Mahar Yang Termahal Dalam Sejarah

Kalau cerita bab kahwin, semua laju nak tengok. Cerita paling hot kalau jumpa kawan-kawan lama, makcik pakcik segala suku sakat, konfom tanya “bila lagi nak kahwin ni?”. Tapi kira ok lah juga, dari kena tanya “dah siap ker bekalan nak ke kubur tu?” waaahh~~

Cerita bab ni yang merunsingkan bab hantaran, kalau bab mas kahwin, pun susah juga, nak number cantik kan. Rm 88.88, Rm 111.11, Rm 2111.11 dan macam-macam lagilah. Rasanya bergaya kan, kalau sebut tu, pergh ~ “Aku terima nikahnya si gadis binti si bapa dengan mas kahwinnya seratus sebelas ringgit sebelas sen (Rm 111.11).

Dalam sejarah, ada direkodkan mahar yang paling mahal sekali, direkodkan di negeri syeikh Arab, dan ceritanya bermula begini ~

******************************

Kegembiraannya tak terkira lagi. Mendengarnya membuatkan hatinya berbunga-bunga. Ummu Sulaim, wanita yang diimpikannya kini berstatus janda. Ah, siapa tidak ingin dengan wanita yang dianggap sempurna, seorang yang baik, cantik, cerdik, biarpun janda, tetap berharga.

Abu Talhah, atau Zaid bin Sahal an-Najjari, telah nekad di dalam hatinya untuk melamar Ummu Sulaim. Dia harus segera dalam hal itu, sebab dia tahu, betapa banyak lagi lelaki lain yang mendambakan wanita sedemikian rupa. Lambat sesaat cuma, berputih mata jawabnya.

Dalam kerisauan kerana khuatir ada yang mendahului, dia yakin, bahawa tiada seorang lelaki pun yang mampu mendapat tempat di hati Ummu Sulaim melainkan dirinya. Kedudukannya tinggi, harta berguni-guni, malah namanya mashyur di kota Yathrib (Nama Madinah sebelum itu) sebagai penunggang kuda yang cekap dikalangan Bani Najjar dan juga seorang pemanah yang hebat.

Menujulah dia ke rumah Ummu Sulaim. Dalam perjalanan, dia berfikir sejenak, “Ummu Sulaim itu telah menganut agama Islam dan beriman kepada Muhammad melalui dakwah Mush’ab bin Umair. Tapi hal ini bukan halangan, kerana suaminya sendiri penentang Muhammad dan berpegang teguh ajaran nenek moyangnya,” monolog Abu Talhah.

Kedatangannya disambut baik oleh Ummu Sulaim. Putera Ummu Sulaim turut sama dalam pertemuan mereka itu. Dengan tenang serta penuh pengharapan, Abu Talhah menyampaikan hasratnya untuk melamar Ummu Sulaim.

Namun yang apa yang didengarinya amatlah berlainan dengan keyakinannya tadi. Ummu Sulaim menolak lamarannya itu.

“Sesungguhnya lelaki sepertimu wahai Abu Talhah tidak layak aku tolak lamarannya. Namun, aku tidak dapat menerimamu, kerana engkau kepercayaan kita berbeza,” ujar Ummu Sulaim.

Alasan, gumam Abu Talhah. “Jujurlah denganku, apakah yang menjadi halanganmu untuk menolak lamaranku? Apakah emas atau perak?” soal Abu Talhah untuk meminta kepastian.

“Bukan, tidak sama sekali,” tingkah Ummu Sulaim.

“Jadi mengapa engkau menolak lamaranku?” Abu Talhah bertanya lagi.

“Tidakkah engkau tahu wahai Abu Talhah, berhala yang engkau sembah itu dibuat daripada kayu yang tumbuh di bumi?” Soal Ummu Sulaim kembali.

“Ya, aku akuinya,” jawab Abu Talhah.

“Apakah engkau tidak malu menyembah sebatang kayu menjadi tuhan, sedangkan kayunya yang lain engkau jadikan api untuk memasak? Jika engkau memeluk Islam wahai Abu Talhah, aku rela menjadikan engkau suamiku. Cukuplah Islamnya dirimu sebagai mahar buatku,” kata Ummu Sulaim.

Abu Talhah kemudiannya mengucap dua kalimah syahadah di depan Ummu Sulaim. Dia lantas pulang ke rumahnya, dan menghancurkan patung sembahannya itu. Mendengar khabar Abu Talhah berkahwin dengan Ummu Sulaim  bermaharkan Islam, kaum muslimin berkata “Belum pernah kami mendengar mahar kahwin yang lebih mahal daripada mahar Ummu Sulaim. Maharnya dengan memeluk Islam.”

******************************

Bukan meningkah adat yang ada, tapi berpada-padalah dalam sesuatu perkara. Semahal mana pun sesuatu perkahwinan itu, tetapi didalamnya lebih orang pandang daripada nilai yang akan dilupakan. Duit banyak dilabur, tapi pinjaman riba, alih-alih agama terbiar, hilang barakah dalam berumahtangga.

Rendah hantaran bukan bermakna rendah darjatnya, kemampuan jangan dinilai pekerjaan apatah lagi harta di dalam tangan. Yang tinggi nilainya sekalipun, janganlah dibangga-banggakan, kerana yang dibanggakan itu harta, bukan agama.

Ini effect banyak yang post sal hantaran dekat Facebook lah ni, aku no offense, sebab lain tempat lain adat, yang penting, tidak membebankan, tidak dibangga-banggakan. Kalau dah berkenan, semuanya sanggup ditelan, kan?

SCemanoti : Rasulullah bersabda : “Di antara kebaikan wanita adalah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (maskahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat)” (HR Ahmad dan at-Thabrani)

“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya” (HR Ahmad)


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Sempurna Dalam Tidak Sempurna
  • Disebalik Makanan
  • Facebook : Salah Guna, Salah Siapa?
  • Wanita Yang Mencantikkan Diri
  • Ramadhan ~ Anda Boleh Berdosa Mengutuk Salleh Gregor Samsa

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Ilmiah and tagged , , , . Bookmark the permalink.

35 Responses to Mahar Yang Termahal Dalam Sejarah

  1. nui says:

    Ko taw kadang-kadang saya tidak faham bah sebenarnya. Kenapalah kalau hantaran Rm10,000? Itu lelaki/wanita tidak mampukah? Saya tertanya-tanya berdosakah tu ah kalau hantaran tinggi-tinggi? Bagi saya kalau bakal suami/isteri itu mampu (tidak meminjam bank) ok ja bah bagi saya. Yalah kita buat majlis ni pun untuk meraikan hari bahagia pengantin, mau sedekah/belanja penduduk kg, kwn dsb. Lagi banyak kita sedekah lagi baik. Dan pasal duit hantaran ditaja oleh ibubapa saya tidak berapa setuju tu. Bukan apa, saya tidak suka menyusahkan ibubapa saya. Cukuplah dorang tanggung stdy saya sampai sy start keja. Biar sendiri saja yang kasi sedia duit belanja untuk kawen. Ini pendapat sayalah. hehehehe.
    nui recently posted..Ungu Feat Rossa – Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

    [Reply]

  2. nunui, bole ka saya jawab? hehe

    betul sda ko punya pdapat tu.. teda masalah kalau hantarannya sampai rm10k atau rm50k, yang penting pasangannya tu mampu, tidak berhutang sana sini, dll.. kalo macam tu teda masalah. harus hukumnya. x berdosa jugak dan teda larangan.

    cuma apa yang disarankan ole Rasulullah s.a.w tu ada hikmahnya. Baginda menyebut dalam hadithnya supaya dimudahkan mahar, ini termasuk juga la hantaran, kerana, dpermudahkan mahar itu supaya dipermudahkn hajat untuk mendirikan rumah tangga, dan secara tidak langsung isi tersiratnya adalah : dipermudahkn hantaran juga supaya dipermudahkan hajat medirikan rumah tangga.

    kalo kita tengok realiti hari ni kan, ramai orang kita x mampu kawin pasal hantaran yg diletakkan terlampau tinggi ba.. contoh la, wanita yg lepasan degree, purata terkini hantaran yg dicatatkn, rm12k-rm15k.. tu baru hantaran. mo belanja utk majlis lagi, mo upah itu ini lagi, terus, utk kehidupan slepas kawin lagi time awal2 tu.. na, kan banyak duit yg mo dipakai tu.. hehe

    jadi, bila suda si lelaki ndak mampu, terpaksa la ditangguh2 dulu perkahwinan diorg.. may be setahun, may be 3 tahun.. atau lebih.. dan dalam tempoh tu, diorang masih belum boleh tinggal bersama lagi kerana belum ada ikatan sah.. tapi, faham2 la kan kalau orang bercinta ni, jarang2 la dapat bertahan utk tidak bersama.. paling kurang keluar berdating, pegang2, itu semua maksiat tu.. berdosa hukumnya.. dan last skali apa yg jadi?, macam2 la boleh kita tengok skarang kan di tv-tv tu.. anak luar nikah dll.. huhu

    so, saranan Rasulullah s.a.w. tu adalah supaya sang lelaki mudah untuk mendirikan rumah tangga dgn wanita pilihannya.. supaya maksiat boleh dielakkan.. lagipun teda guna kalau kita kasi letak hantaran tinggi2 pasal mo jaga standet, mo bermegah2 dan dsb.. teda pahala..

    idea yg baik kalo kita buat mcm ni la : kasi rendah hantaran setakat yang mampu dilaksanakan oleh pasangan, supaya hajat pernikahan dapat dimudahkan, dan kemudian buat majlis kesyukuran..di sana nanti kita boleh kasi lebihkan belanja utk bagi org2 kampung makan.. mesti lagi ramai yg boleh hadir =)

    mcm tu la.. hehe

    yg penting, mahar / hantaran jangan sampai membebankan pihak lelaki. mungkin mereka juga ada tanggungan lain (ibu bapa yg sakit, dll.) dan kurang berkemampuan. dan take note jugak, kalau si lelaki tu mampu, teda halangan untuk meletakkan hantaran setinggi mana yg kita mau. cuma yg lebih baik adalah kita mengikut saranan dan sunnah Rasulullah s.a.w.

    “Di antara kebaikan wanita adalah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (maskahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat)” (HR Ahmad dan at-Thabrani)

    pendapat saya la ni.. hehe =)
    ultramuddin (aisamuddin) recently posted..Setiap Saiz Ada Ukurannya

    [Reply]

    nui Reply:

    Ya thats the point Ultramudin. SUNNAH nabi. :). Tapi tidak apa bah tu kan kalau mahal hantaran dia kalau pasangan tu mampu. Alah boleh bah tu share-share duit sama bakal isteri juga kan. heheheh. dengan niat untuk bersedekah. Lagipun barang-barang sekarang semua sudah naik harga. Bukan macam dulu. Makanya lepas kerja kena simpan duit. Tidak payah buat pinjaman kalau mau kawen. Hehe.

    P/s : banyak betul alasan ku ni. Padahal masih budak budak lagi. Haha. Sy cuma tertanya-tanya saja bah ni. Thanx ultramudin :) nui recently posted..Ungu Feat Rossa – Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Na kan, kalau si Aisa sudah beraksi.. haha.. mcm yg ku ckp, selagi tidak membebankan.. tp mentaliti masyarakat skarang lain nui.. dorang cuma letak harga ikut sesedap rasa jak.. brapa bnyak yg letak harga sal tgk keadaan pngantin lelaki tu? ada dorang kira2 bajet berdasarkan hantaran? selalunya bnda yg dorang fikir remeh ni, atau kelainan ni yg nda bgus..

    sebab itu bila dipermudahkan urusan ni lebih kepada perancangan bajet itu ini, bukan smestinya harga rendah.. kalau rendah tp buat mjlis mcm jmput satu daerah pun nda bole pakai.. yg pnting, jgn membebankan.. hehe..

    [Reply]

  3. keen~ says:

    ahahahaha~ tetibe teringat time jwb soalan fiqh munakahat sem lepas.. soalannya berbunyi camni (slps ditranslate dr bhs arab).. “ramai pompuan skrg meletakkan mahar yg tinggi.. apa pendapat kamu”..

    time jwb soalan tu, rasa cam nk jwb essay arab paper bhs arab dan komunikasi time spm.. guna otakkkkk saje.. hehee~ ^_^
    keen~ recently posted...: aku dah minta maaf.. tapi kenapa kau senyap?? :.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ahakz.. Kalau keen? Tinggi tak? hehe..

    [Reply]

  4. hantaran mahal2, angka cantik, tp kahwin sekejap, dh cerai berai..
    Solihin Zubir recently posted..Tanda-Tanda Kritikal Anda Dah Wajib Kahwin

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Pergh ~ Semoga dijauhkan.. huhu..

    [Reply]

  5. mario says:

    besederhana terbaikla kan…tp skrg barang2 seme mahal…
    mario recently posted..enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. sebab tu kena rancang baik2.. huhu..

    [Reply]

  6. misya mialen says:

    bagi saya,hntran tu depends on lelaki n prmpuan. klu lelaki mampu, oklah tp tgk lu niat tu dua2 belah pihak.. klu niat menunjuk2 sm org yg hntran anak dia lebih tinggi dr org lain, tu lain sdh tu.dpt sdh dosa free. sbb ramai ba skrg ni main lawan2 sapa punya anak dpt hntran tinggi. klu hntran rendah bikin malu konon tapi klu hntran tinggi kena ckp juga mcmla tu anak cantik betul atau kerja baik punya.

    kesian laki, sian perempuan. sllu dicakap2.lelaki kesian jg kumpul duit, loan n plg x best klu kena taja oleh keluarga.yg perempuan pula kdg2 baru abis spm, stpm blum dpt keja sdh kena minta hntran 10k padahal belum kerja pun. si lelaki jak keja. org pun berckp jg. terus kena compare dgn yg ada degree, master ka phd ka. masa tu rasa x best.

    tp, apapun harga hntrannya, terpulang dgn kedua-dua pihak. sbb yg plg penting lps kawen tu byk guna duit. sy sedang rasa skrg.^_^.laki prempuan yg kena bincang. sbb lps kawen yang hidup berdua dan yg berkongsi hidup adalah laki bini, bukan org lain. org lain x akan bg duit. jd, kena pndai ejas belanja sendiri. ^_^
    misya mialen recently posted..Monolog positif

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. setuju sangat2.. semua bagaimana kita mengejas bnda tu… ^_^

    [Reply]

  7. Tasha says:

    buatlah yg terbaik utk dunia & akhirat ^^

    hantran tu bkn ape sngt kan.
    Tasha recently posted..Korang berapa?

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. semuanya keranaNya.. hehe..

    [Reply]

  8. Amirez says:

    entri yang sangat baik. harapnya makin berkuranganlah golongan yg suka membangga-banggakan soalan mas kawen atau hantaran ni
    Amirez recently posted..Ciri-Ciri Lelaki Seksi – Bahagian 1

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx bro.. InsyaAllah.. Semoga mereka sedar akannya..

    [Reply]

  9. menusukhati says:

    mahar banyak,berkat berkurangan..berkadar songsang.hantaran banyak,agak relevan kalau jemputan sampai ribu riban..oit!Dah dekat lah tu..hehe
    menusukhati recently posted..Meraikan Syaitan?

    [Reply]

    aretikz Reply:

    semuanya berdasarkan kemampuan.. oh tidak.. belum berkemampuan.. haha..

    [Reply]

  10. i am S!L4H.. says:

    Islam sebenarnye ringkas dan x membebankan…
    tapi kite sendiri yang buat ia jadi rumit. >.<

    *aretikzzz. lame kannn x nampak….
    welcome back~
    i am S!L4H.. recently posted..Part Time Hari Raye. *Lah sangat*

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. Hendak memahaminya, kena mendalaminya..

    *erk? mcm susah nak update.. huhu..

    [Reply]

  11. ZRn says:

    Jgn risau lai… Parentsku nda kenakan hantaran mahal²…
    ZRn recently posted..Kering yang Tidak Disukai Ramai

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ok, ni yang siuk dengar ni.. eh? ahakz..

    [Reply]

  12. ya Allah, atik… terharu membacanya… subhanallah…memang mahal mahar dia….
    sunah suka sakura recently posted..Papa Ben Nak Memiliki Hati Riana…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. itulah semahal-mahal mahar yang dikatakan muslimin sekalian..

    [Reply]

  13. alif haris says:

    huhu .. nice story

    senang cite bersederhanalah kan :) alif haris recently posted..Baraan @ Konvoi Raya Sesi 2011

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx.. Yup.. 8)

    [Reply]

  14. cik tom says:

    wah mmg mahal mahar ummu sulaiman..mahar memeluk islamtak ternilai harganya…

    dalam islam pun digalakkan bersederhana..yg penting akad nikah..

    wah lm xupdate blog..busy ek?ciktom set autopublish je..on weekend/time free pulun buat entry..hihi

    [Reply]

    aretikz Reply:

    yup.. nikah tu part paling penting.. keh keh keh,,

    Bukan sal busy juga.. ntahlah.. huhu..

    [Reply]

  15. Yana says:

    hahaha!! baru ingat nk mintak kt aretikz rm50,000 hantaran dgn belanja kawin.. ishhhhhhhhhhhh

    hahahahaha!!! kelakar.. betullah, lain tempat, lain adat, lain caranya.. kalau mampu takpe, yg tak mampu, gunalah cara lain.. kahwin tu adalah perkara yg paling senang dibuat tp disusahkan oleh masyrakat sendiri, wallahu`alam :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    uhuk2.. larikkk~~ hehe..

    Yup, lain tempat, lain adat.. asalkan dipermudahkan.. hehe.. jadi mudah2kanlah niat beta.. ahakz..

    [Reply]

    Yana Reply:

    haha.. gurau aje lah.
    takde lah smpi mahal mcm tu. serendah-rendah mahar itulah yang terpuji di sisi Allah, insyaAllah :) Yana recently posted..Cramp!

    [Reply]

  16. eiela says:

    bestnya kisah nih, memang paling mahal harganya nih.
    eiela recently posted..Selamat Berjuang Sayang

    [Reply]

    aretikz Reply:

    sama2 kita semua amek apa yg baik di dalamnya.. hehe..

    [Reply]

  17. zuera says:

    mahal2..hehhehe
    zuera recently posted..zackzukhairi junior aku~~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    termahal ho? hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: