Blog kosong bukan bermaksud blog yang template kosong, tiada gambar, tiada entri, lalu kita cuba make-up apa yang sepatutnya. Bukan itu yang ingin diterangkan, tetapi cara penyampaian kita selaku blogger, yang sentiasa cuba menjadi yang terbaik.
Blog kosong yang sering dikatakan, kebanyakkanya adalah blog diari. Ya, blog diari yang dimonopoli oleh golongan wanita, apatah lagi gadis-gadis comel, konfom banyak pengikut. Sukar blog diari lelaki menempa nama, mungkin yang dapat dikategorikan top popular, ada cadangan blog? Hehe.
Trend sekarang bagi kebanyakkan blog diari, lebih kepada aktiviti harian, luahan perasaan, dan juga perkongsian. Namun, bab perkongsian, ataupun memberi pendapat, amatlah terhad. Bagi kebanyakkan wanita, mereka lebih suka menceritakan hal peribadi mereka, apatah lagi “trend gambar” sebagai penarik cerita.
Jujur, bukan diskriminasi mengenai blog sebegini rupa, malah saya tiada masalah mengenainya. Bukanlah dikatakan blog itu kosong bermaksud blog itu tidak menarik, tidak, kerana setiap blog ada kelebihan tersendiri. Yang perlu ditambah adalah pengisiannya.
Contoh mudah :
“Hari ini bersama family berjalan-jalan di Tesco. Sesak woo, banyak orang. Tujuan sekadar membeli-belah, cuti sekolah kan dah nak habis, tak best woo ~ (Dan kemudian gambar-gambar kat sana)”
Blogger yang ingin menambah baik dirinya, dia akan cerita begini dalam blognya :
“Hari ini bersama family berjalan-jalan di Mid Valley. Alhamdulillah, masih berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga. Banyak orang hari ini, sesak, berhati-hati sebab pencopet ada di mana-mana. Belum termasuk pencopet hati, owh ~ Tujuan membeli barang keperluan, cuti sekolah dah nak habis, memang tak best, tapi kewajipan menuntut ilmu itu perlu. (Dan kemudian gambar-gambar kat sana, yang sopan dan tak membuat orang berdosa).
Ada beza bukan? Kedua-duanya berbentuk peribadi, tetapi berbeza sama sekali.
Orang kata mungkin membosankan, tetapi guna kreativiti sebaik mungkin, diselitkan humor, dan bukan bermaksud setiap perenggan nak cerita macam tu, yang penting, entri itu ada manfaat, biarpun sedikit.
Tak kisah, blog diari, blog cerita-cerita ajaib, blog berita, blog apa sekalipun, yang penting, tidak kosong. Tapi, janganlah remix dengan benda batil, tiada makna apa yang ditulis tu nanti.
Berusaha menuai yang terbaik dari ladang, kerana sedikit pesanan kebaikan diselitkan, jika tidak dipandang orang, tetap dipandang baik oleh Allah.
SCemanoti : 1 + 1 itu sedikit, tapi di sisi Allah, 27 kali ganda pahala yang diberi. Yakni orang yang mendirikan solat berjemaah. Sikit, tapi bermakna kan?
Comments
Powered by Facebook Comments


hmmm……menarik entry nie…biar kosong ttpi bermakna..
[Reply]
Kdg2 ada juga cerita peribadi yg menarik, tapi jika setiap hari hanya bercerita tentang apa yg dimakan, apa yg dijumpai, apa yg disukai dan dibenci, memang boring juga…
JR recently posted..Chef Wan: "Lu Sapa Gua Mau Jumpa??"
[Reply]
Hoho… aku rasa blog aku bukan sahaja kosong, tapi dah jadi negative la pulak… hoho
tukang karut recently posted..Pantai…
[Reply]
setuju sangt dengan entry ni..
akak kadang2 rasa kecewa jugak dengan
entry akak yang kadang2 kosong..tak memberi apa2 input pada pembaca..
diana recently posted..CURRENT EANING DARI DIGI DI http://WWW.DIANARASHID.COM
[Reply]
weeee
selalu berusaha mnjadi blogger yg terbaik.
blog ite pon blog peribadi gak, tapi harap2nye krg la mnceritakan diri sendri
kekdg lbh syok sendiri jek
hahahaha
btw
selamat berkenalan!
masih folo sy ye :))
mimito recently posted..lessOn 138
[Reply]
yup atik…kena ada selitkan pesanan walaupun sikit…
sunah suka sakura recently posted..Kakakecik Da Jadi Kakabesar
[Reply]
kandaaa!!ahaks…blog iteww kosong. zero. tp masih nak update. ntah kenapa. ish…
mish recently posted..Kedai Depan-depan, Beza Harga Berganda-ganda
[Reply]
bila hati dah kosong, pasti penulisan pun jadi kosong!
teratai recently posted..Apam Belang Along
[Reply]
mg diakui blooger paling ramai.hehe esp yg citer sal boyfriends diorang
[Reply]
berusaha utk perbaiki kualiti blog..sbb blog ni bl dh open akan ramai yg dtg bc smada kwn2, stalker or dr seo..so kl ada menda xelok tue lg mudah tersebar cam sistem mlm..nati xpsl2 dpt dosa..huhu
cik tom recently posted..Ke Manakah Hala Tuju Hubungan Songsang (Homoseksual, Lesbian dll)
[Reply]
papppppp~ kena sebijik atas batang hidung..
okbai~
ahahahahhaha~
bicara hati : entry2 skrg kosong sbb jiwa pon ngah kosong.. pasni dh xkosong lg sbb dh kena ceramah ngan ustaz aretikz.. ehehehehee~ peace~!! ^_^
[Reply]
entry kt sini tak pernah kosong
[Reply]
blogger bercambah bagaikan cendawan..bila jumpa yg berisi..mmg sgt beruntung sekali..tp yg lain2nya, sekadar tgk2 & perhatikan ragam yg mcm2..sekadar tersenyum..~ =)
[Reply]
menarik entri ni.. =)
kekadang dalam blog personal ada jgk info2 yg diberi secara tak langsung, yg kdg2 kita xsdr.. =)
munnafendy recently posted..Kalau tak cuak memang kebal la kan?
[Reply]
baru jumpa blog awak ni…
setuju sangat2 ayat akhir tu…
kebaikan diselitkan,
kalau tak dipandang orang, dipandang baik oleh Allah
[Reply]