BERSIHkan Lidah, PATRIOTkanlah Hati

9 Julai, tarikh telah ditetapkan, satu perhimpunan besar menggemparkan negara. Impaknya benar terasa, dari realiti, hingga menjengah ke alam maya. Tidak kisah siapa yang menyokong atau tidak, bicara bibir, taipan jari-jemari telah menjelaskan segalanya. Itulah, demonstrasi BERSIH.

Aku tidak kisah, kamu mahu sokong siapa sekalipun, yang BERSIH, yang anti-BERSIH, masing-masing ada pendapat sendiri. Malah sudah keluar pelbagai dalil untuk menguatkan hujah, tapi, lidah yang mengucapkan ayat al-quran, menuturkan sabda nabi, tapi langsung berkata-kata buruk.

Yang bodoh, yang bangang, pencacai, anjing, segala macam gelaran keluar. Belum lagi keji caci maki, apatah lagi sikap mengapi-api. Banyak mendambakan kebenaran hujah mereka, tetapi kebenaran itu diselangi keburukan berbicara.

Kenapa langsung tidak boleh berkata-kata baik? Kenapa tidak memBERSIHkan lidah anda? Kenapa tidak PATRIOTkan hati dengan Islam dan iman?

Kamu tahu Islam menganjurkan kata-kata yang baik, kamu tahu Islam tidak menyuruh kamu memburuk-burukkan orang.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al-Hujurat : 11)

Itu baru sebahagian dari terjemahan surah Al-Hujurat. Tapi, bila dibaca dari ayat pertama surah ini, hingga akhir, maka kamu ketahui bahawa surah ini menganjurkan perpaduan selain berbicara tentang iman, demikian antara hikmah yang terkandung dalam surah Hujurat.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Lihatlah kata-kata kamu sebelum menuturkannya, apa yang aku lihat, kebanyakkan lebih suka berbicara mengenai kejadian, kenapa tiada berbicara mengenai hikmah kejadian?

Aku lebih suka mengambil sikap 4 Imam Mazhab apabila berhadapan dengan pemimpin zalim. Pemimpin yang mereka hadapi bukan sembarangan, malah bersikap kejam terhadap ulama. Sehingga membunuh! Apa mereka buat?

Samada mereka menasihati pemimpin tersebut secara personal, ataupun lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri. Paling kurang, mereka apabila diajukan pertanyaan tentang keburukan pemimpin tersebut, mereka berdiam diri. Sebab mereka tahu, pengaruh mereka besar, pasti boleh menimbulkan perpecahan besar dikalangan umat Islam.

Biarpun mereka tidak suka dengan pemimpin tersebut, tapi mereka tidak memburukkannya. Malah jika ada kebaikan, dikatakan kebaikan tersebut. Namun, apabila diperintahkan melakukan sesuatu yang mungkar, mereka sanggup mati dari melakukannya!

Aku tahu, bila berkata tentang politik, maka tidak akan lepas dari memburuk-burukkan, memberi gelaran tidak elok, dan kemudian yang memberi pendapat, pasti akan terikut juga gaya si penulis, belum lagi yang menentang.

Terpulang pada kita, untuk jadi batu api, atau berkata buruk, tapi, ingatlah, Islam sesuatu yang baik, maka carilah hikmah dalam Islam.

Dan ingat juga, ideologi politik memang berbeza, tapi akidah kita tetap sama, Islam. Sedangkan 4 mazhab itu berbeza, namun yang bezanya ideologi fiqh, namun tetap berlandaskan al-Quran dan sunnah. Yang pasti, akidah mereka Islam, dan sunnah wal jamaah.

Ingatlah, dengan berkata-kata baik, dapat menyelamatkan diri dari terjerumus dalam lembah syaitan. Sedangkan berkata-kata buruk, tanda api syaitan menyala untuk disimbah ke muka kita. Renung-renungkan, dan selamat beramal. 8)

SCemanoti : Keterbatasan waktu melakukan blogwalking. Sesetengah blog jak dapat, huhu. Aish, bukan blogwalking kalau macam ni, blogngensot ni, hehe.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Antara Hutang Dan Hindustan
  • Sempurna Dalam Tidak Sempurna
  • Bila Mata Jadi Berat
  • Tak Habis-Habis Dengan Valentine!
  • Ngo-Blog : Menambah Blog Yang Kosong

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Semasa and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

18 Responses to BERSIHkan Lidah, PATRIOTkanlah Hati

  1. keen~ says:

    ehhh?? ehhhh?? entry kita lebig kurang sama la.. ahahahahha~ promote entry jap..^_^

    emmm.. tu la.. bila semangat nk baca sal berita terbaru bersih tu, terus down.. rasa cam nk marah je bila tengok kata2 camtu.. huhu~

    mungkin diorg mengulas atas dasar emosi, tu pasal keluar camtu.. huhu~

    sorang lecturer keen pernah bgtau.. “klu org asing nk bljr bhs kita, ayat2 pertama yg perlu diorg tau ialah kata2 makian dan kejian..”.. sadis kan dgr?? nmpk sgt kita ni dah glamor ngan kata2 yg xbaik.. huhu~

    btw, semoga kita terus berusaha utk jaga lidah kita.. dan juga, klu bleh tolonglah jgn nk menyalahkan diri masing2.. mcm aretikz bgtau tu, benda dah terjadi.. abaikan.. tp dlm masa yg sama, ambil hikmah drp peristiwa tu.. kn2?? ^_^

    [Reply]

    aretikz Reply:

    uhuk2.. promoter ya? ahakz..

    as same as me.. nak bca latest update, nak tahu perkembangan semasa.. alih2.. lain jadinya.. huhu..

    memang emosi tu slalunya, ditambah dengan taksub kepada sesuatu bnda..

    yang pntg, lidah harus dijaga dengan serapinya, mengelakkan dari berkata-kata buruk.. xdak kira apa yg hendak diulas sekalipun.. ^_^

    [Reply]

  2. errr.. terasa.. T_T

    [Reply]

    aretikz Reply:

    erk? lo.. pnulisan bro ada kata2 kesat ka? huhu..

    [Reply]

  3. tukang karut says:

    atas pagar…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    jgn jatuh, hehe..

    [Reply]

  4. astina says:

    berdiam tidak bermakna kita setuju..

    saya sgt tertarik landas agama yang dipegang..

    mereka memberontak menggunakan landas agama..

    anak kecil wanita bertudung melaungkan AllahuaAkbar..
    signifikannya seolah2 selama ini Islam ditindas..
    andai sesiapapunpemerintah, pasti ada ketidakpuasan hati..

    sangat menyedihkan..

    tuan, mari ke mari minta emel adress.. saya ingin menjemput ke blog merapu saya..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    berdiam juga mnjaga perkataan yg dikatakan.. ^_^

    Allah lebih mengetahui semua yg tersirat ^_^

    thanx 4 invite.. hunter_admirez@yahoo.com.my

    [Reply]

  5. hamzah says:

    entah.. dua dua aku tak sokong.. dua dua nampak benor salah silap

    [Reply]

    aretikz Reply:

    ahakz.. atas pagar juga lah ni kan? hehe..

    [Reply]

  6. Fadzmie says:

    Dua-dua salah. Salah pada caranya. Dalam hal ni, aku atas pagar. Bukan bermaksud aku tak kisah, tapi terbukti keduanya salah. Matlamat tidak menghalalkan cara. :)

    # dari sabahan, untuk sabahan #

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Allah maha mengetahui mana yang tersirat.. moga kita dijauhkan dari segala keburukan yg ada.. ^_^

    [Reply]

  7. cik sha says:

    bersetuju dengan artikel ini..berdiam lebih baek dari mengeluarkan kata-kata kesat yg tidak sedap didengar..lagipun berdiam bukan nya bermaksud kita bersetuju dengan tindakan yg salah tu..kan?

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. kalau kita mampu memberi pendapat dengan berhikmah, xdak apa kalau nak berkata.. tapi kalau xdapat, semestinya berdiam itu lebih baik.. ^_^

    [Reply]

  8. deeya says:

    tak membenarkan dan menyalahkan mane-mane pihak .. pihak kerajaan tak semua bersih . pihak pembangkang jugak tak semua bersih .. ta tau nak ckap ape .. yg penting kita semua berada di landasan Islam dan berpegang pada ajaran al-Qur’an & sunnah . tapi bila berlaku macam nie , sye sendiri pun jadi takot nak keluar rumah .. entah laaah ! semoga ape yg terjadi nie ade hikmah-Nya ^__^

    [Reply]

    aretikz Reply:

    kira atas pagar jugalah yek? hehe.. tp memang btul, selagi berada di atas landasan al-quran dan sunnah kan..

    [Reply]

  9. Pingback: SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA | SeGaLa CeRiTeRa

  10. Pingback: SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA | SeGaLa CeRiTeRa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: