Terima Kasih Cinta

Saat kamu jatuh cinta pada si dia, adakah kamu mensyukuri cinta yang datang tanpa dipinta?

Saat kamu menyatakan niat untuk bersama dengannya, adakah kamu mensyukuri cinta yang menjadikan kamu berani mengatakannya?

Saat kamu melangkah ke alam pernikahan, adakah kamu mensyukuri hikmah pertemuan membuahkan cinta untuk bersama?

Saat kamu menjalani kehidupan berumahtangga, adakah kamu mensyukuri cinta yang akan dibawa hingga ke syurga?

Kamu pernah jatuh cinta, kamu tahu rasanya cinta, kamu tahu datangnya tanpa dipinta, pernahkah kamu mensyukuri nikmatnya?

Cinta itu kurniaan ilahi, yang terletak di dalam hati, fitrah manusia yang penuh suci, namun kadang-kala lalai untuk dihargai.

Rasa ragu terhadap cinta, rasa curiga terhadap cinta, rasa jemu terhadap cinta, semuanya berlaku kerana tidak menghargai cinta.

Manusia lupa itu cinta sesama manusia sekadar pinjaman dari-Nya, manusia alpa bahawa cinta yang kekal hanyalah Lillahi Ta’ala. Hingga akhirnya menangisi setelah cinta itu telah tiada.

Kerana cinta itu penuh nikmat, kerana cinta itu penuh rahmat.

Syukurilah cinta yang diberi, oleh itu kita akan merasa nikmat kurniaan ilahi. Jika tidak diendahkan, maka ianya pasti menjadi ujian.

Tanya diri, sudahkah anda mensyukuri cinta yang diberi? InsyaAllah, Dia pasti akan memberi lagi.

Terima kasih cinta (^_^)

SCemanoti : Oh, kenapa hatiku legend bermuka jambu? Eh?

Ini juga ceriteranya

  • Bukan Girlfriend, Tapi IsteriBukan Girlfriend, Tapi Isteri Saat mana seorang insan jatuh cinta, benda yang 1st difikirkan, macam mana nak tekel si dia. Nanti-nanti kad merah, sedih la pula. Disana keberanian akan memainkan peranan, bagaimana caranya untu...
  • Bukan DirikuBukan Diriku "Awak, saya nak bagitahu awak sesuatu" "Ya? Apa dia?" "Saya suka kat awak, sungguh, hati saya meronta untuk mengatakan cintakan awak" ".........." "Awak?" ".........." "Kenapa awak diam?"...
  • Jodoh Itu Urusan AllahJodoh Itu Urusan Allah "Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan tuhan" Ayat yang selalu diungkapkan, dan sememangnya ada kebenaran. Bayangkan 3 tahun sebelum itu kita menyukai seseorang, namun pada tahun ini kita kita be...
  • Bukan Girlfriend, Tapi Isteri (EGBB)Bukan Girlfriend, Tapi Isteri (EGBB) Saja jak nak post balik, boleh? haha. Bukanlah, ni nak join contest dari Hiro. Sebelum wa teruskan, jom join EGBB kat http://akaltunjang.blogspot.com, hadiahnnya mencecah Rm 50, fuyoo. Apapapun, jo...
  • Segerakanlah CintaSegerakanlah Cinta "Wahai gadisku, aku amat cinta padamu, bolehkah dirimu menjadi teman hidupku, kekasih hatiku? Aku pasti menjaga sepenuh jiwa ragaku, itulah janjiku!" Argghh ~ Ayat jiwang! Selalunya si teruna ya...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. bersyukur ni…

  2. Terima Masih Cinta… Eh, eh, eh.. Keh keh keh.

  3. terima kasih cinta .. hehe *nk menyibuk jugak ^^

  4. benar… cinta itu sgt indah..
    andai kita renungi..
    andai kita hargai..
    andai kita ikhlas memberi..

    best tau cinta~

  5. kalau anda dicintai isteri orang mcm na?hik…moga mndapat cinta dpd orng yg dcintai.hehe

  6. Banyak cara mensyukuri cinta (dunia)

    Tapi cinta pada yang satu jangan dilupa. itu kan pesanannya ini?

    Mesej sampai!

  7. Sentiasa alpa untuk mengejar cinta sejati dari-Nya. ;(

  8. err speechless la *__*

  9. waa…..terus x terkate zue jd ny….. :8

  10. mungkin cinta pada Allah lagi indah .. hebatnya Rabiatul Adawiyah bercinta dengan Allah , menjadi kekasih Allah .
    deeya recently posted..Senyum Mengajar Saye Erti Cinta

  11. amboih.. bermadah cinta la plak… heheh..

    mmg betul.. kita kena sedar, cinta tu sebenarnya milik Allah..
    Solihin Zubir recently posted..Apa Salahnya Buat Dosa? Pelacur Pun Masuk Syurga!

  12. entry cinta je ni..tgh jatuh cinta ek atik??lm kita xchat ek…huhu
    cik tom recently posted..Beriklan Di Blog Cik Tom

  13. i can’t hold it any longer.. T_T
    keen~ recently posted...: hanya kerana BERSIH.. BERSIH terus hubungan kita.. :.

  14. alhamdulillah :) sergeant keroro recently posted..plan no 382~~ Wordless Wednesday Comic #2

  15. ‘Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never met’

    jadi, hargailah setiap saat yg berlalu dan bersikap jujurlah dgn diri sendiri. akui rasa cinta dlm hati kita. bsyukur padaNya yg mncampakkan rasa cinta ini dan doakan si dia (wlpun dia bukan untuk kita.. :))

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: