“Subhaanal malikil ma’buudi, Subhaanal malikil maujuud”
Gemaan suara bilal menandakan solat sunat terawih akan dimulakan. Aku melangkah ke tempat imam. Namun bukan aku jadi imam, sebab aku langkahku terhenti di belakang imam sahaja, yakni jadi makmum, tak kira saf berapa pun, tetap namanya belakang imam, hehe.
Solat dimulakan, semua orang tampak khusyuk mendengar bacaan imam. Biarpun dalam fikiran rasa nak makan lagi, atau makanan moreh apa lepas terawih ni. Paling tidak, imam, cepatkanlah bacaanmu tu.
Tapi aku berbaik sangka dorang semua khusyuk, tak baik buruk sangka. Mesti korang setuju ada yang fikir macam tu kan?
“Daaamm!!!”
“Opocot mak kau” standard orang melatah. Tapi, tiada orang melatah kat sana. Bunyi mercun yang saban hari membingitkan telinga. Aku pun pandai juga terkejut kalau tiba-tiba mercun meletup tanpa disedari. Nasib aku tiada sakit jantung, kalau tidak, menjanda bakal bini aku. Eh?
Aish ~ Sudahlah mercun, budak-budak ni tidak pandai duduk diam pula. Asyik main di belakang. Ok, ini monolog masa perantaraan ke solat terawih seterusnya, jangan buruk sangka yek? keh keh keh.
******************************
“Assalammualaikum w.b.t, maaf sebab terpaksa menahan anda semua sebelum balik, atau nak merasa lauk moreh, tetapi saya terpanggil untuk menyatakan kurang senang terhadap kanak-kanak yang datang ke masjid.
Ya, mereka datang hanya untuk bercerita, dan paling teruk, bermain mercun dekat dengan kawasan masjid. Wahai bapa-bapa sekalian, adakah anda membawa anak anda untuk bermain-main di masjid sahaja?” Aku mula bersuara.
Diam, itulah respon standard.
“Kamu marah kanak-kanak main mercun, kamu marah kanak-kanak buat bising, tapi sepatutnya yang dimarah adalah orang dewasa, tak pandai kawal anak masing-masing!”
Sebahagian jemaah mula buat muka masam.
“Apabila kanak-kanak berada di saf hadapan, seperti saf kedua mahupun ketiga, anda tarik mereka ke belakang, salahkah mereka hendak mendapat pahala saf hadapan?”
“Nanti batal saf jika ada kanak-kanak!” seorang jemaah mula mencelah.
“Hujah?”
“Yalah, nanti budak-budak tu pandai lari juga, sudah namanya budak, mesti kelakuan pun macam budak!’ sambungnya lagi.
“Jika begitu, kenapa nak bawa dorang juga ke masjid?”
Diam. Checkmate?
“Mestilah mengajar anak-anak untuk beribadah,” Akhirnya ada juga bersuara.
“Dengan membiarkan mereka di belakang begitu sahaja?” Zapp, pedas-pedas.
“Kau ni kenapa? Budak-budak memang begitu, macam mana juga nak buat?” Bentak seorang jemaah.
Aku cool, stedy, lagak umpama lelaki hensem terakhir. Eh? Tiada kaitan, keh keh keh.
“Kenapa kamu semua tak bawa anak solat sebelah kamu sahaja?” Aku mula menimbulkan sekali lagi soalan tersebut kepada mereka.
“Itu jak yang kau ulang dari tadi, basi!” sinis.
“Kenalkah kalian dengan Ibnu Abbas?” Semua jemaah diam.
“Ibnu Abbas, merupakan seorang kanak-kanak semasa nabi telah diangkat menjadi rasul. Ketika solat malam, beliau menjadi makmum kepada nabi, sememangnya dia berada dibelakang nabi. Tetapi nabi menarik dia untuk berada di tepi sebelah kanan baginda. Adakah salah cara nabi?”
“Mungkin sebab Ibnu Abbas tu kanak-kanak yang baik,” seorang jemaah bersuara di belakang.
“Jadi, kamu katakan kanak-kanak di sini tidak baik lah? Generasi yang bakal membawa panji Islam kamu letakkan di bawah kaki kamu, macam tu?”
“Seharusnya, mereka telah dididik terlebih dahulu di rumah, kemudian dibawa ke masjid, berada di sebelah ayahnya, untuk menjadikan mereka lebih dekat untuk mengenal kemanisan ibadah. Kita kena hormat kanak-kanak, kena sayangi kanak-kanak, bukannya memandang rendah terhadap si anak kecil!”
“Sekarang kalau kamu berada di Masjidilharam, kamu tarik kanak-kanak suruh ke saf belakang, satu penampar Arab buat bekalan pulang Malaysia!”
“Pada fasa inilah mereka mudah mempelajari sesuatu, tapi kita sendiri membunuh potensi yang ada pada mereka, nyata, aku yang belum ada anak pun dah boleh jadi bapa budak sudah.” Aish ~ pandai-pandai jak aku, hehe.
“Yang orang dewasa tahu, marah, marah dan marah, lepas tu memandang rendah dengan mereka, lantas, mematikan niat mereka nak beribadah, shame on you!” Pergh ~ Speaking ho?
Saat ini mereka menitikkan air mata, adakah tanda insaf?
******************************
Aargh ~ Kalaulah aku dapat cakap benda ni betul-betul, best juga, nasib khayalan cuma, keh keh keh.
SCemanoti : Jangan marah, keh keh keh.
Comments
Powered by Facebook Comments


aretikz.. musykil la.. bleh ke kanak2 yg xbaligh duk kat saf org2 yg dh baligh?? ada org kata xbleh.. huhu~
keen~ recently posted...: blog ini simple, tapi best!! :.
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 8:04 pm
sal memutuskan saf bukan? ada bnyk pndapat.. pnjg lebar lg.. hehe..
[Reply]
berkatalah benar walaupun pahit…
Tukang Karut recently posted..Buka – Tutup – Buka…
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 8:04 pm
aduh.. memang pahit.. hehe..
[Reply]
aku pun x suka tgok org yg dok halau budak2 suruh dok saf blkg skali..
budak tu adalah adik aku..
nk ja aku azankan imam tu.. haha..
Solihin Zubir recently posted..Fantasy Premier League 2011/12 : Let’s Join SZ League
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 8:05 pm
msalahnya, org lebih dewasa ni memandang enteng kanak2.. angap mreka ni mnyusahkan.. mentaliti yg perlu diubah..
[Reply]
checkmate..haha!budak suma tu terpaksa d asingkan dari saf orang tua sebab kulup lagi kot..tapi,tempias kencing orang dewasa yg kencing berdiri pun lebih kurang je dengan si kulup…najis.smt terawih bro
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 8:07 pm
hehe.. nsib xkencing berlari.. ahakz..
[Reply]
betul lah. tak pelik dgn org yang bawak anak kecil ke masjid, tapi pelik sebab anak kecil itu dibiarkan begitu sahaja. tidak diajar bersolat…. ataupun kalau masih kecil, boleh saja suruh dia ikut apa yang kita buat. masih kecil, masih boleh dilenturkan…
Yana recently posted..WHAT? Dinaikkan??
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 8:09 pm
betul3x~ setujuuuu~~~~
[Reply]
puase belom ade stngah bulan da dngar bunyi mercun kan ? kat surau tmpat sye pun same . bebudak nakal gak .
erm ~ mak bapak la patot kena bertanggungjawab didik anak2 tuh . kalau bebudak yg belum baligh , tak yah la dibawak ke masjid . sye pnah solat jemaah , ade budak nie ntah anak sape men lalu lalang depan saf . kekadang tak leh sujud .. geram jer !
deeya recently posted..Surat Untuk Abang Tersayang
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 8:10 pm
semua bertanggungjawab sepatutnya.. tp ibu bapa yg paling bertanggungjawab terhadap anak mereka..
[Reply]
mmg kes biasa, budak2 kan…
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 8:12 pm
jawapan besa.. bdak2.. hehe..
[Reply]
nice je entry ni,ncm novel pun ada ni.hehe
*kita tak kan fhm jiwa kanak2,perngai dorang mcm mna sedangkan kita pernh mengalami zamn kanak dulu kala…pelikn???
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 8:16 pm
berniat menulis novel.. hehe..
*itu lah tu.. hakikatnya, xdak belajar msa kecil dulu.. kah dorang memang budak baik dulu2 ho? hehe..
[Reply]
Okeh…calon laki & bapa mithali.. heheh… Whoaa..lama x menjejakkn komen di sini.. Erm…ayat klise org2 dewasa..”biar laa..budak2 baa masi tu..” haishh
Cik CinderLala recently posted..Isu Murtad : Tega kah kita?
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 8:17 pm
uhuk2.. jgnlah ckp terang2.. ahakz.. biasalah.. budak2.. ahakz..
[Reply]
ingatkan betul td..khayalan rupanya..budak2 ni patut kita galakkan solat terawih dari awal..cuma emak ayah ptt amik peranan ajar mereka cara yang betull..bukan biar camtu je kat masjid..
cik tom recently posted..Sotong/ Ikan Celup Tepung di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 8:29 pm
kalau betul2.. xberani lg mo terawih di masjid sana.. hehe..
yup.. sepatutnya mcm tu la.. tp.. brapa ramai rakyat malaysia menyedarinya? huhu..
[Reply]
Salam, hehehe ingatkan betul2 da buat gini.rupanya takkkk.kumpulkan kekuatan spy ini jadi kenyataan.ibu bapa main peranan besar dalam menjadikan siapa kanak2 itu nanti apabila dewasa.pemikiran masayarakat kena berubah dan jangan anggap “biasalah budak2, biar je la mereka”.Didikan itu perlu, jangan nanti anak dah tua bangka baru nak didik marah-marah payah lerrr.
MERAH recently posted..Untungnya jadi lelaki di bulan Ramadan
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 9:01 pm
wasalam.. InsyaAllah untuk lain kali.. hehe..
yup.. marah tanpa mendidik memang xda mkna.. huhu..
[Reply]
kan? adik pun nak solat jugak…T.T
perkara cmni la buat budak2 tu bila dah besar liat semcam nk pergi surau. seeloknya bila nk bawak budak2 p surau, warning dulu sepatah dua kata. jgn buat bising. tp dah nama budak2 nakal tu ttp ada. pandai2lah kita sbg org dewasa nk neutralkan balik. jgn main cantas je smgat siorang. sadis.
ayah sy mmg paksa anak2 pergi surau, tp kalau buat onar, balik rumah, siap. upah dah ada, hehe. so kami adik beradik mmg tak berani buat hal lah.. penampar Jepun dah sedia menanti. nak? hahaha
husna recently posted..masak terlebih garam = ?
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 9:03 pm
uwaahh ~ penampar jepun? baru nak jumpa bapa.. xjadilah.. ahakz..
kebiasaan mencantas ni yg xelok.. budak2 perlu dididik, bukan dipinggir.. kan?
[Reply]
bunyik mercun mmg buat terperanjat. adehh
haa yg psl budak2 tu mmg x pyh bwk la kalo kecik lg yg tau main je. adoiii
i am S!L4H.. recently posted..Sketsa ke? || 1st trial Dolly vs Dodol
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 9:05 pm
hehe.. dah namnya mercun.. ahakz..
dorang tahu main sal x dididik oleh mak bapa dorang adab masjid.. itu yg bisa.. huhu..
[Reply]
budak2 nakal biasanya yg kena letak kat belakang tu
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 9:06 pm
hehe.. tu yg tambah nakal sal xda org pantau tu.. huhu..
[Reply]
salam Aretikz,
lama tak jengok sini! …ada pepatah melayu b’bunyi ‘melentur buluh biarlah dari rebung’, sama spt mdidik anak-anak mesti dari kecil,baru tbentuk peribadi mulia…
teratai recently posted..Gara-gara beraya, perut dah kembung!
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 9:07 pm
wasalam kak..
setujuuuu~ hehe..
[Reply]
just sharing my experinece masa kecik2 dulu.
my mom selalu bawak kitaorg solat terawih kat masjid. adik pompuan yg bongsu masih kecil tp mak bawakan dia kain sembhyang sekali. mak duduk barisan akhir sekali. kami adik2 beradik smbhyg sebelah mak sambil merapati dinding masjid (barisan blkg sekali yg paling tepi dinding.
if adik tak nak solat,dia bukak kain smbhyg, dia ambik botol susu (yg diisi air ribena, bwk tupperware yg diisi maknan, dia duduk jauh2 kat tepi pintu masjid.
sy akan smbhyg selang seli. salam pertama- solat. salam kedua- sy bhenti smbahyg, teman adik main2 kat pintu masjid. pastu ajak dia masuk saf semula. dia smbhyg kejap, pastu lari main2 pintu masjid sambil hisap botol ribena dia. bila dia bohsan, dia balik smeula ke tempat kami and sambg sembhyang (dia hya ikut aje tingkah laku kami. alif ba ta pun tak kenal lagi time tu. apatah lagi alfatihah..)
tp begitu la rutin kami saban malam di bulan ramadhan. budak2 mmg la takkan boleh stay dlm saf lama2. tp lama2 kelamaan, dia akan tbiasa dgn rutin ni, nanti lama2 dia akan bdisiplin.
alhamdulillah, adik sy tu la ni dah berusia 21 tahun dah tak pernah miss smbhyg terawih kat masjid bsama keluarga (kecuali keuzuran). plus solat sunat tasbih+hari raya pun dilakukannya tanpa disuruh2…
[Reply]
aretikz Reply:
September 21st, 2011 at 9:39 pm
Wah.. Nice sharing.. boleh dijadikan contoh buat masyarakat kita tatkala ini.. n thanx.. sal rajin komen2 kat sini.. hehe..
[Reply]