Kerana Zodiak, 40 Hari Solat Tak Diterima

Tenang dan santai, itu yang ku rasakan hari ini. Main game pun dah boring, sekarang waktu untuk baca bahan-bahan berilmiah. Ku hempaskan diri ke katil, uhuk2, terbatuk terus. Baru selembar ku buka, tiba-tiba…

“Arrrggghhhhh ~ Tidakkkkk.” Siapa lagi berteriak ni? Bikin kacau mood aku nak baca buku jak. Baru jak nak menghayati buku “Tips-tips Kebahagiaan Rumah Tangga.”

“Bala, bala, bala!!!” Lantas aku keluar bilik, nak tengok siapa yang berteriak, suara macam aku cam, tapi tak ingat dimana. Keluar jak aku, terus terkesima, biar betul apa yang ku nampak?

“Err, awak ni kenapa? Tiba-tiba boleh muncul di sini?” Sambil aku buat mata macam ni –> =.=”

“Awak tahu tak, awak tahu tak, saya baru jer tahu.” Ni yang aku malas nak berfikir ni, apa yang aku tahu ni?

“Mana aku tahu apa yang ko baru tahu tu Doraemon, apa yang ko baru tahu ni?” Soalku. Hairan. Lagi hairan bila nampak rambut dia tu. Eh? Doraemon berambut?

“Saya baru baca zodiak tadi, rupanya, haram baca zodiak.” Barulah terungkai segala persoalan.

“Lo, rupanya, yup, memang pun, ianya bersandarkan satu hadis riwayat Imam Muslim, Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud: Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.” Ulasku.

“Maka, membaca zodiak sama hukumnya seperti orang yang mengunjungi ahli nujum ni. Maka haram jadinya.” sambungku lagi.

“Biarpun baca untuk suka-suka ker? Bukan percaya sangat pun.” Na, soalan biasa aku dengar kalau mo pusing. Suka juga ko main pusing-pusing ya Doraemon?

“Yup, tetap sama. Cuba kau fikir, kalau suka-suka pun, tiba-tiba yang dibaca tu ada yang tepat, mesti terdetik dalam hati ‘ya, aku begini hari ni’. Tidakkah itu bermaksud kamu membenarkan apa yang dikatakan zodiak tu?” Jawapku. Terkesima doraemon, sambil garu-garu kepala. Padahal, bukan ada jari pun mahu menggaru.

“Ingat, kalau kita membenarkan apa yang ramalan tu katakan, bermakna kita kufur kepada Allah, kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui dalam perkara ghaib, sesuai dengan firmanNya yang bermaksud : “”Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta.” (an-Naml: 65).

“Astaghfirullah, jadi, macam mana ni. Solat saya tak diterimalah?” Kata Doraemon sambil menangis teresak-esak. Lo, nangis, hodoh sungguh.

“Bertaubatlah, rahmat dan keampunan Allah kan luas. InsyaAllah, solat pasti diterima.” Kedengaran bunyi kelegaan darinya. Lantas, aku menyedari sesuatu. Ada sesuatu yang tidak kena disini.

“Jap, Doraemon, sejak bila kau masuk Islam ni?” Akhirnya aku memecahkan persoalan yang baru terlintas itu.

…………….. Sampai hilang balik rambut ko sal tak terjawab……

SCemanoti : Peliharalah iman kita ^_^

Ini juga ceriteranya

  • Rasa Berdosa Yang MenjahanamkanRasa Berdosa Yang Menjahanamkan Sungguh kejam bunyi tajuk yang disebutkan. Belum masuk bab pitching lagi. Apa yang sadisnya sampai aku cakap kejam ni? Adakah satu dosa untuk kita rasa berdosa jika kita memang buat […]
  • Hikmah Menutup AuratHikmah Menutup Aurat Sungguh jujur tajuk ni. Macam dalam buku teks Pendidikan Islam jak, haha. Artikel ini ditulis berdasarkan pembacaanku mengenai satu buku hasil tangan Dr. Danial Zainal Abidin. Sebelum tu, […]
  • Doakanlah Aku Dapat Hidayah Ya?Doakanlah Aku Dapat Hidayah Ya? Kenapa dengan semua orang? Terus menghukum saya tanpa mengenal diri saya sebenarnya. Saya tahulah saya jahat. Doakanlah saya dapat hidayah, itupun susah ka?
  • Hilang Syarat Kerana PaksaanHilang Syarat Kerana Paksaan Pergh ~ Jauh perjalananku, dari hometown kembali ke worktown. Terpaksa turun Kota Kinabalu lagi sebab lambat bergerak nak ambil bas direct Keningau-Sandakan. Sudahlah dari Kota Kinabalu […]
  • Hero Dakwah Yang ZeroHero Dakwah Yang Zero "Ini cara saya, pandangan yang sarkastik, penuh daya eletrik" "Betul apa yang aku cakap, wei Timun Jantan, ko memang *&%#$, bila dah salah tak nak ngaku salah" "Lihat sahaja gambar […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. Heuheu. Doremom berbicara pasal haram. Coolio ! :D

    #Shag pening gila bila tengok kat widgets tu. Dia kena drag ke apa ? Kalau drag, nak drag ke mana ? Kalau tak, macam mana pulak ? >.<
    Shag Yahaya recently posted..WordPress – Stress stress stress.

  2. Nice one!

  3. dulu, aku pun slalu juga dok baca zodiak2 ni.. tp juz suka2 n x percaya pun..

    tapi kan.. tajul muluk tu cmna plak eh? adakah itu dikira ramalan jugak? ke camne?
    Solihin Zubir recently posted..Hinalah Maksiat Tapi Jangan Hina Si Pelaku Maksiat

    • Oh.. berkenaan dengan tajul muluk, setelah saya cuba mncari mknanya.. ada kata kitab2 lama.. ada kata dari acheh yang dikumpul dari ulama2 aceh..

      Sukar untuk dijelaskan mengenai hal ini.. Mungkin perlu panduan dari Acheh kot? hehe.. tapi Jakim telah mefatwakan haram kitab tersebut pada tahun 1997.. wallahualam..

      Yang pastinya ada ilmu Firasat, Imam Syafie pun ada belajar.. tapi tidak tahu mcm mna ilmu tersebut.. hehe..

  4. dulu selalu baca kat majalah remaja…tp sbb dah tahu haram terus xbaca dh….tinggalkan terus mjlh mcm tu =)

    terima kasih utk komen yg sangat membina =)
    munnafendy recently posted..WW: In progress

  5. HAHAHAHAHA.
    Doraemon yang comel!!! :) Yana recently posted..HAPPY 24th! Sayang

  6. haha . pandainyee doraemon !
    Yasmin Aris recently posted..Doodle Consolation – Amira Studio Top Referral

  7. kalau baca tafsir mimpi yg melambak2 kat dunia internet ni?? =.=
    keen~ recently posted...: benar, manusia boleh berubah sekelip mata.. :.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: