Virus HIV Dalam Pepsi?

Heboh bila dikatakan minuman terkenal macam pepsi, coca-cola telah tercemar dengan virus HIV. Kat Facebook, Twitter malah dengan sms, disebarkan benda ni. Supaya orang tersayang tak kena HIV la, lagi-lagi yang nak kahwin, nanti tidak jadi kahwin gara-gara pasangan dorang minum pepsi jak sebelum ni.

SILA BACA! To all my beloved friends n fmly member! For the next few days, do not drink any product from pepsi company such as Pepsi,Tropicana Juice,Slice,7up, Coca Cola,etc,as a worker from the company has added his blood contaminated with HIV. watch NTV7 plz 4ward this 2 everyone u cant!!

Lebih kurang macam tu la mesejnya. Siap mention NTV7 lagi sebagai pelapornya. Persoalannya, betulkah benda ni? Atau sekadar cerita kosong semata-mata?

Benda ni sebenarnya tidak betul. Tipu, atau HOAX dalam istilah khabar angin orang putih ni. HIV ni tidak boleh survive lama kat luar. Takungan utama virus tersebut merupakan manusia.

So, cecair badan seperti darah, semen (air mani), mukus merupakan transmisi utama perpindahan virus ini. Biarpun terdapat juga dalam cecair lain pada badan manusia, seperti air mata, air liur, tapi risikonya rendah untuk berjangkit.

Lagipun benda ni dah lama, tapi dekat Malaysia tiba-tiba bagaikan fenomena. Dah keluar dekat NTV 7 gitu, walhal mesej asal adalah ND TV, bukan NTV 7.

Mentang-mentanglah Hari Aids Sedunia 1 Disember, banyak pula benda ni tersebar. Sudahlah aku sibuk gara-gara handle program tu, jadi warga Beluran, ramai-ramai meriahkan Dataran Majlis pada pukul 2 petang 9hb Disember, pergh ~ promot lagi dowh, haha.

Cuma satu jak yang aku tak berkenan, yang sebar benda ni bukanlah tahu sangat benda ni, jadi yang tahu tu, korang cakap orang bodoh saja sebarkan, agak-agakla cakap macam tu. Terangkanlah kebenaran, bukannya mengutuk kesalahan. Sorry to say, maybe dorang jahil kerana tak tahu, tapi korang jenis yang tak bermoral kerana mengutuk orang lain disebabkan ilmu yang tak seberapa.

Ingatlah, ilmu untuk pencerahan, bukan untuk pencelaan!

Skemanoti : Korang dah baca effect minuman bergas ni? Sila klik “Bahaya Minuman Bergas


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Antara Hutang Dan Hindustan
  • Saya Nak Join Segmen Review dari Cik Tom
  • Disebalik Makanan
  • Tatkala Diri Ini Membaca Novel
  • You’ll Never Walk Alone

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Kesihatan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

11 Responses to Virus HIV Dalam Pepsi?

  1. SitiSafiyyah says:

    haaa kan? semalam kecoh kejap dekat facebook. sampai ada yg send dekat phone. satu jelah, berita yang tersebar dekat facebook nih bukan semua betul dan boleh dipercayai pun. pandai2 tapis ye dak? :)

    [Reply]

  2. noNAME says:

    kebodohan diorg terserlah when cakap benda nie tersebar sbb worker kat company coca cola titiskan darah dia dlm air. wait ~
    coca cola and pepsi not same company okay.. take note !
    kedua, HIV mana buleh survive dlm air lain. even dlm air liur pon just 2 %

    [Reply]

  3. Jai says:

    Owh, dah ada tulis yer.. Ntah bangang mana yang send sms tu ntah.. Dengki la tu..ha3
    Jai recently posted..Minuman Tin Pepsi Dan Coke Tercemar Darah HIV ??

    [Reply]

  4. ZRn says:

    Aku pun dapat mesej semacam ni Tik… Atas kejahilan aku pun forward mesej ni kepada beberapa org kesayangan… Nda suka juga memforward benda yg ndatau kesahihannya, tp bijak sungguh manusia zaman sekarang mengganggu emosi orang lain kan… Zurina kena belajar lebih…

    Thanks a lot for the info! :8 ZRn recently posted..Sepetang Bersama Alfian: Siri #2

    [Reply]

  5. Khan says:

    Saya tidak pernah minum Pepsi atau kok anyway, jumlah bahan tambahan ini Companys tetapi dalam minuman ini adalah ridiculas!
    Khan recently posted..How to cure sleep apnea without cpap

    [Reply]

  6. ipa says:

    sempat lagi ko promot program aa,haha
    apa2 pun gud infomasi jg la..
    ipa recently posted..lain dari yang lain..

    [Reply]

  7. Yana says:

    apesal yana xtau pape pun ni? haha. nampak sgt tak endah pun. adoi! nasib balik ade blog ni. dpt gak information. syukran jazillan :)

    [Reply]

  8. inilah kesan drp budaya mohon share membuta tuli.. hehe..

    patut jd pngajaran la..
    Solihin Zubir recently posted..Budaya Share dan Copy Paste Jadi Penyebab Dosa Besar

    [Reply]

  9. cik tom says:

    hehe..gelak2 je ciktom baca sms n status tue kt fb…mmg hiv xleh tersebar melalui minuman…kena pertingkatkan lagi kesedaran org ramai ttg hiv ni..
    cik tom recently posted..Tutorial 3 Cara Untuk Elak Hotlinking Image dan Jimatkan Bandwith

    [Reply]

  10. ipa says:

    mohon share ya encik daus..=D
    ipa recently posted..Manis

    [Reply]

  11. tqaroslan says:

    kalau org kampung yang takde internet, tak tahu pun benda ni tipu…

    but it’s good for them, they won’t buy those drinks.. :) tqaroslan recently posted..Jam Pusaka…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: