Penyakit Orang Baik

Ada satu jenis penyakit, yang hanya dihinggapi oleh orang baik. Orang jahat tidak dapat penyakit ini, kerana penyakit ini hanya untuk si pelaku baik. Penyakit ini amat bahaya, malah menyebabkan hati rosak dan sukar diubati.

Penyakit apakah itu? Hadis ini menerangkan mengenai penyakit untuk orang baik.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.

Allah bertanya : “Apakah yang engkau telah lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”, orang itu menjawab : “Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh.”

Allah berfirman : “Engkau berdusta! Kerana engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani!”

Dan sememangnya orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran.Orang ini dihadirkan, lalu disebut kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya : “Apakah yang engkau telah lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”

Dia menjawab : “Aku mempelajari ilmu, lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran.”

Allah berfirman : “Engkau berdusta! Kerana engkau belajar agar disebut alim, dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz).”

Dan sememangnya orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang ini dihadirkan dan disebut-sebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya : “Apakah yang engkau telah lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”

Dia menjawab : “Aku membelanjakannya di tempat-tempat engkau kehendaki.”

Allah berfirman : “Engkau berdusta! Kerana engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan.”

Dan sememangnya orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

******************************

Demikianlah penyakit orang baik, yang orang jahat tidak lakukannya, yakni membanggakan apa jua amal kebaikan yang dilakukan. Dia ingin dikenali, mashyur atas tiket kebaikan yang dilakukan. Inilah yang dipanggil riak

Ali bin Abi Talib pernah berkata : Tanda riak itu 3 perkara : Malas beramal jika sendirian, rajin beramal jika dalam ramai, dan menambah amalan jika dipuji, dan menguranginya bila dicela.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Dastuti : “Seorang hamba tidak patut berbangga dengan ilmu, harta dan jabatan yang dimilikinya sebelum ia selamat melintasi titian sirat. Apa gunanya pujian jika ia tetap terjatuh ke dalam neraka pada hari kiamat nanti?”

Pujian itu adalah ujian, dan nikmat yang bersyukur kepada-Nya. Lantas aku teringat status facebookku :

Bangga dengan harta, tak boleh dibawa mati.
Bangga dengan amal, riak menguasai diri.
Bangga dengan kecantikan diri, tak kekal tua nanti.
Bangga dengan kejahatan, azab sedang menanti pasti.

Bersyukurlah pada ilahi, sesuatu perkara yang kita tak akan rugi.

Demikianlah syukur, penghapus segala rasa bongkak diri. Berhati-hatilah penyakit ini, yang hanya pada orang baik hati.

 

SCemanoti : Ak menulis bukan kerana nama ~ Pergh, karaoke ho?


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Pengalaman Untuk Bertindak Bijak
  • Nasyid Tin Kosong
  • Dia Antara Tokoh Terulung
  • Edisi Karaoke : Jangan Sampai Bangunkan Naga
  • Kisah Debat Pemuda Hebat Dengan Utusan Maharaja Rom

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Agama and tagged , , , . Bookmark the permalink.

23 Responses to Penyakit Orang Baik

  1. nui says:

    betui tu. susah mau jaga hati kadang-kadang. Kena tiup tiup oleh syaitan. Ish semoga kita dijauhkan daripada semua itu ;D

    [Reply]

    aretikz Reply:

    yup.. kadang rasa nak bgtau amal yg kita buat.. itu yg bhaya.. smoga dijauhkan.. amin.. ^_^

    [Reply]

  2. keen~ says:

    keikhlasan itu umpama semut hitam, di atas batu yg hitam, pd mlm yg gelap gulita.. susah nk nmpk, dan susah nk dikenal pasti.. hrp2 kita sentiasa ikhlas dlm amalan kita.. jgn pernah tergelincir.. huhu~ T_T

    [Reply]

    aretikz Reply:

    pergh ~ memg dalam ingatan jak yek kata2 ni? hehe.. InsyaAllah.. ^_^

    [Reply]

    keen~ Reply:

    keen suka kata2 ni.. best2~ sejak umur keen 17 tahun, keen tau sal kata2 ni.. dh 3 tahun kukuh dlm ingatan~~ ^_^

    [Reply]

  3. husna says:

    takutnya… kekadang hati xleh nak stop, nak dikawal. tambah dengan amalan yg seciput nih. kalau riak, HABIS. ya Allah, jauhkanlah kami dari perasaan bangga dan riak.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup, saya pun takut juga.. moga dijauhkan.. huhu..

    [Reply]

  4. mimo91 says:

    huhu..bahaye betul minta jauhkan daripada sifat membangga diri ni seeloknya lakukan kebaikan dengan niat yg ikhlas kerana Allah bukan kerana nama dan mengharapkan sanjungan orang..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Keikhlasan semestinya kunci utama.. maka, nak ikhlas kuncikan nafsu.. ^_^

    [Reply]

  5. deeya says:

    takotnye ! mudah-mudahan kite semua terhindar dari sifat riak/bongkak/takbur/sombong/bangga diri kan atik ..

    eh tapi cemane dengan kes saye ?? saye suke cakap kalau saye nie comel . yer ! sye memang suke puji diri sendiri .. org laen tak puji takpe . janji sye da msuk bakul angkat sendiri .. klau camtu cemane ustad ?? kire riak jugak eh ? ngheeee ~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. semoga dihindari.. ^_^

    erk? ahakz.. yelah.. Deeya memang comey.. keh keh keh..

    [Reply]

    deeya Reply:

    eh ! dan dan ade orang puji .. mekasey ! malu beta . hahakz ! =)

    [Reply]

  6. AzwanRamli says:

    Riak,takabbur dan ujud itu sume penyakit hati.Semoga kite dijauhikan.InsyaALLAH.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. penyakit yang berbahaya.. amin.. ^_^

    [Reply]

  7. Tauke Budu says:

    penyakit utk org baik je kan??
    haha….aduh la….moga2 tak tegolong dlm golongan ni..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    ahakz.. napa disoal? ahakz..
    InsyaAllah.. ^_^

    [Reply]

  8. i am S!L4H.. says:

    baik dan jahat juga dugaan.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. betul tu Silah.. ^_^

    [Reply]

  9. teratai says:

    Astgfirullah…terima kasih kerana mengingatkan! Sesungguhnya penyakit hati ini amat sukar utk diubati,wujud juga walaupun kita telah berhati-hati menjaganya.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sama2 kak.. sekadar perkongsian.. ^_^

    [Reply]

  10. Yana says:

    berharap supaya yana tidak seperti yg dinyatakan.. astagfirullah

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Semoga kita semua dijauhkan dari sifat ini.. ^_^

    [Reply]

  11. fana says:

    Salam semua =) Maaf jika saya tersilap. Pernah dulu saya mendengar seorang kakak senior mengingatkan bahawa jika kita tidak membuat sesuatu amal kerana takut/segan dengan orang lain, itu juga boleh dikira riak kerana kita tidak ikhlas beribadah kepada Allah, kita lebih takutkan manusia. Cthnya jika kita selalu solat sunat rawatib apbla berseorangan dirumah, tetapi tidak bangun bersolat jika di masjid/surau krn segan dgn org lain. Perlu berhati2 jika terasa begini.hmm…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: