Milo, siapa tak pernah minum milo? Itu kalau tak pernah minum milo sekali seumur hidup, memang aku respek. Memang ada pun, yakni bayi-bayi yang belum ibunya bagi dia rasa apa itu milo. Selain minum milo, pernahkah kamu buat benda lain dengan milo ni?
Aku tahu, bab biskut milo, mesti ada. Namun, aku punya cara lagi pelik untuk merasa milo. Nampak mengarut, tapi, kalau rasa tak percaya, boleh toray.
1. Milo dan betik
Entri Sempurna aku dah cakap tentang milo dengan betik. Apa kaitan keduanya? Betik ataupun dekat Sabah dipanggil Kepayas boleh dimakan bersama milo. Caranya?
Kamu potong betik tu macam bentuk ulas oren, kemudian tabur milo atas tu. Makan pakai sudu. Jadilah betik perasa milo. Ini kerja gila sepupu aku masa kecil, aku pernah rasa, tapi masa kecil la, habis milo rumah dorang gara-gara buat benda ni, haha.
2. Milo dengan bread
Ni nak cicah bread dengan milo? Bukan, ini aku memang paling suka buat. Yang penting ada susu cap junjung. Mula-mula sapukan bread tu dengan susu cap junjung, lepas tu baru tabur dengan milo. Pergh, boleh ketagih beb. Nikmat woo.
3. Milo dan susu
Simple punya bagi yang tak suka minum susu. Susu tu letak dalam 2 sudu besar, lepas tu letak gula secukup rasa, kemudian tarulah milo setengah sudu ka. Bancuh air, sebatian kan benda ni, baru boleh minum. Kalau tetap tak suka minum susu, jangan salahkan aku, haha.
4. Milo dan lolipop
Senang punya, celup jak lolipop dalam serbuk milo, kemudian ngappp~
5. Milo jadi coklat
Teknik ni aku belajar dekat asrama. Ni kena guna milo 3 in 1. Caranya, korang kena sediakan seterika. Ya, kita kena seterika milo 3 in 1 tu, hehe.
Tapi, jangan seterika direct, tu memang terbakar bungkusan milo tu. Lapis dengan kertas, lepas tu seterika dan tekan kuat-kuat milo tu. Selalu tukar atau terbalikkan tempat di seterika tu. Buat sampai angin dalam tu keluar, dan bila rasa milo tu dah cukup keras.
Setelah sampai tahap milo tu dah keras dan kecut, biarkan sejuk. Kemudian, lepas sejuk, dah boleh makan milo coklat.
********************************
Kalau rasa-rasa nak try, silakan, dengan perkataan, if u dare, haha. Semua kat atas telah dicuba oleh aku, setakat ni belum pernah rasa cirit-birit, usus, limpa, dan sewaktu dengannya. Itulah nikmat milo aku rasa cara aku, mungkin korang pun ada cara yang lain dari yang lain?
SCemanoti : Yang pasti, perlawanan Arsenal dan Malaysia, ada budak milo.
Comments
Powered by Facebook Comments




wah … milo buat coklat tu akak pernah jugak buat … hehehe..
BTW … salam kenal..
[Reply]
aretikz Reply:
July 14th, 2011 at 10:00 pm
Wah, mesti sedap kan? hehe..
Salam kenal juga ^_^
[Reply]
assalamualaikum..
rasanya segala teknik ini mmemang pernah dilakukan time kecil2….
yg milo coklat tu pun blajar kat asrama jg…..tiem rehat makan coklat milo….terbaik~~~
pasni kena try milo kumbahan plak…yg ni antara minuman wajib time kecil2…orang tua2pun suka ni….
caranya sgt mudah…
bancuh milo bersama susu cap junjung kegemaran anda di dalam air panas (sedikit saja)…tambahkan air sejuk dan ketulan ais utk menambahkan rasa nikmat dan utk memastikan kumbahan milo menjadi…
lastly, masukkan 1 atau 2 sudu besar serbuk milo dlm bancuhan sejuk td….kacau
siaplah milo kumbahan (kumbahan ni jadi jika serbuk milo di masukkan dalm bancuhan yang benar2 sejuk)…=)
[Reply]
aretikz Reply:
July 14th, 2011 at 10:04 pm
uuh.. mo toray ni.. ^_^
thanx kerana kongsi.. ^_^
[Reply]
syara Reply:
July 15th, 2011 at 12:57 am
hehe..no biggie…nnt serbuk milo yg dimasukkan kemudian tu tak larut sgt…itulah rahsia kumbahannya..^^)
[Reply]
huhuhuhu..rindu plak tym asrama dulu
[Reply]
aretikz Reply:
July 14th, 2011 at 10:05 pm
samalah juga dengan diriku.. huhu..
[Reply]
hahahaha…wajib try..
[Reply]
aretikz Reply:
July 14th, 2011 at 10:07 pm
try, jgn xtry.. hehe..
[Reply]
paling keen suka, nescafe + milo = NESLO!!!!!!!!
peghhhh~ pengubat mata yg layu dlm kelas.. ^_^
[Reply]
aretikz Reply:
July 14th, 2011 at 10:09 pm
Ahakz.. jarang2 minum neslo, keh keh keh..
[Reply]
Milo forever dr kechil sampai besar.
[Reply]
aretikz Reply:
July 14th, 2011 at 10:11 pm
hehe.. peminat tegar ho? hehe..
[Reply]
dlm banyak2 cara…yg part makan ngn betik tu aku tak pernah try lagi…kena try nanti…
[Reply]
aretikz Reply:
July 17th, 2011 at 11:23 pm
try.. jangan xtry.. ahakz..
[Reply]
err yana penah buat yang ke3 je. yang lain tak penah buat lg. part buat milo coklat tu cm best jah. hehe
[Reply]
aretikz Reply:
July 17th, 2011 at 11:25 pm
best tu.. cuba try.. mcm coklat dowh trus.. hehe..
[Reply]
waaah ! seyes ta pernah buat . macam nak try satu2 jer . hehe .
deeya recently posted..Senyum Mengajar Saye Erti Cinta
[Reply]
iron milo tu slalu la buat masa dok ostel dlu.. haha..
tp mkn milo dgn betik.. tu mmg kerja gila.. x mabuk ka? haha..
Solihin Zubir recently posted..Apa Salahnya Buat Dosa? Pelacur Pun Masuk Syurga!
[Reply]
cik tom plg suka milo buat coklat..best2…rindu plk time hostel dl…hik3
cik tom recently posted..Tahniah Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina Dapat Anak Perempuan Sulung
[Reply]
sy buat pancake perisa milo, jugak tabur milo atas ice cream perisa vanila, milo ais+7up, milo ais+fresh orange, jugak milo yg ditambah dlm jemput2.
BEST~!
[Reply]