Bukan Mati Yang Pisahkan Kita

Petang itu sungguh mendamaikan. Kelihatan si isteri menuangkan secawan teh buat suaminya yang tercinta. Bersantai di halaman rumah setelah letih seharian berkerja. Kemesraan mereka cukup terpancar melalui senyuman yang menguntum di bibir.

Kepada yang sudah berkahwin, bayangkan anda berada di tempat tersebut, yang belum berkahwin (Ouch ~ Head shot kat aku) sila bayangkan anda telah berkahwin. Sebab nanti kena tangkap khalwat kalau bayangkan belum berkahwin. Rosak cerita.

******************************

“Sayang, thank you so much sebab hadir dalam hidup abang. Tak sanggup rasanya untuk berpisah dengan sayang.” Lembut suara suami mendamaikan hati si isteri.

“Abang, diri ini yang seharusnya berterima kasih kerana abang memilih sayang sebagai teman hidup abang. Sayang sangat bersyukur kerana jodoh itu adalah abang. Tak sanggup berpisah dengan abang. Hanya mati sahaja yang mampu memisahkan kita bang.” Balas si isteri.

“Siapa kata mati pisahkan kita? Sampai mati pun kita tak akan berpisah sayang. Bukan mati yang pisahkan kita hakikatnya.” Pernyataan si suami nyata membingungkan si isteri.

“Abang, kalau ajal dah sampai, kita tak akan bertemu lagi. Membawa diri ke alam yang lain di sana. Bukankah demikian pengaturan hidup kita?” Bidas si isteri. (Oh, sungguh klasik ceritaku)

“Sayang, hakikinya, kita bercinta bukan ke akhir hayat. Tapi cinta kita meniti ke alam syurga. Mana mungkin kita terpisah jika cinta kita berlandaskan-Nya. Kerana cinta itu akan kekal hingga ke syurga.” Terang si suami.

“Jadi, apa yang memisahkan kita?” Terpinga-pinga si isteri.

“Kenapa? Nak berpisah dengan abang ker?” Usik suami. (Nakal sungguh si suami ni. Eh? Kenapa aku komplen?)

“Ish, abang ni, orang tanya jak lah.” Kata si isteri sambil memuncungkan mulutnya. (Ya Allah, kiutnya. Eh? Macamlah aku kenal siapa si isteri ni =.=”)

“Kalau cinta bersatu hingga ke syurga, apa lawan bagi syurga?” Si suami berteka-teki dengan si isteri.

“Opkozlah neraka.” Jawab si isteri.

“Yup, dekat neraka, ada orang fikir tentang nikmat? Cinta itu nikmat sayang, dekat neraka semua seksaan. Keajaiban kalau ada orang rasa seksaan tu satu nikmat. Orang masa tu terfikir tentang diri sendiri sahaja. Kalau ada isteri dekat dia pun, tiada masa nak beromantik dalam neraka. Taulah neraka tu panas, takkan nak kata “Oh my darling, you are so hot”, walhal, sama-sama terbakar.” Panjang lebar hujah si suami. Si isteri tersenyum mengangguk faham.

“Kesimpulannya, cinta sebenar membawa ke syurga, kalau benar sayang, tak mungkin sanggup nak bawa yang tercinta ke neraka. Kerana cinta itu adalah anugerah, cinta itu nikmat, yang pastinya hanya di syurga menjadi happy endingnya.” Sambung si suami.

“Oleh itu, yang pisahkan kita hanya neraka. Jadi yang belum kahwin, pegang sana sini, peluk itu, cium ini, membawa ke neraka lah kan bang?” Balas si isteri.

“Yezza, kecuali kalau mereka bertaubat.” Kata si suami sambil tersenyum.

“Kalau gitu, jom bang, kita ke syurga?”

Teeeeeeeetttttt~~

SCemanoti : To love is to receive a glimpse of heaven.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Anda mungkin ingin melihat ceritera ini juga
  • Edisi Raya ~ Jangan Abaikan Mereka
  • Teori Kebaikan Akhir Zaman
  • Kisah Debat Pemuda Hebat Dengan Utusan Maharaja Rom 2
  • Maut Itu Hampir Menjemputku
  • Serangan Balas

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Cerpen and tagged , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Bukan Mati Yang Pisahkan Kita

  1. Yana says:

    nice story. and it’s true, cinta sejati membawa ke syurga. bukan sahaja cinta kpd manusia (especially suami isteri), tapi cinta pd keluarga, sahabat dan seagama dengannya juga turut membawa ke syurga. insyaAllah. moga kita tergolong dalam golongan tersebut. ameen :)

    [Reply]

  2. teratai says:

    begitu indah sekali cinta membawa ke syurga,nice entri Aretikz:)Semoga cinta kita semua berakhir di syurga…amin:)
    teratai recently posted..Wordless Wednesday ~First Payment!

    [Reply]

  3. JR says:

    “Kalau gitu, jom bang, kita ke syurga?”

    Ending yg mendebarkan!!!
    JR recently posted..Bohong Sunat Pagi Khamis

    [Reply]

  4. diana says:

    nak ke syurga jugak la….
    tetttttt!!!
    ekekkeke
    diana recently posted..MAISARA::sekolah

    [Reply]

  5. keen~ says:

    bukan mati yang pisahkan kita..
    tapi neraka yang pisahkan kita..

    kan2??
    keen~ recently posted...: benar, manusia boleh berubah sekelip mata.. :.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: