Sempurna Dalam Tidak Sempurna

“Assalammualaikum”

“Wa’alaikumsalam, yarabi, Safira, lama tidak jumpa. Apa khabar dirimu?” Hazirah lantas memeluk sahabatnya yang telah lama tidak ketemu.

“Alhamdulillah, baik-baik saja. Kau pula tampak berisi, ni kes bahagia dengan Azam kan?’ Safira mengusik Hazirah. Namun, usikan itu nyata mematikan riak wajah ceria Hazirah. Safira kehairanan.

“Kenapa ni? Ada masalah dengan Azam?” Safira bertanya dengan lembut. Risau melihat keadaan sahabatnya itu.

“Hmm, entahlah, aku tak tahu nak cakap apa lagi.” Keluh Hazirah.

“Kenapa cakap macam tu? Azam buat apa dekat kau?” Tanya Safira lagi.

“Dia tak buat apa-apa pun, cuma dia berbeza dari sebelum ni. Saat dia melafazkan akad nikah, betapa gembiranya aku wahai sahabat. Kau juga jadi saksi air mataku tanda gembira disatukan dengan dia. Sememangnya aku impikan seorang lelaki yang mampu membimbingku dalam melayari bahtera, namun..” Hazirah terdiam seketika.

“Banyak perkara yang dia gagal dalam menanganinya. Entahlah, bukan dia tidak baik, tapi sekurang-kurangnya, dia dapat membimbing aku dengan sebaiknya, namun, kadang-kala, aku sendiri yang menegurnya.” Keluh Hazirah.

“Alhamdulillah.” Senyum Safira.

“Yang kau senyum kenapa? Siap bersyukur lagi, nak sakitkan hati aku ya? Hazirah kurang senang dengan perlakuan sahabatnya itu. Hazirah cuma menggeleng-gelengkan kepala sahaja sambil tersenyum.

“Bukan, itu tandanya, dirimu masih ada cinta.” tenang Safira menuturkan kata.

“Ya sahabat baikku, tahukah dirimu telah melakukan satu kesilapan?” Persoalan Safira nyata membuatkan dahi Hazirah berkerut.

“Apa salahku? Semua perkara yang ku alami betul Safira, bukan mengada-adakan cerita.” jawab Hazirah tegas.

“Hazirah, salahmu kerana menganggap bahawa dirimu betul. Salahmu kerana tidak pernah menelusuri kesilapan diri. Apa yang kau lihat, hanya secebis kelemahan Azam. Kenapa tidak dirimu lihat kelebihan yang ada padanya? Bukankah kau pernah berkata, setiap manusia tidak ada yang sempurna?” Jelas Safira.

“Sahabat, tahukah kamu, kelemahan suamimu itu, satu anugerah bagi Allah?” sekali lagi Safira bermain bahasa.

“Maksud kamu?” Hazirah bingung dengan pernyataan Safira.

“Anugerah untuk sama-sama melipatgandakan amalan. Sama-sama memperbaiki diri. Bukannya melihat ketidaksempurnaan pasangan sebagai alasan untuk menunjukkan kita ini betul. Bukankah perkahwinan itu satu ibadah? Maka, jadikannya ibadah terbaik buat kamu berdua.” Ujar Safira. Kini Hazirah tersenyum.

“Benar sahabatku, terima kasih. Nyata, dirimu kategori wajib kahwin sudah.” lantas Safira mencubit lengan Hazirah. Auuchh ~

******************************

Cinta itu satu fitrah, pernikahan itu satu ibadah. Selalu orang berkata, dulu masa sebelum kahwin, perangai macam malaikat, tetapi bila dah kahwin, malaikat maut pun dah tak ingat. Maka masing-masing mengeluh terhadap ketidaksempurnaan yang dimiliki pasangan. Jauh sekali dari impian sebelum ini.

Sebab itu perkahwinan saling melengkapi, biarpun melengkapi itu nyata tidak sempurna. Tidak semestinya tagline suami menjadi pembimbing, maka terlalu bergantung harap dibimbing dengan suami. Tidak semestinya tagline isteri melayan suami tidak boleh menegurnya. Kalau ikut tagline, maka tagline gaduh hingga cerai pun boleh jadi. Na’uzubillah.

Tidak salah ada impian, namun untuk mencapai impian, maka carilah kesempurnaan dalam ketidaksempurnaan itu. Itu yang membawa kita kepada fitrah, fitrahnya cinta.

SCemanoti : Pernah makan betik campur milo? Biar betik?


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Nak Yang Baik, Jadilah Yang Terbaik
  • Buat Yang Rasa Dirinya Kurang Hensem Dan Kurang Cantik
  • Segerakanlah Cinta
  • Memilih Itu Perlu, Bukan Terlalu
  • Persoalan Mereka Yang Belum Berkahwin

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Jodohku Jodohmu Jua and tagged , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Sempurna Dalam Tidak Sempurna

  1. husna says:

    wah…awak pun tahap boleh kawen dah tuan belog..ha ha..
    suka ayat ayat last tu (bkn kisah betik milo ye)

    *sy private belog, jadi maafla kalo pg ziarah tuan rumah tak bukak pintu..huhu*

    [Reply]

    aretikz Reply:

    uhuk2.. dah wajib ho?
    erk? napa bukan betik? haha..

    *saya menerima keputusan Husna, mengharap dapat di invite juga ^_^ kalau dapat la, hehe..

    [Reply]

  2. keen~ says:

    azam?? safira?? jeng3~ KCB sudah.. ahahahaha~ ^_^

    bila kita bernikah, tu bermakna kita terima segala baik dan buruk dia.. bukn hanya kelebihan dia saje.. dan bila kita tinggal ngan seseorg tu, baru kita tau camne dia tu.. kn2?? ^_^

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Saja jak.. ahakz..

    Yup, kita hnya mengetahui lebih stelah serumah kan? hehe..

    [Reply]

  3. deeya says:

    memang tak kan ade yg sempurna dalam dunia nie . sebab tu bila da berumahtangga , kena saling melengkapi satu sama lain utk cari kesempurnaan . nak bina masjid senang , tapi nak mempertahankan kukuhnya masjid kena banyak lagi belajar

    ustaz atik kawen la cepat . macam da kategori wajib kawen jugak je caranya . hahakz !
    deeya recently posted..Senyum Mengajar Saye Erti Cinta

    [Reply]

  4. nur diyana says:

    ‘I just want you that’s it. All your flaws, mistakes, smiles, giggles, jokes, sarcasm. Everything. I just want you’

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: