Petua Menghilangkan Duka Dan Sedih

Aku titipkan penulisan ini untuk mereka yang berduka cita, berasa sedih, hingga hilang semangat dan kini mencari semangat yang hilang bak kata XPDC. Adapun mereka yang masih ketawa berdekah-dekah hingga tersembur air liur, pun boleh juga membaca, sebab membacakan amalan mulia?

Sedih itu perkara normal, maka orang yang normal akan merasa sedih dan berdukacita. Orang yang tak pernah sedih sepanjang hidupnya, dikhuatiri merupakan golongan yang bahagia, lalu ditempatkan di Hospital Bahagia. Tapi sedih itu ada batas, dan demikian juga baginda Rasulullah, pun pernah merasa erti kesedihan.

Ketika baginda sering menjadi mangsa kekejaman kaum kafir Quraisy, Abu Talib merupakan pelindung baginda. Biarpun berlainan agama, Abu Talib sanggup membela Rasulullah, hingga menimbulkan rasa jengkel di hati pemuka-pemuka kafir Quraisy.

Namun, takdir Allah, Abu Talib pergi jua, dalam keadaan dirinya masih kufur. Hanya doa dalam kesedihan yang baginda titipkan agar meringankan siksaan Abu Talib. Begitu peritnya kehilangan ahli keluarga yang selama ini melindunginya.

Semua wanita mendambakan peribadi Siti Khadijah. Seorang wanita yang solehah, sentiasa berada disamping suaminya dan memberi sokongan ketika baginda senantiasa dihina mereka yang memusuhi baginda. Susah senang, tanggungjawabnya sebagai isteri tidak pernah terabai.

Namun, Siti Khadijah menyusuli Abu Talib. Kehilangan dua orang yang dicintai nabi sememangnya membuatkan baginda begitu sedih sekali. Demikianlah digelar tahun berdukacita.

Dalam keadaan sedemikian rupa, gembiralah para musuh nabi, kerana memudahkan urusan mereka mengancam Rasulullah. Demikianlah ujian yang berat buat baginda, sehingga sering disakiti dengan lebih hebat berbanding sebelumnya.

Saat itu baginda bergerak ke Taif, bersama Zaid bin Harithah, dalam usaha mengembangkan dakwahnya. Baginda berharap penduduk Taif menerima mereka dengan baik. Namun, harapan tinggal harapan, apa yang diharap tidak menjadi kenyataan.

Bukan setakat tidak diterima, malah dihina dan dicaci oleh pemuka-pemuka besar Taif. Kanak-kanak pula diupah membuang batu ke arah baginda.

“Muhammad itu pesuruh Allah. Jangan kamu sakiti dia!” Teriak Zaid sambil melindungi nabi. Akibat dilempar batu, kedua-duanya mengalami kecederaan hingga menumpahkan darah baginda.

Demikian kesedihan baginda, memang perit, memang terasa, dan baginda pun manusia biasa, pasti merasa erti berduka.

Cuba kita lihat pada kesedihan kita, adakah kesedihan kita kerana Allah? Hanya sekadar ditinggal kekasih berjuta kali, maka kamu pun mengeluh betapa beratnya ujian diterima?

Ataupun, ketika ini kamu bersedih kerana banyak orang berkata buruk terhadap kamu, sedangkan kamu tidak punya salah apa-apa pun, lantas kamu pun menceritakan segala-galanya, meraih simpati, lalu bercerita mengenai orang tersebut, hingga terlupa, kamu juga memburuk-burukkan orang akibat mereka memburuk-burukkan kamu.

Ataupun ketika ini kamu berduka, bahawa kehilangan orang yang tersayang, untuk selama-lamanya. Namun, cerita berbulan-bulan masih belum expired kesedihannya, kira kamu sedih itu boleh membangkitkan mereka dari alam baqa? Boleh, jika kiamat sudah menjelma.

Kenapa aku cerita tentang baginda Rasulullah? Tahukah selepas peristiwa di Taif, berlaku satu peristiwa yang paling besar sekali? Yakni Isra’ dan Mi’raj. Apa kaitannya?

Allah telah membawa baginda nabi mengembara hingga ke Sidratul Muntaha untuk diberi hadiah yang paling baik dari yang terbaik, yakni perintah solat kepada Rasulullah serta umatnya.

Demikianlah hadiah dalam sebuah perjalanan jauh, yang hanya disettlekan dalam satu malam. Hadiah meredakan kesedihan baginda, yakni solat.

Demikianlah petua menghilangkan sedih, iaitu solat. Percayakah kamu? Tak percaya? Cubalah, tapi bukan solat yang lalai, tapi solat sebenar-benar solat.

La Tahzan, Innallaha Ma’ana : Janganlah kamu bersedih, Allah bersama kita. Saat mana Allah merasa dekat dengan kita? Saat kita bersolat, demikian solat itu juga perintah secara terus, menunjukkan betapa dekatnya Allah dalam menyampaikan perintah itu.

Kesimpulannya, solatlah petua menghilangkan sedih paling mujarab, yakni berserah kepada Allah.

Tapi kalau masih anda tak faham atau kurang yakin, maka, sedih yang melampau itu bahaya, kerana menyebabkan kamu hilang senyuman. Senyuman itu penting, kalau hilang terus, jadi kurang siuman. Tempatnya sama dengan orang yang bahagia, keh keh keh.

SCemanoti : Rasa mahu bercuti dari berblogging, tapi tiada kaitan dengan sedih yek?


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Tips Jimat Yang Orang Biasa Buat
  • Sotong Dimakan Mak Nyah Yang Gay
  • Keranamu Kolera
  • Cerita Panas Artis Bertudung!
  • Saya Blogger Sabah

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Ilmiah and tagged , , , . Bookmark the permalink.

38 Responses to Petua Menghilangkan Duka Dan Sedih

  1. farayha says:

    knape2 nk becuti?
    jgn lame2 ek..sonok bace entri2 anda :D

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. saja jak.. mncari ilham.. Thanx Farayha.. ^_^

    [Reply]

  2. Yana says:

    sangat memuaskan hati! :)

    jgn lama2, nanti ramai org rindu
    Yana recently posted..Saya Nak T Shirt DOMO KUN!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? hehe.. Thanx ^_^

    Uuh, okay2.. hehe..

    [Reply]

  3. MERAH says:

    Salam, baca ni pun dapat pengajaran. hati pun jadi tenang baca kisah Nabi kita. sesungguhnya manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud. sebab tu kena solat dan mengadulah pada Allah :) MERAH recently posted..Dulu kau sikit pun tak hiraukan aku, sekarang bukan main lagi!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Wasalam,

    Setuju dengan Merah, maka jadikanlah solat sebagai pemangkin dalam ibadah lain.. ^_^

    [Reply]

  4. alif haris says:

    la tahzan innaAllaha ma’ana :)
    itu lah yg sy salu ingat bile sedih ..insyaAllah bile kita kmbali pd die .. ketenangan itu kmbali kita miliki ^^
    alif haris recently posted..Pendedahan Eksklusif | Priority dalam Blogwalking

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup, segalanya hanya perlu kembali kepada-Nya.. ^_^

    [Reply]

  5. eiela says:

    dulu selalu sangat bersedih masa mula2 jatuh sakit, sekarang tak lagi. dah boleh terima dan taknak memaksa. sekarang, alhamdulillah dah tenang. hehe
    eiela recently posted..Giveaway Perlu Atau Tidak?

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Semoga Eiela cepat sembuh, dan kalau dah sihat sekarang.. Alhamdulillah.. ^_^

    [Reply]

  6. ZRn says:

    Keh keh keh…Selamat bercuti… :) ZRn recently posted..Memaki untuk Dimaki

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Keh keh keh.. Terima kasih.. ^_^

    [Reply]

  7. qaseh says:

    tq for sharing .. bila sedih kdg menangis je tahu

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ur welkem.. ^_^

    [Reply]

  8. deeya says:

    sye menanges bila baca entry ini .. terima kasih atik =)
    deeya recently posted..Senyum Mengajar Saye Erti Cinta

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Nak tisu? hehe..

    Ur welkem.. ^_^

    [Reply]

  9. teratai says:

    Betul apa yg Aretikz kata, kita sedih sikit doh kecewa sedangkan nabi SAW yg ditimpa kesedihan bertimpa2 masih boleh bersabar dan sebagai balasannya mendapat ganjaran terbaik drpd Allah…
    teratai recently posted..Faktor mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hakikatnya kak, saya tak mungkin boleh merasai apa kesedihan orang, tp sekurang2nya peringatan mengenai kesedihan.. ^_^

    [Reply]

  10. syara says:

    assalamualaikum

    ana juga wanita yang mendambakan peribadi seperti siti khadiah…mudah-mudahan kita diberikan sedikit kekuatan dalam menghadapi perjalanan hidup ini…

    andai bercakap mengenai kesedihan, siapa yang tidak pernah sedih?sedangkan bayi yang masih kecil, yg tidak mengerti apa2pun menangis; inikan pula kita yg sudah dewasa….

    terima kasih di atas perkongsian ini…ana kena bersabar, anta juga harus bersabar…kita semua harus bersabar

    la tahzan, innallaha maa’na..
    syara recently posted..DULU DAN SEKARANG

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Waalaikumsalam

    Semoga Syara memperoleh apa yg didambakan.. Kesedihan itu normal, cuma cara kita menyalurkan hendaklah berpatutan..

    Yup, kita semua hendaklah bersabar ^_^

    Thanx.. ^_^

    [Reply]

  11. Tauke Budu says:

    tik…nanti buat la entri petua nak stay awet muda..haha…
    Tauke Budu recently posted..Muka aku ni tua sangat ke?

    [Reply]

    aretikz Reply:

    okay.. aku wat, ko bg idea.. kah kah kah..

    [Reply]

  12. cik tom says:

    sedih baca entry ni…tapi buatkan cik tom semangat jgk..
    eh atik nk bercuti blog?jgnlah..ciktom br nak buat comeback ni..huhu
    cik tom recently posted..Tutorial Readmore Blogspot Pelbagai Versi [LINK]

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Yup.. kuatkan semangat itu.. ^_^

    Sementara cuma.. hehe.. ^_^

    [Reply]

  13. zuera says:

    mmg mmuas kn ati..hehhehee
    zuera recently posted..sarawak to dangi

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Err.. hehe.. thanx.. ^_^

    [Reply]

  14. deeya says:

    atik nak benti betol dah ker ? sye mintak maaf ! da nak puase nie .
    deeya recently posted..Selamat Menyambut Ramadhan 1432H

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Saya pun nak minta maaf.. ^_^

    [Reply]

  15. keen~ says:

    hanya DIA je yg setia dengar masalah kita.. kdg2 manusia xphm apa yg kita nk sampaikan.. jd DIA lah pendengar paling setia~~ ^_^
    keen~ recently posted...: hanya kerana BERSIH.. BERSIH terus hubungan kita.. :.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Maka.. bedoalah, agar *3 bersamamu.. hehe..

    [Reply]

    keen~ Reply:

    perlu ke masukkan nama *3..?? =.=”
    keen~ recently posted...: I can’t hold it any longer.. :.

    [Reply]

  16. sangat setia says:

    la tahzan. innaAllahamaana :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Allahuakbar.. ^_^

    [Reply]

  17. ajuera says:

    Salam alaik..
    seronoknya mmbca entry ni :)
    keep blogging.

    [Reply]

  18. nur diyana says:

    betul..mmg NORMAL jika anda bersedih atas sesuatu sebab/peristiwa. cuma jgn sedih lama2. :P

    ‘We enjoy warmth because we have been cold. We appreciate light because we have been in darkness. By the same token, we can experience joy because we have known sadness’

    [Reply]

  19. Nodin Fahmi says:

    yang penting saudara-saudara islam ku.sedih itu kerana Allah swt.

    [Reply]

  20. nor says:

    thnks… juz 2 shra..sy rse sgt sdh… byk y bmain d fikrn.. sy dtgglkn kksh..sy x de rmai kwn.. sy xpndai luakn prsaan pdhl sy ad byk mslh.. n y mbtkn sy btmbh sdh sgt2 bjm2 bhr2 dn dh bmggu2 sy cbe myiapkn asgmnt sy tp xdpt..sy mtk tolg kwn juga xdpt..tgk tutorial pm xbo jgk… mcm mn ni…trsa smgt dh x de lgsg u mnruskn pgjian pdhl ni last sem sy….

    [Reply]

    aretikz Reply:

    thanx 4 share ^^

    point utma sbnarnya yg 1st tu.. lantas effect pda yg lain.. sjujurnya.. mendekatkan diri dgn Allah adalah tonik yg paling terbaik dalam menghadapi masalah.. jgn ikut mood sedih, tp berusaha buat bnda wajib dan sunat secara istiqamah, terutama dalam membaca al-quran..

    yg part kawan, memg ada yg jnis xramai kwn, tp, kalau kwn itu berkualiti, itu lebih baik dari yg bnyk kwan tp kwan itu membwa yg xdak baik.. sharusnya, kita yg perlu cari kwan, dan carilah kwn punya akhlak terbaik, dan sebaik2 kawan utk perempuan, cari yg xsuka mengumpat ^^

    apapapun, kesedihan bukan untuk dilayan, tapi dijadikan pemangkin kekuatan.. Allah tak ciptakan perasaan utk menjadi lemah, tetapi utk mnjadi kuat.. tak kira rasa marah, sedih, gembira, semuanya utk dijadikan kekuatan.. kekuatan itu hanya akan hadir jika perasaan itu berlandaskan kerana-Nya ^^

    Saya doakan anda agar berjaya bangkit dari rasa ini.. sebab saya tahu, saudari pasti boleh punya.. InsyaAllah.. ^^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: