Dalam Club Ada Surau

“Huaaa ~ kenapa kak, why? Apa salah saya sampai dia buat macam ni?” Esah menangis dengan semahunya. Cinta yang bersulam selama 3 tahun lamanya, akhirnya pecah dek orang ketiga.

“Sabar Esah, akak faham apa yang Esah rasa. Akak cuma nak Esah tabah menghadapi ketentuan ini. Yang berlalu, biarlah berlalu, yang depan tu, bukan kita tahu, mungkin ada sesuatu, yang Allah nak bagitahu, banyak-banyak ingat tuhan dik.” Jemah, cuba menenangkan adiknya.

“Terima kasih kak, terima kasih sangat-sangat sebab sudi dengar luahan hati Esah kak, isk isk.” Esak Esah, sambil mengelap hingus yang meleleh.

“Syukurlah kalau adik dah lega, ok lah, akak nak jalan ni, tak lama lagi Isyak nak masuk, jangan lupa solat tau.” Pesan Jemah dengan manja.

“Eh akak nak pergi mana? Tak tunggu masuk waktu dulu?” Kata Esah kehairanan.

“Akak dah lewat ni, ada janji dengan kawan, nak clubbing ni. Manatahu, ada surau kat club.”

Pap!!! Melekat buku tebal 300 mukasurat dekat muka Jemah yang dibaling Esah.

******************************

Perkara biasa, bila ada orang memberi nasihat, sedangkan dia punya agama drop, akan dikutuk habis-habisan. Bayangkan si polan yang selalu minum arak, berzina, tiba-tiba suruh kawan dia yang sorang ni pakai tudung, konfom kawan dia akan cakap :

“Boleh tak kau cermin diri sendiri dulu? Nak nasihat orang tapi diri sendiri tak terurus.”

Mengapa terjadinya sedemikian rupa? Sebabnya ada dua sahaja :

1. Sebab dia lebih kurang juga, ada salah silap, teruknya.

2. Sebab kita rasa kita lebih baik dari dia.

Setiap orang, tak kira macam mana jahatnya pun, sekalipun dia banyak kesilapan, tetap ada sisi baik. Yang kita pula, yang rasa cukup baik, jangan lupa, kita juga ada dark side tersendiri.

Kenapa langsung kamu tidak bersyukur, ada orang menegurmu? Kamu ingat teguran itu dari manusia? Bukan, itu peringatan dari Allah, perantaranya cuma manusia. Perlukah kamu persoalkan apa yang dia nasihati?

Lihat saja berapa ramai orang memperkatakan “Sebelum nasihat orang, cermin dulu diri sendiri” atau “Betulkan diri sendiri dulu, baru nak tegur orang.” Alasan lama, lapuk. Kalau nak tunggu malaikat turun dari langit bagi nasihat, silap-silap malaikat maut yang datang cabut nyawa.

Ingatlah, janganlah dilihat siapa yang memberi nasihat, tapi lihatlah apa nasihat itu. Bukanlah kamu paling rendah jika diberi nasihat, tapi kamu tergolong sebagai orang yang beruntung.

Scemanoti : Sejahat-jahat orang, tetap ada sisi baiknya. Umpama dalam club ada surau.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Rasa Berdosa Yang Menjahanamkan
  • Kenapa Perlu Ada Yang Kedua?
  • Laman Web Untuk Mengetahui Tahap SEO Anda
  • Doakanlah Aku Dapat Hidayah Ya?
  • Antara Sabar Dan Mengeluh

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to Dalam Club Ada Surau

  1. teratai says:

    setiap teguran mesti ada hikmahnya:)
    teratai recently posted..Day 1 ~ Tangkuban Parahu

    [Reply]

  2. husna says:

    :) betol2… sangat setuju ^^
    husna recently posted..yeay! tak payah ambil MUET.

    [Reply]

  3. saya says:

    saya tertarik sgt dgn ayt “setiap orang, tak kira macam mana jahatnya pun, sekalipun dia banyak kesilapan, tetap ada sisi baik. Yang kita pula, yang rasa cukup baik, jangan lupa, kita juga ada dark side tersendiri.” huhu..kawan saya stat dr posa dl dia dh xtegur saya.padahal sblm ni kami sgt baik..xtaula apa salah,sbb dia lgsg xnk gtau..kalu saya tanya, saya kn marah@dia senyap shja.saya xpenah alami xperience cmni.sgt sedih. sbb saya kehilangan seorg kawan, tp kawan saya yg lain pesan, ingatlah, kita nk keredhaan Allah,bkn keredhaan manusia. saya bknlah baik..jauh sekali jahat.ada hikmah di sebalik semua ni.Allah shja yg tahu.untuk kwn saya tu..wpun awak benci atau menyampah kat saya, saya ttp doakn kesejahteraan awak sentiasa.dunia & akhirat.

    [Reply]

  4. CikGu Ma says:

    selagi teguran itu tak lari dari agama, kita kena terima..bukan memandang siapa yg menegur…kita berubah, dan mengubah apa yg “cacat” disekeliling… ;)

    [Reply]

  5. Yana says:

    tegur-menegur amalan mulia. tak payah nak tunggu jadi baik baru nak tegur.. sebab bila kita dah nampak dosa depan mata, kalau kita tak tegur, kita sendiri jugak akan mendapat dosa tu. kalau tegur, tanggungjawab tu dah lepas utk diri sendiri :) Yana recently posted..Serious Relationship

    [Reply]

  6. Noriz says:

    bagus tu, at least still ingat solat….huhuuu
    Noriz recently posted..Santai Selasa : Mcm2 hal anak…

    [Reply]

  7. tauke budu says:

    sebab satu je…
    sebab setiap org ada ego..so bila org yg tegur kita tu pun cerlang cerlup so takkan kita nak terima…
    tapi sampai bila kitaa nak hidup dengan ego tu?
    (amboih)
    tauke budu recently posted..Diskriminasi Gender: Lelaki Mudah Sangat Kena Tuduh Gay

    [Reply]

  8. achie says:

    lihat pada teguran yang diberi,jika betul apa salahnya kita terima melainkan jika teguran ke arah kejahatan..

    kadang2 kita tak nak akui kesalahan diri,apatah lagi bila ditegur banyak kali..

    [Reply]

  9. Miss Ran says:

    lihat pade y dtgur bkn pade org mnegur
    Miss Ran recently posted..22# Wordless Wednesday

    [Reply]

  10. Tasha says:

    manusia suka melihat ape yg ada pada org lain,bukan yg ada pada diri sendiri…

    kita sng nk melenting ble kte rse org yg tegur tu x lyk,huuuu
    Tasha recently posted..Manusia paling innocent

    [Reply]

  11. menusukhati says:

    dekat jalan chow kit,malam ni para perempuan jalang akan cuti dan membuat aktiviti membaca surah yaasin beramai-ramai..hehe..sekurang-kurangnya masih ada sisa-sisa agama dalam diri mereka.moga kegelapan hati mereka kembali bersinar x lama lagi.amin.
    menusukhati recently posted..Ustazah Pilihan

    [Reply]

  12. tapi tapi tapi..kelakar pulak la atik oiiii si jemah tu nak carik surau kat club..hahaha…kreatif betul la atik ni!
    sunah suka sakura recently posted..SPONTANEOUS THURSDAY #10

    [Reply]

  13. LadyBird says:

    dengar nasihat.. ambik mana yg baik.. x perlu pndg siapa yg memberi nasihat.. mungkin die pun sedang menasihati dirinya sendiri..
    LadyBird recently posted..Ciptaan Tuhan Itu Sungguh UNIQUE!

    [Reply]

  14. alif haris says:

    kita sebenarnya perlu menilai teguran itu bukan nilai yg pemberi teguran itu :) alif haris recently posted..Adolf Hitler is one of the most great leader

    [Reply]

  15. eyriqazz says:

    Indeed..suka quote yang last tu…

    Sejahat-jahat orang, tetap ada sisi baiknya. Umpama dalam club ada surau.
    eyriqazz recently posted..Samsung Galaxy Note buat Saya Teruja

    [Reply]

  16. cik tom says:

    nasihat sbb slg ingat mengingati sbb kl kira mmg xde manusia yg perfect dlm dunia..
    cik tom recently posted..Resepi Kek Lapis Masam Manis Kukus (Sarawak) Cara Mudah dan Sedap

    [Reply]

  17. Oh! budu says:

    suka quote tu..
    Oh! budu recently posted..Penangan Tukar Domain

    [Reply]

  18. enrty yang menamparku =( hehe ..sedap entry ni~

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: