Paling Bernilai Dan Tidak Bernilai

Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Abu Nawas, “Wahai Abu Nawas, engkau dikenali sebagai orang yang bijak. Sekarang dapatkah engkau mengatakan pada kami, di dunia ini apa yang engkau anggap paling bernilai sekali? Emas? Perak?

“Nasihat.”

Temannya berfikir sesaat, dan kemudian bertanya lagi, “Jika begitu, apa yang engkau anggap tidak bernilai?”

“Nasihat.” Jawab Abu Nawas lagi.

Para pendengarnya tampak tidak berpuas hati dengan jawapan Abu Nawas. Mereka tertanya-tanya mengapa jawapan yang sama bagi soalan yang berbeza.

“Bagaimanakah sesuatu benda yang bernilai dalam masa yang sama menjadi sesuatu yang tidak bernilai? Engkau pasti membuat kesalahan.” Protes mereka.

“Tidak temanku. Aku tahu apa aku katakan. Suatu nasihat yang diberi dan dilakukan akan menjadi sesuatu yang berharga, tetapi jika tidak dilaksanakan, ianya tidak bernilai sama sekali.”

******************************

Lebih kurang dengan cerita Lukman al-Hakim, mana benda yang paling baik, mana benda yang paling buruk, yakni jawapannya yang sama, iaitu hati dan lidah.

Begitu juga nasihat, jika kita laksanakan, maka menjadi bernilai, jika tidak dilaksanakan, menjadi kerugian kerana nasihat itu tidak bernilai. Nasihat itu satu kebaikan, dan tiada nasihat untuk keburukan, melainkan hasutan semata-mata.

Mungkin kita tertanya-tanya, bagaimana dengan nasihat yang kita dengar, lalu dilaksanakan tetapi apabila kita ikut, menjadi lebih teruk?

Nasihat itu semua demi kebaikan, bertujuan agar kita berubah ke arah yang lebih baik. Namun yang bertambah buruk, adalah keadaan, yang mana Allah menguji kita sejauh mana kita bertahan dalam kebaikan tersebut. Jika kita masih setia dalam kebaikan, semestinya kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung, kan?

Manusia takut memberi nasihat, kerana takut dibenci. Hakikatnya Syaitan yang membenci orang memberi nasihat, sebab itu syaitan hasut orang yang kena nasihat itu membenci orang yang memberi nasihat.

Apapapun, tiada nasihat untuk keburukan, kalau ada, itu bukan nasihat, itu hasutan.

 

SCemanoti : Kenapa jujur gila aku punya entri hari ni? Ahakz.

Ini juga ceriteranya

  • Tatkala Istikharah Mengharap PetandaTatkala Istikharah Mengharap Petanda “Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain […]
  • Pembangkit CintaPembangkit Cinta Cinta dibangkitkan? Umpama hantu bangkit? Aah, karut, hantu mana mungkin muncul di Bulan Ramadhan, apa sebenarnya yang hendak kamu katakan? Siapa yang hendak berbicara mengenai hantu? […]
  • Bukan Girlfriend, Tapi IsteriBukan Girlfriend, Tapi Isteri Saat mana seorang insan jatuh cinta, benda yang 1st difikirkan, macam mana nak tekel si dia. Nanti-nanti kad merah, sedih la pula. Disana keberanian akan memainkan peranan, bagaimana […]
  • Pisahkan Marah Dengan BenciPisahkan Marah Dengan Benci "Jangan nak wat ceritalah, mulut tu jaga baik-baik" "Aku dah banyak bersabar dengan kau, kalau bukan sebab kau kawan aku, dah lama biru mata kau tu, lantak kau lah" Kemarahan dan […]
  • Petua Menghilangkan Duka Dan SedihPetua Menghilangkan Duka Dan Sedih Aku titipkan penulisan ini untuk mereka yang berduka cita, berasa sedih, hingga hilang semangat dan kini mencari semangat yang hilang bak kata XPDC. Adapun mereka yang masih ketawa […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. Ulamak dahulu sanggup masuk penjara kerana nasihatnya tak diterima Khalifah. Tapi ulamak sekarang sebahagiannya senang berdiam diri, kerana takut kehilangan gaji…
    JR recently posted..Berita Seram Tentang Ifa Raziah

  2. yana pun rasa nasihat adalah yang paling berguna utk manusia! sebab dulu asyik dengar bebelan ayah yang berunsur nasihat. tp bila dh terpisah jauh sbb belajar ni, rasa mcm bebelan ayah tu memang betul.

    and kalau boleh nk dgr ayah bebel hari-hari sbb apa yg dibebelkan tu mmg betul.

    p/s : sanggup call lama-lama sbb nk dgr ayah membebel semata-mata. how’s?

  3. eh ha’ah betol la !! NASIHAT ! nasihat atik pada dya sume nye sangat bernilai .. errrrr entry2 dalam belog nie pun bernilai … errrr pujian atik kat dya pun bernilai .. errrrr atik pun bernilai . errrr atik baek hati , sopan santun menjaga tutur kate , lembut budi bicara .. errrr atik ensem ! eh ?

    p/s : kenape jujur gile aku punye komen kali nie . ahakz ! :p deeya recently posted..Yang Nie Pun Best Jugak !

  4. masuk angin keluar asap..
    Solihin Zubir recently posted..Wang Kertas dan Duit Syiling Baru Malaysia 2012

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: