Cinta dibangkitkan? Umpama hantu bangkit? Aah, karut, hantu mana mungkin muncul di Bulan Ramadhan, apa sebenarnya yang hendak kamu katakan?
Siapa yang hendak berbicara mengenai hantu? Hantu tu kamu sahaja yang tidak memahami erti sebalik cinta yang dibangkitkan.
Adakah selama ini cinta itu tidak pernah bangkit dalam diri kamu? Hingga perlu difahami erti di sebaliknya?
Semestinya cinta itu ada dalam diriku, malah sentiasa mekar tak kira siapa yang hendak ditujukannnya. Namun, cinta itu seolah-seolah dibangkitkan hingga melangit ke atas tatkala Ramadhan ini menjelma.
Ramadhan? Sememangnya cinta pada tuhan yang didambakan, bukan? Itulah keberkatan yang menyinar di sebalik tirai Ramadhan.
Pernah kamu menyelami cinta Ramadhan terhadap sesama manusia?
Jangan berbelit lidah, kemukakan segala hujah!
Berapa kerap satu keluarga berkumpul untuk makan bersama? Bukankah mereka selalu berbuka puasa dalam satu kelompok keluarga?
Berapa kerap seorang insan untuk ke masjid untuk bertemu saudara seislam dalam menunaikan ibadah secara jemaah?
Cinta yang dibangkitkan untuk mempertemukan mereka kerana takwa kepada yang maha esa.
Sungguh kamu bermadah cuma, itu perkara biasa, tiada yang luar biasa.
Kerana kamu tidak tahu kuasanya cinta, siapa yang mengharap sinar di bulan yang mulia, maka Allah akan memberi cinta yang tak terhingga, kerana puasa ini menjadikan kita orang yang bertakwa.
Firman Allah : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah : 183)
Suami dan isteri, jika berpuasa mengharap redha ilahi, rumahtangga dibina kukuh berkali-kali.
Seorang anak mithali, jika berpuasa mengharap redha ilahi, Allah menerima doanya sebagai saham akhirat kepada ibu bapanya yang dicintai.
Seorang lelaki, yang berpuasa mengharap redha ilahi, jika hatinya berkenan dengan seorang wanita yang suci, pasti bermunajat agar dipermudahkan urusannya oleh yang hakiki.
Ramadhan membangkitkan cinta, andai kamu sedar kuasanya di bulan mulia, maka berusahalah mencari kehebatan di dalamnya.
Kini ku akuinya, hebatnya Ramadhan kerana cinta, tak kira kepada siapa, kerana tanpa cinta, hati kosong tak bermakna.
SCemanoti : Allah maha Mengetahui segalanya, hanya kita yang perlu mencari makna di sebalik sesuatu perkara.
Comments
Powered by Facebook Comments


walaweyhhhh~ sejak bila pandai bermadah ni?? jeng3~
tp yg first2 kena la cari cinta Allah, baru dpt cinta org lain kn?? ^_^
keen~ recently posted...: blog ini simple, tapi best!! :.
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 7:38 pm
Oh well.. ahakz..
Yezza.. tapi beta nak nampakkan kelebihan cinta di bulan mulia ini.. hehe..
[Reply]
uhh..terkesannya…T.T
husna recently posted..cinta yang pergi~
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 7:38 pm
Erk? Hehe..
[Reply]
alhamdulillah… syukran atik untuk perkongsian ni… jom kejar cinta Ramadhan!
sunah suka sakura recently posted..Alamak! Macam Mana Boleh Lupa Ajak Skodeng!
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 7:39 pm
Sekadar perkongsian untuk manfaat bersama.. hehe..
[Reply]
tq for sharing;D
misya mialen recently posted..Hilang 1 kg bukan sebab suami jauh
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 7:40 pm
ur welkem..
[Reply]
cinta ?? baca dua tiga kali entry nie utk memahami ape yg atik tuliskan . sungguh ! masih jauh lagi memahami erti cinta dalam diri ini . sye cube memahami .
Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri , ia tetap bukan milik kita . Kita tak mampu untuk mengawalnya . Hanya Allah yang boleh memegangnya . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah . Sebab kita nak Dia pegang kukuh-kukuh hati kita . Bila Dia pelihara dan masuk dalam hati kita , itulah nikmat lazatnnya bercinta :’(
deeya recently posted..TARAWIH
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 7:44 pm
Memang perlu baca berkali-kali ni.. ahakz..
Itu semestinya.. kita boleh mengawal dia dari melebihi cinta dari-Nya, tapi xdapat kawal kalau datangnya sndiri.. itulah cinta..
[Reply]
assalamualaikum….
alhamdulillah, masih ada kesempatan buat kita bertemu ramadan kali ini…alhamdulillah3….RAMADAN KAREEM…
mudah2an kita peroleh keberkatan di bulan yg mulia ini…sama2 lah kita mengejar cinta di sebalik bulan ini….insyaAllah, ketemu….
syara recently posted..ONLY
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 7:44 pm
Wasalam..
InsyaAllah.. hehe..
[Reply]
=) =)
i am S!L4H.. recently posted..Ogos untuk kite2 je.. Ke??
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 7:50 pm
[Reply]