Tips Memikat Hati

Susah hati kerana mertua tak suka anda? Rasa putus asa perniagaan tidak berjaya? Atau tak dapat memiliki gadis idaman anda? Semuanya akan settle hanya dengan membaca artikel ini. Mungkin bukan 100% settle, kerana anda dikehendaki berfikir sendiri, kebenaran bagi testimoni-testimoni orang perseorangan tersebut.

Memikat hati manusia bukan mudah, tetapi ianya menjadi mudah jika anda tahu rahsianya. Rahsia ini percuma, malah, ianya bukan rahsia sebenarnya, cuma potensi belum dikeluarkan sepenuhnya. Ini sebahagian dari testimoni tersebut!

Puan Yaya

Mesti anda tertanya-tanya, Yaya? Ya, Yaya la ni. Yaya sebenarnya dah besar, tapi baru keluar kat Tv cerita masa Yaya kecil. Yaya pun dah kahwin sebenarnya, tapi bukan dengan Boboiboy tau, bukan taste Yaya dia tu. Suami Yaya seorang yang baik dan tampan, tapi, mak mertua Yaya tak suka Yaya.

Mak mertua Yaya selalu buruk-burukkan Yaya, dia caci Yaya, cakap biskut Yaya boleh bikin orang mati, sakit hati Yaya dibuatnya, terutama part biskut tu, huh. Ikut hati, memang tiada maaf, memang nak kena penampar, tapi, Yaya punya power dah tiada, jadi, tak boleh nak buat apa.

Satu hari, mak mertua Yaya sakit sampai tak boleh bangun. Suami Yaya minta Yaya tolong jagakan maknya, kerana kebetulan dia outstation, tak dapat cancel. Dia sedih sebab masa tu dia tiada untuk emaknya. Yaya lagi sedih, sebab konfom kena buli oleh mak mertua Yaya. Oh tidak!! Tak nak jaga, tak nak jaga!

Tapi Yaya teringat kisah Rasulullah s.a.w. Dulu ada seorang wanita tua, dia selalu buat jahat kat Nabi. Masa Nabi nak ke Masjidilharam, mesti wanita tua tu buat benda tak elok kat Nabi. Tapi, Nabi sabar, dia tak balas balik kat wanita tua tu.

Satu hari, Nabi hairan, kenapa wanita tua tiada macam biasa. Lalu Nabi pun ke rumah wanita tua tersebut. Barulah Nabi tahu bahawa wanita tua tersebut sakit. Tanpa ada perasaan dendam, Nabi tolong wanita tua tersebut, Baginda masak, tolong jaga wanita tua tersebut. Berkat akhlak Nabi, akhirnya wanita tua tersebut memeluk Islam.

Maka Yaya pun ikut apa yang Nabi buat. Alhamdulillah, perhubungan Yaya dengan mak mertua Yaya semakin erat. Berkat kesabaran Yaya jaga mak mertua Yaya, akhirnya mak mertua Yaya menerima Yaya juga. Happy ending, bak kata kawan rapat Yaya dulu, Terbaikkk!!

Crocodile The Crocs Owner

Saya seorang peniaga yang mempunyai beribu-ribu cawangan rangkaian perniagaan. Saya berniaga restoran Crocs, bukan kasut selipar tu. Dulu saya bermula dari gerai kecil sahaja. Bukannya besar pun perniagaan dulu. Tapi banyak yang tertanya, bagaimana saya boleh berjaya dengan keadaan yang gawat dalam keadaan harga makanan yang tidak terkawal?

Saya bila berniaga, saya set dalam minda, ikut cara Rasulullah. Bila Nabi berniaga, dia jujur, amanah, sentiasa senyum, mesra dan tidak berkira tentang keuntungan. Orang kita, memang banyak menekankan aspek seperti senyum, mesra dan sebagainya, tapi mereka paling lupa sesuatu yang amat penting dalam berniaga.

“Untung.” Ya, itu part penting. Nabi berniaga tak ambil untung besar. Itulah cara Nabi berniaga, dan dalam keadaan untung kecil, baginda kadang-kala menjual mengikut harga modal. Ditambah sikap dan akhlaknya terhadap pelanggan, tidak hairanlah jika jualannya laris dengan singkat. Nasihat saya, berniaga bukan cari harta, tapi cari keberkatan harta.

Sherek

Oh, kamu mesti fikir saya Shrek kan? Bukan, saya ni sepupu dua kali sebelah mak saya, sebab mak saya adik beradik dengan mak dia. Muka sama kan? Tapi saya ada misai dan janggut, kira lagi hensem dari Shrek la, hehe.

Tapi umur saya lagi tua dari Shrek, tu yang tak puas hati, tambah lagi dia dah kahwin, aduyai. Terniat nak kahwin, segala-galanya dah mampu, tapi calon yang belum ada.

Semua tolak saya sebab mereka kata saya tak hensem. Geli tengok muka. Asal nak lamar, konfom kena tolak mentah-mentah. Langsung tak bagi masak dulu. Saya cukup-cukup kecewa, sampailah saya terbaca satu buku.

Buku tu cerita tentang akhlak Rasulullah, cukup-cukup indah. Bagaimana orang yang membencinya, akhirnya menjadi sayang kerana akhlak Baginda. Bila dibandingkan dengan saya, jauhnya beza. Kini saya faham, kunci untuk mendapat yang terbaik, adalah menjadi yang terbaik.

Alhamdulillah, biarpun saya bukan alim sangat, saya sedaya upaya menjaga akhlak saya dari menjadi teruk. Paling dijaga adalah lidah, kerana jika lidah dijaga, insyaAllah, kelakuan kita pun terjaga sebaiknya. Alhamdulillah, saya dah pun berkahwin. Malah, banyak yang nak jadi bini ke-2,3 dan 4. Tapi, saya setia pada yang satu kan, cewah.

Jadi, kalau nak memikat, pikatlah dengan akhlak. Itu yang buat wanita baik-baik cair, hehe. Akhlak itu kan mencerminkan agama kita juga?

***********************************************************************************************************

Itu sebahagian dari rahsia cara-cara memikat hati. Tak kira siapa pun, pasti akan tertawan. Kuncinya hanya satu, jaga akhlak kita. Dan sebaik-baik akhlak yang dicontohi, adalah akhlak Rasulullah s.a.w.

Yang lain telah berjaya, anda bila lagi?

SCemanoti : Selawat dan salam ke atas Baginda, jangan hanya pada Maulud Nabi, tapi berhari-hari!

Ini juga ceriteranya

  • Hadiah Buat Putera Dan PuteriHadiah Buat Putera Dan Puteri Jarang-jarang buat update masa petang-petang ni. Tetiba muncul entri sal hadiah. Adakah blog ini ingin membuat GA? Yezza, nak buat GA, tapi nanti-nanti dulu, ahakz. Entri ini timbul tatkala diri ...
  • Cerita Panas Artis Bertudung!Cerita Panas Artis Bertudung! Harian Metro hari ini menceritakan tentang aksi tuuut pasangan yang dipercayai adik-beradik, tapi kalau tempat aku, nak cerita panas tentang artis bertudung. Pergh ~ macam ada yang tak kena sahaja....
  • Tips Untuk Berjaya Dari PenjenayahTips Untuk Berjaya Dari Penjenayah Beluran, 24 November 2010 - Seorang penulis blogger didapati cuba memesongkan pemikiran pembacanya dengan mengemukakan tips aneh yakni dengan memberi tips untuk berjaya bersumberkan jenayah. Be...
  • Tips Mengurat Gadis Cara Aku Episod 1Tips Mengurat Gadis Cara Aku Episod 1 Aku sebenarnya tak pernah dedahkan cerita ini, tapi memandangkan aku sudah cakap dalam entri sal jodoh dari langit tu, seharusnya dilangsaikan dengan segera. Macam lain juga ayat awek dari jauh, ha...
  • Apa Yang Ku Dapat Dari LipasApa Yang Ku Dapat Dari Lipas Sejuk tul malam ni, sama macam malam semalam, sal malam semalam pun hujan. Dan pada malam ini, banyak tul aku cakap sal malam, har3x~ Tiada kaitan langsung dengan entri di atas. Kalo cerita bab...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. Nice tips Atik ! :D Shag Yahaya recently posted..Avenged Sevenfold live in Malaysia on 29 April 2012. Wohoo~

  2. kalau nk memikat hati org yg kita suka plak, camne??
    ahahahaha~
    keen~ recently posted...: benar, manusia boleh berubah sekelip mata.. :.

  3. mampu jatuh cintaaa hanya dengan melihat lelaki berkain pelikat keluar dari surau atau masjid..mudah kan?haha
    Mish recently posted..I’m Lovin IT!

  4. Memang lidah dan mulut perlu sentiasa dijaga. Mulut mau manis, hati mau baik. Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.
    JR recently posted..Ayah Jelita, Ibu Jelita, Anak Pun Jelita

  5. alor sherek !! dah kawen ker ?? kite baru nak jatuh cinta .. pikat hati org laen ar camnie . teheee ^_^

  6. benar… Rasulullah s.a.w contoh teladan tebaik dlm segala aspek :) syakira yaakub recently posted..Cinta

  7. hehehe good job! pandai ey reka cerita…
    Yana recently posted..SAHABAT

  8. suka gila entry ni aretik.. haha.. terbaik.. bleh praktis.. heheh…

    kalau nk couple, lebih baik couple dgn mak bapak kekasih.. mesti kekal smpai akad nikah punya.. heheh..
    Solihin Zubir recently posted..Perang Akhir Zaman Bakal Menggunakan Senjata Tradisional?

  9. best la entry ni!hehe….
    nk pikat lelaki cne??
    cik tom recently posted..Kelebihan dan Kekurangan Moderate Comment

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: