Uuh, macam tu yek? Xpala, bersangka baik dorang pakai on off kat rumah jak.. hehe.. ^_^
Itulah, bilamana sudah mnjd kebiasaan, maka semuanya dipandang ringan.. huhu..
[Reply]
emmm.. klu kita applykan apa yg tutorial tu ajar, apa hukumnya pak ustaz??
cehhh~ tudung labuh xpayah wat tutoriall.. main sauk je.. senang, simple~ ^_^
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:13 pm
applykan tutorial? kalau dia pakai tudung menepati syariat, bukan mnjdi kesalahan pun.. hehe..
Uuh, jd yang meyda sefira wat tu, main sarung juga ker? =.=”
[Reply]
tudung labuh tak perlukan tutorial…sarung je….simple bukan?
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:14 pm
Rasanya tudung labuh yang dimaksudkan yang labuh habis tu kan? hehe..
[Reply]
FS Reply:
July 6th, 2011 at 6:59 am
ye..yg labuh habis tu
[Reply]
enrtri kali ni byk kesedaran wat kite
alhamdulillah saya x penah wat video tutorial untuk pakai shawl ni tp pernah tgk je la video yg diorang wat tuh haha
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:16 pm
Alhamdulillah jika sedemikian rupa.. ^_^
Sebab itulah bila sya tgk, cepat2 tukar.. huhu..
[Reply]
senang selungkup pakai kain batik jea macam orang dulu dulu… habis cerita…
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:17 pm
ahakz.. seolah-olah wanita melayu terakhir? hehe..
[Reply]
bhaa, sy ada cadangan ni, buli bha kan buat tutorial guna kepala patung, lagi terjaga kerhomatan si pembuat tutorial~ =D
[Reply]
deeya Reply:
July 4th, 2011 at 10:31 am
beshnyer kalau blog nie leh main klik2 kat kotak komen . nak LIKE komen nie sebenarnye ..
THUMBS UP !! ^__^
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:40 pm
Daus, memang terfkir juga cadangan tu.. hehe..
[Reply]
btol2… iejam pon ada terlihat jugak benda2 cmni… myk tutorialnya tp xmenjaga apa yg ptot untuk buat tutorialnya tu… niat nak baek tp cara xkena… erm…
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:18 pm
yezza.. niat xmenghalalkan cara kan.. ^_^
[Reply]
bila amal kebajikan (sebarkan ilmu tentang bertudung) dicampur dengan maksiat (kurang menjaga aurat model), itulah jadinya…
inqilabiyyah – salah satu ciri2 khusus Islam, takkan tertegak Islam tanpa mencabut akar jahiliyyah hingga ke umbinya..
Islam tak boleh bercampur dengan jahiliyyah dalam satu masa, takkan menjadi!
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:20 pm
Setuju.. sangat2 setuju..
apabila hak dan batil bercampur, maka semakin jauhlah kita dari Allah.. huhu..
[Reply]
rasanya jelas tutorial tu dibuat utk dapatkan hits or viewer..hmm, byk gak tutorial2 shawl yg aku dah tgk..semuanya aku menyampah. ada yg dok puji pmpuan tu cantik, pandai bergaya. heh..bukankah lebih elok bergaya depan suami je. ini utk santapan mata lelaki ajnabi. tak malu ke?
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:21 pm
Xkuasa i, xgitu JT? hehe..
Syukur bakal bini aku xmcm tu.. eh? xkan ada calon pula dah? ahakz..
[Reply]
rasa2nya sekarang ni pakai tudung kerana fesyen, bukan kerana nak menutup aurat!Tu sebabnya tuturial yg dibuat tu tak mementingkan aurat, yg diutamakan fesyennya!
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:23 pm
betul tu kak, apabila fesyen lebih dipentingkan, maka bercelarulah agama.. huhu..
[Reply]
tutorial tudung tu hnya alasan utk buat aksi bajet comel terkial2 dpn kamera ja sbnrnya… haha..
errr.. tudung labuh kena tutorial gak ke? ada belit2 ke? hehehe.. wat la.. nk tgok muka aretikz pkai tudung labuh… smbil wat suara manja.. auw.. heheh..
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:25 pm
ahakz.. alasan semata-mata rupanya.. hehe..
Err, aku pun tak tahu sbnarnya.. ahakz.. kang aku buat, mak nyah beriman jak yang datang kat blog kawe.. oh tidak!
[Reply]
tuto pkai shawl ni ada gak baik dia… leh bawa org tutup aurat.. but yah… kalau wat tuto tu, tutup gak aurat sendiri kan… suka tuto yg xkluarkan suara, tulisan jak… hehehe…
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:27 pm
yup, memang boleh bawa, tapi, nilai keagamaan itu kurang.. dari kaca mata pendakwah ianya satu perubahan positif, namun, ianya boleh jd negatif jika perubahan itu terhenti begitu sahaja.. lgpun kbnykan mereka akan bertudung krana fesyen, maka aurat yg lain akan terbuka.. huhu..
memamg susah sbnrnya kan? huhu..
[Reply]
alhamdulillah … sye diberi hidayah & berubah dari free hair kepada memakai tudung hanya sebab untuk menutup aurat , bukan sebab untuk berfesyen .. dan sye belom pernah terbukak hati untuk mencuba fesyen tudung terkini yg macam rimas . semoga Allah sentiasa melindungi sye .. terima kasih Allah sebab masih sayangkan saye .Eh ! Allah memang sayangkan kite kan ustaz ? (。◕_◕。)
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:30 pm
Syukur, alhamdulillah.. Amin.. doaku buat Deeya.. yup.. Allah memang sayang kita semua.. ^_^
Jap2.. bila masa jd ustaz? =.=”
[Reply]
deeya Reply:
July 5th, 2011 at 2:37 pm
mekasey mengaminkan doa saye .. yay ! Allah sayang kite sama-same ^__^
mmg ustaz kan ?? hahakz ! ah ~ tak kire la nak panggel ape pun
[Reply]
nice entry.. amani setyju sangat2…
[Reply]
aretikz Reply:
July 4th, 2011 at 10:32 pm
Thanx amani.. ^_^
[Reply]
itulah..
bila kita tegur marah plak..
payah ppuan mcm ni
[Reply]
berlambak pompoan skang nk jd cikgu… ajar pakai tudung.. cume syg sbb kalau tudung bleh ttup dada,diorg tarik tudung ke blkg bg nmpak dada…kesian….
[Reply]