Buat Apa Belajar Sejarah?

‘Sejarah mungkin berulang, walau engkau ku maafkan, oh kekasih’ ~ Pergh ~ Lagu Sejarah Mungkin Berulang telah menjadi sejarah gemilang buat kumpulan New Boyz yang diketuai Tomok satu ketika dulu. Namun biarpun berjuta-juta orang menghafal lirik lagu tersebut, belum tentu dapat menjawab subjek sejarah Tingkatan Satu dengan jayanya, hohoho.

Apa barang belajar Sejarah? Kalau lulus cemerlang SPM pun, subjek Maths, English, Science juga kena tengok. Sekarang kerajaan mahu wajibkan subjek Sejarah adalah subjek yang wajib lulus. Haruskah?

Cikgu aku pernah tanya, siapa yang minat subjek Sejarah, angkat tangan. Berapa kerat jak yang angkat tangan, aku pula masa tu angkat kaki, pergi tandas. Secara logiknya, masa tengah merenung masa depan, alasan bagi mereka-mereka tak minat sejarah :

  • Maths, Science, English lagi penting sekarang, hampir semua course mesti minta benda ni kredit kalau nak masuk course tu. Kalau Sejarah tak kredit, ada dikesah?
  • Malas nak menghafal la, banyak benda nak fikir sampai tak dapat nak hafal.
  • Benda dah berlalu, biarlah berlalu, fokus masa depan, barang yang lepas jangan dikenang.
  • Sekadar mengetahui masa lalu sahaja, tiada makna pun.

Jadi, kenapa perlu Sejarah subjek wajib lulus? Belajar Sejarah pun sekadar kita membanggakan perjuangan dulu, mengetahui asal-usul sesuatu perkara, mengenali tokoh-tokoh berjasa. What is the point to learn History?

Huh, maka sia-sialah aku belajar Sejarah, sia-sia aku dapat A dalam Sejarah, sia-sia aku minat Sejarah. Namun kini….

******************************

Di dalam Al-Quran, selain disebutkan ketuhanan yang esa, hukum-hakam sesuatu perkara, perkara-perkara ghaib yang hanya diketahui-Nya, disebutkan juga kisah-kisah orang-orang yang terdahulu. Kisah-kisah para nabi, Ashabul Kahfi, Ya’juj Ma’juj, Firaun dan Qarun. Itulah juga namanya Sejarah.

Mengapa adanya kisah-kisah terdahulu diceritakan di dalam Al-Quran? Perlukah diceritakan di dalam kitab suci tersebut? Semuanya untuk kita kaji, dan ambil iktibar terhadap kejadian yang menimpa.

Penceritaan mengenai Firaun telah menyebabkan seorang saintis beriman kepada Allah kerana terdapat kisah yang berkurun dahulu mengenainya tercatat di dalam Al-Quran. Dia mengkaji mayat salah satu Firaun, dan mendapati terdapat unsur-unsur yang Firaun itu pernah tenggelam di dasar Laut Mati.

“Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!”. (Yunus : 92)

Salah satu keajaiban Sejarah, bersangkut-paut dengan Sains. Tahukah kita semua bagaimana Salahuddin al-Ayubi membebaskan Palestin, dan Sultan al-Fateh menakluk Kota Konstantinopel yakni Istanbul? Semuanya mereka belajar Sejarah. Yakni mengikuti peperangan cara Rasulullah.

Mari kita jadikan Sejarah Malaysia sesuatu yang menarik. Masih ingatkah kamu beberapa tokoh perjuangan yang dicatat dalam silibus Sejarah kita? Tidak semua mereka berjuang demi negara pada mulanya, semuanya hanya berlaku apabila kekuasaan mereka diambil oleh British, jika kita membacanya dalam keadaan tersirat.

Bukan maksudnya mempertikaikan perjuangan mereka, dan bukan semua mereka sebegitu rupa. Tapi lihat bagaimana tumbangnya Kota Baghdad oleh orang-orang Mongul, yang diketuai Hulagu Khan, cucu kepada Gengis Khan. Kerana menteri-menterinya yang gila kuasa dan harta, serta tidak kurang dari juga ketuanya sendiri.

Sudah berapa banyak kisah Sejarah mengenai mereka yang leka dengan harta, kekuasaan, nama, akhirnya jatuh tersungkur. Berapa banyak kisah Sejarah membawa kepada penemuan sains? Selain penemuan Firaun, lihat kepada Thomas Edison, pencipta mentol. Dia tidak menganggap kegagalan sebelum menghasilkan mentol sebenar, tapi menganggap satu loncatan kejayaan. Dia belajar Sejarah mengapa mentolnya sebelum itu tidak berhasil.

Oleh itu, apa gunanya Sejarah? Sejarah gunanya agar kita ambil iktibar mengenainya, belajar kesilapan sendiri mahupun orang lain, orang yang bijak pasti menemui sesuatu dalam Sejarah, sebab Sejarah bukan sembarangan subjek, sehingga Al-Quran pun ada menceritakan sejarah orang terdahulu.

Sejarah mengajar kita berfikir, dengan pengalaman sendiri mahupun orang lain, kita dapat ilmu yang tidak terkira luasnya. So, buat apa tidak belajar Sejarah?

SCemanoti : Best baca buku Abdul Latip Talib, novelis sejarah Islam.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Perlukah Kejar BE Nuffnang?
  • Anna Birthday GA
  • Ong-Bak Rindu 2
  • Persamaan Antara Orang Ditegur Dengan Terlanggar Tiang
  • Aku Cinta Dia Sampai Mati

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

30 Responses to Buat Apa Belajar Sejarah?

  1. sejarah barat mungkin kebanyakkannya menipu..

    tp sejarah Al-Quran mmg terbukti kebenarannya..

    Subhanallah…
    Solihin Zubir recently posted..Gambar dan Identiti MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara Akhirnya Terbongkar?

    [Reply]

    apple Reply:

    sedangkan sejarah yang kita belajar dekat sekolah banyak yang telah diputar-belitkan..
    apple recently posted..the real freaking truth about DiGi

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Uuh.. hebat ko aa lai.. mcm na tu aa? hehe..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Itu tidak boleh dinafikan.. hehe..

    [Reply]

  2. teratai says:

    tahun 2013….sejarah wajib lulus,sbb tu ada kerja kursus utk sejarah bermula tahun depan!
    teratai recently posted..Seronoknya ‘menyamar’ sekejap!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. I Like sejarah.. hehe.. <– mentang2 sudah berlalu zaman sekolah.. hehe..

    [Reply]

  3. misya mialen says:

    suka dgn sejarah sendiri;D
    misya mialen recently posted..Nikmat

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Sejarah sendiri dalam diari kan? hehe..

    [Reply]

  4. Tasha says:

    kalau xingt sejarah,kite lupe asal usul,xsedar diri

    mcm yg bnyk jadi skrg ni la…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sememangnya sejarah itu begitu penting buat kita..

    [Reply]

  5. syara says:

    assalamualaikum..

    cakap mengenai sejarah…teringat masa sekolah2 dulu…memang lemah sejarah, tapi pelik bl exam..dapat pula a…time tu, mmg takde lah perasaan gembira sbb tak usaha sgtpun…tp alhamdulillah…Allah Maha Mengetahui apa yg direncanaNya
    syara recently posted..KENAPA MEMILIHKU?

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Waalaikumsalam..

    Allah maha mengetahui kan.. Mesti ada hikmah disebaliknya tu.. hehe.. persoalannya.. apa yek? hehe..

    [Reply]

  6. mario says:

    sejarah mmg penting…
    mario recently posted..Video gempa bumi di India. nepal, tibet

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Pentingnya memang sejarah..

    [Reply]

  7. menusukhati says:

    sejarah islam ok,sejarah mat indera,kena pikir2 dulu
    menusukhati recently posted..Takut Hantu

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sejarah ni kena selidik, baru tak tertipu.. huhu..

    [Reply]

  8. nur diyana says:

    sebenarnya student yg minat sejarah dan student yg minat sains punya pemikiran yg sama. mmg la sorang study benda yg dah berlaku (past tense), sorang belajar benda futuristic. hehe.. tp kedua2nya memerlukan imaginasi dan kreativiti utk bjaya :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    uuh.. tapi bagi saya.. pemikiran memang sama.. dalam segi formula.. yakni sorang hafal formula sains.. sorang lg hafal formula peristiwa di sebalik masa lalu.. hehe..

    [Reply]

  9. achie says:

    kalau tak tahu sejarah,maka segala logik kita tak tahu asal usul kita ni dari mana..buat apa nak tahu,kan kita pandang kat depan je…tapi tak pernah fikir,tanpa yang ada kat belakang,bisakah kita ke hadapan??

    *bila buta sejarah,kita lupa diri sejarah itu berjalan seiring dengan perkembangan diri kita sndiri..heheee
    achie recently posted..Kasihani Aku

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yezza.. kita memperbaiki diri pun kerana sejarah juga kan.. hehe..

    [Reply]

  10. apple says:

    hoho.. diriku agak gmbira dapat A sejarah…

    sbb minat politik dulu2.. hee..

    hello tik.. long time no see^^ :P
    apple recently posted..the real freaking truth about DiGi

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Samalah kita.. cewah.. hehe..

    Long time no see ho? hehe..

    [Reply]

  11. Yana says:

    sejarah Al-Quran itu perlu diketahui.

    sejarah barat tu tak perlu rasanya.. hoho~
    Yana recently posted..Cramp!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Semua sejarah ada kepentingannya.. tinggal kita menyelidik kebenaran itu.. ^_^

    [Reply]

  12. i am S!L4H.. says:

    org kate sejarah yg kite blaja tu bkn tentu btol pon, byk yg diubahsuai.
    =.=

    tapi sejarah Islam tu pilih la yg sahih.
    i am S!L4H.. recently posted..White Fixie

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Wallahualam.. kita tak tahu tu yg kena selidik.. kan? hehe..

    [Reply]

  13. Niena says:

    singgah sni dri blog ciktom…erm blog ni bebetul best spt yg di dakawa :D Niena recently posted..Lepaskanlah saat kita menyedarinya..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Trimas ats pujian tersebut.. segala pujian bagi Allah.. ^_^

    [Reply]

  14. eljanna says:

    erkk saya xsuka sejarah:(
    eljanna recently posted..Magic Twin tempat pertama^^

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? hehe.. its ok.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: