Cuba bayangkan…..
“Abang, kenapa tak tolong saya? Saya sakit ni, lidah saya dah patah bang”, sorang amoi kiut dengan suara manja cuba meminta tolong ketika aku melintas depannya di wilayah Guangzhou, China.
“Sebab kita sekarang di China!!!!” Teriakku.. Dia tergamam. Aku juga tergamam, sebab aku hairan lidah patah boleh bercakap. Lalu aku makin terkesima bila berfikir, sejak bila lidah boleh patah? Woo~~
Aku tahu, betapa banyak orang tulis dalam blog, share dekat Facebook, di sebalik kebenaran kenapa tiada yang hiraukan budak yang dilanggar serta digilis van di China itu. Kita refresh dulu fakta-fakta tersebut.
Fakta 1 : Ada seorang askar, jumpa dengan dengan seorang makcik tua yang terjatuh secara tiba-tiba. Dengan jiwa patriotik, dia tolong makcik tu. Last-last dia kena tuduh tolak makcik tu oleh anak makcik tu, dan terpaksa menanggung segala kos perubatan makcik tu. Dan akhirnya dibuang kerja.
Fakta 2 : Pemandu van tu lebih sanggup bayar denda kematian budak tu berbanding menanggung kos perubatannya tu. Sebab lebih murah, efisyen, dan produktif.
Fakta 3 : Sebab bermacam-macam kes itulah, orang dekat sana hilang moraliti dan nilai keperimanusiaan.
Fakta 4 : Kita pun share benda ni, dan berkata ” “Jadinya kalau sampai di China” ingatlah ! JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri…“
Itu fakta yang dibongkarkan di China. Ni aku nak bagi fakta turun-temurun yang aku rasa korang pernah dengar, pernah baca, dan sewaktu dengannya. Kalau tak, kira ilmu baru ni wok~
Fakta 1 : Banyak sahabat nabi diseksa, dikurung dan pelbagai lagi perbuatan kejam dikenakan semata-mata mempertahankan akidah mereka. Saidina Abu Bakar dengan slumber tolong mereka yang diseksa tanpa merasa takut pun kepada kafir Quraisy ketika itu.
Fakta 2 : Ada seorang wanita tua yang selalu mencaci, mengeji dan menyakiti baginda Nabi. Lepas tu dia jatuh sakit, lalu Nabi pun ziarah dia, tolong wanita tersebut.
Fakta 3 : Banyak lagi cerita bab tolong-menolong, malah dalam surah al-Maidah ayat 2 pun dinyatakan untuk tolong-menolong.
Fakta 4 : Jadinya, tak kira di mana, TOLONGLAH selagi mana yang terdaya, selagi mana yang termampu, biarpun bukan family sendiri. Hatta membuang duri di tengah jalan pun sudah dikira takwa.
Aku tak kisah pun fakta-fakta yang dibongkarkan kenapa orang tak endah budak tu (yang akhirnya telah meninggal dunia), tapi yang aku kesalkan bila ada ayat JANGAN TOLONG siap dibesarkan mahupun dihighlightkan.
Kalau Rasulullah ada, mesti dia dah tolong budak tu biarpun tahu budaya kat sana macam mana. Janganlah kita takut pada pandangan manusia, tapi takutlah dipersoal oleh Allah apa yang kita telah lakukan.
Rasanya sebab itulah melarat fakta-fakta di China hingga ke Malaysia. Betul, tak tipu. Malah lagi bisa. Ini fakta di Malaysia.
Fakta 1 : Sebuah Van yang membawa duit syiling telah terbalik di jalan raya hingga duit yang dibawa bertaburan di atas jalan. Maka, terjadilah pesta pungut duit.
Fakta 2 : Sebuah lori beras pun sama kes macam van tu, terbalik. Dan orang pun pergi tolong, tapi tolong kutip beras yang bertaburan di jalan raya. Kesimpulannya, seorang mati dan kawannya berkata “Dia tidak akan lupakan mereka-mereka tersebut hingga ke akhir hayat”.
Fakta 3 : Selalunya kereta awek cun rosak, berebut-rebut jejaka-jejaka apatah lagi suami orang nak menolong dengan rela hati.
Fakta 4 : Orang yang tak tolong kereta awek kiut rosak tu sebab ada bini dia siap acu parang kat leher, lalu si suami pun berkata “Bini-biniku gangster”. Woo~
Tu fakta auta yang 3 dan 4 tu, hehe, tapi fakta 1 dan 2 memang ada. Jadi, terpulang pada korang menilai baik buruk sesuatu perkara. Yang penting, sila jangan buat fakta lawak suruh jangan “tolong” orang. Itupun tolong juga sebenarnya, tolong syaitan!
SCemanoti : Kalau sudi, tolong share benda ni sebab banyak dah terpengaruh fakta-fakta lawak tersebut, hehe.
Comments
Powered by Facebook Comments


ada2 ja bah …hehehe
[Reply]
ngaaaaaaaaaaa macam tu rupenya.. same2 la amek iktibar..
biarlah kat china.. tanak amek risikoi takyah la g china. g negara lain. tapi kalau dah nmpk org kesusahn tetap kene tlong jugak^^
nice la ni^^
eljanna recently posted..Pagi kemain sunyi
[Reply]
mereka tak fikir,kalau mereka dibalas jahat sebab tolong orang dekat dunia nanti dekat akhirat Allah akan balas jasa baik mereka.Tak ada rasa bertuhan.itulah jadinya..
menusukhati recently posted..Ustazah Pilihan
[Reply]
dr ape saya blaja,mmg mcm tulah undang2.
better panggil polis mintak bantuan..
[Reply]
Hehe..kalo bini2ku tak gangster, memang dah tolong aweks cun tu skali la kan. tolong aweks kete rosak laju, kalo ambik beras dari lori yg terbalik pon laju gak. mana yg dpt faedah kat diri, tu yg dikejar. lumrah manusia..bila dah lumrah, susah utk kita ubah..
Jejaka Terhangat recently posted..Perihal Anak Angkat: Isu Yang Diambil Remeh Oleh Orang Kita
[Reply]
setuju dgn ko…pelik je bila org nasihat jgn tolong ni kan…
mario recently posted..Video baby dalam baby stroller kena langgar
[Reply]
pelik betol manusia nie kan… mcm kes askar tu, kesiannya, ibarat tolong anjing tersepit, last2 kita yg kena gigit… sampai hati!~.. dan kes ni la buat org fikir 2 3 kali nak menolong org lain…
dan tolonglah…tolong buang sikap pentingkan diri sendiri tu… kalau tak tak kemana.
husna recently posted..bila ‘turn’ saya?
[Reply]
jangan tolong selagi rasa diri kamu takut nak tolong..
kadang2 penggunaan jangan ni telah disalahertikan oleh orang kita…
tapi suka entry ni..yahoooo
[Reply]
betul & bagus…
sgt membuka minda dan menyedarkan…
Noriz recently posted..Maharaja Lawak Mega, ada Chef Wan & Zainal Abidin!
[Reply]
jika kita melapangkan kesempitan orang lain, pasti Allah akan melapangkan kita semasa kite di kesempitan..
p/s : lady nak jemput aretikz tuk ke teratak lady di sini :
http://tekadmajusdnbhd.blogspot.com/
LadyBird recently posted..Antikythera-Peralatan Astronomi Kuno
[Reply]
aku ada tulis jugak fakta tu.. tp aku tak tulis, jgn tolong.. sbb menganjurkan org supaya tidak menolong sgt tdk wajar.. mcm hang ckp tu la.. yg penting, niat kita ikhlas dan kita ada rsa tggungjawab. lantaklah nk kena apa pu sbb undang2 vuduh tu..
Solihin Zubir recently posted..Doaku Buat Haji Najib dan Hajjah Rosmah
[Reply]
wah..lamanya tak ke sini..apa kbr atik..hehee..masih ingat ellen ker?
ellen recently posted..KEPUTUSAN MEMANSUHKAN PPSMI ADALAH MUKTAMAD
[Reply]
I really pity the poor kid, i just wonder why some people who hit the kid, i think they saw it but they just still continue driving. I pity the kid.
[Reply]
I hope the child has a justice for what happened. Anyway, I’m glad to know this post, I just clear my mind and also others. Thanks for posting.
[Reply]
alhamdulillah bagus entry ni bagi kesedaran..selama ni ramai yg main duk share je apa yang kat facebook bl tgk member lain duk share…sdgkan xtahu input tue bagus o x..
cik tom recently posted..Sinopsis dan Episod Akhir Hui Jia De You Huo (Kepulangan)
[Reply]
Tolong – tolong lepas tu melolong.. hehehe…
burnkelana recently posted..Semakan Daftar Pemilih PRU 2012
[Reply]