Tak lama lagi keluar duit baru, banyak orang puji cantik. Nilai dia pun cantik, kalau orang bagi kat kita, hehe. Sudah namanya duit, macam-macam yang boleh dibuat. Beli Ps3, Xbox 360, Samsung Galaxy, barang-barang hantaran, eh?
Tapi dengan duit juga banyak keajaiban berlaku. Biarpun nilainya kecil, tapi keajaibannya cukup besar. 8 Dirham, nilainya kecil, tapi bermakna.
Alkisahnya :
Ketika itu, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khatab sedang berbual-bual. Kedengaran suara memberi salam. Mereka berpaling dan melihat Uthman Affan datang.
“Saya baru sahaja pulang dari rumah Rasulullah. Ada perkara yang menarik yang hendak saya ceritakan.” Kata Uthman. Abu Bakar dan Umar membenarkan Uthman meneruskan ceritanya.
Menurut Uthman, semasa dia sampai ke rumah Rasulullah, waktu itu baginda sedang menjahit pakaiannya. Pakaian itu sudah usang dan terdapat koyakkan pada baju tersebut. Itulah satu-satunya pakaian kepunyaan baginda bagi menutup auratnya. Jika diikutkan, baginda selaku pemimpin boleh sahaja mempunyai pakaian mewah seperti Maharaja Rom dan Parsi, tetapi beliau ingin menunjukkan contoh tauladan kepada umatnya.
Kemudian Rasulullah bercadang hendak pergi ke pasar untuk membeli barang keperluannya. Baginda hanya membawa wang sebanyak 8 dirham sahaja kerana hanya itulah wang yang Rasulullah ada. Sedangkan sekiranya beliau mahu, Allah boleh jadikan pasir dan gunung menjadi emas.
Menurut Uthman Affan lagi, dalam perjalanan ke pasar, Nabi Muhammad membeli pakaian yang berharga 4 dirham. Semasa dalam perjalanan pulang, beliau bertemu dengan seorang wanita yang kemudian meminta pakaian itu dari Rasulullah. Dengan senang hati, baginda memberi pakaian tersebut kepada wanita itu. Kemudian beliau kembali ke pasar dan membeli pakaian yang lebih murah, berharga 2 dirham.
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Rasulullah bertemu dengan seorang hamba perempuan yang sedang menangis. Rasulullah pun bertanya kenapa hamba tersebut menangis. Lalu hamba itu memberitahu, dia takut untuk pulang ke rumah kerana bimbang dimarahi tuannya.
Melihat keadaan tersebut, Rasulullah sendiri menawarkan diri menghantar hamba tersebut. Hamba itu kepunyaan keluarga Ansar. Semasa mereka tiba, keluarga tersebut sedang berbual-bual. Melihat kedatangan baginda, mereka berasa gembira.
Apabila Rasulullah memberi salam, mereka tidak menjawab, hinggalah salam ke-3 baru mereka menjawab salam tersebut. Apabila ditanya mengapa mereka berbuat sedemikian rupa, mereka menjawab ingin mendengar baginda mengucapkan banyak salam kepada mereka.
Diringkaskan cerita, hamba perempuan tersebut dimerdekakan oleh tuannya itu, kata Uthman lalu menamatkan ceritanya.
“Hanya dengan 8 dirham, Rasulullah dapat membantu mereka yang kesusahan, memberi pakaian kepada orang miskin, dan memerdekakan seorang hamba.” kata Saidina Abu Bakar.
******************************
Harga 8 dirham itu cukup kecil, tidak terlawan Rm 50 sekalipun, tapi mampu membuat 3 kebajikan. Sebab itu, janganlah kita berkira dalam membelanjakan harta ke jalan yang diredhai-Nya, kerana barakahnya cukup besar, bukan sahaja untuk orang lain, tapi saham untuk kita di sana jua.
SCemanoti : Yang penting, harta yang dicari berdasarkan sumber rezeki yang halal.
Ini juga ceriteranya
Comments
Powered by Facebook Comments







Ya bah, kerdil pula kita ne. Semoga Tuhan ringankan tulang kita ke jalan yg di Redhainya.. ^^ Thank u share.
Cahya recently posted..Another evening for the opening week of 2012.
8 dirham zaman dulu boleh buat macam2. RM1,000 zaman ini tak sampai seminggu pun habis. Tapi apa yang penting ialah niat membuat kebajikan di jalan Allah. Menggunakan RM10 untuk membuat kebajikan secara diam-diam adalah lebih baik dari menggunakan RM1,000 membuat kebajikan di depan lensa kamera media…
JR recently posted..Sapa Artis Puaka Yang Hantar Ular Ke Rumah Azwan Ali??
subhanallah :))
begitu nilai 8 dirham itu begitu besar maknanya
semoga kita mencotohi sifat rasulullah ni kan..
mimito recently posted..kenapa aku seorang?
TAPI SEKARANG NI MANUSIA MAKIN KEDEKUT…
ADA BERIBU2 PUN TAK NAK BERSEDEKAH..
SENARAI KUMPULAN DAH KELUAR
http://www.dianarashid.com/2012/01/senarai-kumpulan-segmen-jom-tingkatkan.html
diana recently posted..NAK NASIHAT KE NAK ATAU NAK MENUNJUK-NUNJUK??
ramai jugak yg nak bagi singgit pun jenuh pk….huhuu
p.s:dr segmen alexa…dah review alexa blog ni….;)
Aishah Jahirah recently posted..Cara merawat / menghentikan sedu
Indahnya budi pekerti Rasulullah..
kalau kita? berkira ya amat nk tolong org walaupun x adalah sengkek mana sgt waktu tu…
yg kaya tp berkira gila2 tu, lagilah teruk..
Solihin Zubir recently posted..Kalau Tak Sebarkan Bermakna Sayang Syaitan?
hmm betul tue..kl 8 dirham tue mcm2 blh gn…zmn skang smua duk berkira je nk buat apa..duit 500 pn xckup..
cik tom recently posted..Hadiah Misteri Istimewa dari Titan Kacak
klu kita, lebih pentingkan diri sendiri drp org lain.. bg org lain yg buruk2, yg kita xnk guna dh.. huhu~ astaghfirullah..
keen~ recently posted...: benar, manusia boleh berubah sekelip mata.. :.