Umum telah mengetahui cerita personaliti Tv, Wardina Safiyyah telah ditimpa musibah yang besar apabila rumah beliau telah dimasuki perompak. Aku tahu melalui official page beliau mengenai kejadian tersebut. Dramatik sungguh saat itu, menyebabkan aku terkenang saat kejadian menimpaku jua.
Jauh beza cerita aku dengan Wardina. Bila dia cerita balik saat-saat mencemaskan itu, pergh ~ memang penuh emosi yang mendalam. Terfikir tentang anak-anak, apatah lagi suami tercinta, celaru woo.
Saat kalut tu, yang aku respek suami dia, saat selimut yang digunakan oleh Wardina untuk bersembunyi, secara tegas suaminya berkata :
“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung!!”
Fuh ~ Kalau sekarang, kebanyakkan lelaki lagi suka perempuan buka tudung, nak tengok natural beauty lah kononnya. Yang perempuannya, lagi bangga tayang sesuatu amanah yang perlu dijaga! Sesuatu yang hanya boleh dilihat oleh haknya! Tahu dosa tapi masih buka aurat, that’s what i call, pathetic coz of idiotness. Nah, amekmu english beroken, ahakz.
Sebab itu suami, atau lelaki, jadilah pelindung bagi wanita dengan sebenar-benar pelindung, bukannya menjadi hero luar semata-mata. Kamu pasti merasa kuat untuk melindungi jika kekuatan itu bersandarkan pada Allah.
Suami adalah pelindung isteri..jika isteri tuan2 ditangkap buaya, sanggupkah tuan terjun berlawan dgn buaya tersebut utk selamatkan nyawa isteri tuan2? – Ustaz Azhar Idrus
Kemudiannya suami Wardina mula membacakan Ayat Kursi dengan nada yang tinggi. Wardina dan anaknya pula membaca surah al-Falaq. Tidak bergetar hati pencuri mendengarnya? Mungkin kalau saat itu berlaku kepada kita, paniklah jawabnya. Sedarkah kita ubat kepada panik ini adalah mengingati Allah?
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra’d : 28)
Syukur, semuanya berlalu bagai ombak yang akhirnya tenang semula. Tiadanya perkara yang lebih buruk berlaku, hanya harta yang ditinggalkan di dunia ini sahaja diambil.
Aku punya cerita? Haha, masa tu abah aku dengan adik aku keluar, tinggal aku dengan adik aku sorang lagi. Aku masih sekolah menengah, adik aku masih kecil belum sekolah. Selesai tutup pintu, terus tidur dengan lenanya. Tidur petang, seolah-olah letih.
Tiba-tiba aku rasa pintu bilik aku dibuka, dengan kepala yang masih “high” atau “mamai”, aku nampak kelibat muka macam abah aku. Tidurlah balik masa tu.
Selang entah berapa lama masa berlalu, abah aku datang lagi buka pintu, tapi kali ni terus bangunkan aku. Aku hairan, kenapa macam cemas jak bunyinya. Rupa-rupanya, rumah dah dimasuki pencuri. Kunci mangga depan rumah dipecahkan. Memang tidur mati aku masa tu sal tak terdengar bunyi kunci mangga kena ketuk.
Yang hilang? Beg lusuh mamaku jak. Dalamnya cuma ada lampu suluh, supaya dia senang nak pecah rumah orang masa malam-malam kot?
Syukur juga aku dengan adik aku tidak diapa-apakan. Kalau tidak, konfom terus kepala kena tukul, dan mana mungkin aku menulis sekarang. Samada aku biul, ataupun dah dikubur.
Yang baik kita jadi pedoman, yang buruk kita jadikan sempadan. Cerita full tentang kejadian rompakan tu, cek kat sini –> Trauma!
SCemanoti : Hasbunallah wa ni’mal wakil : Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung.
Ini juga ceriteranya
Comments
Powered by Facebook Comments







kesian sgt dgn Wardina. btw, yana suka cara suami dia mempertahankan hak isterinya. “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung.”
Ok tak tau berapa kali dah sebut quote ni. =.=”
MashaAllah
kesian dia n family tetmbh anak2 yg trauma…
mmg tido mati tu…mujur takde apa2 just barang je hilang…;)
Aishah Jahirah recently posted..Windows Tak Start Up
eh dah dapat tangkap ke belum penjenayah tu ea?
Gee recently posted..Mungkin sudah begitu sifatnya
lum lagi setakat ini.. ^_^
tulah..cm sedih jugak bace cite wardina, tapi dia dan anak2 dia bertuah ada pelindung(suami) mcm tu..Aihh..mane lah nk cri laki cm tu skrg ni..
huuu..bahaya ni..x leh tito mati..hehehe
mimito recently posted..emosi pengaruh hati
Alhamdulillah semua selamat kan~ Nak cari pelindung seperti pelindung Wardina dan keluarga. Amin~
Shag kalau tidur petang memang tak sedar pape lah. Tapi lepas jiran pernah kena pecah masuk waktu petang, Shag elak dari tidur petang.
Shag Yahaya recently posted..Tetiba nak cari penulis separuh masa. HAHA :DD
kasian wardina kan…….huhuhu…..bagusnya suaminya…kan!
cayob recently posted..Video U : Melukis Hanya Menggunakan Jari
smoga kita semua dilindungi oleh Allah..amin..
cik tom recently posted..Oh Politik Agama Oh Politik Wang
alhamdulillah…nasib baik kau selamat dan membesar dengan jayanya.haha
menusukhati recently posted..Seramnya….
ohh tak tahu pulak rumah wardina dimasuki perampok! Syukur semua selamat, hilang harta dunia boleh diganti,jgn hilang nyawa tiada galang gantinya!
teratai recently posted..Jangan lupa diri!
:’(
kesimpulannya, jgn panik.. kalau panik, mulalah xtau nk buat apa.. ingat Allah lagilah x..
keen~ recently posted...: benar, manusia boleh berubah sekelip mata.. :.