Masa aku menerjah laman Jejaka Terhangat, aku tertarik sangat-sangat dengan segmen ni. Kerana segmen ni jugalah, aku akhirnya menulis pada blog yang dah lama tidak diBERSIHkan, keh keh keh.
Memang bro Syafiq berjaya menarik diriku dari kepompong berdiam. Aku terpanggil dengan segera, sebab takut segmen ni tiba-tiba tutup mendadak, akibat sambutan yang aku rasa menggalakkan. Kalau nak join, klik jak header kat atas nun.
Hampir semua yang aku tengok, dah keluar macam-macam hadis, ada yang aku 1st time nampak, kira ilmu juga ni. Tapi perkongsian aku, mengenai hadis, yang kalau penuh kebaikan, atau ancaman, bila disebarkan, mendatangkan kecelaan. Maksudnya?
Hadis palsu, kali ni aku nak kongsikan hadis palsu, supaya kita berhati-hati agar tidak menyebarkannya tanpa menyatakan ianya hadis palsu.
1. Maksudnya: “Tuntutlah ilmu pengetahuan itu walau di negeri Cina sekalipun”.(Hadis ini banyak dalam kitab, namun ulamak menghukumkannya maudu’)
2. Hadith bermaksud “Tiap isteri yang keluar rumah tanpa izin suaminya dikutuk oleh malaikat di langit dan apa saja yang dilaluinya selain manusia dan jin sehingga kembali ke rumah”.
Hadis ini dihukumkan palsu oleh beberapa ulama seperti Ibn Arraq, Ibn Tahir al-Maqdisi dan al-Munawi. Sebabnya adalah kerana dalam sanadnya terdapat Ibrahim b. Hudbah, dia dituduh pendusta oleh Ibn Ma’in, Ali b. Thabit dan al-Dhahabi
3. Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. (Albani: Tidak sah dari Nabi s.a.w.)
4. Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy.
5. Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al-Quran adalah Yasiin. Barangsiapa yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
6. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
7. Tidur selepas atau waktu pagi menghalang rezeki.
8. Kebersihan itu separuh daripada iman (Banyak ulama mengatakan dhaif, tetapi Albani menghukumnya palsu)
9. Perselisihan dalam umatku adalah rahmat.
10. Sabar itu separuh dari iman. Ada ulama mengatakan hadis seperti Al-Ghazali tetapi menurut al-Iraqi yang mengkaji kitab Ihya Ulumuddin, hadis ini Dhaif. Sebahagian mengatakan kata-kata hikmah sahabat nabi. Wallahualam.
11. Hadis mengenai kelebihan solat terawih yang diriwayatkan oleh Saidina Ali seperti pada malam pertama dikatakan diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan, merupakan hadis palsu.
Dan begitu banyak lagi hadis-hadis palsu yang menular dikalangan masyarakat kita. Berhati-hati dalam mengambil sesuatu hadis, terutama hadis yang tidak dinyatakan perawi, dan jika ada perawi, sila lihat latar belakang perawi tersebut.
Mungkin itu sesimple-simple cara mengenali hadis palsu, biarpun banyak lagi kaedah mengenalinya. Dilarang kita mengimani hadis palsu ini dan dilarang kita menyebarkannya dengan bersandarkan ke atas nabi.
Ada juga sebenarnya kata-kata hikmat, disalah anggap menjadi hadis. Jika rasa-rasa nak mengetahui antara hadis palsu dan dhaif, sila klik sini untuk download pdf –> 100 Hadis Palsu Dan Dhaif di Kalangan Masyarakat.
Kalau ada salah dan silap, sila tegur, dan memandangkan segmen, aku tag lah Keen dan Solihin Zubir. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Sumber :
100 hadis dhaif dan palsu di kalangan masyarakat.
20 Persoalan asas tentang hadis
SCemanoti : Nak bercuti lagi, boleh?
Comments
Powered by Facebook Comments


uishhh kena hati-hati ni…hurmmmm banyak rupanya hadis palsu yer…
tieha ismail recently posted..| Rahsia Kejayaan Orang Jepun |
[Reply]
aretikz Reply:
August 3rd, 2011 at 9:57 pm
Memang bnyk.. ini sebahagian cuma.. kena berhati2 lain kali.. ^_^
[Reply]
yups..terlalu byk hadis yg boleh mengelirukan kita. so berhati2 dn sebab tu umat islam kena mendalami ilmu hadis ni, jgn men tibai je kan. (oh ingatan utk diri sendiri)
[Reply]
aretikz Reply:
August 3rd, 2011 at 10:06 pm
ingatan untuk diri ini jua.. huhu..
[Reply]
aigooo~ kena tag..?? bilakah tutup segmen ni?? jeng3~
emmm.. kdg2, bila terlampau sgt excited letak hadis, terus lupa nk cek perawi2 nya.. padahal benda tu dh bljr time kt sekolah dulu.. tp tetap xamik cakna.. huhu~ T_T
keen~ recently posted...: I can’t hold it any longer.. :.
[Reply]
syafiqmokhtar Reply:
July 28th, 2011 at 3:51 am
Assalamualaikum.. terima kasih sebab menyertai..semoga kita sama2 dapat manfaat dari segmen ni.. amin
secara rasminya segmen dah tutup jam 11.00 tadi
tentang permasaalahan hadis palsu atau tidak itu ada didalam entri khas yg sy dah buat.. sekadar renungan..
http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com/2011/07/pesanan-buat-sahabat-sahabat-yang-join.html
[Reply]
aretikz Reply:
August 3rd, 2011 at 10:08 pm
Keen : Saja tag masa kecederaan.. haha..
Yup.. begitulah keadaannya.. maka.. kena ulangkaji balik.. ahakz..
Syafiq : Wasalam.. ur welkem.. ^_^ InsyaAllah ada manfaatnya..
[Reply]
atik ! betolke hadith tu palsu . abes cemane nie ? nak nanes dah taw rase . ramai yang percaye .. sbenarnye sye sndiri pun takut dngan hadith tu . cemane nie ustad ? cemane nie ? nti dose . nak nanges !
deeya recently posted..Selamat Menyambut Ramadhan 1432H
[Reply]
aretikz Reply:
August 3rd, 2011 at 10:28 pm
Erk? komen lmbt direply.. masalah dah selesai.. hehe..
[Reply]
alhamdulillah dah lega . da perbetulkan silap sye . td tetibe komen tak bace entry dlu . huhuhu ~
mekasey atas info2 ni okey . kalau ade silap lg , tegur taw .
p/s : jngan lah cuti lagi . blog nie bnyak nasihat =)
deeya recently posted..Mohon Maaf Atas Penyebaran Hadith Palsu (Entry Serius !)
[Reply]
aretikz Reply:
August 3rd, 2011 at 10:29 pm
Keh keh keh.. its ok Deeya.. selagi mampu.. ^_^
[Reply]
biar betul?
byknya hadis yang slama ini kita slalu dengar rupanya hadis maudu’?
makaseh kongsi ilmu.. n makaseh tagged.. heheh..
Solihin Zubir recently posted..Atuk Dah Bersara.. Siapa Nak Umum Tarikh Puasa dan Raya Tahun ni?
[Reply]
aretikz Reply:
August 3rd, 2011 at 10:35 pm
Wallahualam.. kadang2 ada ulama berbeza pndapat.. mgkin ada yg dhaif.. tp.. memang ini dikategorikan palsu.. ^_^
cuma perlu berhati2 jak.. hehe..
[Reply]
Nice one bro. Tp bro, yg nombor 5 tu palsu ka? ustaz ku bilang ianya dhaif terlampau.
[Reply]
aretikz Reply:
August 3rd, 2011 at 10:39 pm
Kalau dari yang dikatakan.. memang kena ckp palsu.. Wallahualam.. lagipun dhaif melampau pun ada hmpir ke arah maudhu.. lain ulama lain pndpt kan.. hehe..
[Reply]
ya allah, banyaknya hadis palsu. 6 daripadanya selalu sinonim sangat dengan orang kita. thanks berkongsi, baru tau nih.
eiela recently posted..Orang Islam dan Minuman Arak
[Reply]
aretikz Reply:
August 3rd, 2011 at 10:42 pm
Ya, bnyk yang sinonim.. sebab tu kena berhati2.. its ok.. agar kita smua berhati-hati.. ^_^
[Reply]
May Allah reward you with thousands of hasanat for opening the eyes of Muslims in our country.
[Reply]