Buat Yang Rasa Dirinya Kurang Hensem Dan Kurang Cantik

Betapa untungnya bila :

“Pergh ~ Bini cantik, laki kerek, gua rasa muka gua macam Galang lagi layak dowh~~”

“Ish, mesti dia pakai santau, macam mana muka macam jalan grubble dapat laki macam Aaron Ajis?”

Yang bukan dalam senarai di atas?

“Abang, saya risau sangat.. saya tahu jodoh tu ditangan tuhan.. tapi, tahulah persepsi orang.. nak yang cantikk jerr.. kalau semua nak cantik.. yang tak cantik macam saya ni? Dorang nak buang kat mana?

“Huh, perempuan sekarang, kalau tak pandang rupa, pandang poket.. hmm ~”

Argghh ~ aku dengar mamat afrika yang men in black, senang-senang dapat gadis cantik. Gadis-gadis ni selalu kata, dorang ni romantik. Romantik?

Romantik kategori apa? Romantik ni kategori baik, satu perasaan yang akan membuatkan pasangannya senang banget. Jadi, penyelesaiannya? Jadi romantik? Termasuk wanita?

******************************

Seorang pemuda Ansar bernama Julaibib, bukanlah pemuda yang diharapkan oleh para ibu bapa untuk dijadikan menantu mereka. Apatah lagi para gadis, jika ingin mendambakan lelaki tampan, pastilah Julaibib akan ditolak mentah-mentah, kerana rupanya yang tidak menarik, disamping dipandang hina oleh masyarakat sekeliling.

Biarpun rupanya tidaklah setampan Lee Min Ho, malah watak sinetron Galang berkali-kali ganda hensem berbanding dirinya, tapi dia tidak sedikit pun mengeluh, ataupun tertanya-tanya, kenapa tiada yang menginginkannya, sehinggalah baginda nabi sendiri yang bertanya adakah Julaibib tidak ingin membina masjid yang bercahaya?

Julaibib hanya tersenyum, lalu berkata “Siapakah ya Rasulullah, yang hendak mengahwinkan puterinya dengan diriku ini?”

Maka Rasulullah pun berjumpa salah seorang dari kalangan kaum Ansar, lalu bersabda “Kahwinkan aku dengan puterimu!”

Kemudian sambung baginda, “Tapi bukan untukku, tapi untuk Julaibib.”

“Ya Rasulullah, biarlah aku berbincang terlebih dahulu dengan isteriku.” jawab orang tersebut dengan penuh ragu.

Lalu orang tersebut pun menemui isterinya dan berkata “Rasulullah bertemuku, dan meminang puteri kita.”

“Alhamdulillah, sebaik-baik mata adalah menjadi isteri Rasulullah.” jawab isterinya.

“Namun, bukan untuk baginda.” sambung si suami.

“Jadi? Untuk siapa?” soal isterinya dengan kehairanan.

“Julaibib.” sepatah jawapan yang keluar dari mulut orang Ansar tersebut.

“Julaibib? Tidak! Sama sekali aku tidak ingin menikahkan puteriku dengan Julaibib!” tegas si isteri.

Terdengar si gadis solehah tentang perbualan kedua orang tuanya. “Siapakah yang meminang diriku itu?” tanya si gadis tersebut.

“Rasulullah, tapi untuk Julaibib.” jawab si ibu.

“Adakah umi dan abi hendak menolak permintaan Rasulullah? Demi Allah, kirimkan saya padanya. Dan demi Allah, karena Rasulullah yang meminta, maka tiada akan dia membawa kehancuran dan kerugian bagi ummatnyaā€¯ jawab si gadis itu.

Kemudian si gadis tersebut membaca firman Allah surah Al-Ahzab ayat 36 :

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

Dan akhirnya si gadis solehah itu bersatu dengan Julaibib, seorang pemuda yang kurang tampan, tapi punya luhur budi yang tinggi dan suka merendah diri.

******************************

Apa kaitan romantik dengan cerita Julaibib ni? Adakah sekadar pembuka, penyedap cerita semata-mata? Ada unsur-unsur romantik kah pula cerita tersebut?

Seperti yang ku katakan, romantik tu kategori baik, dan setiap sifat yang baik, lebih baik berbanding rupa yang baik tapi akhlak tak dijaga baik.

Ala ~ Ayat standard tu, rupa tak penting yang penting hati baik? Biasa dah bro dengar ayat ni. Commonlah, orang sekarang tak faham punya, percayalah. Muka cantik, orang hensem, itu yang hot bro.

Apakah kamu kira yang cantik itu, yang hensem itu, terletak pada mukanya? Ni ayat aku bagi, kecantikan itu bukan terletak pada wajah pemiliknya, tetapi pada pandangan mata yang melihatnya. Maksudnya?

Bagilah siapa-siapa artis pun, bukan semua yang cakap dia cantik, bukan semua cakap dia hensem. Lain orang, lain pandangannya. Tapi satu sahaja kecantikan yang orang pasti akan setuju, yakni kecantikan akhlak dan agamanya.

Kalau dah nak kahwin, siapa tidak mahu suami, atau isteri yang baik-baik, soleh mahupun solehah. Ayat standard aku, nak yang baik, jadilah yang terbaik.

So, janganlah rasa down, dengan keyakinan diri tu, biar aku bagi checkmate dengan bagi satu sabda nabi berkenaan Julaibib :

Anas bin Malik menuturkan, “Ada seorang sahabat Rasulullah yang bernama Julaibib dengan wajahnya yang kurang tampan. Rasulullah menawarkan pernikahan untuknya. Dia berkata, “Kalau begitu aku orang yang tidak laku?” Rasulullah menjawab, “Engkau di sisi Allah orang yang laku.” (HR Ya’la)

Fikir-fikir, lalalalala.

SCemanoti : Laku dengan orang tu satu ujian.

Ini juga ceriteranya

  • Nak Yang Baik, Jadilah Yang TerbaikNak Yang Baik, Jadilah Yang Terbaik "Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu" Setiap manusia inginkan yang terbaik buat […]
  • Sempurna Dalam Tidak SempurnaSempurna Dalam Tidak Sempurna "Assalammualaikum" "Wa'alaikumsalam, yarabi, Safira, lama tidak jumpa. Apa khabar dirimu?" Hazirah lantas memeluk sahabatnya yang telah lama tidak ketemu. "Alhamdulillah, baik-baik saja. […]
  • Persoalan Mereka Yang Belum BerkahwinPersoalan Mereka Yang Belum Berkahwin Yezza ~ Entri jiwang kali ini. Dalam hati ada taman kan. Ada bunga Matahari, hias-hias Pink, ada ungu-ungu, pergh ~ Yaiii, haha. Kita tinggalkan cerita Facebook yang nak close tu, tapi […]
  • Memilih Itu Perlu, Bukan TerlaluMemilih Itu Perlu, Bukan Terlalu Cakap jak ciri-ciri idaman hati, standard semua nak yang terbaik. Siap set dalam minda nak yang mengambil berat, memahami, menyayangi, beriman, standardlah katakan. Dalam Islam sendiri, […]
  • Segerakanlah CintaSegerakanlah Cinta "Wahai gadisku, aku amat cinta padamu, bolehkah dirimu menjadi teman hidupku, kekasih hatiku? Aku pasti menjaga sepenuh jiwa ragaku, itulah janjiku!" Argghh ~ Ayat jiwang! Selalunya si […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. erm…
    kalau muka hensem perangai macam penyangak buat pe kan..
    hehe
    hana recently posted..Saya suka dia sebab dia sangat baik…

  2. hurm….penyejuk di mata..penawar di hati…insyaallah kekal dunia dan akhirat…..
    izryn recently posted..Piramid Bawah Tanah

  3. yang penting cantik akhlak,bukan cantik fizikal!
    teratai recently posted..Isu fitnah artis bertudung di internet ~ hentikanlah!

  4. rupa tak penting kan, yang penting hati , agama, akhlak… rupa tu tua kang kedut gak… hehehe
    ainzulaikha recently posted..Paling Sayang

  5. ske baca ni. :)

    yang hensem dan cantik tu belum tentu tahu hormat mak ayah dan diri kita sendiri.camtu bek tak payah.
    ruzzezanie recently posted..Ini Kisah Aku.

  6. dulu aku sgt mementingkan kecantikan calon isteri aku..

    skrg, aku dh sedar.. cantik hanya di dunia tidak menjamin apa2 pun.. mati jugak dia nnt..
    Solihin Zubir recently posted..Bobob Si Kucing Yang Pandai Mengurut Sudah Mati

  7. sy terima seadanya dia..tp, kebaikan sy sekarang ialah, sy x perlu tgk wyg korea lagi sbb org mirip2 korea blh tengok sllu.hahahha.
    misya mialen recently posted..Jiran

  8. Salam, santai je entry ni, satu kisah zaman nabi baruku ketahui.jzkk.betullah tu, nk pilih pasangan agama adalah paling utama, elok agama, eloklah segala2 nya, insyaAllah. plak tu, Allah kan dah janji stiap org diciptakan berpasangan.jadi xperlu risau dapat siapa nanti, cantik ke tidak.yg pntg persiapkan diri sendiri dulu spy mjd muslim yg terbaik.tak dapat di dunia, di akhirat kelak. Wallahualam.
    MERAH recently posted..Setia kepada SYUKUR itu payah

  9. suka the checkmate!

    biar di sisi manusia hina, tetapi di sisi Allah yang paling mulia. Subhanallah :)

  10. apa yang pada rupa..rupa akan ditelan zaman..yg kekal ialah budi pekerti…
    cik tom recently posted..Fakta dan Cara Nak Kenal Emas

  11. rupe bukan segala2nya~
    LadyBird recently posted..Apabila Manusia Bersifat Kebinatangan

  12. mmg sy x pandang pd rupa paras seseorang tp cukup lah yg sdp mata memandang…

    tp apa kn daya, sampai sekarang belum jumpe seseorang yg sudi mengisi hati dan membimbing diri ku ini..
    ade ke siapa2 yg sudi??
    hurmm.. :(

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: